Archive for January 2011

Oh Sunni Oh Syiah..

Friday, January 28, 2011 · Posted in

Kebangkitan Cyrus dari kubur menakutkan dunia Arab dan Barat

Sebenarnya, entri ini akan jadi sangat panjang jika mahu diulas di segi perselisihan mazhab Sunni-Syiah. Lagipun, sudah ada ramai blogger dan orang agama kita yang bentangkan hujah agama masing-masing. Ada pro dan kontra. Ada yang penuh kebencian. Ada yang gila isme. Ada yang emo tak tentu pasal. Tapi sayang, rata-rata aku baca sangat kontang idea dan hanya suka memetik kata-kata al-ustaz-al-ustaz dari Timur Tengah. Kata-kata Nabi dipetik untuk mewajarkan hujah prasangka masing-masing. Dan aku tertanya-tanya, kalau selamanya kita biarkan diri duduk dibawa persepsi orang lain, sikap kita di mana sebenarnya?

Tapi, dalam entri ini, aku akan cuba bawa korang lari jauh daripada perselisihan mazhab yang melatari persengketaan Sunni-Syiah yang berlarutan sejak beratus-ratus tahun lama dulu. Jadi, apa yang mahu aku bangkitkan dan minta korang faham di sini adalah di luar konteks konflik mazhab itu sendiri.

Jika diteliti secara dasar, apakah kita tahu sama ada sedar atau tidak, umat Melayu Islam sebenarnya sudah diheret ke dalam jurang sengketa dua bangsa besar, Arab dan Parsi yang suatu masa dulu pernah menjulang Islam pada zaman keemasannya?

Daripada dua bangsa inilah lahirnya ramai ilmuwan Islam bertaraf polymath yang bukan saja menguasai ilmu agama, tetapi juga segala macam ilmu duniawi yang kemudian membuka jalan kepada fasa Renaissance di Barat yang bermula di Itali.

Walaupun, kedua-dua bangsa ini mempunyai pola fikir berbeza tentang interpretasi Islam, fakta membuktikan tidak pernah ada catatan genosaid pada abad pertengahan dulu yang berpunca daripada perselisihan mazhab. Sebaliknya, sengketa yang wujud adalah akibat faktor politik dan ekonomi. Lebih parah, segalanya menjadi semakin buruk pada era imperialisme Barat di Timur Tengah.

Sejak itu, kedua-dua bangsa itu, Arab dan Parsi mula terperangkap dalam sejarah bangsa yang dibataskan sempadan negara dengan masing-masing saling bersaing mahu mendominasi pihak lain. Dan antara peluru propaganda dilepaskan adalah perbezaan mazhab, yang mana setiap pihak berdegil menyatakan, Islam aku lebih benar daripada kau!

Persoalannya, apakah benar perselisihan mazhab yang menyebabkan sengketa Sunni-Syiah?

Alexander perlukan bantuan Arab untuk halang kebangkitan Cyrus.

Apabila menyebut tentang Syiah, susah untuk kita tidak asosiasikan mazhab itu dengan Iran. Sama juga apabila kita menyebut tentang Sunni, susah untuk tidak mengaitkannya dengan Arab Saudi atau Mesir. Atau Melayu dengan Islam. Walhal di Iran ada saja orang Parsi bermazhab Sunni dan ada juga Arab bermazhab Syiah. Dan di Indonesia dan Filipina, ada saja orang Melayu menganut Kristian.

Sebelum perang Iran-Iraq pada 1980, Sunni dan Syiah terlebih dahulu bergaduh pada era dinasti Safawiyah (Safavid) di Iran dan Uthmaniyyah di Turki, dua kerajaan Islam yang mewakili entiti politik Syiah dan Sunni. Konflik yang timbul bukanlah akibat sengketa mazhab, kerana di segi keilmuan, kepelbagaian mazhab itu sendiri diraikan kerana umat Islam ketika itu mindanya 'cerah'. Mereka faham tentang fitrah akal yang sifatnya bebas berfikir. Malangnya, kenapa hari ini kita suka menyempitkan kurnia tersebut dengan mendakwa cuma ada satu jalan kebenaran yang harus diikut.

