UNDANG-UNDANG
Untuk mengisi masa lapang di ofis aku baca buku peraturan Kilang Besi Singa. Hmm..
- Ada kemudahan meletak kenderaan di kawasan Syarikat. Tetapi syarikat ini tidak menjamin lot meletak kenderaan ada bagi setiap pekerja. Meletak kenderaan adalah di atas dasar 'SIAPA CEPAT DIALAH DULU'-
.
.
.
Hukkkk!! Aku tersedak air suam yang diberi aci India.
Aku dan Kilang Besi Singa
AKU DAN KILANG BESI SINGA I
Kilang Besi Singa. Ini kilang ada untung bilion-bilion. Tapi diorang bagi aku pakai Windows98 saja. Kena angkat pc dari tingkat atas dan format sendiri. Guna DOS. Aku pun sudah tak berapa nak ingat. Kalau ada bahagian yang tak ingat aku akan sms Jarul dan dia akan beri sesi DIY [Do It Yourself]. Secara talian. Hmm..
AKU DAN KILANG BESI SINGA II
Aku harap sangat di Kilang Besi Singa aku dapat banyak belajar tentang manufacturing. Sesuai dengan subjek major aku.
Mr. Teh [supervisor aku] tanya, aku ni IT hardware atau software. Aku bagitau dia tentang WMS, production planning, automation dan segala macam fundamental yang aku sendiri tak berapa nak faham sangat. Habis cakap dia suruh aku tolong dia buat troubleshooting dan networking. Ciss.. [sesi bual ala Pua Chu Kang berlangsung di sini]
AKU DAN KILANG BESI SINGA III
Ya, majoriti Cina bekerja di department aku. Ada seorang Melayu. 2 orang India. Dan 9 Cina. Tambah pula berjiran dengan department akaun. Pun banyak Cina.
Diorang ni suka sembang-sembang masa masuk awal pagi di pantri. Sambil sembang sambil bancuh kopi. Kting-kting bunyi sudu berlaga dengan dinding cawan. Lepas tu masuk kerja. Pukul 10 diorang datang lagi ke pantri dan sembang cong-ceng-cong-ceng. Sambil sembang sambil bancuh kopi. Kting-kting bunyi sudu berlaga dengan dinding cawan.
Aku tak faham pun diorang cakap apa. Jadi siapa cakap kerja Gomen saja suka lepak-lepak-sembang tu tak betul. Hahaha.
AKU DAN KILANG BESI SINGA IV
Lupa nak bagitau. Aku praktikal dengan Ayie. Jadi lepas ni Puan Suzi ada alasan kukuh untuk katakan aku gay kalau dia jumpa aku nanti. Ceh.
AKU DAN KILANG BESI SINGA V
Lupa lagi. Sebab apa aku pilih Kilang Besi Singa? Mula-mula Ojai tawar praktikal kat syarikat bapa dia, Lengkap Utuh. Esoknya aku dapat hari Kilang Besi Singa. 2 hari selepas tu aku dapat tau ada tempat ke SUK, bahagian IT dan Pejabat Tanah.
Aku pilih sebab:
i. Relevan dengan subjek aku [walaupun sekarang aku rasa tak berapa relevan]
Apa pun. Terus terang aku cakap aku tak berapa berminat nak masuk factory. Tapi sebenarnya aku cuba dapatkan pengalaman dan pengetahuan tentang dunia industri. Tak adalah asyik kena kutuk sasterawanlah. Negarawanlah. Sentimentallah. Hensemlah. Hahahaha.
Ya, kadang-kadang aku akui aku sering keliru dengan diri sendiri. Ojai, maaf sebab tolak tawaran kau. Jangan marah no. Ok, lepas ni kita sembang pasal bisnes.
AKU DAN KILANG BESI SINGA VI
Nizam. Satu-satunya Melayu di department aku. Kata orang di tempat yang minoritinya Melayu kita selalunya bersatu. Lebih mesra.
Satu hari Ayie tanya.
Bang, dah lama ke kerja sini?
Hmm, 7 tahun.
Lama tuh. Position apa?
Goalkeeper!
.
.
Nizam. Satu-satunya Melayu di department aku. Dia programmer.
di sana menanti di sini menunggu
DI SANA MENANTI DI SINI MENUNGGU
Tak tahu yang mana satu.
i. Lengkap Utuh - IT Supplier
ii. Amsteel - Manufacturing
iii. SUK Selangor - Pejabat Tanah dan Galian
Bantu Kelambu buat keputusan.
Saya cadangkan Kelambu ke ..... kerana ...
Cth: Saya cadang Kelambu ke SUK Selangor kerana di situ banyak awek-awek cantik.
berikan aku tempat praktikal
BERIKAN AKU TEMPAT PRAKTIKAL I
Sementara mencari lokasi-lokasi yang secocok untuk melakukan latihan industri aku lepak rumah Why di U5, Shah Alam.
Malam pertama Why buat nasi goreng. Sedap!
Why suka kumpul majalah Maskulin. Jadi aku baca. Aku dapat satu info baru.
Perasaan takut kepada perempuan cantik dinamakan Venustraphobia. Dan lelaki dikatakan akan mengalami ereksi sekali setiap setengah jam ketika tidur. Lelaki bila ramai berkumpul akan bercerita tentang sukan. Perempuan pula bila ramai berkumpul akan bercerita tentang lelaki.
Hmm. Sekian. Terima kasih.
BERIKAN AKU TEMPAT PRAKTIKAL II
Tempat praktikal tak dapat lagi. Untuk menghilangkan kekecewaan aku pergi tengok wayang di Bukit Raja.
BERIKAN AKU TEMPAT PRAKTIKAL III
Cadang nak tengok Jangan Pandang Belakang. Tapi seat penuh. Yang ada seat paling depan. Jadi kami tengok cerita The Reaping. Hmm, boleh tahan. Kau boleh tengok bagaimana interpretasi Barat terhadap Kristian. Mula agak boring. Aku dah tersengguk. Hujung cerita agak ok.
BERIKAN AKU TEMPAT PRAKTIKAL III
Lepas habis tengok wayang kami lepak-lepak. Sembang-sembang. Lepas tu kami balik tidur. [Apa neraka entri aku kali ini?]
