Archive for January 2010

Kajian Ilmiah Mengenai Kenderaan Bermotor di Malaysia

Friday, January 29, 2010 · Posted in

1. Kita sering mengecam harga kereta di Malaysia mahal berbanding luar negara, manakala kualiti kereta tempatan pula bertaraf 'pasar malam'.

2. Statistik NationMaster menunjukkan Malaysia menduduki tempat ketiga daripada 133 negara sebagai negara paling banyak kenderaan bermotor, iaitu 641 kenderaan bagi setiap 1,000 orang.

3. Dua negara di atas yang mendahului Malaysia ialah Amerika Syarikat (765:1000) dan Luxemborg (686:1000).

4. Namun, jika diambil kira keluasan negara, Malaysia jatuh tempat kedua dengan keluasan 329,845 km2, Luxemborg pula 2,586.4 km2 = negara kecil tapi kereta banyak.

5. Apakah ini menandakan rakyat Malaysia kaya? Sudah tentu tidak kerana pendapatan per kapita rakyat Malaysia jauh lebih rendah berbanding Singapura.

6. Fakta ini sebenarnya berkait rapat dengan trend rakyat Malaysia yang gemar membeli dan menukar kereta sebagai satu bentuk meraikan hidup. Misalnya, beli kereta baru apabila naik gaji, ada kelompok peminat kereta ubah suai dan antik yang besar, beli kereta supaya tak nampak loser di mata orang kampung, jiran atau kawan, beli kereta supaya cocok dengan status kerjaya dan lain-lain.

7. Rakyat Malaysia membeli kereta bukanlah sebagai alat untuk tiba ke destinasi A ke B, tetapi sebagai lambang prestij. Misalnya, seorang CEO atau bos mestilah memiliki Brabus, sebaliknya jika mereka sekadar menaiki Wira SE ke ofis akan dilabel sebagai manusia bakhil, lokek dan duit-bukan-boleh-bawa-ke-mati-pun.

8. Setiap rakyat Malaysia mempunyai cita-cita untuk memiliki kereta idaman masing-masing.

9. Selepas dibantah geng kereta antik dan peminat Proton kotak dan tauke barang alat ganti kenderaan, kerajaan membatalkan cadangan untuk melupuskan kereta lama. Ini menyebabkan jumlah kenderaan bermotor di Malaysia bertambah setiap tahun.

10. Pertambahan jumlah kereta setiap tahun ini adalah punca nombor satu kepada masalah kesesakan jalan raya di Malaysia, terutama di bandar-bandar besar.

11. Ia diburukkan lagi dengan jumlah petak parkir kenderaan yang tidak cukup, di mana komposisi jumlah kereta dan petak parkir yang tidak seimbang menyebabkan kesesakan teruk apabila kenderaan memenuhi bahu-bahu jalan di sekitar kawasan perumahan (yang sepatutnya damai abadi), pejabat, kompleks beli belah, dewan orang ramai, padang dan tanah lapang.

12. Malangnya, langkah-langkah mengatasi masalah pertambahan kenderaan bermotor di Malaysia tidak pernah dibincangkan di media. Sebaliknya, kita dikecohkan dengan berita aku saman kau, kau saman aku, aku bongkar rahsia kau, kau bongkar rahsia aku dan pelbagai cerita jahanam yang lain.

13. Apakah mereka tidak pernah terfikir bagaimana mahu menyelamatkan diri di tengah kesesakan jalan raya ketika raksasa Gorgon menyerang bumi?

Sedikit Cerita Tentang Radio di Malaya

Tuesday, January 19, 2010 · Posted in

1. Orang selalu cakap, orang-orang tua saja yang dengar radio kerajaan. Tapi selepas melalui beberapa proses mendengar radio, aku dapati ada sisi mulia pada radio kerajaan iaitu maklumat dan ilmu. Sebaliknya radio swasta korup maklumat, ilmu, idea=Dungu.

2. Masalah radio kerajaan ialah berinformasi tapi tidak menghiburkan. Masalah radio swasta pula menghiburkan tapi tidak berinformasi. Justeru berdasarkan rating, rakyat Malaysia banyak berhibur dan kurang informasi kerana mereka cenderung memilih mendengar radio swasta berbanding radio kerajaan.

