Pages

Thursday, April 18, 2013

Menjelang pilihanraya iii


Kawan-kawan pro-Pas rata-ratanya mewarisi ideologi politik mereka daripada latar keluarga masing-masing. Kalau bapak dia Pas, maka Pas jugalah ikutan mereka. Ini terbukti menerusi kajian rambang aku, jika kawan-kawan aku itu pro-Umno, tak ada seorang pun kalangan mereka daripada latar keluarga Pas.

Peliknya, kalau situasi bapak dia Umno, tapi anak dia pro-Pas ramai pula. Aku ada ramai kawan yang bercerita perihal bapak masing-masing yang kuat Umno, tapi diorang pula memang anti-Umno.

Trend ini semakin menular selepas era Reformasi 98, sepanjang aku belajar di selatan dan kemudian wilayah tengah Semenanjung.

Matematiknya begini,
Bapak Pas = Anak Pas
Bapak Umno = Anak Umno/Pas

Jadi, kesimpulannya (daripada analisis seorang anak muda yang baru belasan tahun), jika trend sebegitu berterusan, aku meramalkan Umno dalam bahaya untuk sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang atau lebih.

Buktinya, PRU12 pada 8 Mac 2008, BN kalah teruk dan PR meraih undi popular dengan beza undi hanya 285,947 walaupun cuma mampu menawan lima negeri (sebelum ditolak Perak akibat krisis Perlembagaan).

1 comment:

  1. Formula math kau ni mmg best. Aku tambah lagi;

    Bapak Pas=anak Pas
    Bapak Umno= anak 40% Umno/60% Pas
    Bapak Umno+anak masuk U= anak 90% Pas
    Bapak parti mana pun + anak baru masuk U ketika PRU13=anak 100% tak boleh mengundi sbb age limit tapi paling bising politik di laman sosial.

    Untuk selamatkan Umno, jgn bagi anak muda masuk U. Untuk menangkan Pas, semarakkan semangat reformasi, kumpul ramai-ramai, sorak, bantah.

    sekian (dari aku yg bukan Umno atau Pas)

    ReplyDelete