Pages

Thursday, March 26, 2009

Malam Panik yang Termengah-Mengah

Tengah aku melepak dengan Leman, dia dapat panggilan tanpa nama. Perlahan-lahan aku tengok muka Leman berubah cemas. Peluh-peluh membutir.

"Bini aku nak beranak!" kata Leman. Panik.

Selepas meletak not RM10 atas meja dan tanpa menungu baki, kami berdesup ke hospital.

Entah petanda apa lampu isyarat sepanjang laluan kami bertukar hijau serta merta. 15 minit kami sampai ke kaunter kecemasan. Ada misi cantik dan bermata lebam menyambut kami dengan senyum menguntum.

"Cik.. Saya Sulaiman Mahmud.. Saya dapat call.. isteri saya.. NurRebecca nak bersalin," kata Leman. Termengah-mengah. Mengah. Mengah. Mengah.

"Bawa bertenang encik. Ini anak pertama ke?"

Mengah.
Mengah.
Mengah.

"Tak tak.. Saya ni suaminya."

.
.

Aku lari keluar gelak. Aku tak nak Leman terasa hati.

17 comments:

  1. hahaha...

    org tengah mengah & nervous...sure la kelam kabut mcm ribut taufan...

    ReplyDelete
  2. mcm hampeh...lawak doo

    ReplyDelete
  3. sungguh innocent leman itu

    ReplyDelete
  4. hehehe.. kesian dia.. tak mendengar soalan dgn teliti.. hohohooo... ;-p

    dpt baby girl or boy..?

    ReplyDelete
  5. hahaha
    kenapa kawan2 kamu semua jenis kelakar tapi masih maintain serius?
    hairan.. =P

    ReplyDelete
  6. woit..
    itu kompius dalam gelabah namanya

    ReplyDelete
  7. hahahah....sabr je lah leman. congrat jugak.

    ReplyDelete
  8. hahahah..nasib baik aku aritu x jd mcm leman..wahahaha

    ReplyDelete
  9. hahaha..
    jangan gelak kat leman. kesian dia. dia tengah mengah dan nervous tu. hahaha.

    ReplyDelete
  10. haha. macam haram!

    tak baik dowh ko...

    ReplyDelete
  11. kih..kih..kih..
    adeih..takleh nak tahan gelak..
    mengah punya pasal..

    ReplyDelete
  12. ha ha ha gila babas punya panik ni!!!

    ReplyDelete
  13. sepatutnya Nurse tu bagi soalan &pilihan jawapan.. a)anak pertama b)anak kedua c)anak ketiga

    ReplyDelete