Almari ni memang banyak berjasa. Dan antara jasa paling dikenang ialah menjadi tempat seekor kucing gerila masuk beranak. Habis slip gaji aku bertempek darah (tapi apa cerita kumpul slip gaji macam kumpul setem?)
Tapi dua bulan lalu, dua gempa bumi berukuran 6.4 dan 8.0 skala Richter menggegarkan Flora 2 dalam tempoh tidak sampai seminggu.
Semasa kejadian, aku mengerekot dalam tilam Siam seraya hati memanjat doa. Selang tiga minit, gegaran reda. Aku buka tilam dengan peluh membutir di dahi dan belikat. Apa yang aku lihat cuma kehancuran dan kemusnahan. Ya, keadaan dekorasi Rumah Puaka yang dulu indah, bagai menerima sentuhan Eric Casa Impian, kini punah dan kacau bilau.
Surat khabar dan kain baju bersepah, pinggan mangkuk berserakan, debu-debu kecil menjulang naik dan melekat di siling, kipas dan dinding.
Tambah menyedihkan apabila melihat almari Eiffel aku yang rabak dan terburai. Air mata aku bergenang mengenang betapa kerdilnya diri tatkala berhadapan situasi tak diundang itu. Kehidupan selepas gempa terasa begitu sukar. Apatah lagi setiap kali balik kerja dan menatap rupa Eiffel yang sering menjerit kepada aku, Kill me! Kill me, pleaseee!
Dan kelmarin, aku nekad mulakan hidup baru bersama Burj Dubai.
waaa...burj dubai...cantik2...
ReplyDeleteburj dubai da tuka name daa...
ReplyDeleteburj khalifa
akum...
ReplyDeleteaku baru je buang menara berkembar
ko tak cakap ko ada masalah
kalau tak aku sewa jet jambo antar itu menara
Macam mana boleh gempa bumi?
ReplyDeleteakum
ReplyDeleteaku dah betulkan link :
http://brutalsolo.blogspot.com/
perghh.. gila dasat gobok org bujang...
ReplyDeletekawin2 le cepat, nanti buleh beli lemari baru, utk letak baju bini...
muahahaha
Aslkm, fuh gud n nice blogging,cantik blog,.Mmm,leh x visit n linkkn blog saye ni http://tolongsenyap.blogspot.com ?Ok saye nak pegi la dulu,ok bye
ReplyDeleteboleh tanya Burj Dubai tu beli kat mana? Almari kat rumah pon dah hampir reban akibat terlebih muatan.. nampak sungguh moden, seperti pilihan eric casa impian.. :)
ReplyDeleteminatgiler;
ReplyDeletebeli kedai perabot biasa saja di pekan sungai buloh sana. bolehlah pegi jenguk.