Pages

Friday, January 30, 2009

Spekulasi Hujung Minggu

Pergghh. Tiga hari tak on PC kat Rumah Puaka. Rindu membeban.

Setiap kali nak on PC power ni, aku mesti tekan F1. Aku pun tak tau apa masalah PC aku ni. Jenuh juga aku godek-godek. Tapi mission failed.

Tapi sebenarnya. Itu bukanlah masalah besar pun yang aku nak ceritakan.

Masalahnya sekarang, ni siapa yang save borang nikah JAIS kat dekstop PC aku ni? Memang mencetuskan spekulasi!

Ok. Aku nak mulakan siasatan sekarang..

Kita yang Tanpa Komunikasi

Balik kampung. Sehelai sepinggang. Bawa balik henfon. Dompet. Cukup.

Oh terlupa charger. Tapi tak kisah pun. Sesekali lari jauh dari dunia komunikasi memang menenangkan.

Tuesday, January 27, 2009

Paragraf Cinta [satu]

.
.
Kita tak suka awak sebab awak suka kita
.
.

Sunday, January 25, 2009

Terpinga di Sudut Old Town

Ada Old Town White House Coffee baru buka. Sekitar pekan kecil kat jalan nak ke airport Subang. Jadi, sebagai lelaki urban yang kontemporari, aku ke sana dengan Jar meninjau suasana premis. Usya sikit mari ke tak mari.

Ada dua perkara special kat Old Town ni.

Satu - Pelayan sini ambil order cakap Myanmar dengan begitu yakin sekali.

Dua - Tanpa rasa bersalah dia pau rokok Jar sebatang (sambil berlari keriangan sebab dapat rokok).
.
.
.
Aku bagi lima bintang untuk aksi penuh keyakinan mamat Myanmar ni.

Friday, January 23, 2009

Kucing Gerila Rumah Saya

Sebelum ada Tutut dan dia pergi dirampas orang. Rumah aku ni memang jadi sasaran utama serangan kucing. Bukan kucing yang penuh kasih sayang. Tapi kucing spesies gerila pemberontak. Kau buatlah apa pun. Sergah ke. Baling bantal ke. Buat aksi Ju On ke. Akrobatik ala Jackie Chan ke. Tapi, asal line clear mesti juga nak masuk rumah. Macamlah ada kentaki dalam rumah ni. Dalam peti ais pun harap ada roti canai segera saja.

Tak serik-serik. Asal masuk mesti nak cakar plastik sampah. Mesti nak terbalikkan tong sampah. Cuba sesekali mop lantai ke. Basuh pinggan ke. Tak pun basuh baju aku ke. Barulah bersih sikit imej tu. Ni tak habis-habis menyakitkan hati orang.

Hmm. Mengikut pemerhatian aku. Ada tiga ekor kucing yang selalu mencetuskan serangan gerila tanpa senjata kat rumah aku ni. Suspek-suspek tersebut dipercayai Mimi yang alim-alim kucing. Bush yang putih, jahat dan bulu bersepah. Dan Che Guevara yang cool tapi sengal.

Nantilah aku ceritakan pasal tiga spesies kucing gerila tu secara rinci. Bukan apa. Aku tetiba ja berbulu tengok Che Guevara sedap tidur kat depan tivi tadi. Lepas tu tahu pula terkejut, menggelabah dan lari bersepah cari tingkap. Padahal aku rileks saja. Setakat nak tengok Animal Planet tu apalah sangat. Kan.

Thursday, January 22, 2009

Mari Meraikan Obama Dengan Penuh Hip

Untuk meraikan upacara pertabalan Obama selaku Presiden AS yang ke-44, saksikanlah gambar ini. Jadi, siapa ejen AS sebenarnya? Hahaha!

Sumber:
Obama melawat Malaysia
Barack Obama Visit Malaysia

Tuesday, January 20, 2009

Terperap dan Terperangkap

Kerja 9 hari. Penat dan ting tong. Duduk rumah rileks saja sambil memikirkan apa yang dah terjadi sepanjang lima hari lalu.

Memang macam-macam benda dah terjadi pun. MUH menang Juara Lagu. Arsenal menang lawan Hull City. Umno tumbang di Kuala Terengganu. Malam nanti Obama jadi presiden. Gaza macam itu jugalah. Di Malaysia pun ada perang juga. Perang di jalan raya. Purata 5,000 kematian setahun. Jenayah dan krisis nilai makin berleluasa. Tak nak percaya jangan tengok berita.

Tapi cuti yang sekejap tidak bermakna kerana tiada internet. Semuanya sifar. Hasrat hati nak layan Awan Dania dan usha Muhammad Ali berboxing tergendala gara-gara Internet down. Itu belum masuk berita-berita terkini dan gosip-gosip panas seantero dunia. Bungkam. Terperangkap.

Memang betul. Internet punca kemurungan. Bayangkan dunia hari ini tanpa Internet. Tanpa blog. YouTube. Facebook.

Ketakutannya seperti berada pada zaman Black Death. Ah, baik aku pergi layan roti canai dulu.

Thursday, January 15, 2009

Beginilah Cara Mudah Menjadi Bilionair

Kawan-kawan, inilah mata wang Zimbabwe. Tahu tak berapa nilai $50 bilion ni? RM4.25 saja. Di sekita Lembah Klang baru boleh dapat sepinggan nasi lauk ayam dan duit lebih boleh beli gula-gula hacks.

Jadi, masih runsing mahu jadi bilionair?

