Archive for September 2007

puasaku puasamu [part 4]

Sunday, September 30, 2007 · Posted in ,

DRAMA SEBABAK: PUASAKU PUASAMU [PART 4]Fairuz: Hoi. Masalahnya sekarang kita nak berbuka dengan apa? Dah semuanya kita bagi kat makcik tadi.

Faiz: Ya, Allah. Macamana aku boleh tak ingat!!

Faizal: Kan ada duit 10 ringgit. Jomlah kita pergi beli makanan.

Fairuz: Beli apanya! Pasar Ramadhan tu 100 kilometer jauh. Kau berjalan 3 hari pun belum tentu sampai!

[Tiba-tiba bunyi azan maghrib berkumandang tanda masuk waktu berbuka.]

Faiz: Habislah kita. Kan dah masuk waktu berbuka. Tapi kita makanan tak ada.

Faizal: Nabi cakap tak elok kita melambatkan buka puasa.

Fairuz: Bukan kita sengaja. Masalahnya kita tak ada makanan. Kau nak kunyah 10 ringgit ni?!

Faiz: Aku ada idea. Bagi menandakan kita berbuka puasa terpaksalah kita melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Faizal: Contoh?

Faiz: Bersetubuh!!

Faizal: Kau nak bersetubuh dengan siapa bongok! Kau dah hilang akal!?

Fairuz: Hah, aku dapat. Korek hidung. Bukankah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa?

Faizal: Betul tu! Hah apa lagi Faiz. Cepat!

[Faiz membaca doa berbuka puasa. Dan mereka serentak mengorek hidung masing-masing.]

[Lampu padam.]

-TAMAT-
.
.
.
Nota: Dipentaskan sempena majlis Malam Seribu Harapan bersama anak-anak yatim di Universiti Kerajaan Swasta pada 29/09/2007.

puasaku puasamu [part 3]

· Posted in ,

DRAMA SEBABAK: PUASAKU PUASAMU [PART 3]
Fairuz: [Berkata pada Faizal] Kau pergi tengok siapa.

[Faizal bangun membuka pintu. Kelihatan seorang perempuan tua.]

Faizal: Ye makcik. Makcik nak buat apa datang rumah kami time nak buka puasa ni. Kami tak ada duit nak beli kerepek. Kami pun bantai makan roti saja makcik.

Makcik Tua: Makcik tak ada jual apa-apa nak. Makcik sebenarnya ada hajat besar datang ke mari.

Faizal: Hajat? Hajat apanya?

Makcik Tua: Makcik tak ada makanan nak berbuka puasa nanti. Kalau anak semua ni hati mulia. Makcik nak minta sangat sedikit makanan untuk makcik dan dua orang anak makcik kat rumah.

Faizal: [Garu kepala] Err.. Biar saya bincang dulu dengan kawan-kawan saya. Makcik tunggu sekejap ok.

[Faizal berjalan pergi ke Faiz dan Fairuz dan bercerita (aksi bercerita tanpa suara).]

Faiz: Kalau kita bagi makanan kat makcik tu. Kita nak makan apa?

Fairuz: Betul juga tu.

Faizal: Kita bagi roti. Kita berbuka sajalah dengan kurma dan susu.

Faiz: Cukup ke layan kurma saja?

Faizal: Kesian makcik tu. Dahlah tua. Ada 2 anak lagi. Kita lapar tak apa. Sebab kita dah selalu sangat berlapar. Lagipun kitakan muda. Masih kuat.

Fairuz: Betul juga cakap kau tu. Kesian pula aku tengok makcik tu. Terbayang aku kat mak ayah aku.

Faiz: Oklah oklah. Aku setuju. Tapi roti saja ok.

Fairuz & Faizal: [Serentak] Ok!!

[Mereka bertiga berjalan ke arah makcik tua.]

Faizal: Makcik. Inilah yang dapat kami bagi. 3 keping roti. Cukuplah untuk makcik dan 2 orang anak makcik tu.

Makcik Tua: Tapi macamana makcik nak bersahur nanti?

Fairuz: Yang itu tak dapatlah kami nak tolong. Sebab kami pun cuma tinggal ini saja untuk berbuka nanti.

Makcik Tua: Kalau makcik beli kurma dan susu kamu macamana? Kamu sanggup jual?

Faiz: Jual? [Gelak] Makcik ada duit ke?

[Makcik Tua keluarkan duit RM10. Faiz, Faizal, Fairuz bagai dipukau. Mereka berbincang lagi.]

Faizal: Wah banyak tu. Macam-macam kita boleh beli. Pulut sekaya, kebab, epal.

Faiz: [Menepuk belakang Faizal] Ceh, kau ni buat aku terliur saja!!

Fairuz: Kalau macam tu kita jual kurma dan susu kita!

Faiz & Faizal: Kami setuju!!

