Archive for January 2007

orang gila itu

Saturday, January 27, 2007 · Posted in ,

ORANG GILA ITU

Sal dan Nurul sergah aku kat lorong kafe. Hampir bersilat juga aku. Diorang tanya bila nak buat teater lagi. Aku cakap skrip dah ada. Cuma tunggu hantar proposal.

Nak berlakon nak berlakon. Rengek Sal mintakan aku jadikannya artis.

Aku dah tak mau ambil senior. Nak ambil junior. Bagi diorang berlakon pulak.

Alaa.. Aku nak berlakon. Aku nak watak yang mencabar. Watak orang gila kalau boleh.

Akak sekarang pun dah gila. Nak berlakon apa lagi. Sampuk Nurul.

Kukikukikuki..
Kami gelak.

banjir i,ii,iii,iv

Wednesday, January 24, 2007 · Posted in ,

BANJIR I

Jalan utama naik air. Banjir. Universiti Kerajaan Swasta terputus hubungan. Kalau kau di kampus kau tak boleh ke pekan Batang Berjuntai. Kalau kau di pekan kau tak boleh ke kampus.

Apai cakap dia kena bermalam dalam kereta bersama pasukan JKR. Jenuh dia berpusing ke Kuala Selangor tapi jalan yang dua itu pun disekat banjir.

Baik aku balik rumah saja, ujar Apai kesal apabila mendapat informasi bahawa semua kelas Isnin lepas dibatalkan.

Malam tu universiti kami masuk TV3.


BANJIR II

Baru aku tahu bila jalan utama universiti ke pekan terputus maka kami terputus bekalan. Bukan bekalan sigar tapi bekalan makanan. Ya, keperluan hidup sudah terputus.

Di kafe cuma buka meja kecil jual nasi beriani. Kedai makan di kampung pula belum pukul 1 lauk sudah habis licin.

Kedai runcit Good Luck di PKP yang sempit sudah jadi macam kaunter bas jual tiket balik raya. Kau kena masuk menyenget. Kalau ada orang di depan, kau perlu cakap 'excuse me'. Dan orang tu juga perlu menyenget supaya kau yang sedang menyenget dapat menyenget masuk. Bekalan-bekalan mee segera, bubur segera, roti, biskut, aiskrim, gula dan seumpamanya laris macam dvd pirate. Tadi aku masuk semata-mata mahu beli aiskrim Paddle Pop. Adakah berbaloi?

Apa pun, aku rasa tauke Hindustan tu dah kaya gila dalam minggu ni.


BANJIR III

Aku tak boleh update blog. Aku patah kaki. Bukan aku kemalangan. Cuma tayar Suzuki rongak aku pancit.

Aku bawak perlahan-lahan ke kampung belakang. Aku layan saja. Rasa fiil semacam. Seperti menunggang kereta lembu. Sampai di bengkel, getah tiub di celahan rim Suzuki rongak dah terkeluar-keluar.

Tapi bengkel tutup. Waaaaaa..


BANJIR IV

Universiti Kerajaan Swasta buka bilik gerakan banjir. Edi gelak-gelak. Dia cakap entah apa-apa.

serius kami lupa, rajuk di hati lis

Wednesday, January 17, 2007 · Posted in

SERIUS, KAMI LUPA

Serius aku terlupa buat slide show untuk presentation TQM. Bukan salah aku. Ayie dan Lalbi pun tak ingat. Jadi natijahnya, Puan Suzi marah-marah.

Pantas aku dan Lalbi merempit balik ke hostel. Sampai di hostel, kami copy-paste informasi ke dalam Power Point. 10 minit siap!!

Masa present, Ayie dah macam baca nota tulisan Tamil, tergagap-gagap. Lalbi yang paling sukses. Aku? Aku buat konklusi yang tak sampai seminit pun. Mudahkan. Hahaha.


RAJUK DI HATI LIS

Selepas berjaya dari aktiviti copy-paste, Puan Suzi suruh kunci pintu. Grup Apai tak siap. Lis dan Pejal yang satu grup dengannya terkunci di luar. Dan kecewa pun menyelubungi.

Masa kelas berhenti rehat Pejal diberi ihsan masuk. Tapi Lis kabur. Entah ke mana.

Puan Suzi tanya, mana kawan kamu seorang lagi?

Lalbi cakap, dah balik dah. Biasalah puan. Orang tua selalunya sensitif sikit.

