Archive for August 2007

kucing rumah sya yg ekornya sgt kembang

Friday, August 24, 2007 · Posted in

KUCING RUMAH SAYA YANG EKORNYA SANGAT KEMBANG

Ada kucing baru lagi di rumah aku. Biasalah. Rumah aku selalu saja jadi sentral kucing-kucing terbiar meneruskan survival hidup. Boleh jadi juga destinasi menghembus sisa-sisa tua.

Tapi kali ni ada kucing terbuang menjadi warga baru kami. Terbuang tapi cantik. Bulu lebat dan ekor kembang dan warna cokelat oren bersulam hitam seindah warna. Ah, terasa begitu fiil setiap kali mengusap mungil perutnya. Serius!

"Sekarang kat rumah ni yang suka makan ikan ada tiga. Mama. Abah. Kucing. Hihihi!" Ketawa mama kecil sedang tangan membelah-belah dada ayam kampung [kata mama ayam kampung kurang kolesterol].

Hahaha. Gelak aku sambil menyumbat roti canai ke lohong mulut. Waktu itu jam masih pagi. Dan pastinya pagi terasa begitu nikmat dapat bersarapan bersama ibu.

"Ma, kucing ni nama apa?"

"Nama? Nama dia Kembang!!"

Huukk!! Tiba-tiba aku rasa laju saja kari masuk ke ruang bronkus aku.

abah yg tdk percayakan atm

Thursday, August 23, 2007 · Posted in

ABAH YANG TIDAK PERCAYAKAN ATM

Baru aku tau. Abah tak pernah ada kad atm. Kata mama, selama ni abah memang keluarkan duit secara manual. Masuk bank. Tekan nombor giliran. Isi borang. Tunggu. Kting!! Nombor dua puluh empat!! [contoh]. Abah pun pergilah ke kaunter. Dan keluarkan duit. Sekali keluar maka berkepuklah dompet abah. Untuk belanja sebulan mungkin.

Baru aku percaya ada benarnya cerita tentang masih ada segelintir orang-orang yang masih takut menyimpan di bank. Gila ke apa bagi orang simpan duit kita? Nasib baiklah abah tak sampai tahap macam tu. Kalau tak aku dah boleh bayangkan rumah aku ada bilik kebal.
.
.

"Kalau pakai kad adik.. Boleh keluarkan duit abah dak?"

"Oiihh, mana boleh. Kena guna kad sendiri. Tapi boleh keluaq kat mana-mana mesin dah sekarang. Kalau keluar duit ikut mesin lain nanti depa cajlah sikit. Seringgit ka. Dua ringgit ka."

"Ooooo.."
.
.
.
Baru aku tau. Abah tak pernah ada kad atm.

rahsia menjadi kcak 2, sya bkn llaki yg baik lg, my sweet home, sri negeri

Wednesday, August 22, 2007 · Posted in , ,

RAHSIA MENJADI KACAK II

Jawapannya:
Duduklah bersama orang yang tak kacak!! Hahaha.

Ya, jawapan yang sama juga untuk rahsia menjadi cantik, muda, tinggi, kaya, gagah, bijak dan lain-lain. Cuma perlu kontrakan kata sifat di hujungnya.

[Kawan, bersyukurkan lebih bagus?]


SAYA BUKAN LELAKI YANG BAIK LAGILAH
[DAN SESEKALI LELAKI PERLU HIDUP DENGAN EGONYA]

Ada tiga sebab tiba-tiba satu hari dia mesej aku.

Pertama. Dia sunyi.
Kedua. Dia rindu mungkin.
Ketiga. Dia tengah konflik dengan boyfriend.

Biasalah. Lelaki-lelaki mulia macam aku ni selalu jadi dahan tempat bertenggek.

Dan aku takkan lupa kata-katanya, aku ni spesis manusia yang terlalu baik untuk dia. Apa neraka?

Perempuan. Kalaulah aku tak pernah memikirkan bahawa aku punya ibu dan saudara perempuan sepertimu. Mahu saja aku menghamunmu!

Dan terima kasih. Setidak-tidaknya apa yang telah dia beri buat aku sangat dekat dan takut dengan Tuhanku.


MY SWEET HOME, SRI NEGERI

Aku balik Kedah. Sri Negeri da Garden. Mama dan Abah besarkan bilik bawah. Ewah, bukan main lagi diorang.

"Ye lah. Nanti-nanti nak dapat menantu," mama berseloroh.

Ahah.. Aku gelak tak habis.

kalau aku diberi 1 juta, rahsia mjdi kacak, raja rmba yg sesat

Monday, August 20, 2007 · Posted in ,

KALAU AKU DIBERI SATU JUTA

Jangan sesiapa pun bagi satu juta ringgit kat aku.