[Kurma dan susu bertukar tangan dengan wang RM10. Mereka bertiga kembali duduk ke tempat hidangan untuk berbuka. Kemudian masing-masing berkerut muka.]

bersambung..
.
.
.
Nota: Dipentaskan sempena majlis Malam Seribu Harapan bersama anak-anak yatim di Universiti Kerajaan Swasta pada 29/09/2007.

puasaku puasamu [part 2]

Saturday, September 29, 2007 · Posted in ,

DRAMA SEBABAK: PUASAKU PUASAMU [PART 2]
Faizal: Aku ada 3 biji kurma.

Faiz: Aku ada susu segar satu botol. Hah, kau pula bawa balik apa?

Fairuz: Aku bawa balik roti 3 keping sajalah.

Faiz: Tengok. Balik-balik kurma, susu, roti. Cubalah sesekali kita layan epal ke. Pepsi ke. Pizza ke.

Faizal: Hoi. Jaga-jaga mulut kau. Makan kurmakan sunnah nabi semasa berbuka. Kau jangan sampai kena panah petir!

Fairuz: Sudah sudah. Jangan dok bergaduh lagi. Jom kita hidang makanan kita. Nanti tak sempat. [Bergerak mengambil surat khabar]

Faiz: Wahhh, hidang makanan? Macam banyak je lauk kitakan?

Faizal: [Mencebik muka]

[Mereka bertiga menyusun surat khabar dan menghidangkan kurma, susu dan roti. Kemudian mereka bertiga duduk mengelilingi dan menatap juadah.]

Faiz: Aku hairanlah.

Faizal: Hairan apanya?

Faiz: Sebab apa bila masa berbuka puasa kita mesti berbuka dulu dengan kurma?

Fairuz: Yelah. Itukan sunnah nabi.

Faiz: Itu yang aku hairan.

Faizal: Hairan apanya. Kan sudah terbukti apa yang nabi buat semuanya penuh dengan kebaikan. Jadi sepatutnya kita umat Islam ambil contoh nabi buat ikutan. Bukannya ambil contoh Mawi.

Faiz: Maksud aku kenapa masa Ramadhan saja kita mesti buka puasa dengan kurma? Bulan lain tak boleh ke?

Fairuz: Bulan lain susah nak cari kurma. Epal dan pisang banyaklah.

Faiz: Maksud aku. Sunnah nabi suruh makan buah dahulu baru makan benda lain macam roti, nasi. Tapi kita ni ikut sunnah masa bulan puasa saja. Bila habis puasa kita dah tak ikut sunnah. Ambil contoh masa kenduri. Kita selalunya lepas makan nasi baru makan buah. Pisang. Tembikai. Papaya. Epal.

Faizal: Hmm.. Betul juga tu. Tak terfikir pula aku. Biasalah tu. Orang kitakan suka ikut saja. Fikirnya tak nak.

Fairuz: Hikmahnya, makan buah sebelum makan nasi akan memudahkan penghadaman perut. Lagipun akan mengurangkan nafsu untuk makan berlebihan. Tak adalah terbongkang macam ular sawa selepas berbuka.

Faiz: Betul!!

[Tiba-tiba bunyi pintu rumah diketuk] Tok tok tok!!

bersambung..
.
.
.
Nota: Akan dipentaskan sempena majlis Malam Seribu Harapan bersama anak-anak yatim di Universiti Kerajaan Swasta pada 29/09/2007.

puasaku puasamu [part 1]

Friday, September 28, 2007 · Posted in ,

DRAMA SEBABAK: PUASAKU PUASAMU [PART 1]
Faizal: Apasal kau monyok saja ni?

Faiz: Aku tengah fikirkan pasal nasib kita ni.

Fairuz: Nasib apanya?

Faiz: Ye lah, orang lain berbuka puasa sikit punya banyak makanan. Tapi kita tengoklah. Tak ada apa-apa pun.

Faizal: Laa.. Ke situ pula. Sebelum ni pun memang kita dah biasa berlaparkan?

Fairuz: Ha ah. Betul tu.

Faiz: Aku sebenarnya teringinlah juga nak jadi macam orang lain. Berbuka dengan famili. Banyak juadah.

Faizal: [Mengeluh] Macamana agaknya ya rasa kebab daging. Macam sedap saja aku tengok dalam tivi tadi. Nak beli duit tak ada..

Faiz: Dah lama aku tak makan pulut sekaya.

Fairuz: Hoi hoi! Apa jadah dok sebut-sebut makanan yang tak ada?! Kita patut bersyukur sebab banyak lagi orang yang kebulur dalam dunia ni. Bukan kita saja.

