Archive for February 2009

Sejak Bila Puan Mula Berprasangka dengan Suami Puan? - Tanya Seorang Kaunselor Perkahwinan

Thursday, February 26, 2009 · Posted in , ,

Kereta Jar eksiden. Dia mengantuk dan terlanggar orang (awek) depan. Orang depan terkejut dan terlanggar pula orang depan lagi. Jadi Jar kena bayar ganti rugi untuk dua kereta. Ini adalah contoh double trouble paling tepat!

.
.
.

Cadang nak layan Jutawan Slumdog. Kansel. Redah Meru cari spare part dengan Jar. Dapat. Pecut balik Kg Subang hantar spare part. Setel.

.
.
.

Sebelum pergi Meru turun Pelita Seksyen 9. Syem buka booth Proton kata Plaza SA [Sesiapa ada hasrat nak beli Exora boleh turun Proton Seksyen 7 baru, Shah Alam. Cakap saja kawan Lanzo, insya-Allah service tip top]

Kat area Pelita tu kebetulan pula ada demonstrasi sebuah parti politik-kalau-nak-tau-lu-surf-la-sendiri.

Diorang bawa lembu. Polis-polis siap sedia kat tepi jalan. Sorang otai polis duduk sambil hisap rokok dan Syem pula buat-buat baik sembang dengan otai polis tu menggunakan ayat-ayat cintanya yang penuh provokasi.

[Dan aku masih tertanya-tanya niat sebenar Syem letak bendera Arab Saudi kat belakang kereta masa PRU12 dulu. Apa cerita?]

"Setahu aku Polis mana boleh hisap rokok pakai uniform?" bisik Jar dan aku tak pedulikan sangat pun apa yang dia bisikkan tu.

Cuma masa tu, apa yang aku pedulikan ialah nasib lembu tu.
Ya, cuma nasib lembu tu.

.
.
.

[Sambungan tajuk di atas]

Isteri: Sejak dia menjadi wakil rakyat..

Cerita Dulu-Dulu yang Girang

Wednesday, February 25, 2009 · Posted in

Dulu aku tadika kat belakang Masjid Zahir, Alor Setar. Aku ada dua kawan rapat. Aku panggil diorang Boy dan Girl.

Boy dan Girl ni adik beradik. Boy ni adik dan Girl ni kakak. Mak diorang ni pula kenal dengan mama aku. Mungkin sebab tu kami rapat.

Aku memang rapat gila dengan diorang. Lagipun kakak Boy tu cun. Rambut kerinting original ala Ezlynn. Memang rasa nak pergi tadika hari-hari. Sebab boleh main gegelung simen dan papan gelunsur. Gila best.

Rapatnya aku dengan diorang sampai aku tak mau pergi tadika kalau diorang tak ada. Aku sanggup mengamuk minta mama aku hantar balik rumah. Dan hasil daripada fikiran tak berapa nak beyond 2000 ni ialah aku kena sebat dengan abah. Hahaha!

Frenship kami terputus bila masing-masing dah masuk sekolah. Lagipun famili aku berpindah masa tu. Diorang pun sama.

Sesekali sentimental tu datang, memang ada hati nak jumpa diorang. Aku tak tau sama ada diorang ingat aku lagi atau tak. Memang susah nak jejak diorang. Sebabnya, nama betul diorang pun aku tak ingat. Mungkin masa kecik dulu aku kurang sumber DHA atau termakan banyak semut. Kot.

Satu hari entah tiba-tiba mama aku terbuka cerita pasal diorang.

"Ingat lagi tak kawan masa tadika dulu? Yang adik tu dah kawin. tapi kakak dia tak kawin lagi."

Hah?! Tak kawin lagi? [getus aku dalam hati sambil bayangkan Ezlynn yang comel]

"Kakak dia tu dulu kecik comey ja. Sekarang badan dah naik. Muka pun dah lain sangat."
.
.
Hah!! Cakap mulut aku spontan. Dan wajah Ezlynn yang sedang menyanyi Sesalanku bertukar menjadi Sponge Bob. Ah , kenangan buatkan aku imaji macam-macam.