Sebab aku sendiri pun tak tahu nak buat apa kalau aku dapat satu juta ringgit buat masa sekarang.


RAHSIA MENJADI KACAK I

Apakah rahsia menjadi kacak?
Ya, aku tahu rahsianya.
Nanti aku beritahu.


RAJA RIMBA YANG SESAT LAGI MENYESATKAN

Ok. Sebagai introduksi aku akan perkenalkan kepada sesiapa yang belum tahu apa itu Raja Rimba.

Raja Rimba dalam entri ini bukanlah Singa ataupun Pak Belang. Tapi adalah komik Hong Kong yang dilukis Ma Wing Shing. Pelukis yang meletup dengan komik Pedang Setiawan ataupun filem/drama Storm Riders. [kalau masih tak tahu sila abaikan entri ni ok.]

Ya, sebelum Pedang Setiawan dan Pendekar Laut, Raja Rimba terlebih dahulu ada di rak-rak kedai mamak dan menjadi antara komik paling kool selain Alam Perwira dan Jejak Wira ketika itu. Dan sebabnya aku suka Raja Rimba ialah naratifnya yang radikal dan latarnya yang real.

Dapatkah kau bayang bagaimana timbulnya idea mempertigakan dunia iaitu pemusatan kuasa oleh orang-orang Cina/Asia dalam menjadi kuasa besar dunia? Ya, dalam Raja Rimba Ma Wing Shing sudah melukiskan ideologinya.

Kau juga boleh lihat bagaimana Ma Wing Shing memperlekehkan Saddam Hussin, Bill Clinton dan tokoh-tokoh dunia lainnya. Proksi ketenteraan sudah tidak lagi penting. Yang penting ialah apabila kau menguasai Kekuatan Tak Berbatas.

Jadi kerana alasan-alasan di atas dan ditambah pula dengan kecintaan aku terhadap komik maka aku rela menjadi pengumpul tegar Raja Rimba sehingga kini, episod 520.

Dan sekarang, tiba-tiba hero-hero dalam Raja Rimba berpakat dengan syaitan dan dewa untuk bertarung dengan tuhan yang mahu menghapuskan mereka. Inilah punca armageddon!

12 tahun aku kumpul Raja Rimba untuk episod yang makin lama makin meraban.

Damn, aku dapat rasa Ma Wing Shing tu seorang atheis!

minggu jobless yang blues

Wednesday, August 15, 2007 · Posted in

MINGGU JOBLESS YANG BLUES

Kata Mr Teh. Habis praktikal nanti eloklah aku ambil masa 1 ke 2 minggu pergi bercuti ke mana-mana. Lepaskan stres. Sebab dunia kerja nanti kau sudah tak ada masa lagi.

Jadi aku habiskan masa di rumah dengan tidur. Lagipun dengan tidur aku boleh pergi Las Vegas. New York. Guatemala. Dan juga jadi armadillo.

Stres hilangkan?


PENDEKAR KIMONO YANG TAK TERKALAH

Adik bawa balik kimono. Aku tak sabar nak balik kampung dan bayangkan betapa bergayanya aku tatkala memakai kimono sambil bermain nunchaku.

sayonara, satu kata mudah yang payah dilafazkan

Saturday, August 11, 2007 · Posted in

SAYONARA, SATU KATA MUDAH YANG PAYAH DILAFAZKAN
[SELAMAT TINGGAL, WORDS THAT I FEAR BUT IT'S HARD TO SAY]

Hari terakhir aku di Kilang Besi Singa. Masuk saja ofis hari ni aku rasa fiil semacam.

Lepas ni tak dapat lagi aku nak speaking Pua Chu Kang dengan Mr Teh. Walaupun aku sedikit tak puas hati sebab dia markahkan level komunikasi aku pada tahap lemah. Tapi dia juga yang ajarkan aku betapa dalam komunikasi istilah grammar dan fonologi bahasa sudah jatuh nombor 18 [aku main letak je nombor ni untuk tampak sensasi numerikal]. Yang penting kau konfiden.