Puan Suzi sengih saja.
.
.
[Umur Lis masuk 31 tahun ni. Lis tak merajuk pun. Dia lari mana entah. Aku rasa dia pergi minum-minum.]

hadiah yg tertunggak, naga yg aku kenal

Monday, January 15, 2007 · Posted in

HADIAH YANG TERTUNGGAK

Aku ambil hadiah untuk Ulasan buku Ayah Kita Bos. Disampaikan secara gilang-gemilang. Ada sesi tangkap gambar dengan disaksikan anggota sindiket Soljah.

Dalam banyak-banyak hadiah. Aku suka hadiah peta Amerika yang Tok Rimau bagi. Juga jersi bersaiz XXL. Hmm. Ok.

Dari Naga pula aku suka buku tajuk Penggoda-Penggoda Wanita. Bukan. Itu bukan buku erotik apatah lagi buku tentang skil menjadi kasanova. Tapi itu buku yang punya unsur keagamaan. Ada cerita tentang iblis dan syaitan.

Naga pesan, "Nanti kau balik kampus kau jual semua ni. Dapat duit."


NAGA YANG AKU KENAL

Duduk dengan anggota sindiket aku terasa kerdil. Masakan tidak. Mereka veteran perang yang biasa bersenapang. Sedangkan aku prebet yang hanya tahu pistol-pistolan.

Naga perasan. Aku tergeliat. Ke kiri ke kanan. Jadi dia cakap.

Oii, Kalau kau boring kau angkat tangan!

Hmm. Naga yang aku kenal betul-betul macam blog itulah.

nota kesakitan

Friday, January 12, 2007 · Posted in

NOTA KESAKITAN

Aku tengok Death Note. Cerita seorang remaja yang terjumpa nota maut. Lalu dikurniakan kuasa dari malaikatul maut untuk mencabut nyawa sesiapa sahaja hanya dengan menulis nama. Cerita yang penuh twist. Begitu fantasi. Aku rasa stim seketika. Melongo. Melongo. Melongo.

Usai cerita aku cakap pada Ayie. Nanti aku nak buat filem macam Death Note juga. Tapi kalau aku buat filem seperti itu mesti FINAS tak lulus sebab ada unsur tahyul melampau dan anti-religion. Silap-silap dituduh murtad.

Jadi aku tukar kepada Sickness Note. Aku perlu tulis nama seseorang dan kesakitan apa yang akan ditanggung. Dan plink!! Dalam detik ke 6 sahaja sakit itu akan meracun-racun. Bergemerenceng ke setiap nadi. Cuma kesakitan itu tidak akan membawa ke mati. Dan ia berkesan dalam 24 jam. Kemudian semuanya kembali ok.

Ya. Aku benci F kerana sebab-sebab yang tidak diketahui. [Pernah tak kau rasa benci seseorang hanya ketika kau melihat wajahnya?]

Jadi aku tulis nama F****. Sakitnya pula.. Err.. Mau bagi sakit apa hah?

Hah, demam denggi!! - teriak Ayie

Emm.. Tapi demam denggi sakit ke?

Nak tau sakit ke tak bagi aku tulis nama kau!! Hahaha!
.
.
.
.
.
.

Dan plink!! Dalam detik ke 6 sahaja sakit itu akan meracun-racun. Bergemerenceng ke setiap nadi. Cuma kesakitan itu tidak akan membawa ke mati. Dan ia berkesan dalam 24 jam. Kemudian semuanya kembali ok.

Tapi sayang. Nota kesakitan itu masih begitu juga. Tanpa punya efek apa-apa pun.

[Dan aku tahu aku tak patut membenci sesiapa lagi]

angan-angan saya

Wednesday, January 10, 2007 · Posted in

ANGAN-ANGAN SAYA

Aku selalu berangan. Satu hari aku cerita angan-angan aku pada Ayie.

Aku bawa segalas beg. Mahu tidur di taman. Tepian tasik. Dan tiba-tiba ada seorang tua yang kaya datang bersantaian. Sendirian. Dia terserempak dengan aku. Dan tiba-tiba rasa sedih menerpa-nerpa melihat masih ada anak muda mahu hidup secara gelandangan. Lalu ditawarnya kerja sebab aku ini berketrampilan jujur dan baik hati [cis!!]. Wah, takdir apa lagi apabila aku mengetahui rupa-rupanya si tua kaya tu tak punya waris. Akhirnya diwariskan semua harta kekayaannya pada aku. Dan aku...., woww.. Kaya kaya kaya..