Kalau Kau Duduk di Apatmen yang Petak Parkingnya Bebas. Kau Tak Ada Hak Pun Nak Isytihar Itu Parking Kau yang Punya

Monday, February 23, 2009 · Posted in

Penghuni blok sebelah tempat aku menginap ni buat protes apa entah tiba-tiba. Diorang ambil cat dan tulis nombor rumah diorang kat 4-5 petak parking kereta kat sini. Kononnya, itu parking akulah yang punya.

Tapi, itu taktik paling miskin yang mungkin tak dipedulikan sangat pun. Sebab taktik paling oportunis lagi rejim yang pernah dibuat 8-9 kerat penghuni kat sini ialah bina bangsal kereta kat petak parking. Ini secara tak langsung dah macam isytihar petak parking tu aku yang punya. Dan orang lain secara psikologi takkan berani nak parking sesuka hati.

Tapi bagi aku, kalau dah hidup di apatmen-tak-berapa-nak-mewah ni, kita kenalah terima hidup berkongsi parking. Prinsip siapa-dapat-parking-dulu-dialah-yang-punya dah jadi perkara biasa. Kalau nak parking khas belilah banglo atau kondo atau tanah lot. Atau parking di dalam rumah misalnya.

Lagipun Flora ni, belum ada lagi masalah parking tak cukup. Cuma kalau kau balik lambat kau kena parking jauh sikit. Tak sampai 50 meter pun.

Pasal petak parking pun nak kecoh. Susah. Masing-masing dah individualistik.

Hmm.. Nasib baik kereta aku boleh transform jadi rak kasut.. Rileks je..

Roda Tetikus untuk Si Dungu [Mouse Wheel for Dummies]

Wednesday, February 18, 2009 · Posted in

Buntu. Idea kering.

Hmm hah. Apa kata aku kongsi informasi dengan korang. Tahu tak apa kegunaan roda tetikus (mouse wheel) kat peranti tetikus korang tu?

Skrol laman web ke atas dan ke bawah? Ya betul. Tapi ada satu lagi fungsi khas roda tetikus ni. Fungsi tersebut ialah buka tab baru untuk sebarang pautan. Jadi tak payah nak klik kanan dan klik 'Open Link in New Tab'. Buang masa saja. Fungsi ni juga khas untuk buka pautan di laman web yang fungsi klik kanan dimatikan (disabled).

Caranya. Seret anak panah tetikus (mouse pointer) ke pautan yang hendak dibuka dan terus tekan roda tetikus anda. Dan plink! Syabas, tab baru berjaya dibuka.

Tapi fungsi ni cuma boleh digunakan di pelayar web (browser) yang ada fungsi tab baru (New Tab) saja. Bagi sesiapa yang guna IE zaman Nebuchadnezzar, tolong kemaskini versi pelayar web anda ok!

Selamat beramal!
.
.
.
Spesies Tikus di Malaysia

Politikus - ahli politik
Menikus - mendiamkan diri kerana takut
Tetikus - salah satu peranti komputer
Osman Tikus - penyair Malaysia atau lebih dikenali sebagai Pyan Habib

Hari Ni Boleh Jadi Hari Anti-Kolonial Malaysia Kot

Saturday, February 14, 2009 · Posted in

14 Feb. Apakah kau mahu aku ucapkan selamat hepi valentine? Salah..

Hari ini patut aku ingatkan kau tentang tarikh syahidnya seorang patriot kita. Leftenan Adnan bin Saidi semasa bertempur di Bukit Candu, Singapura. 14 Februari 1942.

Hebatnya arwah Adnan ni sampai Jeneral Tomoyuki Yamashita (Harimau Malaya) cakap, kalau ada 10 orang Adnan dalam tentera British di Malaya masa tu, Jepun kena hantar 10 divisyen untuk tawan Malaya. Arwah memang sentiasa jadi hero perang aku masa kecik lagi sejak aku tau dan mula baca cerita dia yang ditulis Talib Samat.