Tapi rasa berbaloi juga bila aku tengok dia sedikit susah hati di akhir-akhir minggu ni. Dan aku tau betapa dia merasai satu kekurangan. Kerana selepas ini tiada lagi 2 orang Superman yang akan membantunya mengangkat monitor dan printer [yang berat ya amat] melewati baris-baris konveyer dan besi-besi rod yang panasnya menusuk-nusuk kulit muka. Ya, tiada lagi Superman. Yang bakal ada mungkin Cicakman [spoiler] atau Hulk [jadi kuat bila kena marah saja]

Dan yang buatkan aku lebih fiil ialah sebab aku kasihankan Nizam akan kembali lonely. [Makan dan pergi sembahyang Jumaat sorang-sorang]. Kerana bagi aku dalam depatmen yang senyap lagi terperangkap bersama minimumnya staf-staf perempuan cantik [untuk dijadikan calon isteri] mengenali Nizam yang profesional sarkastik merupakan satu bonus untuk kau hilangkan stres dan terus bersemangat meneruskan kerja sebab masih ada teman untuk kau lepak-lepak di kedai mamak sambil berbual tentang mahu buka bisnes goreng pisang dan balik rumah tanpa memikirkan tentang kerja ofis atau dimarahi bos yang tak faham bahasa.

Tapi bila difikirkan secara tenang aku rasa semuanya ok. Sebab 7 tahun di Kilang Besi Singa sewajarnya Nizam sudah banyak belajar [kecuali bahasa Mandarin]. Lagipun Isma [yang sudah pandai berseloroh] boleh temankan dia untuk durasi 5 bulan lagi. Hahaha.

Apapun, sayonara Kilang Besi Singa. Terima kasih Nizam. Xie Xie Ah Teh Sifu! Terima kasih ya amat semua!


BRO, YANG KINI BERBAJU PUTIH

Lupa aku nak bagitau.

Syem sudah balik dari umrah. Sabtu lepas. Kepala sudah macam Lex Luthor.

Dulu kalau ada awek-awek yang sempurna anatomi seksinya sedang melintas maka akan terketaplah bibir Syem sambil menelan liur.

Tapi kali ini dia cuma geleng kepala saja.

"Mana boleh tahan macam ini hari-hari." Keluh Syem.

Dan kami gelak ramai-ramai.

yang ku kata sayang 8

Thursday, August 09, 2007 · Posted in

-YANG KU KATA SAYANG 8-

Poop!! Entah dari mana tiba-tiba jam loceng jatuh menghempap muka. Jeri menggeletik macam kucing baru kena air. Dia raba rusuk kiri. Rusuk kanan. Tetek kiri. Tetek kanan. Tengah pusat. Perut kanan. Perut kiri. Dan akhir sekali kerongkong.

Eh. Tak berdarah pun. Jeri tarik nafas lega bercampur cuak. Lepas tu Jeri bangun. Jeri pergi bilik air. Jeri ambil wuduk. Jeri solat Subuh. Jeri rasa tenang.

Jeri turun dapur. Jeri nampak mak tengah siang ikan. Guna pisau Kiwi. Darah ikan bertempek-tempek atas papan pemotong. Jeri rasa seriau. Muka dia pucat.

"Hah. Kenapa pucat lesi saja tu? Makan kuih atas meja tu. Lepas ni tolong mak ambil daun pandan kat belakang tu."

Jeri telan liur. Dia ambil kuih seri muka atas meja. Dia kunyah perlahan-lahan. Emm.. Manis.

"Terima kasih, mak. I love you."

Mak kerut dahi. Mak senyum. Mak sambung siang ikan. Darah ikan bertempek-tempek atas papan pemotong.

[TAMAT]

lampu biru yg berputar2 dan m16

Tuesday, August 07, 2007 · Posted in ,

LAMPU BIRU YANG BERPUTAR-PUTAR DAN M16

Aku, Jarul, Bahdin pergi dinner Takaful di Hotel Putra. Jemputan abang Bahdin. Di hotel kami makan sampai perut kembang-kembang sambil dengar Akil Hayy menyanyi.

Tapi balik dari dinner Jarul silap masuk jalan kat depan DBP sana. Yakin saja dia redah jalan satu hala. Aku pun boleh tak perasan. [sebenarnya aku fail jalan KL].

Sedar-sedar Waja polis tahan kami dengan M16. Kami dah macam kriminal.

Lepas disoal siasat dan kena maki sebakul dua kami pun dilepaskan.

Dan kami pun pulang dengan hati yang lega.


SEMUT YANG ANEH

Di rumah aku ada semut aneh.

Semut-semut ni tak hurung air manis. Tapi hurung air suam dan air masak.

Aku rasa rumah aku jadi hospital untuk semut-semut yang kena sakit kencing manis dan buah pinggang.

yang ku kata sayang 7

· Posted in

-YANG KU KATA SAYANG 7-


"Kau tipu aku!" Jerit Jeri. Dia ambil pisau Kiwi yang dia sorok belakang baju dan terus merodok Shida. Bukan sekali tapi 8 kali. Keliling badan Shida. Di rusuk kiri. Rusuk kanan. Tetek kiri. Tetek kanan. Tengah pusat. Perut kanan. Perut kiri. Dan akhir sekali Jeri tikam dan benam pisau tu kat kerongkong Shida. Biar terpacak tanpa ditarik-tarik.