Faiz: Aku bukannya tak bersyukur. Tengoklah kita. Duduk dalam negara kaya. Tapi makan pun tak cukup. Hah, tak lama lagi nak berbuka. Tengok apa yang kita ada?

bersambung..
.
.
.
Nota: Akan dipentaskan sempena majlis Malam Seribu Harapan bersama anak-anak yatim di Universiti Kerajaan Swasta pada 29/09/2007.

kenangan yang berbaki [part 8] - lahirnya seorang jutawan

Wednesday, September 26, 2007 · Posted in

KENANGAN YANG BERBAKI [PART 8] - LAHIRNYA SEORANG JUTAWAN

Tingkatan 4. Bulan Ramadhan waktu tu. Aku ajak Hanis dan A.Lan berbisnes. Di bazar belakang stadium. Kalau bukan bulan puasa, belakang stadium tu jadi tempat orang bersticker P dan L berkereta. Driving School.

Hanis cadangkan jual ayam percik. Katanya makcik dia boleh buat resepi dan kuah ayam percik yang baik punya.

"Berusahalahhhh!!!" Kami berjeritan.

Langkah pertama ialah dapatkan lesen dari Majlis Perbandaran [masa tu Alor Star belum jadi Bandaraya]. Pihak Perbandaran kata kena injek di lengan. Takut-takut nanti kau bawa masuk tibi, hepatitis, batuk kokol, meningitis, sifilis, HIV. Manalah tahu.

Tapi umur kami mesti 17 tahun baru boleh dapat injeksi sebagai prasyarat lesen berniaga di bazar Ramadhan. Umur kami waktu tu baru 16. Hmm, macamana ye.. Ah, minta tolong abang aku!

Abang pun diinjek. Kami yang mahu berbisnes tapi abang yang kena injek. Hahaha.

Dan Ramadhan pun bermula.

"Mai mai. Ayam percik! Ikan bakaq! Ikan mai dari sungai Amazon punya!!" suara kami bertingkah dalam riuh. Saling bergelutan. Tindih menindih.

Kami kipas bara. Kami renjis kuah kacang. Kami tunggang terbalik daging ayam dan ikan yang disepit besi pemanggang. Atas bawah. Bawah atas. Asap berpual-pual. Aroma menusuk hidung. Peluh merenjis dingin.
.
.
Tapi sayang. Bisnes kami tahan seminggu saja. Alasannya, tak boleh lawan brader yang selang dua tiga gerai dari kami. Dia pun jual ayam percik juga. Gerai dia lagi kencang. Kami guna pembakar arang standard. Dia guna tong drum! Ayam dia banyakkkkkkk. Ayam kami bila orang lalu barulah buat-buat kipas. Konon-kononnya baru dibakar. Hahaha.

Baru kami tahu menjadi lelaki bisnes jiwanya perlu kental. Alahai.

kenangan yg berbaki [part 7] -tin itu pun bergolek

Thursday, September 20, 2007 · Posted in

KENANGAN YANG BERBAKI [PART 7] - TIN ITU PUN BERGOLEK
Ini cerita dulu. Ketika nafas remaja mendesak-desak. Berbaur.
.
.

Bila tiba Ramadhan, gastrik Fahmy pun datanglah. Dan sebagai sahabat yang lebih dari sekadar materi, aku, Man, Hanis, Soppy, Chik pasti temankan Fahmy berbuka.

Sudah tentu destinasi kami di tempat apek naik basikal jual air dan jajan. Di Taman PKNK. Atau depan City Point. Atau pun seberang jalan Hospital Besar AS.

Kalau iman kental kami tengok sajalah Fahmy langgah air asam dan kunyah jajan perisa udang Mee Mee. Kalau iman kami kuatlah. Tapi selalunya goyah.

Satu hari lepas habis sekolah Fahmy ajak kami masuk sinema. Tengok wayang cerita apa entah aku tak ingat. Ya, sudah tentu sambil tengok sambil minum. Slurrpp.. Ahhh..

Habis langgah. Fahmy letak tin bawah kerusi. Entah macamana dia boleh tersepak tin. Dan tin pun bergolek-golek dibeban graviti.

Kting kting ktong tong tong tong... ngg ngg.. nggggg..

Kukikukikukikukikuki!! Kami bantai gelak.

Maklumlah dulu sinema Cathay Alor Star mana ada karpet untuk menyerap desibel bunyi.
.
.
Ini cerita dulu. Ketika nafas remaja mendesak-desak. Berbaur.


Info:
1. Sekarang sinema Cathay sudah jadi gedung jual kain.
2. Sekarang Alor Star cuma ada satu sinema 2 panggung sahaja.
3. Gambar di atas di ambil di laman web KAMI. [Hmm. Boleh tahan juga Juliana Evans berlakon].

dia terlalu kool untuk jadi seorang mamat pau

Tuesday, September 18, 2007 · Posted in

DIA TERLALU KOOL UNTUK JADI SEORANG MAMAT PAU

sekadar gambar hiasan

Aku. Hanis. Adli. Mamak Ahmediah Pokok Ceri, Alor Star. Sudah tentu waktu malam ok. Datang mamat mana entah 'pau' Adli. Adli pun hulurlah seringgit.

