Archive for November 2007

saya peninglah bila membaca

Wednesday, November 28, 2007 · Posted in

SAYA PENINGLAH BILA MEMBACA

"Wawa. Baca paper cepat sikit. Lepas baca bagi aku ok."

"Kejap kejap. Aku baca tak lama pun. Aku tengok gambar je. Aku kalau baca jadi pening. Lepas kau baca nanti kau cerita kat aku eh.."

"Huh, kalau setakat tengok gambar saja baik kau beli buku mari mewarna!"

"JAHAT!"


KATA-KATA HIKMAT

"Ah, muka saja bengis. Tapi jiwa menangis!"

Kata Ali mengutuk Alif kerana membaca novel-novel pop cinta yang dibawa Muni di ofis kami.

kami tak kisah bermadu pun

Friday, November 16, 2007 · Posted in

KAMI TAK KISAH BERMADU PUN

"Nanti besday kita bagi hadiah tau." Ujar Muni sambil menggerak-gerak runcing jarinya.

"Okay. Nak hadiah apa?"

"Emm. Banglo?"

"Uiihhh.. Kalau macam tu kenalah kawin dengan kita dulu. Nge nge ngeee.."

"Hihihihi. Wawa wawa. Kalau nak banglo kita kena kawin dengan dialah. Ok tak?"

"Nakkkkkkk!!" Wawa buntangkan mata.

"Jadi. Korang kenalah bermadu. Tak pe ke?"

"Bermadu? Tak kisahlah. Nakkkkkkkkk.."
.
.
Muni. Si genit mungil dari Kota Bharu.
Wawa. Barbie doll dari Muar.
.
.
.
Fantasi aku melayang berjengkal-jengkal.
Dan lagu Irwan Syah, Pencinta Wanita terdengar. Nipis-nipis.

sukarelawan yg bagus, bahasa inggeris i, ii, iii, iv

Monday, November 12, 2007 · Posted in ,

SUKARELAWAN YANG BAGUS DAN DERMA YANG SEPARA IKHLAS

Masa aku survey sebuah bangunan tinggi di bandar Shah Alam sebagai persediaan untuk sesi interviu baru aku [hobi sampingan aku sekarang ialah menghadiri sesi interviu] ada seorang amoi tegur. Dia minta tunggu satu minit. Sudahh.. Getus aku.

Katanya, dia sukarelawan minta derma untuk golongan spastik.

Selalunya aku memang buat 'dek' saja bila orang-orang macam amoi ni sapa aku. Bukannya aku kedekut taik hidung masin sangat pun. Tapi entahlah. Manusia macam aku ni selalunya skeptikal. Prejudis. Ah, tipikalnya aku macam rakyat Malaysia yang lain kan.

Dari seminit bual berlanjutan sampai 10 minit. Dia cakap bila derma RM10 dia akan bagi kerongsang merah yang dibikin sendiri oleh golongan spastik ni. Tapi ini bukan jual. Cuma saguhati maa. Hihihi. Amoi tu gelak dengan mata menyepet.

Serius, amoi tu pandai cakap! Dari bab dosa pahala dan dirahmati Tuhan sehinggalah ke t-shirt merah yang aku pakai. Dia cakap, wahhh, bulan! olang PAS eh? Eh, ada bintang pula? Aku cakap, bukanlah. Ini lambang Turki laa! Oooo..

Walaupun Geografi dia harus jatuh gred P8 tapi aku bayar RM10 untuk derma ikhlas [harap-harap], semangat sukarelawan, mesra pelanggan, superpsycho dan juga teknik menawan hati pelanggan dalam 1 minit sapaan miliknya.

Amoi, sekarang wa percaya sama itu pepatah, jurujual yang bagus ialah jurujual yang boleh menjual peti ais sama itu orang Eskimo.


BAHASA INGGERIS I - TERUKNYA KOMUNIKASI KAMU

Katanya. Skil komunikasi Inggeris aku teruk. Lagging. Macam komputer tak cukup RAM.

Dan aku harus akui otak aku lemah untuk sinkronaiskan nahu-nahu Inggeris dari otak ke lidah. Impuls otak aku macam tak cukup bateri.

Cis. Tiba-tiba aku rasa macam nak pergi US esok. Miami ok kot. Boleh jumpa Horatio.