Dulu, Sunni boleh saja berbangga dengan ilmuwan Parsi, Ibnu Sina, manakala Syiah pula berbangga dengan sarjana Arab, Ibnu Khaldun. Jadi, apa yang jelas di sini ialah Sunni bersengketa dengan Syiah bukan sebab mazhab, bai.

Kau kutuk Syiah berlebih-lebihan menangisi syahidnya Hussein, tapi dalil apa yang kau guna untuk halalkan darah mereka? Aku tak faham, hukum dan doktrin apa yang benarkan kau membantai mana-mana golongan, yang tidak mengangkat senjata, atas dasar kepercayaan mereka tidak sama dengan kau. Ini semua soal faham dan percaya. Apa hak kau untuk menafikan kepercayaan orang selagi dia ada alasan dan dalil yang dipegang?

Jadi kenapa Sunni dan Syiah bergaduh?

Ok. Aku cuba jelaskan secara ringkas. Selepas berakhirnya zaman Khalifah ar-Rasyidin, berlaku krisis kepimpinan yang menyaksikan tertegaknya dinasti Umayyah, pemerintahan anak beranak pertama dalam sejarah Islam.

Tindakan kerajaan Umayyah yang cuba mengarabisasikan wilayah taklukannya menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk Islam bukan Arab. Situasi tersebut mendorong kepada kebangkitan dinasti Abbasiyyah yang mendapat sokongan kuat penduduk bukan Arab, kebanyakannya orang Parsi, termasuk pengikut Syiah yang tak puas hati dengan pemerintahan korup Umayyah.

Sekali lagi aku ingatkan. Apa yang berlaku (Abbasiyyah menjatuhkan Umayyah) bukanlah perselisihan mazhab (Abbasiyyah juga Sunni). Tetapi, disebabkan politik yang mana penduduk Islam bukan Arab (Sunni dan Syiah) tak puas hati dengan hak eksklusif kerajaan Umayyah yang cuba menegakkan ketuanan Arab di luar bumi Arab. Dan apabila tertubuh dinasti Abbasiyyah, liberalisasi budaya berlaku dan kebudayaan Islam tidak lagi dilihat berorientasikan Arab semata-mata. Ketika itu, bangkit ramai ilmuwan Islam bangsa Parsi. Malah, rejimen khas untuk menjaga wilayah Sultan dilantik daripada kalangan tentera bukan Islam yang dikenali sebagai tentera hamba atau Mamluk di Mesir.

Pada era moden, untuk memahami konflik Sunni-Syiah atau sebetulnya konflik Arab-Parsi adalah perlu untuk kita memahami perang Iran-Iraq pada 1980. Saddam Hussein yang ketika itu menjadi Presiden Iraq bertindak melancarkan serangan mengejut ke atas Iran. Iraq yang didominasi nasionalis Arab dan Sunni menyerang Iran kerana Saddam melihat keadaan huru hara di Iran selepas Revolusi Islam 1979 sebagai kesempatan terbaik untuk beliau menguasai wilayah sempadan membabitkan laluan penting ke Teluk Parsi.

Kesan daripada perang itu memang menjahanamkan kedua-dua negara. Sebaliknya, ia menguntungkan Amerika dan Eropah yang mendapat habuan daripada penjualan senjata. Contohnya, Perancis mengeksport AS$5.6 bilion senjata ke Iraq dan Iran membeli sejumlah AS$10 bilion senjata dari Rusia. Itu tidak termasuk senjata yang dibekalkan negara-negara Arab kepada Iraq kerana bimbang ancaman negara Parsi itu terhadap ketuanan Arab. Jadi, tak hairan semasa perang lapan tahun itu, Iraq ditaja kuat oleh puak nasionalis dan raja-raja Arab sebelum mereka membantai pula Iraq kerana membantai Kuwait.

Selain Syiah yang menjadi penyokong kuat Iran, Teheran juga meraih sokongan kuat daripada penduduk bukan Arab yang bencikan dominasi Arab di Timur Tengah. Ini termasuk orang Arab sendiri, terutama di Palestin dan kelompok marhaen yang bencikan sikap pemerintah Arab yang pro Barat dan kecut telur dalam menangani konflik di Timur Tengah. Justeru, kebangkitan dan 'kedegilan' Iran untuk tunduk kepada kehendak Barat sangat diraikan golongan berkenaan.
Seorang awek bergambar bersama peluru Great Bombard seberat 1600 kg.