Mata aku cepat menganalisis. Spontan saja bila aku sedar rata-rata manusia memandang semacam mamat pau tu.

Ah, dia memang cukup sensasi. Dengan jeans biru kental sulam benang putih. Baju belang rona hitam. Juga cermin mata old skool berbingkai putih. Wahhh.. Obvios!

Ya, ini pertama kali aku jumpa mamat pau yang begitu kool. Jadi aku bagi 5 bintang untuk mamat pau yang kool!

kalau rindu katakan rindu

Saturday, September 15, 2007 · Posted in

KALAU RINDU KATAKAN RINDU

Kalau ada seseorang yang jarang menelefon kau dan tiba-tiba satu hari dia berbuat demikian. Itu bukanlah tandanya dia rindukan kau sangat pun.

Tapi sebab Maxis. Kau cuma perlu bayar 2 ringgit dan boleh sembang dari jam 12 malam sehingga 12 tengah hari esoknya. Ya, kau boleh sembang sampai pitam.

Hmm.. Sekarang, baru aku tau sebab apa Bain polis dan Johan driver telefon aku tiba-tiba. Caitt!!
.
.
Pesanan dari Jarul [pengguna Celcom]: Indon saja yang bergayut 12 malam!!

bahasa kita semua, pelajaran berguna utk kita semua

Wednesday, September 05, 2007 · Posted in

BAHASA KITA SEMUA I

Melihat iklan-iklan kerja yang meruah tiba-tiba saja aku rasa rugi sangat tak tau cakap Mandarin selain hanya tau mencarut dalam bahasa tu.

Dalam pening-pening kepala memikirkan penguasaan bahasa Inggeris rasanya patut saja Kementerian Pelajaran tukarkan silibus Sains dan Matematik ke bahasa Mandarin. Tak pun sebagai subjek wajib seawal pra sekolah.

Koolnya bila boleh baca surat khabar Cina dan menonton filem Cina tanpa baca sari kata.


BAHASA KITA SEMUA II

Ya. Bahasa Inggeris adalah lingua franca dunia hari ini. Tapi bahasa Mandarin bahasa yang paling banyak penuturnya di seluruh dunia. Bahasa Melayu/Indonesia jatuh nombor 4 [ini statistik 3-4 tahun lepas] selepas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.

Sampai satu masa aku terfikir semenjak kita merdeka kita tak pernah dimesrai dengan bahasa kaum lain. Padahal kita bertuah punya 4 bahasa besar dalam negara yang dikongsi bersama. Kita punya Bahasa Malaysia. Mandarin. Tamil. Inggeris.

Tapi bagi kebanyakan generasi hari ini bahasa Inggeris didewakan sebagai bahasa kasta tinggi. Kau akan jadi lebih hip dan kool. Kita tak pernah sikit pun bernafsu cuba berbahasa kaum lain.

Dan atas sebab patriotisme yang entah ke mana kita pun jadi pejuang bahasa yang membuta tuli saja. Bahasa Malaysia entah ke mana. Bahasa Inggeris suku-suku saja. Bahasa kaum lain haramlah tak tau.

Tak ada langsung sebarang usaha untuk kita bertoleransi dalam berbahasa. Sedangkan impak bahasa itu besar dalam komunikasi. Integrasi. Dan tinggallah kita dengan bahasa kepunyaan masing-masing.

Sedangkan prinsip komunikasi mudah, aku cakap kau faham.


PELAJARAN BERGUNA UNTUK KITA SEMUA

Pelajaran berguna yang aku dapat malam tadi.

Kata Jarul.
Kita bising-bising pasal negara pun tak guna juga kalau tak ada kerja.

iklan merdeka saya

Monday, September 03, 2007 · Posted in

IKLAN MERDEKA SAYA

1. We are a great nation, because of you. Celebrating 50 extraordinary years, with our unsung heroes

[Malaysiaku Gemilang]

2. Menara KLCC

3. Police Officer, Bus Driver, Taxi Driver, Lawyer, Nurse, Accountant, Garbage Collector, da da da...

4. SPORTS TOTO. GO FOR IT!

5. Many Relish The Past. WE LOOK FORWARD..

6. TIGER BEER

7. Like everyone, we're big on birthdays. For us, they're a celebration of all the things we look forward to achieving. And you know what? We just can't wait for them to happen.

[Tiger 75 YEARS YOUNG]

.
.

"We have just seen no cigar ad anymore but we still have beer and ekor!!"

"Hahaha. Yam Seng!!" Jarul mengilai. Dan horlick ais mengalir ke corong trakeanya.

Powered by Blogger.