3. Berinformasi di sini bukanlah setakat membaca tajuk berita atau laporan trafik atau ramalan cuaca. Tapi menyampaikan apa saja informasi berbentuk ilmu kepada pendengar.

4. Tugas menyampaikan informasi ilmu ini pula bukanlah melalui petikan kata tokoh cendekiawan atau pakar motivasi yang sudah direkod dan diulang 800 kali. Sepatutnya, tugas ini digalas juruhebah radio. Justeru, tindakan stesen memilih juruhebah daripada kalangan artis semata-mata untuk naikkan rating pendengar adalah keputusan Bodoh.

5. Nama pun juruhebah, tugasnya ialah menghebah. Kalau tugasnya cuma baca, itu jurubaca.

6. Kriteria sebenar seseorang juruhebah radio sepatutnya bukan sekadar bijak berceloteh atau memilih lagu hits, tapi dia juga mesti bijak memetik maklumat secara spontan untuk dikongsi dengan pembaca. Adalah satu kemestian seseorang juruhebah itu sangat rajin membaca.

7. Bahan bacaan itu tidak perlulah seperti bagaimana menyelesaikan rumus algebra ataupun bagaimana mahu skor A dalam SPM. Cukup dengan info kecil yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Misalnya, petua-petua nenek, tips ketika terjumpa ular sawa atau anak gajah jatuh longkang, apa perlu buat kalau dilanggar kereta atau borang apa kau perlu isi kalau nak kahwin. Ini termasuk info-info baru yang perlu diingatkan atau disegar semula (refresh) kepada pendengar seperti rukun negara (rukun Islam, rukum Iman mana?) dan berita tentang dunia luar, terutama serantau (Asean).

8. Tapi, semua info berkenaan mesti disampaikan sendiri oleh juruhebah secara langsung, bukan dirakam dan diulang seperti iklan. Barulah proses penyampaian maklumat itu sampai dengan berkesan dan tidak statik.

9. Di sinilah kreativiti seseorang juruhebah itu diuji. Tentang bagaimana menyalurkan maklumat kepada pendengar secara santai, bersahaja dan menghiburkan. Bukannya memuntahkan pendengar dengan segmen lawak meraban, pekena orang tak tentu hala dan ruangan luahan hati nak mati.

10. Oh, terlalu banyak dan setiap hari mendengar orang menyanyi, kadang-kadang buat aku senak perut juga.

Merantau: Falsafah Silat yang Mengujakan

Thursday, January 14, 2010 · Posted in

Ketika melihat trailer Merantau, aksi filem Ong-Bak, lakonan Tony Jaa sudah terlintas dalam fikiran aku.

Secara peribadi, Ong-Bak menjadi benchmark baru bagi filem tempur (martial arts) selepas Hollywood masih gagal mencari aktor tempur sebaik Jean-Claude Van Damme (Bloodsport) dan Mark Dacascos (Only the Strong). Hong Kong pula masih mencari jelmaan wira baru menggantikan Jackie Chan dan Jet Li.

Tony Jaa mengisi kemuraman itu dengan sangat baik. Sehingga aku rasakan mana-mana filem yang tidak dapat menandingi karaeograf sebaik Ong-Bak, filem itu tidak layak dilabelkan sebagai filem tempur yang bagus dan mengujakan.

Berbalik kepada Merantau lakonan brader bergigi siung, Iko Uwois. Terus terang aku katakan filem ini sudah berada sebaris dengan Ong-Bak. Dan pada satu-satu tahap, ia jauh ke hadapan dari segi falfasah dan faktor humanis.

Berbanding Ong-Bak, di mana misi Ting (Tony Jaa) adalah menyelamatkan kepala patung Buddha, Merantau tampil dengan misi yang lebih realis, iaitu menentang kejahatan urban di Jakarta. Tiada unsur misi religius di sini. Mungkin kerana pengarahnya, Gareth Evans, bukan orang tempatan. Mungkin juga dia mengambil jalan selamat (takut timbul perdebatan atau kontroversi). Tetapi itu tidak bermakna Evans gagal menyelami falsafah silat dengan baik.

