KUCING RUMAH SAYA YANG EKORNYA SANGAT KEMBANG
Ada kucing baru lagi di rumah aku. Biasalah. Rumah aku selalu saja jadi sentral kucing-kucing terbiar meneruskan survival hidup. Boleh jadi juga destinasi menghembus sisa-sisa tua.
Tapi kali ni ada kucing terbuang menjadi warga baru kami. Terbuang tapi cantik. Bulu lebat dan ekor kembang dan warna cokelat oren bersulam hitam seindah warna. Ah, terasa begitu fiil setiap kali mengusap mungil perutnya. Serius!
"Sekarang kat rumah ni yang suka makan ikan ada tiga. Mama. Abah. Kucing. Hihihi!" Ketawa mama kecil sedang tangan membelah-belah dada ayam kampung [kata mama ayam kampung kurang kolesterol].
Hahaha. Gelak aku sambil menyumbat roti canai ke lohong mulut. Waktu itu jam masih pagi. Dan pastinya pagi terasa begitu nikmat dapat bersarapan bersama ibu.
"Ma, kucing ni nama apa?"
"Nama? Nama dia Kembang!!"
Huukk!! Tiba-tiba aku rasa laju saja kari masuk ke ruang bronkus aku.
abah yg tdk percayakan atm
ABAH YANG TIDAK PERCAYAKAN ATM
Baru aku tau. Abah tak pernah ada kad atm. Kata mama, selama ni abah memang keluarkan duit secara manual. Masuk bank. Tekan nombor giliran. Isi borang. Tunggu. Kting!! Nombor dua puluh empat!! [contoh]. Abah pun pergilah ke kaunter. Dan keluarkan duit. Sekali keluar maka berkepuklah dompet abah. Untuk belanja sebulan mungkin.
Baru aku percaya ada benarnya cerita tentang masih ada segelintir orang-orang yang masih takut menyimpan di bank. Gila ke apa bagi orang simpan duit kita? Nasib baiklah abah tak sampai tahap macam tu. Kalau tak aku dah boleh bayangkan rumah aku ada bilik kebal.
.
.
"Kalau pakai kad adik.. Boleh keluarkan duit abah dak?"
"Oiihh, mana boleh. Kena guna kad sendiri. Tapi boleh keluaq kat mana-mana mesin dah sekarang. Kalau keluar duit ikut mesin lain nanti depa cajlah sikit. Seringgit ka. Dua ringgit ka."
"Ooooo.."
.
.
.
Baru aku tau. Abah tak pernah ada kad atm.
rahsia menjadi kcak 2, sya bkn llaki yg baik lg, my sweet home, sri negeri
RAHSIA MENJADI KACAK II
Jawapannya:
Duduklah bersama orang yang tak kacak!! Hahaha.
Ya, jawapan yang sama juga untuk rahsia menjadi cantik, muda, tinggi, kaya, gagah, bijak dan lain-lain. Cuma perlu kontrakan kata sifat di hujungnya.
[Kawan, bersyukurkan lebih bagus?]
SAYA BUKAN LELAKI YANG BAIK LAGILAH
[DAN SESEKALI LELAKI PERLU HIDUP DENGAN EGONYA]
Ada tiga sebab tiba-tiba satu hari dia mesej aku.
Pertama. Dia sunyi.
Kedua. Dia rindu mungkin.
Ketiga. Dia tengah konflik dengan boyfriend.
Biasalah. Lelaki-lelaki mulia macam aku ni selalu jadi dahan tempat bertenggek.
Dan aku takkan lupa kata-katanya, aku ni spesis manusia yang terlalu baik untuk dia. Apa neraka?
Perempuan. Kalaulah aku tak pernah memikirkan bahawa aku punya ibu dan saudara perempuan sepertimu. Mahu saja aku menghamunmu!
Dan terima kasih. Setidak-tidaknya apa yang telah dia beri buat aku sangat dekat dan takut dengan Tuhanku.
MY SWEET HOME, SRI NEGERI
Aku balik Kedah. Sri Negeri da Garden. Mama dan Abah besarkan bilik bawah. Ewah, bukan main lagi diorang.
"Ye lah. Nanti-nanti nak dapat menantu," mama berseloroh.
Ahah.. Aku gelak tak habis.
kalau aku diberi 1 juta, rahsia mjdi kacak, raja rmba yg sesat
KALAU AKU DIBERI SATU JUTA
Jangan sesiapa pun bagi satu juta ringgit kat aku.
Sebab aku sendiri pun tak tahu nak buat apa kalau aku dapat satu juta ringgit buat masa sekarang.
RAHSIA MENJADI KACAK I
Apakah rahsia menjadi kacak?
Ya, aku tahu rahsianya.
Nanti aku beritahu.
RAJA RIMBA YANG SESAT LAGI MENYESATKAN
Ok. Sebagai introduksi aku akan perkenalkan kepada sesiapa yang belum tahu apa itu Raja Rimba.
Raja Rimba dalam entri ini bukanlah Singa ataupun Pak Belang. Tapi adalah komik Hong Kong yang dilukis Ma Wing Shing. Pelukis yang meletup dengan komik Pedang Setiawan ataupun filem/drama Storm Riders. [kalau masih tak tahu sila abaikan entri ni ok.]
Ya, sebelum Pedang Setiawan dan Pendekar Laut, Raja Rimba terlebih dahulu ada di rak-rak kedai mamak dan menjadi antara komik paling kool selain Alam Perwira dan Jejak Wira ketika itu. Dan sebabnya aku suka Raja Rimba ialah naratifnya yang radikal dan latarnya yang real.
Dapatkah kau bayang bagaimana timbulnya idea mempertigakan dunia iaitu pemusatan kuasa oleh orang-orang Cina/Asia dalam menjadi kuasa besar dunia? Ya, dalam Raja Rimba Ma Wing Shing sudah melukiskan ideologinya.
Kau juga boleh lihat bagaimana Ma Wing Shing memperlekehkan Saddam Hussin, Bill Clinton dan tokoh-tokoh dunia lainnya. Proksi ketenteraan sudah tidak lagi penting. Yang penting ialah apabila kau menguasai Kekuatan Tak Berbatas.
Jadi kerana alasan-alasan di atas dan ditambah pula dengan kecintaan aku terhadap komik maka aku rela menjadi pengumpul tegar Raja Rimba sehingga kini, episod 520.
Dan sekarang, tiba-tiba hero-hero dalam Raja Rimba berpakat dengan syaitan dan dewa untuk bertarung dengan tuhan yang mahu menghapuskan mereka. Inilah punca armageddon!
12 tahun aku kumpul Raja Rimba untuk episod yang makin lama makin meraban.
Damn, aku dapat rasa Ma Wing Shing tu seorang atheis!
minggu jobless yang blues
MINGGU JOBLESS YANG BLUES
Kata Mr Teh. Habis praktikal nanti eloklah aku ambil masa 1 ke 2 minggu pergi bercuti ke mana-mana. Lepaskan stres. Sebab dunia kerja nanti kau sudah tak ada masa lagi.
Jadi aku habiskan masa di rumah dengan tidur. Lagipun dengan tidur aku boleh pergi Las Vegas. New York. Guatemala. Dan juga jadi armadillo.
Stres hilangkan?
PENDEKAR KIMONO YANG TAK TERKALAH
Adik bawa balik kimono. Aku tak sabar nak balik kampung dan bayangkan betapa bergayanya aku tatkala memakai kimono sambil bermain nunchaku.
