Pages

Tuesday, October 23, 2007

penat, pelik, riang bermusim

SESEKALI PENAT DAN KALUT PUN OK

Bergelut untuk bangun awal pagi. Berhimpit dalam tren. Bergesel antara dosa dan pahala. [nyanyikan lagu Kembara, Sesat Di Kuala Lumpur di sini]. Makanan yang mahal. Duit yang hampir kontang. Hujan yang melebat. KL. Makin ku tenung makin tak faham.

Sedar-sedar. Hampir seminggu induksi.


HIDUP MEMANG PELIK

Aneh. Busuk. Buruk. Sampah. Radio. Berak. Tahi. Pisang. KasehSayang. Bijak Sana. Bodoh. Pandai. Pandir. Yahudi. Israel.

Serius itu nama warganegara Malaysia yang punya akaun untuk ke Tanah Suci.

Apa pun, aku harap aku punya kekuatan untuk menahan gelak kalau nanti diorang datang jumpa aku dan bertanya itu dan ini tentang perihal ke tanah suci.

Hehe.


KERIANGAN YANG BERMUSIM

Selepas futsal. Badminton. Wayang. Sekarang aktiviti aku dan kawan-kawan ialah berkaraoke.

Punyalah ada banyak lagu, hari tu Pian boleh bantai menyanyi lagu In Team, Kasih Kekasih versi rock. Syem pula nyanyi lagu Raihan, Sesungguhnya.

Suara sumbang kami sudah jatuh nombor 18.

Ceh..

Tuesday, October 16, 2007

lari2 ke langit

LARI-LARI KE LANGIT

Oii, sudah-sudahlah raya tu ok.

Hidup yang payah selalu memaksa aku buat keputusan. Biarpun itu bukan pilihan.

Aku ke KL. 3 bulan kontrak untuk aku uruskan orang-orang yang mau ke syurga dan dekat dengan Tuhan.

Hmm.

Friday, October 12, 2007

gembira di hari raya

AH, GEMBIRANYA BILA MUNCUL CAHAYA KETIKA ENGKAU SEDANG BERGELAP

Aku tak ke angkasa pun. Apatah lagi mau tukar jantina. Gila.
Cuma ini gambar tempelan penuh sentimental sempena hari raya.

Monday, October 08, 2007

hujung ramadhan yang rahmat

HUJUNG RAMADHAN YANG RAHMAT

Sekarang aku sedang melalui beberapa fasa modifikasi hidup.

Kawan-kawan.
Apa-apa pun yang jadi. Harap hujung Ramadhan ini penuh rahmat.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. :)