Apa yang bagus tentang Merantau adalah keupayaan Evans me'lari'kan stereotaip filem tempur yang sudah biasa terakam dalam fikiran penonton seperti: Babak awal dimulai dengan sesi latihan di gelanggang dan khatam sebelum berjumpa orang jahat. Dan ketika hampir kalah, mula si hero terngiang-ngiang pesanan guru atau jurus rahsia lalu bangkit menumpaskan si penjahat.

Namun, dalam Merantau, tiada babak seperti itu. Tiada upacara meditasi/yoga/pertapaan yang selalu kita saksikan dalam filem-filem tempur seperti bertafakur mengadap lembah luas, sesi latihan maha seksa ataupun menurun menyeru kekuatan. Tiada ritual kebatinan atau perkara-perkara mistik lain. Evans tampilkan silat pada paksi yang real, jauh daripada mitos kesombongan (kononnya silat mempunyai kuasa batin paling agung).

Gerak silat (Harimau) dalam Merantau ditonjolkan dengan cantik. Liuk dan lentik Yuda (Iko Uwois) begitu sempurna, tepat dan menakutkan sehingga menampakkkan sisi 'membunuh' seni bela diri nusantara yang sebelum ini disindir terlalu berbunga-bunga (walhal bunga itu adalah apresiasi daripada keindahan silat-sama seperti tai-chi).

Apa yang buat aku sangat menghormati Evans ialah falsafah murni silat dalam Merantau yang dijelaskannya dengan cukup sempurna. Tenang, terkawal dan perikemanusiaan. Evans menjelaskan makna silat itu sendiri, iaitu bela diri atau menyerang apabila diserang. Tidak menyerang apabila lawan sudah jatuh. Ini dapat aku lihat pada dua babak besar. Pertama, ketika Yuda bertempur dengan rakan sendiri (dalam lif). Kedua, semasa berlawan dengan ketua jahat. Yuda memutuskan untuk tidak menamatkan nyawa dua watak tersebut apabila lawannya sudah lunyai dibelasah. Peluang diberi sehingga akhirnya memakan diri sendiri. Tapi, perjuangan kebenaran yang dipegang kuat Yuda tampak hidup dan mengujakan meski berakhir dengan kehilangan nyawa.

Mesej kuat dalam Merantau adalah jangan takut memperjuangkan kebenaran. Walaupun di pengakhiran, kau mungkin sendirian (dalam filem ini digambarkan dengan kematian Yuda), tapi sebenarnya, kau adalah manusia membanggakan. Mati kau tidak pernah sia-sia, biar mati merempuh daripada mati bersimpuh.

Merantau lebih daripada keluar meninggalkan kampung halaman. Ia perjuangan, survival membawa falsafah diri. Five star of course!

Amacam filem Malaysia, masih mahu berempit lagi? Hehe..
.
.
Oh ya, kasut Converse coklat Iko sama dengan kasut aku. Jadi, jaga-jaga!

AJL 24: Lagu 'Soul' Menumpaskan Lagu 'Naik Sheikh'

Tuesday, January 12, 2010 · Posted in

ajl-24
Dua penyanyi 'soul' bersama seorang penyanyi 'naik sheikh' (kanan) - HMetro

Kemenangan Aizat memang sudah dijangka. Sebagai pemerhati buta not muzik, aku dapat kesan statistik setiap edisi AJL menunjukkan kemenangan sesuatu lagu adalah cenderung berpihak kepada dua faktor. Iaitu lagu yang kuat rentak 'soul' atau 'naik sheikh'.

Istilah 'soul' bagi aku merujuk kepada lagu berentak perlahan, melo, dan mendayu-dayu, di mana lagu seperti ini mampu membuat si penyanyi dan pendengar sebak, pilu atau sentap.

'Naik sheikh' pula merujuk kepada lagu berentak keras, pantas dan mampu mengundang histeria serta tidak sedar diri kepada diri si penyanyi dan penonton.

Jadi, jika anda perasan, kemenangan dalam AJL pasti akan berpihak kepada mana-mana lagu yang menguasai salah satu daripada dua elemen itu dengan baik.