Hmm.. Mesejnya, jangan takut pada hidup. Rezeki dan jatuh bangun kita bukannya kita tau pun. Tuhan yang tentukan. Kita teruk hari ni belum tentu masa depan pun teruk juga.

Dan tiba-tiba Ayie menempelak,
APA KAU MEREPEK NI LAHANAT!!

kronologi semester akhir

Saturday, January 06, 2007 · Posted in

KRONOLOGI SEMESTER AKHIR

Sekarang aku semester akhir. Perasaannya sama dengan perempuan yang menanti menopous. Gelisah ditinggalkan anak-anak. Gundah kerana tubuh tidak lagi produktif. Tak keruan kerana wajah kian dimamah kerepot.

Banyak yang aku fikirkan. Antaranya tempat untuk latihan industri selepas semester ini. Tentang lubang-lubang kerja untuk aku teruskan hidup selepas itu. Juga tentang cita-cita yang tiba-tiba aku rasa sudah tidak ada. Apa cita-cita aku hah?

Tentang mama dan abah yang semakin menjauh dan dimamah tua. Tentang manusia-manusia yang Tuhan takdirkan bakal bertemu aku. Datang dan pergi. Tentang wang. Tentang mahu survival di negeri orang tanpa sanak-saudara. Tentang perempuan. Tentang perkahwinan. Tentang keinginan mahu bergelandangan ke luar negara. Tentang pinjaman pelajaran yang entah bila akan terlangsai. Tentang sewa beli kereta dan perumahan. Tentang cukai pendapatan. Tentang mahu menunaikan haji dalam usia muda. Tentang mahu berbisnes tapi mahu mulakan di mana. Tentang skil-skil individu yang aku rasa serba tidak cukup.

Ahhh, semuanya terlalu menakutkan. Ya, cukup menakutkan.

dari mata kasih

Thursday, January 04, 2007 · Posted in

DARI MATA KASIH

Apai. Pemuda funky yang rock n roll. Yang kehilangan 5 tahun cintanya.
.
.
.

Kau memilihlah, Apai. Sana tu banyak junior-junior comel. Kau ni mau yang perfect saja.

Hoi. Mana ada aku memilih. Cuma..

Cuma?

Cuma susah nak cari perempuan yang bila kita tengok.. Dari mata terusssss turun ke hati. Masalahnya sekarang. Yang banyak aku tengok.. Dari mata terusssss turun ke 'lain'
.
.
.

Apai. Pemuda funky yang rock n roll. Yang kehilangan 5 tahun cintanya.

raya tahun baru, kulit baru, hidayah

Monday, January 01, 2007 · Posted in ,

RAYA TAHUN BARU

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Selamat Tahun Baru 2007.


KULIT BARU

Dalam Human & Computer Interface, abjad gelap (hitam) bersama latar cerah (putih) adalah kombinasi warna paling mesra dalam dimensi pembacaan. Kalau tak mata manusia akan letih dan stres.

Sama seperti hitam dan putihnya mata. Bayangkan kornea berwarna putih dan sklera berwarna hitam? Wah, kita sudah jadi alien dan makhluk penuh mistik.

Hidup adalah tentang sebuah pilihan..
yang nanti akan kau jalani..
dan kau harus tunjukkan warnamu..

Lagu tema Bawang Putih Bawang Merah tiba-tiba buat aku memikirkan tentang warna.

Alangkah sempurnanya kombinasi warna ciptaan Tuhan.


HIDAYAH

Aku jumpa Adli. Dia sekarang ada bisnes MLM. Pendapatan dia cecah RM10,000 sebulan. Sesiapa pun akan cakap, wowww!!

Dia cakap kat aku. Masuklah. Sampai bila nak menulis ja. Aku tau dia kaitkan aku dengan ketagihan aneh menulis blog yang tak dapat pulangan apa-apa.

Hanis dan Alan cakap aku tak dapat hidayah. Berbulan-bulan. Masih tegar pesimis. Diorang cuma dua tiga minggu saja. Dan hidayah pun turun. Merontok-rontok.

Plink!! HIDAYAH DI PINTU MLM! Hmm. Macam tajuk drama.

Aku senyum sendiri-sendiri.

Hanis dan Alan masih gelakkan aku. Dalam gerak perlahan.

Powered by Blogger.