Kebangkitan Parsi baru itu begitu menakutkan Amerika dan Eropah, yang mewarisi kemahsyuran Rom dan Arab yang mewarisi kegemilangan Umaiyyah dan Abbasiyyah, termasuk Turki yang pernah menggegarkan dunia dengan Dardanella Gun atau Muhammad Gun semasa kekuasaan Turki Uthmaniyyah.

Asasnya mudah, semua pihak bergaduh atas nama politik dan ekonomi dengan menjadikan persengketaan mazhab sebagai isu untuk menghalalkan cara mereka. Dan doktrin kebencian itu dieksport kepada pelajar-pelajar asing yang datang mengaji agama di Timur Tengah. Justeru tidak hairan apabila pelajar-pelajar itu balik, mereka yang menerima doktrin Syiah ekstrem akan melabel Sunni kafir dan Sunni pula melabel Syiah sebagai puak sesat yang harus diperangi habis-habisan.

Hoi, korang mengaji agama jauh-jauh untuk benci orang ke, hoi! Korang tau tak korang sebenarnya adalah mangsa kepada konflik sejarah bangsa Timur Tengah yang menjadikan agama sebagai peluru dan senapang untuk saling bermusuhan. Dan aku tak hairan kenapa ustaz-ustaz Arab wannabe kita jadi menyinga lain macam apabila menyebut tentang Syiah atau mereka yang ada latar belakang Iran. Kerajaan Mubarak sekat makanan ke Palestin korang buat apa? Arab Saudi yang menjaga dua Kota Suci umat Islam buka pangkalan tentera AS apa cerita? Sunni bom Syiah di Karbala jangan buat-buat buta? Semua tu bukan sebab sengketa mazhab weh, tapi politik Arab mahu berkuasa!!

Antara Abbey Road dan Kota Melaka

Friday, January 14, 2011 · Posted in ,

Gambar di atas adalah lintasan pejalan kaki (zebra crossing) Abbey Road di barat laut London. Lintasan tersebut pernah digunakan band legenda dari England, The Beatles sebagai kulit album studio ke-11 mereka, 42 tahun lalu (1969).

Bulan lepas, Menteri Warisan Britain, John Penrose mengambil langkah melindungi lintasan tersebut dengan mengisytiharkannya sebagai tapak warisan, susulan reaksi daripada nasihat jabatan warisan Inggeris.

Kini, lintasan tersebut sudah dimasukkan dalam senarai warisan Gred II oleh Penrose walaupun timbul beberapa dakwaan yang menyatakan kedudukan lintasan itu bukan lagi berada di lokasi asal seperti dalam album Abbey Road.

Namun, berdasarkan imej pada album, ramai peminat-peminat muzik dari seluruh dunia, termasuk band-band terkenal, bersetuju menjadikan lintasan itu sebagai tempat ritual seni yang wajib dilawati jika kau mengaku cintakan muzik. Bagi kerajaan Britain, ia menjadi tempat ikon kebudayaan dan sejarah negara itu yang mencetuskan fenomena muzik seluruh dunia.

Lintasan dan kawasan sekelilingnya hendaklah dipulihara dan dijaga seperti yang terpapar pada imej kulit album tersebut dan tiada binaan tambahan dibenarkan didirikan. Semuanya untuk mengekalkan mood dan suasana 70-an sama seperti pada zaman ketika album itu dilancarkan.

Sebaliknya, nun jauh di rantau ini, orang Malaya yang mengaku leluhur mereka amat kaya dengan budaya dan ketamadunan, sejauh manakah kita menghargai bangunan ikon budaya dan sejarah kita?

Misalnya, di Melaka, suatu masa dulu kawasan sekitar kota A Famosa, dikenali Dataran Pahlawan, terbentang luas dan kau tidak perlu mendaki bukit atau menaiki menara Taming Sari (yang huduh) untuk melihat Selat Melaka. Dan kau senang saja berimaji tentang keadaan umat nusantara pada abad ke-15 sambil membayangkan bagaimana berakhirnya riwayat Kesultanan Melayu Melaka hingga tertegaknya kota Portugis itu.

