DAN INILAH CARA MENGATASI KENAIKAN PETROL
Untuk mengatasi masalah kenaikan petrol yang mencanak-canak bermula tengah malam ini, sukalah aku mencadangkan pengguna-pengguna kenderaan bertukar kepada kenderaan yang lebih bersifat mesra alam iaitu KUDA.
KELEBIHAN KUDA
===========
-->
No Petrol - Cuma sediakan rumput atau hampas makanan (15-18 gelen) dan air bersih (10-12 gelen) setiap hari.
-->
Low Maintenance - Tak perlu servis 1000km atau 10000 km. Tak ada minyak hitam,
oil filter,
timing belt, gasket dan bla.. bla.. bla.. Anda cuma perlu sediakan kandang atau biarkan bebas untuk pengguna yang berbajet rendah. Juga sedikit bajet untuk
grooming dan
medical yang boleh dirujuk pada jabatan dan klinik haiwan berdekatan.
-->
Low Badget Accessories - Ladam untuk penjagaan jangka panjang tapak kaki kuda [boleh rujuk tukang kasut]. Pelana atau
seat bergantung pada jenama dan jenis
seat. Kalau jenis
Recaro bucket seat mestilah mahal. Harga boleh rujuk kedai kusyen dan aksesori kuda. Bajet diperlukan juga untuk shampu, sabun mandi, losyen dan suntikan virus. Ini boleh rujuk farmasi dan klinik haiwan.
-->
Great Specifications - Punya kelajuan selamat iaitu sekitar 70-80km sejam. Kuda juga boleh melompat dan punya sistem brek yang sempurna. Penglihatan kuda mempunyai keupayaan
night vision dan boleh viu 350 darjah. Begitu juga dengan pendengaran yang tajam di mana telinga kuda boleh dipusing 180 darjah. Kuda mampu hidup 25-30 tahun. Sama seperti jangka hayat kereta biasa sebelum boleh ditolak ke kedai
used horse.
-->
High Price TradeJika kuda anda sudah tua maka kuda anda boleh disembelih. Dagingnya boleh dibuat jamuan kenduri atau dieksport. Begitu juga dengan kulit dan bulu kuda. Ianya boleh dibuat kasut, gendang dan alat-alat aksesori peribadi seperti dompet, beg tangan, kasut dan lain-lain.
-->
Green EarthTiada asap karbon monoksida. Tak perlu
catalyzer filter atau petrol tanpa plumbum. Tahi dan air kencing kuda boleh dibuat baja. Ianya boleh digunakan sebagai sumber murah untuk mencantikkan lanskap bandaraya.
Sekian, terima kasih.