Shida tak sempat menjerit pun. Mata dia terbelalak. Darah keluar banyak macam air keluar dari pili. Habis t-shirt Las Vegas Shida warna putih bertukar warna merah. T-shirt Jeri pun bertukar warna merah juga.

Tiba-tiba Jeri rasa takut. Dia teringat Tuhan. Dia teringat mak. Dia teringat kata-kata Rono. Kalau kita betul-betul cintakan seseorang kita takkan sampai hati buat yang tak elok pada dia. Jeri rasa menyesal. Rasa sedih. Shida sudah mati. Siapa lagi yang akan sayang Jeri gila-gila lagi. Sangat-sangat. Jeri rasa kosong.

Jeri, Kau bodoh dan bangsat! Jerit Jeri pada diri sendiri. Dia tarik pisau di kerongkong Shida dan terus merodok diri sendiri. Bukan sekali tapi 8 kali. Keliling badan sendiri. Di rusuk kiri. Rusuk kanan. Tetek kiri. Tetek kanan. Tengah pusat. Perut kanan. Perut kiri. Dan akhir sekali Jeri tikam dan benam pisau tu kat kerongkong dia. Biar terpacak tanpa ditarik-tarik.

Darah keluar dari bekas-bekas tikaman macam air pili. Jeri menggelupur dan mulut terbuka katup macam ikan talapia kehabisan oksigen.

[bersambung..]

yang ku kata sayang 6

Monday, August 06, 2007 · Posted in

-YANG KU KATA SAYANG 6- Sonata Jeri sampai di sebuah banglo. Itu banglo Shida. Banglo 3 tingkat. Ada patung singa besar yang papa Shida beli dari Hong Kong. Patutlah anak kau rosak. Perangai dah macam kafir! Babi babi babi. Maki Jeri kuat-kuat. Marah betul dia.

Jeri tekan hon kuat-kuat. Dia nampak pintu rumah dibuka. Dia nampak kepala Shida terjojol, terjenguk-jenguk ke luar pagar. Sedikit terkejut.

Jeri matikan enjin. Dia buka peti dashboard sebelah tempat duduk penumpang. Dia ambil pisau potong ikan yang dia curi dari dapur tadi. Pisau tu panjang 30 sentimeter. Jenama Kiwi dengan lambang haiwan kiwi berparuh runcing dan panjang. Dia sorok pisau di belakang baju.

Shida datang dekat. Dia senyum dibuat-buat. Masih terkejut dengan kedatangan Jeri yang tiba-tiba datang tak diundang.

"Saya minta maaf.." bahu Shida terhinggut. Air mata tumpah tak tertahan.

Tangan Jeri menggeletar.

[bersambung..]

anak buah kami

Saturday, August 04, 2007 · Posted in , ,

ANAK BUAH KAMI

Isteri Aslam sudah beranak. Lelaki.

Jadi kami, bekas budak-budak rumah sewa seksyen 8 dulu-dulu sudah ada anak buah.

Lalbi cerita, dia cadangkan nama anak Aslam tu, Mohamad Yusof. Nanti orang akan baca, Mohamad Yusof Mohamad Aslam. Atau pun nama pendeknya Yusof Aslam.

Hmm. Boleh jadi pengarah filem juta-juta.


SIS, JANGANLAH FIIL SEMACAM OK!

Haha.

Adik aku sorang tu dah rasa serba salah dan fiil semacam. Itu baru aku tulis tajuk 'tak hormat'. Kalau aku tulis tajuk derhaka mahunya dia menangis sebaldi merah gamaknya. Macamlah dia tak kenal aku yang girang ni. Haha.

Susah juga kalau entri-entri aku ni diterjemahkan secara harfiah. Bukannya secara literasi. Mahunya ramai orang salah faham dengan aku. Macam Pian dan Ayie yang katakan aku seorang free thinker. Entah apa-apa.

Tapi.. Eh eh, sejak bila pula adik mula ikut blog aku? Mampus. Aku rasa sudah hilang privasi.
.
.
Dan pesanan ringkas untuk adik. Nak pujuk aku belanja Mc'Donald!! Haha.


SOALAN MAUT YANG AKU TERIMA

Aku ikut Why dan awek dia, Pyos ke Wangsa Maju. Pyos ada interviu kerja. Secara santai di Mc'Donald. Pyos diinterviu. Aku dan Why telan naget, kentang dan sedut air berkarbonat. Haha.