BAHASA INGGERIS II - FRES FRES YANG MASIN-MASIN SEDAP

Satu hari Why nak beli fries kat McD. Dia tanya aku, "kentang tu macamana sebut haa? Fres fres?"

"French fries."

"Ooo.." Why masuk ke kaunter McD. Dia keluar dengan sebungkus French fries.

"Amacam. Ok? Kau cakap apa?"

"Aku cakap, bagi kentang goreng satu ye. Senang."

Hehehe.


BAHASA INGGERIS III - TITIK BUTA YANG SATU ITU

Why penah cerita, ada satu hari bebudak ofis dia confuse bila dia sebut titik buta.

Kata Why lagi, sebenarnya memang dia sengaja terjemahkan ayat 'Titik Buta' dari ayat asal 'Blind Spot' [tempat yang tak dapat dilihat pemandu melalui cermin pandang belakang atau cermin sisi ketika memandu]

Dari dia tersilap fonologi Inggeris maka lebih baik dia sebut fonologi bahasa Melayu saja. Jenuh bebudak ofis gelakkan dia.

"Ah, peduli apa aku. Hehehe." gelak Why penuh macho.


BAHASA INGGERIS IV - DIBUANG SAYANG DITELAN TAK BOLEH

Pernah satu hari Ayie tersebut Cheewing Gum sebagai Gula Gula Getah. Macam nak pengsan aku gelakkan dia masa tu.

bila kita salam, fon telinga usb, kwn2 skolah, putus cinta hepi

Thursday, November 01, 2007 · Posted in ,

BILA KITA BERSALAM DOSA PUN LURUH

Satu pagi Ejad genggam erat tangan aku. Kami bersalaman. Dalam erat genggam tangannya aku dapat tau salam itu penuh makna dan tanda.

"Kau ni nampak saja diam diam slow. Tapi ada isi ni." Ejad senyum penuh makna sambil angkat kening.

"Mana ada la. Aku biasa-biasa saja. Hahaha." Aku berdekah perlahan.

Tapi Ejad masih merenung penuh makna. Harap-harap aku berikan tanda.

Aduh, entah tanda apa di muka aku ni buat dia simpulkan konklusi bahawa aku ni dari kalangan geng kongsi gelap tempatan.

Aku rasa mungkin sebab aku kool macam Horatio. Kot.


FON TELINGA MODEL BARU

"Oit, ni nak cucuk kat mana ek?" Wawa tanya aku. Keliru dengan fon telinga usb model baru.

"Cucuk kat lobang hidung!!"

"JAHAT!!"
.
.
Wawa. Barbie doll dari Muar yang cun. Tapi selalu menggelabah.


KAWAN-KAWAN SEKOLAH SAYA DULU

Man ajak turun gathering bebudak sekolah menengah rendah aku dulu. Kat Subang. Gila lama tak jumpa diorang. Adalah dalam 10 tahun. Entah macamana rupa diorang aku tak tau. Tapi sayangnya aku tak dapat join.

"Hoi, rugi mampoih hang tak join. Ingat Sapiza tak? Dah cun gilaaa. Nanti aku bagi no telefon dia kat hang. Hang mengoratlah dia. Takkan tu pun aku nak ajaq. Pakai Myvi woo."

"Hahaha!" Aku gelak.

"Gelak apanya. Aku serius ni!!"

"Oi, Man. Janganlah serius sangat."

"Ah, tak kira tak kira. Nanti aku forward nombor telefon dia. Hang mesej dia tau."

.
.
Bersungguh Man mahu carikan jodoh untuk aku. Tapi kata orang. Kawan-kawan mana boleh ada feeling. Kan kan.

Alahai.


SEKENTAL MANA PUN JIWA KITA, MANA ADA PUTUS CINTA YANG HAPPY

"Tengok gua, beb. Kool. Awek kahwin dengan orang lain. Member sendiri pulak tu. Gua tak kisah pun jadi pembuka jodoh kat member-member sendiri. Banyak pahala tu." Bersungguh Syem bercerita. Dengan mata penuh sinar.

"Kiranya kau ni boleh jadi agen pencari jodohlah. Kekeke." Aku mengekek.

"Hahaha. Tapi kalau dah lepas ni aku ada awek tapi dapat kat member-member sendiri jugak. Mana boleh tahan beb. Ini bermakna girl, SUCK!!"
.
.
Gelak kami mati. Tiba-tiba. Awan beropol-ropol.

Powered by Blogger.