Namun, AJL kali ini kurang berpihak kepada lagu 'naik sheikh' kerana saingan sengit daripada banyak lagu lain yang berentak sama hingga menyebabkan juri sukar memilih siapakah penyanyi 'naik sheikh' paling hebat. Dan kelebihan berpihak kepada Faizal Tahir (Bencinta) kerana menjadi penyanyi terakhir yang menyanyikan lagu 'naik sheikh' dengan baik, membuatkan juri terlupa kepada persembahan lagu 'naik sheikh' lain.

Jadi, peluang ini terbuka kepada lagu-lagu 'soul' yang kebetulan cuma ada dua lagu saja menepati ciri-ciri tersebut iaitu Yuna (Dan Sebenarnya) dan Aizat (Pergi).

Untuk lebih jelas, situasi kemenangan dua penyanyi muda tersebut sebenarnya menyamai kemenangan yang diraih M Nasir ketika menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud beberapa tahun dulu. Begitu juga kemenangan MUH pada tahun lalu.

Sudah sudah, jangan serius sangat ulasan aku ni.

Dari Menara Eiffel ke Burj Dubai

Saturday, January 09, 2010 · Posted in ,

Sebaik saja masuk Rumah Puaka untuk mula bekerja selepas habis belajar, aku beli satu almari kain yang aku namakan Menara Eiffel dengan harga AS$40 juta di pasar raya musuh Nobita, Giant. Aku namakan almari ni Menara Eiffel kerana struktur pembinaannya yang rumit, membabitkan sekurang-kurangnya 40 kerangka besi dan mengambil masa dalam sejam untuk dibangunkan dengan mendapatkan bantuan Jarul selaku jurutera bahan dan Abin sebagai juruukur.

Almari ni memang banyak berjasa. Dan antara jasa paling dikenang ialah menjadi tempat seekor kucing gerila masuk beranak. Habis slip gaji aku bertempek darah (tapi apa cerita kumpul slip gaji macam kumpul setem?)

Tapi dua bulan lalu, dua gempa bumi berukuran 6.4 dan 8.0 skala Richter menggegarkan Flora 2 dalam tempoh tidak sampai seminggu.

Semasa kejadian, aku mengerekot dalam tilam Siam seraya hati memanjat doa. Selang tiga minit, gegaran reda. Aku buka tilam dengan peluh membutir di dahi dan belikat. Apa yang aku lihat cuma kehancuran dan kemusnahan. Ya, keadaan dekorasi Rumah Puaka yang dulu indah, bagai menerima sentuhan Eric Casa Impian, kini punah dan kacau bilau.

Surat khabar dan kain baju bersepah, pinggan mangkuk berserakan, debu-debu kecil menjulang naik dan melekat di siling, kipas dan dinding.

Tambah menyedihkan apabila melihat almari Eiffel aku yang rabak dan terburai. Air mata aku bergenang mengenang betapa kerdilnya diri tatkala berhadapan situasi tak diundang itu. Kehidupan selepas gempa terasa begitu sukar. Apatah lagi setiap kali balik kerja dan menatap rupa Eiffel yang sering menjerit kepada aku, Kill me! Kill me, pleaseee!

Dan kelmarin, aku nekad mulakan hidup baru bersama Burj Dubai.



Kau, Aku Yang Dalam Teka-Teki

Friday, January 08, 2010 · Posted in

Ada orang kahwin cepat dapat anak cepat.
Ada orang kahwin lambat dapat anak cepat.
Ada orang kahwin cepat dapat anak lambat.
Ada orang kahwin lambat dapat anak lambat.
Ada orang kahwin tapi tak dapat anak.
Ada orang dapat anak tapi memalukan mak bapak.
Ada orang mati tak sempat tengok anak.
Ada orang hidup tapi anak mati.
Ada orang kaya tapi tak bahagia.
Ada orang miskin tapi bahagia.
Ada orang kaya tapi bahagia.
Ada orang miskin tapi tak bahagia.

Kawan,
Apa yang kita lihat punya aturan.
Ketentuan.

Tandas Awam Malaysia - Realiti atau Fantasi?

Tuesday, January 05, 2010 · Posted in

1. Mukadimah, tidak ada manusia mana pun dalam dunia ni yang hanya berak dan kencing di rumah saja. Secara normal, manusia akan terasa mahu kencing setiap 4-5 jam. Jadi kita akan kencing sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Berak pula, atau dalam bahasa yang lebih sopan buang air besar, kita akan lakukan perkara paling privasi dalam dunia itu mengikut kuantiti dan jenis makanan yang dimakan sehari-hari. Ada orang berak tiap-tiap hari, ada dua kali sehari dan ada yang seminggu sekali. Kencing dan berak adalah sebahagian daripada kehidupan manusia.