Tiba-tiba encik interviu tanya aku [aku tak tau nama dia].
"Bila habis praktikal?"

"Seminggu lagi encik." Sambil mulut menggilis naget.

"Cita-cita nak jadi apa nanti?"

Cita-cita?
Cita-cita?
Cita-cita?

"Err.. Nak cari kerja. Apa-apa pun boleh.."

Serius itu pertanyaan yang paling sukar untuk aku jawab selain pertanyaan seorang awek yang tanya kau bila nak kahwin tapi kau duit tak ada. Dan soalan tu buat aku termenung panjang. Sampai ke tidur. Dan tak berjawab.


KALAU ITU YANG DIKATAKAN REAL

Ya, hidup akan lebih real dalam seminggu lagi.

yang ku kata sayang 5

Friday, August 03, 2007 · Posted in

-YANG KU KATA SAYANG 5-

Satu malam Shida beritahu Jeri. Saya bukan gadis lagi. Saya gadis ternoda. Masa silam saya sangat hitam. Saya biseksual. Minah clubbing. Kaki minum. Layan ectacsy. Saya pernah mengandung dan gugurkan anak. Saya berdosa pada Tuhan. Pada awak.

Shida menangis betul-betul. Jeri nampak mata Shida merah berurat. Hingus keluar meleleh di lubang hidung. Cair dan bertali-tali. Jeri tergamam. Kelu. Bisu. Fikiran dia bercampur baur. Bergelodak. Antara rasa marah. Kasihan. Tertipu. Kecewa. Sakit Hati.

Jeri sayangkan Shida gila-gila. Dia tahu juga Shida pun sayangkan dia. Gila-gila juga. Tapi kenapa Shida ceritakan masa silam dia yang gelap. Dia lebih rela Shida tak ceritakan apa-apa pun. Dia hanya mahu tahu Shida perempuan yang diciptakan untuknya. Shida yang mencintai dia gila-gila. Sangat-sangat.

Pergi mati dengan kejujuran. Jerit Jeri kuat-kuat. Kejujuran apa macam tu. Shida tak tahukah yang saban malam dia akan termimpi-mimpi jantan-jantan dan lesbian-lesbian yang rosakkan Shida tu datang dan memaki hamun dia? Berbakul-bakul. Shida tak tahukah saban malam dia akan termimpi-mimpi jantan-jantan dan lesbian-lesbian tu sedang berasmara dengan Shida dengan pelbagai skil Kamasutra, Tongkat Nakhoda, Permata Yang Hilang di depan matanya? Shida tahu tak? Jeri tahu Shida tak pernah tahu pun sebab dia sendiri pun tak pernah cerita apa yang dia selalu mimpikan saban malam. Yang Shida tahu hanya kejujuran. Kejujuran. Kejujuran. Pergi mati dengan kejujuran! Jerit Jeri kuat-kuat.

Jeri bengang. Jeri buka radio. Sharifah Aini tengah menyanyi lagu lama, Hatiku Dicuri Lagi.

kau sungguh jujur jejaka..
tidak pandai berpura..
ingin memilikiku..
sepanjang hayatmu..

Kejujuran. Kejujuran. Kejujuran. Pergi mati dengan kejujuran. Jerit Jeri kuat-kuat. Dia tendang dek audio Kenwood dengan kaki kiri sampai tertanggal pemulas volum.

[bersambung..]

kami dan kawan baru

Thursday, August 02, 2007 · Posted in

KAMI DAN KAWAN BARU

Ada trainee baru. Nama dia Isma. Sekarang Nizam sudah ada kawan baru. Selain aku dan Ayie.
.
.

Tengah hari. Di warung yang menu istimewanya Nasi Telur Berlada. Ketika itu khatib masih lagi membelek teks khutbah yang akan dibacanya. Kami selalu menjamu selera di situlah. Lepas tu kami akan sama-sama pergi solat. Jumaat.

"Aku ingat dah tak nak beli Dunhill lagilah. Nak beli Winston pulak." - Nizam

"Kat poli aku dulu ramai student suka hisap Winston. Murah. Satu lagi diorang suka hisap rokok Saleh.." - Isma

[Saleh??] - Kami

"Err.., bukan Saleh. Rokok SAATlah. Hehe. Silap pulak.." - Isma

HAHAHA!! Gelak kami bertindih-tindih.
.
.
Ada trainee baru. Nama dia Isma. Sekarang Nizam sudah ada kawan baru. Selain aku dan Ayie.

Powered by Blogger.