Kalau aku jadi PM, aku isytihar 14 haribulan Hari Anti-Kolonial Malaysia. Tivi wajib tayang filem perang, dokumentari perang, lagu perang, kartun perang dan etc etc. Selain tu, baju-baju celoreng digalakkan dipakai masa hari tu, tapi senjata api diharamkan. Pameran tentera ala Jom Heboh turut dibuka di seluruh negara dan orang ramai yang datang boleh belajar pegang senjata api dan tembak ke lapang sasar. Selain tu, game dan pertandingan simulasi perang disediakan kepada peminat-peminat game seperti Call of Duty, Hitman, Age of Empires, Sim City misalnya [game last tu saja aku letak untuk menunjukkan aku seorang gamer]. Pemenang pertandingan game ni akan diberi surat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang ketenteraan. Seperti Ijazah Sarjana Muda Perang Kombat ataupun Ijazah Sarjana Muda Penembak Tepat misalnya.

Ni asal 14 haribulan, Sudahkah anda menghantar nada dering CINTA kepada si dia? Taip CINTA 1212 dan hantar ke..

Apa cerita?

Perlembagaan Rumah Kami

Friday, February 13, 2009 · Posted in

Dunia sekarang memang penuh dengan tak ketahuan. Busuk hati. Busuk perangai. Busuk segala-galanya. Puncanya ialah kita sekarang dah tak peduli dengan rukun. Tak kisahlah rukun apa-apa pun. Sebab, kepatuhan pada rukun itu akan membentuk satu kerukunan. Kerukunan dalam pemenuhan hidup.

Ramai yang hafal rukun-rukun ni. Tak kisahlah rukun apa-apa pun. Rukun Negara. Rukun Kahwin. Rukun Islam. Rukun Iman. Rukun Tetangga. Rukun etc. Tapi semuanya dihafal secara harfiah saja. Atau dicetak di belakang kulit buku misalnya. Kemudian disimpan. Tak pernah dipedulikan pun.

Tak payah pening kepala fikir sebab apa kita bergaduh sana bergaduh sini. Risau sana risau sini. Dengki sana dengki sini. Huru sana hara sini. Puncanya mudah. Sebab kita tak pernah peduli pun pasal rukun-rukun ni.

Oh, kat atas tu rukun/manifesto pemilik rumah sebelum kami. Itu satu-satunya poster Rumah Puaka yang tak pernah digugurkan. Melihat poster yang diconteng tu baru aku faham. Kadang-kadang kita bukan suka sangat rukun-rukun ni. Dan kita protes. Manusia..


p/s: Gambar atas tu kitar semula. Tak ada idea sebenarnya. Hihihi.

Tiba-Tiba Mau Jadi Seniman Surat Khabar

Thursday, February 12, 2009 · Posted in

Nampaknya aku dah ada hobi baru. Cuba simpan surat khabar sampai hujung tahun. Kumpul berita-berita menarik. Berita politik atau bencana alam di Malaysia misalnya. Keratan-keratan berita tu kemudian dikoyak, ditampal dengan penuh seni dan dibingkaikan dengan cantik. Akhir sekali jual dengan harga rib-rib ataupun jut-jut. Ataupun buka galeri seni 20 tahun lagi. Cantik!




Surat Khabar Yang Menimbun di Rumah Ku

Tuesday, February 10, 2009 · Posted in

Antara petanda ekonomi mula gawat ialah berkurangnya golongan peniaga yang bawa kenderaan dan pusing rumah ke rumah. Seperti brader mat kool, bai roti, bai putu mayyam, apek minta tilam lama, apek minta surat khabar lama dan macam-macam lagi.

Dulu memang ramai golongan-golongan ni datang memeriahkan perumahan-perumahan di Malaysia. Kemudian budak-budak akan berkerumun girang menjerit membeli jajan. Tapi sekarang dah jarang sangat. Lama juga aku tak dengar diorang jerit-jerit atau hon-hon sekitar kawasan apatmen ni. Mungkin diorang dah mati atau tukar kerja lain. Jadi pemandu bas RapidKL ataupun jadi penjual Celcom 3+1 misalnya.

Bukan apa. Surat khabar dalam rumah aku ni dah cecah paras bahu. Tak tahu nak buang mana. Kalau ada kucing yang makan surat khabar boleh juga aku sedekah. Kalaulah apek surat khabar tu tak datang juga, mungkin aku boleh berkira-kira jadikan mengumpul surat khabar lama sebagai hobi.