Sekarang. Semua kesan dan tinggalan sejarah itu habis ditenggelamkan bangunan-bangunan moden. Kota lama itu kelihatan kerdil dan mati dikepit hutan-hutan batu atas nama ekonomi pelancongan.

Kau tengok Menara Eiffel. Kau tengok kawasan sekelilingnya. Tiada monumen lain dibina untuk menyaingi ikonik Eiffel. Menara itu dibiarkan gagah berdiri kerana orang Perancis melihat Eiffel sebagai binaan yang melambangkan kebangkitan intelektual dan nikmat demokrasi yang diraih mereka sejurus tercetusnya Revolusi Perancis.

Aku tidak tahu sejak bila orang Malaya semakin buta sejarah. Mungkin sejak juak Arab Wahabi datang ke tanah Malaya dan berjaya mengarabisasikan seluruh pemikiran dan budaya umat Melayu dan nusantara. Ataupun, kita sememangnya sudah tidak faham lagi makna budaya dan sejarah sejak pandai meletakkan apa saja perkara dalam dunia ini atas nama ringgit.


Dua ikon sejarah yang mendapat layanan berbeza

Misteri sangkar Ana Raffali

Monday, January 10, 2011 · Posted in ,

"Saya harap suatu hari nanti orang minat Ana Raffali bukan sebab rupa, tapi lagu dan apa yang mahu disampaikannya." - Ana Raffali -25/08/10-

Bagi aku, kalau kau menyanyi atas pentas, aku mahu tengok ekspresi muka kau. Aku mahu lihat bibir kau melontarkan nota-nota lagu yang kau tuliskan. Pergi mati dengan sangkar. Pergi mati dengan dayang-dayang menari sekeliling kau. Dan aku mengamuk bila Ana Raffali menyanyi dalam sangkar. Why, getus aku dalam hati.

Tapi, sebaik saja Ana menyuarakan Tolong Ingatkan Aku dari dalam sangkar, aku cuba kaitkan metafora atau semiotik lirik dan persembahannya (menyanyi dalam sangkar). Ah, aku teringatkan Penjara Pudu.

Tolong Ingatkan aku adalah luahan rasa seorang warden yang pernah berkhidmat lama di Penjara Pudu. Si warden menangis apabila mengenangkan betapa penjara itu, yang dibina sejak 1891 dan menjadi antara khazanah berharga tanah air, bakal dimusnahkan kapitalis-kapitalis atas nama kemodenan. Tiada lagi momen yang mampu membuatkannya mengenal diri tentang keinsafan dan kemanusiaan. Ana, yang mewakili isi hati si warden menjerit, Tolong ingatkan aku.. Kisah kau (banduan) tersedar.. Dengan saku penyeluk masa (lama di penjara membuatkan ramai banduan insaf)..

Bagi mereka, tiada apa yang patut dikenangkan dengan Penjara Pudu. Apa guna menyimpan penjara berhantu yang merekodkan sejarah peradaban penjenayah Malaya. Musnahkan saja. Gantikan saja ia dengan lot-lot perniagaan yang pastinya melambangkan kemakmuran ekonomi negara. Dan Ana berkata, Tolong ingatkan aku.. Kisah ku tersedar.. Dengan kasih memeluk rasa.. Ku teringatkanmu.. Setiap detik jantungku berdetak.. Setiap nota jiwaku berlagu-lagu..

Aksi Ana yang begitu emosional menyanyi dari tirai sangkar (penjara), hingga suaranya tenggelam timbul dek kesedihan yang begitu meruntun, adalah gambaran betapa suara-suara marhaen dan orang-orang yang 'berdosa' sudah lama dihumbankan. Suara mereka terkunci di balik tabir besi, tenggelam timbul dan hanya ratapan yang mampu diluahkan. Ah, aku teringatkan detik Sultan Muhammad menangisi kehilangan Alhambra saat dikepung ribuan askar Ferdinand dan Isabella. Bezanya, dua penguasa Kristian itu, tidak pernah meruntuhkan kota Andalusia tersebut.

**Untuk lirik penuh, sila Google sendiri.

Powered by Blogger.