zoo negara-keriangan berganda dan ketenangan jiwa

Friday, May 02, 2008 · Posted in , ,

ZOO NEGARA - KERIANGAN BERGANDA DAN KETENANGAN JIWA

Lama aku tak menulis entri pasal pelancongan. Seingat aku sekali saja. Lamaaa dulu. Masa ikut rombongan ofis mama ke Hatyai.

Hmm, jadi entri kali ni aku berbesar hati nak cerita pasal pelancongan menarik aku. Nak tahu Kelambu ke mana kali ni? Ya, ke Zoo Negara! Baik punyaaaa..

Ok. Last aku pergi zoo masa sekolah dulu. Itu pun Zoo Taiping. Zoo Negara pula aku pergi masa aku kecik. Umur 3 tahun. Aku pun dah tak ingat macamana rupa Zoo Negara masa tu.

Tup tup 2 minggu lepas entah apa gilanya kami buat rancangan untuk habiskan cuti hujung minggu kami ke Zoo Negara.

Kata orang kalau mau cari awek pergilah ke shopping complex. Kalau mau mandi pergilah Batu Feringgi. Dan kalau mau tengok binatang pergilah ke Zoo Negarang [Saja aku sebut negarang nak bagi ada rhyme].

Hari itu cuaca sangat elok. Aku, Syem, Pian dan Bahdin. Selepas bayar tiket RM15 kami diberi gelang kertas untuk diimbas di pintu masuk.

Masuk saja ke Zoo Negara kami terus menaiki koster mengelilingi hentian-hentian utama sekitar Zoo Negara. Ada 8 kalau tak silap. Setiap hentian tu terbahagi kepada jenis spesis-spesis binatang seperti burung, amfibia, reptilia dan lain-lain.

Sepanjang perjalanan koster yang dijanakan tenaga diesel tu kami diberikan informasi oleh pelatih zoo tentang binatang-binatang di Zoo Negara seperti anak zirafah bernama Mustika. Harimau yang aktif ketika malam dan juga...

"Ok. Di sini kita dapat melihat spesis-spesis beruang. Antaranya ialah Honey Beer..."

Hahaha! Honey Bear la bro. Bukan Honey Beer. Tiger Beer ada la. Hahaha! Aku dan Pian bantai tahan gelak dalam hati.

Selepas habis satu pusingan koster kami pun mula berjalan kaki untuk melihat spesis-spesis binatang tersebut dengan lebih dekat dan rinci.

Antaranya ialah Zirafah gila punya tinggi. Gajah India. Unta. Badak Afrika. Kanggaru. Rusa Nani [Mouse Deer]. Burung-burungan [banyak sangat burung]. Monyet-monyetan [banyak sangat monyet]. Ular-ularan [banyak juga]. Honey Beer [Hahaha]. Babi Hutan. Seladang. Lembu Sepanyol. Badak Air. Burung unta. Harimau Belang. Singa. Harimau Bintang. Harimau Kumbang. Waja Timur. Chang Kong. Serigala Jadian. [Abaikan 3 spesis terakhir sebab anda hanya boleh saksikan dalam komik Raja Rimba.]

Dan aku berkesempatan memegang hidung dan kepala rusa nani secara live di situ.

Fasiliti di Zoo Negara memang lengkap. Ada tandas awam. Ada surau. Ada dataran lapang untuk bersantai. Ada gerai-gerai makan bajet dan untuk orang banyak duit. Di sini juga disediakan hentian-hentian rehat yang cukup seperti pondok-pondok dan bangku-bangku batu buat melepaskan lelah berjalan.

Selain binatang anda juga dapat melihat rombongan kanak-kanak sekolah dan tadika, famili ceria bersuka ria dan pasangan bercinta bercengkerama. Dan juga 4 budak entah apa gila datang ke Zoo Negara. Kami le tu. Hahaha!

Binatang-binatang di sini memang mesra kecuali spesis harimau dan singa yang agak pasif. Mungkin sebab hari siang.

Mahu saja kami layan safari night pada sebelah malam tetapi memandangkan hari mau hujan dan kondisi tubuh yang penat maka kami terpaksa menunda hasrat suci murni itu di lain hari.

Di sini sukalah aku memberi cadangan agar pihak Zoo Negara dapat membeli binatang-binatang eksotik yang jarang boleh dilihat di Malaysia. Seperti armadillo, platypus, biawak Galapagos, harimau Siberia, sloth, gorilla dan lain-lain lagi.

Akhir kata, percutian kami ke Zoo Negara pastinya telah meninggalkan memori indah, ketenangan jiwa dan keriangan berganda bagi kami warga kota yang saban hari dihimpit kenaikan harga barang dan kos hidup yang menyesakkan. Sekian terima kasih.

Dah macam apa dah kesimpulan aku. Ceh.
.
.
.
Saksikan gambar-gambar menarik kami di bawah. Klik pada gambar untuk zum.
ini gelang imbas

inilah rupa gelang imbas

ini zirafah bulu mata lentik tidaklah menandakan bahawa zirafah ini betina atau pun mak nyah

ini honey bearinilah honey beer. hahaha!

ini badak air inilah badak air

ini burung inilah burung [apa nama entah]

ini gajah inilah gajah dan 3 budak cacat. hahaha!

ini harimau inilah sepasang harimau tengah bergomol

inilah seladang seladang jantan tengah usya line di belakang

inilah rusa nanigambar rusa nani yang penuh misterius

inilah singa singa yang hidup segan segan mati tak mahu

inilah harimau kumbang harimau kumbang yang yang tak reti duduk diam

inilah sekawan rusa sekawan rusa yang dambakan makan

ini badak sumbu 3 perwira kelihatan tidak gentar dengan badak sumbu yang akan menyerang mereka

Powered by Blogger.