2. Tapi, aku bukan nak ulas pasal kencing dan berak, aku nak ulas pasal tandas awam di Malaysia di segi fungsi dan reka bentuk. Juga tips-tips rekaan tandas awam yang sesuai di negara kita.

3. Mengulas mengenai tandas awam Malaysia, kita sering merungut dengan tahap vandalisme dan kerosakan fungsi tandas.

4. Antara tahap vandalisme yang sering kita lihat di tandas ialah contengan lukisan dan teks lucah termasuk khidmat nombor telefon bohsia-bohjan-bapuk. Kerosakan fungsi tandas yang biasa berlaku pula seperti pam rosak, air melimpah keluar dari mangkuk jamban, tak ada paip pili, pelapik jamban duduk tertanggal, selak tandas rosak (tambah lagi kalau ada).

5. Justeru, melepas hajat di tandas Malaysia bukanlah sesuatu yang membahagiakan.

6. Cara mengatasi tahap vandalisme adalah dengan pendidikan di rumah dan sekolah. Aku rasa perkara ni sedikit sebanyak sudah nampak hasilnya. Kalau korang perasan, berbanding 10-20 tahun dulu, tandas awam sekarang sudah kurang diconteng. Kalau dulu, asal aku masuk tandas awam mesti ada conteng. Conteng pula penuh dinding, pintu, dan peti pam. Kau habis berak pun belum tentu kau dapat baca semua yang ditulis dalam jamban tu.

7. Sekarang masalah baru yang berlaku adalah fungsi tandas yang mula uzur dan tidak sesuai dengan budaya Malaysia (rujuk perkara 4). Aku syak perkara ni berlaku kerana kurang penyelenggaraan selain fungsi tandas yang kurang menepati ragam kencing berak rakyat Malaysia.

8. Fakta ini dikuatkan lagi dengan statistik yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling teruk melaksanakan hal ehwal penyelenggaraan awam. Lif jahanam, lampu isyarat padam, papan tanda jalan terbalik, mesin tiket tren rosak dan banyak lagi. Dalam hal penyelenggaraan, Malaysia lebih gemar mengamalkan konsep 'Pakai Sampai Lebam' atau 'Ada Orang Mati Baru Tukar'.

9. Malangnya, sehingga kini tak ada lagi orang mati akibat guna tandas awam di Malaysia kecuali beberapa kes buang anak dan beromen dalam tandas. Itu tak ada kena mengena dengan fungsi tandas awam. Jadi pihak berkuasa berasa selesa dengan apa yang ada sambil menjerit: Lihatlah dunia, kemudahan awam kami kelas pertama!

10. Kelas pertama taik kucing! Nanti aku sambung pula ulas pasal reka bentuk tandas berbudaya Malaysia.

Jawab Soalan (Entri Paling Panjang Tahun Baru)

Saturday, January 02, 2010 · Posted in

Atira Ruslan said...
Soalan:
Apa perasan kau bila tiba tiba kau kena panggil dengan bos, dan dia tanya solan lanjut pasal entry blog kau? Takpun kerja kau tak siap,dan boss kau perli kau habiskan masa banyak sangat dengan blog?
Hehehe.

Atira;
Sebenarnya tak pernah update blog di ofis pun. Semuanya di rumah saja. Jadi, tak ada sebab bos nak perli aku.
.
.
.
Famia said...
1. Kau kerja apa?
2. Kau duduk mana?
3. Bila kau plan nak membina masjid? (soalan Hitler)
4. Seumur hidup kau, apa peristiwa yang paling memberi impak maksima ke arah pembentukan sahsiah diri?(hoh soalan macam ujian kemasukan ke MRSM)
5. Last. Jika diberi pilihan seperti di bawah, yang mana satu merupakan tempat pilihan kau untuk bercuti?
A. Pulau
b. Bandar-bandar besar
c. Taman Tema Hiburan
d. Gunung-ganang

