GOING EXTRA MILE
Satu petang. Bahdin [nama sebenar] dapat telefon. Dari encik Mujer [bukan nama sebenar]. Dia mau tanya jadual penerbangan balik saudaranya dari Mekah sana.
Adatlah. Bila jauh. Kau bisa jadi rindu. Risau. Sasau. Semua bercampur baur.
Sepatutnya Bahdin bagitau saja nombor penerbangan. Waktu berlepas. Dan waktu tiba di airport. Selesai.
Tapi dia going extra mile! Dia check senarai penumpang dalam kapal terbang!
Ketup. Ketap. Tap. Tap. Tap.
Ya, encik Mujer. Saudara encik memang ada dalam senarai penunggang kami..
Penunggang?
.
.
.
Hahahahahahahahaha!! Gelak kami melantun-lantun keluar dari lantai 20 itu.
TAHUN BARU KITA
Selamat tahun baru!
Sesekali tu buatlah azam mahu pergi haji. Alahh, tak payahlah kau tunggu nak jadi baik macam malaikat.
Bolehkan. ;)
tak kisahlah kalau awak tak percaya pun
TAK KISAHLAH KALAU AWAK TAK PERCAYA PUN
Satu hari. Ayie tanya aku, "Kau kat sekolah dulu macamana? Aktif tak?"
Aku jawab. "Aku dulu nerd. Rambut sikat tepi. Spek besar. Baju kancing sampai atas. Asal rehat saja mesti pergi library, studi."
"Tipulah. Takkan tak join sukan apa-apa?"
Aku geleng.
"Sukan rumah-rumah pun tak join?"
Aku geleng. Aku cakap lagi. "Dulu aku nerd. Rambut sikat tepi. Spek besar. Baju kancing sampai atas. Asal rehat saja mesti pergi library, studi."
"Ah, malas cakap dengan kau!!"
Lepas tu Ayie tak tanya aku lagi dah.
perjalanan pendek yang panjang, yg namanya korban,
PERJALANAN PENDEK YANG PANJANG
4.45. Petang Rabu. Taman Tun Dr. Ismail. Aku merempit laju. Balik ke rumah di Subang U5. Sepatutnya aku terus parkir motor di stesen komuter Sungai Buloh. Dan ambil tiket tren ke Pudu Raya. Bahana sakit perut dan teringat cajer fontangan punya pasal, aku terpaksa gegas pulang ke rumah dulu.
Mandi. Wangi. Aku merempit semula ke stesen komuter Sungai Buloh. Parkir motor di situ. Selepas 'solex' gigi sprocket dan gari helmet. Aku tawakal.
Aku ambil tren ke KL Sentral. Dan kemudian aku meloncat pula ke Putra LRT. Aku mau ke Pasar Seni. Dari situ aku menapak ke Pudu Raya. Ya, aku mau cari tiket balik raya on the dot!
6.30. Petang Rabu. Pudu Raya. Cuma tinggal bas tambahan. Jam 11.00 malam. Aku nekad beli saja dan aku memang tak berharap sesuatu yang ajaib berlaku pun [maksud aku bas akan sampai tepat jam 11.00 malam dengan kondisi yang sempurna.]
Aku tunggu bas seawal jam 7.00 malam. Aku layan Anak Raja Rimba [ya, Raja Rimba masih belum habis] sambil sempat meng-usya seorang bapak budak tengah gomol baby-nya. Juga awek-awek seksi Malaya yang sedang menggelintar. Berlekit-lekitan.
Tepat. Jam 10.45 malam. Aku turun. Aku melangut. Lamaaaaaa. Mana bas?
1.00 pagi. Baru bas sampai. Bas kilang. Warna biru. Rukun Negara sudah jatuh nombor 18 bila aku terpaksa berebutan dan berlekitan demi mendapat kerusi bas edisi terhad. Aku berjaya!
Tapi perjalanan aku dalam bas kilang tu dah macam aku naik peti sejuk bergerak. Sejuk nak mampos!!
Sampai Ipoh bas rosak. Kami turun tepi jambatan. Dan bas ganti pun datang sejam setengah kemudian. Bas sekolah. Warna oren. Kalau tadi aku naik peti sejuk bergerak. Kali ni aku naik microwave bergerak. Kau boleh fahamkan macamana fiil kalau air-cond bas tak ada!
Pukul 10.00 pagi baru aku sampai rumah. Aku sudah terlepas sembahyang raya. Sudahnya aku terbongkang atas katil.
Ok, kawan-kawan. Sekian sahaja perjalanan saya menyambut Aidil Adha bersama famili. Selamat bergembira ya! :)
YANG NAMANYA KORBAN
Bila masanya kau sudah tidak kisah apa-apa pun?
Dan kau jadi betul-betul berserah?
8 FAKTA RANDOM & AKU
1. Seorang Palmar Hyperhidrosis.
2. Seorang yang gementar tentang hidup.
3. Girang dan kadang-kadang boleh jadi sangat pendiam lagi penyantun.
4. Skeptikal pada cerita-cerita tahyul dan legenda urban.
5. Menghargai seni dan perkara-perkara subtle.
6. Sangat sentimental pada kesusahan dan kesukaran.
7. Seorang rabun dan berkaca mata. Juga tiada pantang larang dalam mengecap nikmat makan.
8. Kacak.
Ingat. Itu cuma fakta random!
Sempena musim hujan sekarang ni sepatutnya saya beritahu nama saya.
Nama saya Rain.
disember yang dingin
DISEMBER YANG GIRANG
Masa belajar dulu bulan Disember selalunya aku diberi imuniti. Terlepas dari serangan dajal kawan-kawan sempena hari lahir. Cuti semester menyelamat.
Tiba-tiba awal pagi Ahad tu aku terima nyanyi-nyanyian dari rakan-rakan di ofis.
Dan pipi aku rasa kembang semacam.
Selamat hari lahir, Mohd Azhan. 16 Disember. Yang ke berapa ye. Hehe!!
DISEMBER YANG DINGIN
Disember yang dingin.
Aku terima kredit tanpa limit dari Celcom. Untuk seminggu sebagai hadiah hari lahir. Ironinya hadiah itu tak dapat aku gunakan untuk hubungi dia. Untuk aku berbicara tentang rindu. Tentang masa depan. Tentang cita-cita. Tentang the good old days.
Disember buat aku rasa sangat blues. Runtun.
Dan entah kenapa baru terlintas untuk aku delete namanya di dalam senarai X-Pax ku.
Betul, Disember selalunya dingin.
DISEMBER DAN HAJI
Selamat Hari Raya Aidil Adha. 18 Disember, jemaah kita mula berwukuf di Arafah. Esoknya Raya Haji di Tanah Suci. Semoga dapat haji mabrur untuk jemaah kita.
Juga Siti Nurhaliza ya..
kerja lebih masa pun saya tak kisahlah
KERJA LEBIH MASA PUN SAYA TAK KISAHLAH
Satu hari. Hari Minggu. Pian telefon aku.
"Jom karok [baca: karaoke] malam ni. Bebudak semua sudah set!!"
"Sorry. Aku kerja la, dude.."
"Myanmar saja kerja hari Ahad bai. Hahahahaha!!"
"Takpe. Serve tetamu Allah kena kerja lebih masa pun aku tak kisah.."
";-)"
..
.
.
Ok, kawan-kawan. Aku dah ada jawapan simpul mati untuk sesiapa yang berani mengutuk aku bekerja di hujung minggu. Haha!