Oklah.

Apa kata komen di bawah korang berikan sebarang cadangan tentang apa yang aku patut buat dengan surat khabar ni selain daripada jual kat apek surat khabar.
.
.
Sila tulis:
Selain dijual kepada apek, surat khabar lama juga boleh..
1. direka menjadi senjata nuklear [cth]
2. dimasak lemak cili api [cth]

Awak Lompat Kita Pun Lompat

Friday, February 06, 2009 · Posted in

Dulu masa kecik aku memang suka melompat. Dari satu posisi ke satu posisi. Dari A ke B. Ataupun lompat melepasi satu halangan. Ataupun lompat longkang. Ataupun lompat parit. Ataupun lompat zero point. Ataupun lompat bintang. Ataupun lompat pokok jejarum paras pinggang. Fiilnya lain macam. Kejayaan melompat menepati jangkaan memang satu nikmat tak terungkap.

Manusia memang suka melompat. Melompat sebahagian daripada proses tumbesaran dan keseronokan manusia. Kegilaan melompat ni buatkan manusia mencipta pelbagai keseronokan melompat lain seperti lompat galah. Lompat kijang. Lompat jauh. Lari berpagar (sepatutnya dipanggil lari dan lompat pagar). Lari berhalangan (kena lompat pagar tinggi sikit dan bawah pagar ada air).

Tendangan padu maut Suria Perkasa Hitam pun dimulakan dengan melompat. Ah, begitu sensasi melompat dan menendang dengan kaki berapi. Kalau tengok aksi demo Silat dan Taekwondo, aksi melompat adalah aksi paling thrill dan ditunggu-tunggu.

Lagi satu. Ramai bebudak sekarang ni aku tengok kalau tangkap gambar mesti nak melompat saja sambil depang tangan ke atas. Mentang-mentanglah pakai kamera DSLR.

Ok. Ini cerita lain.

Masa aku darjah dua. Antara hobi unggul aku ialah lompat melepasi penjuru katil dan mendarat hebat di atas tilam. Penjuru katil aku dulu tinggi. Tingginya lebih kurang paras perut aku masa tu. Jadi, sebelum tidur aku akan berdiri hujung dinding bilik dan berlari dan melompat tinggi dan mendarat sambil mendepangkan tangan dengan aksi ala Gaban. Ah, Tuhan saja yang tau betapa nikmatnya aku melompat penjuru katil masa tu.

Tapi sayang. Satu hari tu, lompatan aku tak lepas. Dan celah kangkang aku mendarat betul-betul atas galang katil.

Sejak peristiwa tu. Aku bersumpah dengan air mata bahawa aku takkan melompat lagi.

Malam Yang Penuh Amarah

Wednesday, February 04, 2009 · Posted in

Malam bingit. Langit kosong. Bunyi sudu berlaga-laga. Bergemerincing.
.
.

"Aku benci betul kerja deal-deal dengan orang ni. Cakap macam pandai. Semuanya nak. Perangai pulak berlagak gila," rungut Pian satu hari memecah kebingitan.


Marah betul Pian dengan pegawai kerajaan.


"Biasalah tu. Nama pun kerja dengan orang. Tapi, kalau malas deal dengan orang, kau kerjalah kat Zoo Negara," ujar aku cuba melegakan kerungsingan Pian.

Segalanya Cinta

Monday, February 02, 2009 · Posted in

Lepak dengan brader Doni. Dia tanya aku pandai buat web site ke tak. Pandailah juga, jawab aku sambil sengih-sengih dan kemam roti sardin.

Dunia siber ni banyak boleh buat duit. Jadi sekarang ni aku memang tengah banyak idea. Kalau kau serius aku memang sanggup nak labur, kata brader Doni.

Tidakku sangka brader Doni berjiwa niaga. Bagi merancakkan lagi perbualan aku tanya dia,

Web site apa tu bang? Macam dasat je.

Brader Doni jawab, mengikut pemantauan aku setakat ni belum ada lagi web site pasal CINTAAA...
.
.
.
Tiba-tiba jam berhenti. Daun berguguran. Gerimis turun sedikit-sedikit.

Powered by Blogger.