Tuesday, January 13, 2009

Cara Meningkatkan Populariti Liga M

Mentang-mentang Scha cakap nak jadi pembaca berita, terus RTM ambil dia jadi hos rancangan Mawi-Ekin [hello, ini tidak bermakna Kelambu seorang fanatik Mawi ok].

Walaupun aksi Scha memang kayu sebagai hos. Tapi terima kasih kerana tulang pipinya yang tersembul dan kemerah-merahan tu menyelamatkan keadaan. Biasalah, kecantikan memang membutakan.

Cuma aku rasa Scha lebih sesuai jadi hos errmm.. hah.. hos acara sukan! Jadi RTM, tolong ambil Scha jadi komentator Liga Malaysia . Ini akan membantu menaikkan populariti bola sepak tempatan yang kian merudum. Fikir-fikirlah dan selamat beramalll..

scha al-yahya

Sunday, January 11, 2009

Gaza: Susu Perasa Darah

Mak.
Susu mak hari ni
rasa darah..

Saturday, January 10, 2009

Kau Suka Gillete, Aku Suka Schick

Bagi menjayakan kempen boikot ni, kita mesti ada barang alternatif. Kalau setakat boikot saja tapi barang alternatifnya tak ada susah juga. Kalau setakat Coke tu, memang aku lama dah boikot. Cuma masa makan kat fast food saja aku layan. Selain tu alternatifnya, teh ais ke. Kopi Radix ke. Orait jugakan.

Tapi memang susah nak boikot secara total barang-barang AS ni. Sebab sesetengah barang tu memang tak ada barang lokal pun. Contohnya, pisau cukur. Selain Gillette, alternatifnya yang aku tau ialah jenama Schick. Dua-dua ada kena mengena dengan AS. Nak tak nak aku terpaksa beli salah satu. Pernah juga aku beli pisau cukur cap ayam kat pasar malam. Tapi mana tahan. Asal cukur je mesti nak kena menangis. Pedih gila. Pedih macam ustaz yang suka tarik sideburn kat sekolah aku dulu.

Aku sokong kempen boikot. Dalam erti kata sokong barang tempatan. Sebelum ni, memang aku main campak saja. Asal ada logo halal sudah. Tapi sekarang, sempena tahun baru yang meriangkan kenalah teliti sikit benda-benda macam ni. Made in Malaysia sudah tentu.

Tapi 'Beef Prosperity Burger' tadi memang layan habis. Siapa suruh Marrybrown tak buka cawangan kat Kota Damansara ni.

tower burger-Menu baru Marrybrown. Dapatkan segera di cawangan berhampiran-


Friday, January 09, 2009

Modifikasi 2009

Jangan terkejut.
Blog ini dalam proses modifikasi.
Bawa bertenang.
Mengucap.

Thursday, January 08, 2009

Tazkirah 3 - Empat Perkara Yang Membahagiakan

Daripada Saad r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang baik (solehah), tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang baik." - Riwayat al-Baihaqi

Wednesday, January 07, 2009

Amal Kebajikan di Tahun Baru

Tadi aku pergi Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam. Maklumlah, memang lama aku tak buat amal kebajikan sesama insan ni. Jadi, sempena tahun baru yang masih riang ni, aku curilah masa turun sana derma apa yang patut. Amacam, sikit punya mulia tak?

[Sila tepuk tangan dan tabik..]

Monday, January 05, 2009

Kisah TUTUT [akhir] - Bye, Ada Rezeki TUTUT Jumpa Korang Ok

Minta maaf kawan-kawan. Siri realiti blog tentang Tutut terpaksa ditamatkan setakat ini saja.

Bukannya sebab tak ada penaja. Lagipun kasih sayang mana boleh ditaja. Kasih sayang bukan plastik. Seperti mana Michael Faraday tiba-tiba terjumpa medan magnetik untuk asas penciptaan eletrik. Begitulah kasih sayang. Ia satu rahsia dan kurnia dari langit. [How sweet..]

Menurut member aku. Tutut diambil orang. Tiba-tiba anak brader Syam blok sebelah mengaku dan bagitau, mak Tutut ada dengan diorang. Mak Tutut ada 3 anak sebenarnya. Entah macamana Tutut boleh terlepas menjadi anak buangan. Munginkah mak Tutut sengaja biarkan Tutut buat praktikal kat rumah puaka ni? Entahlah. Dan aku dapat rasa Tutut ni anak sulung. Anak sulung kenalah cekal. Kan.

Tutut dah tak ada. Sedih wehh. [Boleh nyanyi lagi Adam Ahmad - Kau Pergi Jua di sini]

Masalahnya sekarang.
Siapa nak habiskan Whiskas ni?
Agak-agak kalau buat inti sandwich ok tak?

Thursday, January 01, 2009

Tengah Hari Yang Hiba

-RM22.90-

Muka aku pucat tiba-tiba. Biar betik. Gaji tak masuk lagi ke? Atau pun ada penyamun siber yang sudah menggodam masuk ke akaun aku? Kenapa aku? Kenapa tak godam masuk akaun Ananda Krishnan ataupun Robert Kwok. Diorang punya akaun lagilah jut-jut punya.

Tengok saja baki serba menyedihkan tu, memang hati menjadi hiba. Tangan menjadi geletar. Dunia menjadi bungkam. Tahun baru tak berapa nak bermakna. Ekon di dalam kedai Mesra menjadi panas. Masa depan tak berapa nak menjadi beyond 2009.

Sedih weh.. Sedih..

Badan lesu. Perut lapar. Tangan tekan butang 'batal'.
.
.
Srutttt..
.
.
Apa cerita tertukar kad bank ni?!