Famia;
1. Sub editor di syarikat surat khabar yang beribu pejabat di Shah Alam.
2. Seksyen U5, Shah Alam.
3. Nak bina masjid kenalah tunggu aku jutawan dulu. Sebabnya masjid bersaiz kecil perlukan kos sekurang-kurangnya RM500,000-RM1 juta. Kalau masjid yang satu lagi itu, aku ada dua jawapan yang selalu diberi: 'kalau dah jodoh tak ke mana' ataupun 'tahun depan malam raya'.
4. Banyak. Kalau dipecahkan kepada beberapa kategori, impak-impak besar tu aku dapat daripada peristiwa, tragedi, pemerhatian, bacaan, kata-kata hikmat seseorang yang rapat dan pengalaman. Contohnya: Tragedi putus cinta mengubah persepsi aku tentang cinta dan tragedi jatuh motor mengubah aku supaya tak memakai seluar pendek keluar jalan-jalan. Bagi aku, ada banyak peristiwa yang akan kita lalui dalam setiap fasa umur kita. Dan aku percaya apa yang berlaku bukan sesuatu yang sia-sia. Terpulang kepada bagaimana cara kita melihat dan menilai. (Hmm.. Boleh tahan juga jawapan ala MRSM.)
5. Senarai atas tu memang dah ikut tertib pun. Ikut prioriti, aku suka pulau, bandar besar, taman tema dan gunung. Tapi malangnya, pulau paling best aku pernah pergi setakat ni ialah Pulau Langkawi.
.
.
.
Sue said...
Sebab entri ini pasal blog, jadi nak tanya soalan pasal blog jugak lah:
1) Apa perasaan jika ahli keluarga baca blog anda?
2) Macam mana nak cari 'feel' utk menulis blog?sbb kadang2 idea dan cerita itu ada,cuma malas..hehe!
Itu saja.
Semoga blog en kelambu terus kekal dan unggul mewarnai persada blogosfera ini..(ceh,ayat sungguh tak boleh blah..=P)

Sue;
1. Untuk pengetahuan Cik Sue, dua adik dan abah saya ada blog (alamat blog dirahsiakan, tapi boleh cari sendiri kalau rajin). Selepas blog saya bukan lagi rahsia, saya cuma ada satu perasaan saja: tak bebas. Memang ada niat mahu tutup blog dan buka satu lagi blog dengan identiti super misterius. Tapi bila direnungkan, saya sedar bahawa stail penulisan blog sekarang sudah tidak lagi sama dengan penulisan blog dulu-dulu, di mana karakter si blogger itu penuh misteri dan teka-teki. Blogger sekarang perlu lebih expose dan ada misi sosial. Tapi saya tetap berharap keluarga saya tak pernah sebut apa-apa tentang entri-entri saya. Apatah lagi menulis komen-komen dalam blog. Cukuplah setakat baca saja. Tambah-tambah kalau entri itu berbaur melankolia dan sentimental. Tapi di dunia nyata, hidup bukanlah untuk bersentimental saja. (Panjang pula jawapan hamba..)
2. Sebenarnya kalau malas, memang susah nak cari feel tulis blog. Tapi kalau nak cari juga, tak susah pun. Kena latihkan diri supaya tulis blog sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Kalau ada idea tu boleh saja tulis dulu dalam notepad, kemudian pindah masuk dalam blog. Kalau rasa tak nak publish lagi, boleh simpan saja dalam draf.
.
.
.
Fafarafa said...
Bila ko nk blanje aku??? Hahhahahah

Fafa;
Soalan terlalu relatif. Susah nak jawab. Tapi, kalau terjumpa setakat teh secawan dua apalah sangat. Hahaha.
.
.
.
'Ainrahimin said...
Taknak tanya pape encik kelambu....just nak share pendapat...
Bila berblog, ramai yang tanya, apa y kau dpt bila tulis blog?
Ada ke org bace blog kau?
Sebenarnya, bukan kita mahu org bace sgt pun, sekadar menulis sesuatu, share something, ada ke tak org nak bace, itu bukan pokok utama, for me, saya menulis kerana saya mmg mahu menulis...
Tahniah kat kelambu sbb dah nak lama terlibat dgn berblog...suke bace entry2 kelambu...

