Antara petanda ekonomi mula gawat ialah berkurangnya golongan peniaga yang bawa kenderaan dan pusing rumah ke rumah. Seperti brader mat kool, bai roti, bai putu mayyam, apek minta tilam lama, apek minta surat khabar lama dan macam-macam lagi.
Dulu memang ramai golongan-golongan ni datang memeriahkan perumahan-perumahan di Malaysia. Kemudian budak-budak akan berkerumun girang menjerit membeli jajan. Tapi sekarang dah jarang sangat. Lama juga aku tak dengar diorang jerit-jerit atau hon-hon sekitar kawasan apatmen ni. Mungkin diorang dah mati atau tukar kerja lain. Jadi pemandu bas RapidKL ataupun jadi penjual Celcom 3+1 misalnya.
Bukan apa. Surat khabar dalam rumah aku ni dah cecah paras bahu. Tak tahu nak buang mana. Kalau ada kucing yang makan surat khabar boleh juga aku sedekah. Kalaulah apek surat khabar tu tak datang juga, mungkin aku boleh berkira-kira jadikan mengumpul surat khabar lama sebagai hobi.
Oklah.
Apa kata komen di bawah korang berikan sebarang cadangan tentang apa yang aku patut buat dengan surat khabar ni selain daripada jual kat apek surat khabar.
.
.
Sila tulis:
Selain dijual kepada apek, surat khabar lama juga boleh..
1. direka menjadi senjata nuklear [cth]
2. dimasak lemak cili api [cth]
tampal kat dinding jadi wallpaper.
ReplyDeletebuat bakul. lilit2, gulung2 pastu anyam and syelek( camtu ke eja syelek?)ah tak kesah. bakul suratkhabar tenganh in sekarang ni.
ReplyDeletebuat gelas atau mangkuk. cam yg kita belajar kat skolah dulu time seni. tak pon, buat sampul buku.
ReplyDeleteapa kata kite wk paper beg utk tetamu yg hadir utk 'bakal' kenduri kawin member umah kite.xlama lagi kn salah sorg budak umah nk tamat kn zaman bujang...
ReplyDeletedigunakan untuk kesat tahi kalau air takde..
ReplyDeleteHantar je la kat pusat kitar semula. Eheh.
ReplyDeleteSelain dijual kepada apek, suratkabor lama juga boleh..
ReplyDelete* bt as a lapik time mkn..hehe
* kalo rase2 nk cat umah tu leh la suratkabor jd pgalas...
* bguna utk keje2 didapur..cth kopek kentang, siang ikan dll..
* yg paling best time nk kenakan
member2..mane yg smbut besday
& nk kawen, bg la present yg
telah dibalut dgn suratkabar yg
maha tebal..gerenti bengang
thap gaban...hahaha...
~ pendek kata byk fungsi suratkabor lama nie...
KITAR SEMULA! KITAR SEMULA! KITAR SEMULA!...(dapat duit juga kan)
ReplyDeletejangan cakap je!
bwk ke ikea, kasi kat deme buat bungkus barang2 for customers.
ReplyDeletesekian :)
lu buat eksesais angkat berat.. kata takmo boroi..
ReplyDeletekrisis ekonomi ke bang?..teruk nya!..ha ha ha.
ReplyDeletebuat bungkus nasi lemak la weh....
ReplyDelete.
jual kat peniaga untuk buat bungkus polistrin tak baik untuk kesihatan.
ReplyDeleteko basahkan sume newspaper tu..
ReplyDeletepastu buat model bentok rupa bumi Malaysia. bila lagi nak prektis jadi arkitek kan. ni lah masanya.
barulah kacip patimah.
bacer smule tuk menambah ilmu pengetahuan..
ReplyDeletebuat origami.
ReplyDeletelipat-lipat bentuk burung dan gantung dalam rumah.
kalau nak lawa, boleh cat warna-warni.
macam kat tadika.
duk apartment mmg tak merasala hon-hon ni semua. jenuh dorang nak panjat tiap-tiap tingkat tekan hon.
ReplyDeletesalat bontot lepas berak?
ReplyDeleteeh,kalau kamu rajin buat goreng pisang/cekodok petang2,boleh buat lapik goreng pisang jugak..
ReplyDeleteko cincang suratkabar tu halus halus...then buat bantal..
ReplyDeleteekonomi sikit :)
bagi kat anai-anai makan.sian dia. dia ramai kan,kan.
ReplyDeleteeh,ada lagi.boleh buat gam jugak.ini gam lekat kertas tu lah..
ReplyDeletetak pun kamu buat kertas recycle.takyah tebang2 pokok dah.
leh wat bantal kalo xcukup bantal mase tgk tb. hahaha...
ReplyDelete