dunia baru:muvi jalanan yang cantik

Thursday, February 28, 2008 · Posted in

DUNIA BARU : MUVI JALANAN YANG CANTIK

Sebagai mantan pelajar Universiti Kerajaan Swasta yang pernah bergelumang dalam dunia kampus warna-warni dan tak digemari Sultan aku rasa filem ini sangat energetik, real, mengujakan dan penuh riang-ria-remaja-kampus [biarpun slot di kampus berjuntai tu tak sampai 20 minit pun].

Apa pun. Dunia Baru. Sebuah road movie yang cantik.

ucap tahniah di hujung januari [0.8,0.9]

Sunday, February 24, 2008 · Posted in ,

UCAP TAHNIAH DI HUJUNG JANUARI ITU [0.8]

"Tahniah." Cakap bos pada aku.

Air liur aku tersekat di kerongkong. Aku rasa.
.
.

Bukan dia suka aku berambus. Cuma katanya kita manusia punya pilihan. Dan dia tak punya daya untuk menahan. Air liur aku tersekat di kerongkong. Aku rasa.


UCAP TAHNIAH DI HUJUNG JANUARI ITU [0.9]

Petang itu. Dengan suara penuh getar aku ucapkan sayonara. Pada kawan-kawan yang aku suka.

Kata mereka aku cosmonaut kedua selepas pak Sheikh kita. Aku patut bangga kerana aku satu-satunya wakil dari jabatan yang mau membantu orang ke sorga. Aku pergi jauh. Dunia yang baru. Dunia yang penuh duit-duit.

Lampu kamera silau. Pipi aku kembang-kembang. Hati aku kuncup-kuncup.

fight, fight for your right

Saturday, February 16, 2008 · Posted in , ,

FIGHT, FIGHT FOR YOUR RIGHT

Aku kalah. Sebab aku seorang saja cakap uri bayi patut ditanam macam anggota badan lain seperti tangan dan kaki [kalau terputus atau dipotong].

Tapi kata F, yang sudah punya anak seorang. Yang punya pengalaman banyakkkkk.. Kata F, uri tu bagai kembar bayi. Kau perlu hormat dan tanam dia elok-elok. Dan F ceritakan pengalamannya nyalakan lilin di atas kubur uri. Kalau tak buat penanggal boleh selongkar kubur si uri dan buat onar. Heeeiiiiiiiiuui.... Dan kalau kau nampak bayi kau tiba-tiba tergelak, itu tanda dia datang ziarahlah tu.

Sungguh-sungguh F beritahu aku. Dan sungguh-sungguh juga aku tak percaya.

D pula datang. D yang dulu pernah beritahu Tesco itu Yahudi yang punya. Kata D, setiap bayi punya Qarin, sejenis jin pengiring bagi setiap kelahiran manusia. Dialah yang jadi peneman bayi kau sepanjang dunia rahim. Kalau kau tak tanam elok-elok nanti ada efek tak best pada anak kau. Tapi, pasang lilin karut! Kalau nak minta doa, mintalah pada Tuhan. Dan semua uuoooooo... Tapi aku masih separuh-separuh.

Dan aku kalah. Sebab aku seorang saja cakap uri bayi patut ditanam macam anggota badan lain seperti tangan dan kaki [kalau terputus atau dipotong].
.
.
.
Tak puas hati punya pasal. Balik rumah aku Google dan jumpa ini:
--> Wajib Ke Tanam Uri Bayi Tu?
--> Mengurusi uri (tembuni): Elak daripada khurafat
--> Jabatan Mufti Selangor - Tanam Uri
--> Umat Islam, Virus Aqidah & Skim Cepat Kaya
--> Khurafat Tanam Uri Bersama Jersi Bola
.
.
"Azhan is a rebellious person!" ujar F senyum-senyum, gara-gara aku sanggup print-kan nota-nota tentang betapa khurafatnya amalan menanam uri bayi.

Well. Tua tidak selalunya benar. Muda tak selalunya silap. Hmm, ada apa-apa komen lagi?

saya sakit leher

Wednesday, February 13, 2008 · Posted in

SAYA SAKIT LEHER

"Kau ada Mami Poko tak? Aku sakit leherlah."

"Hihihi..., Yoko Yoko lah! Mami Poko tu pampers!!"
.
.
.
Semalam. Entah sumpahan apa leher aku sakit sungguh-sungguh. Toleh saja kanan. Sakitttt... Dan si Farhana, si ibu pembawaan 3 bulan kandungan yang selalu mual-mual, yang selalu tidur-tidur, yang selalu kepit patung kucing lembik mata bulat, yang sendawanya bunyi erkk erkk erkkk, yang mejanya ada kaktus nan sebatang sebelah aku itu. Dia gelakkan aku sungguh-sungguh.
.
.
INFO: Mami Poko dan Pampers, kedua-duanya ialah jenama lampin bayi pakai buang. Cuma jenama Pampers yang disinonimkan sebagai ganti nama untuk lampin pakai buang. Seperti Maggi untuk mi segera dan Milo untuk minuman cokelat.

Powered by Blogger.