'Ain;
Saya pun nak kongsi pendapat juga. Sebenarnya asas kewujudan blog adalah daripada diari atau jurnal, iaitu daripada cara konvensional (kertas) kepada elektronik (maya). Berbeza dengan diari yang menjadi simpanan peribadi, fungsi dalam blog membenarkan blogger menetapkan blog mereka sama ada untuk diprivasikan ataupun bacaan umum.
Tapi kebanyakan blogger hari ini memilih untuk menulis blog secara terbuka dan bukan untuk tatapan peribadi semata-mata. Jadi, kesimpulan di sini ialah setiap blogger pasti punya nafsu (walaupun tidak banyak) supaya blog mereka dilawat, dibaca dan dikomen oleh pembaca blog.
Jadi blog bagi saya bukan lagi sekadar tulisan peribadi semata-mata. Tidak seperti diari konvensional, setiap entri dalam blog (walaupun memuatkan cerita peribadi blogger itu) perlu ditulis dan disusun dengan struktur dan idea yang baik. Saya percaya, blog adalah cerminan kepada penulis blog itu sendiri. (Jawapan macam ambil exam PTD. Cet.)
.
.
.
Dobot said...
Aku pun dah lama follow blog kor. Cuma kengkadang, aku baca tanpa meninggalkan 'jejak' (komen) di blog kor. Thaniah bro, sebab bertahan 6 tahun. Lebih kurang la kita.

Dobot;
Hahaha. Mana boleh lupa blogger satu batch. Semua aku ingat walaupun tak pernah jumpa.
.
.
.
Ayobkelubi said...
Tabik untuk lu.
Blog kita sebaya, cuma setahun yang pertama, blog aku masih lagi private. 2005 baru aku tontonkan untuk bacaan umum. Hahahaha!.
Betul. Kalau jiwa takde, jgn tulis.buat semak database blogger. Hahahaha.
Betul, kawan-kawan aku masih cakap aku jiwang sebab tulis blog. Macam babi kan?. Hahahaha.
Apa-apa pun, tabik untuk kau!.
P/s : Jiwa blogging aku semakin nak hilang. Ada idea untuk kembalikan semangat itu?

Ayob;
Jiwa tu sebenarnya dah ada tapi macam api pelita. Kena angin, padam. Jadi kena cari lighter cucuh balik. Bagi aku, tulis blog ni lebih kepada asah otak. Kau kena duduk fikir apa yang dah jadi, apa yang kau lalui, nampak, ingat. Kemudian kena fikir pula cara susun ayat sebelum publish. Bukan senang. Blog juga jadi diari peribadi atau biografi aku. Cuba buka balik entri lama, kau boleh tersenyum beb baca ayat-ayat lama. Tapi itulah kau masa tu. Blog macam album teks yang simpan pengalaman dan cerita hidup kau. Amacam bro, dah ada spirit?
.
.
.
Rinz raime said...
WOW...heheh, sebagai pembaca setia encek kelambu, saya sgt la bersetuju dgn pendapatnya..blogger dtg dan pergi tapi blogger sejati tetap kekal unggul di mata dunia, ceh wahhh...
Aku nak tanya, adakah semua dialog2 dlm blog mu ini seperti yang dinyata atau sudah di makeup sedikit2.. Muahaha.. Bukan apa, kalau la betul 100%,sungguh berseni hidupmu encek kelambu.. Tabik!!!

Rinz;
Tolong ambil perhatian pada label di bawah entri. Kalau label 'Fiksi', itu cerita rekaan, tapi kalau label 'Tentang Saya' itu cerita benar (mungkin tipu juga). Hahaha. Ubahsuai dialog, struktur ayat atau cerita itu perkara biasa. Ini dipanggil stail atau stroke menulis. Ini boleh ditiru (dengan merujuk stroke blogger lain), dilatih tapi tak boleh ditipu. Ia wujud secara semula jadi berdasarkan karakter blogger itu sendiri.
.
.
.
I'msosupernotcool said...
Owh..
Blog tu ape?

I'mso;
Boleh google guna Wikipedia. Letih aku nak menaip. Heh.
.
.
.
Anonymous said...
Pleasure to find such a good artical! Please keep update!!..................................................

