Archive for January 2012

Krisis atau terlebih bekalan lembu?

Saturday, January 28, 2012 · Posted in , ,



Kau boleh terang macam-macam pasal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) untuk mewajarkan projek mega kau.

Tapi, sebagai rakyat marhaen, setahu aku, belum pernah lagi aku terbaca pasal krisis daging meruncing berlaku di tanah Malaya ini. Malah, terlebih-lebih pula bekalan daging kita, terutama bila tiba Raya Haji, sampai kena tegur dengan ustaz-ustaz pasal perangai bazir tak tentu hala kita.

Pak-pak menteri pun boleh tahan sibuk juga masa Raya Haji. Masing-masing kalut mau derma lembu untuk dikorbankan. Tersilap derma, jadi pula isu rasuah atau beli undi.

Masa zaman Pak Lah dulu (2007), kompeni nama Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd (HCISB), yang ketika itu mendakwa ada pengalaman lapan tahun dalam hal ehwal perdagingan, mensasarkan mahu menampung 80 peratus keperluan daging tempatan menjelang 2010.

Mengikut perancangan, HCISB akan melantik 1,000 usahawan dan setiap seorang akan diberi 300 lembu untuk diternak secara fidlot selama enam bulan. Ertinya, setiap mereka bela 600 lembu setiap tahun.

Secara matematik, dalam setahun mereka hasilkan 600,000 lembu, 1.2 juta dalam tempoh dua tahun atau 1.8 juta pada 2010, lebih banyak daripada penduduk Pahang, di mana jumlah ini cukup untuk menampung permintaan daging segar yang memerlukan sebanyak 800,000 lembu setahun (mengikut anggaran keperluan daging ketika itu).

Sekarang, sudah dua tahun berlalu selepas 2010. HCISB entah ke mana, timbul pula NFC.

NFC cakap nak hapuskan monopoli, tapi monopoli siapa (HCISB?). Apakah menghapuskan monopoli dengan mewujudkan monopoli baru tindakan yang betul dalam usaha merancakkan ekonomi atau menampung pasaran? Kenapa tak rekrut usahawan daging kita dan biarkan pasaran bergerak bebas, biar setiap daerah atau negeri ada pusat lembu sendiri yang diuruskan orang yang memang pakar pasal lembu dan bukan pak Menteri yang tau nak pau duit saja.

Peliknya, krisis gula, ayam, tepung, susu, air dan harga rumah tak ada pula nak buat fidlot atau hapus monopoli bagai? Lembu yang tak adalah hebat sangat krisis bekalan tu pulak yang dikalutkan.

Betullah orang cakap, Melayu kalau meniaga dan mula nampak duit juta-juta, cepat kelabu mata. Ptuihhh..

Jemputan tak diundang

Wednesday, January 18, 2012 · Posted in

Keluar dari tandas masjid dekat ofis aku, seperti biasa aku labuhkan punggung atas tangga untuk sarung kasut. Maklumlah masjid sini kalau mau masuk tandas kau kena tanggal kasut.

Selepas siap berkasut, aku tarik nafas panjang sambil menggeliat memerhatikan bilik mandi mayat di sebelah. Hmm, takde kematian hari ni, getus aku.

Aku hidupkan henfon untuk baca gosip dan ceramah politik Tukar Tiub yang di-subscribed sejak lebih setahun lalu. Kahkahkah.. aku gelak sorang-sorang.

.
.

"Hah.. Jenuh akak cari. Rasa tak sopan pula jemput kahwin tak jumpa orang ye dak.."

"Haaa..."

"Datanglah bawa isteri. Rumah perempuan kat Shah Alam. Rumah lelaki kat Johor. Eh.. Isteri mana?"

"Haaa.. Ofis.."

"Ooo.. Mengajar eh.. Takpelah.. Bukan apa, invitation ni kena RSVP.."

"Oooo... Haaaa..."

"Datanglah ye.."

"Haaaaaaaaaa..."

.
.

Bila masa pula bini aku kerja cikgu?

Menakluk Belum

Thursday, January 12, 2012 · Posted in , ,


Lokasi: Trek off-road, Hutan Belum, Gerik, Perak
Jarak perjalanan: 18km
Kenderaan: Isuzu D-Max 3.0L Diesel
Jenis Kamera: Lumix GF1; pancake lens;  f/3.5, 1/3200sec; ISO-100
Tema: Menakluk Belum
Pengalaman sukar dilupakan: Naik rakit buluh, naik cerun 70 darjah, hampir jatuh gaung dan melihat tahi gajah.

.
.

*Entri paling mudah ketika anda kontang idea ialah letakkan gambar.

Powered by Blogger.