Anony;
Dah update la ni. Ingat tak stres ke fikir apa nak update? :P
.
.
.
Thoyol said...
Aku dah tak ingat baper lama aku dah follow blog ko..
Dari unisel sampai ke kerja, cuma dah lama tak meninggalkan komen..
Soalan? Nanti aku pikir..

Thoyol;
terima kaseyyyy!! Bak kata bijak pandai; yang baik jadikan teladan; yang jahat jadikan sempadan.
.
.
.
Burtalsolo said...
KO NAK TAK AWEK AKU
AKU NAK TUKAR AWEK LAIN
TAHAP BERAPA SURIA BERSEMBILAN TELAH KO CAPAI
WAJA TIMUR DAH MATI KE

Burtal;
1. Tak mau. Tak ekonomis langsung kau ni. Nak tukar awek tapi bagi awek lama. Nanti kau nak tukar kereta, aku mau kereta lama kau. Yahuuu..
2. Suria bersembilan? Sepanjang aku baca komik, tak pernah aku dengar nama hikmat macam tu. Jangan sampai aku bagi Tinju Harimau Kumbang dengan Kuasa Tidak Berbatas.
3. Waja Timur tak mati lagi sebab komik Raja Rimba dah berhenti jual. Sampai sekarang aku panas kat News Media Publications.
.
.
.
IRIS said...
Salams.
Hehehehe. Best je baca mak mamat tu...adoi...kelakar

Iris;
Soalan ke jawapan ni? :P
.
.
.
Jarul said...
Ape kata ko tukar konsep blog ko jadi cam teka teki pembunuhan..? Ala2 horatia caine solve problem ah.. Bru cool...

Jar;
Memang cool sebab nanti kau sorang saja yang baca blog aku. Hahaha.
.
.
.
Deen said...
Oleh sebab aku tak dapat fikir soalan lain, apa kata hang jawab soalan ni...
... Kalo hang tak berblog, apa yg hang buat?
Ok, ok, aku bagi pilihan jawapan, kot2 hang senang nak jawab..
(a) berdiari
(b) bernovel
(c) berangan
(d) selain dari jawapan di atas
Hahahahaa.... Tahniah dude! Kalo diibarat sebuah perkahwinan, hang dah 2-3 orang anak! Kehkehkeh!!

Deen;
Mengimbas semula kenangan sebelum berblog. Aku rasa aku mungkin jadi penulis cerpen atau novel berkisarkan cerita penyiasatan ataupun cinta pop.
.
.
.
Semarak api said...
Soklan sy simple jek..
Sm tak 'kelambu' dgn diri yg sbnr?

Semarak;
Susah nak jawab.
Ada blogger yang punya karakter sama seperti dalam blog. Kalau dia jenis tulis entri jiwa-jiwa dalam blog, di luar pun dia jiwa-jiwa juga seperti suka layan blues, menonton filem cinta atau minum sirap bandung (contoh).
Ada pula blogger yang tak sama karakter seperti dalam blog. Dia mungkin nampak ganas dalam entri, tapi di luar dia sebenarnya seorang yang penyantun, soft spoken dan suka menderma (contoh).
Tapi secara umumnya, setiap entri seseorang blogger itu adalah cerminan kepada karakternya sendiri. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk isu ini kepada pakar psikologi tentang teori personaliti.
Saya? Jenis yang nombor dua. Kot.
.
.
.
Nasr said...
2010 kire da msuk 5 tahun ak follow blog ko. Kire cm fan la ni. Syabas!! Hehee.. Knp ko xshare entri2 ko yg terkini kat fb ko??

Nasr;
Aku rasa cukuplah publish di Blogger saja kot. Biasalah tabiat manusia, bila dah selesa cara lama dia jadi konservatif dan ortodoks.
.
.
.
Hazman said...
Soalan:
1.hang bila mau kawin
2.umur berapa baru nak ada anak
3.orang mana awek hang sekarang
4.mak hang tak bising ka bila mau kawin
5.adakah hg akan jemput aku pi kenduri kawin hang...
Jika hang tak dapat jawab soalan pertama..abaikan lah saja soalan seterusnya...hahaha

Hazman;
Untuk sahabatku Hazman yang kini sudah beristeri;
Jawapannya-->Biarlah Rahsia

Powered by Blogger.