kenangan yang berbaki [part 8] - lahirnya seorang jutawan

Wednesday, September 26, 2007 · Posted in

KENANGAN YANG BERBAKI [PART 8] - LAHIRNYA SEORANG JUTAWAN

Tingkatan 4. Bulan Ramadhan waktu tu. Aku ajak Hanis dan A.Lan berbisnes. Di bazar belakang stadium. Kalau bukan bulan puasa, belakang stadium tu jadi tempat orang bersticker P dan L berkereta. Driving School.

Hanis cadangkan jual ayam percik. Katanya makcik dia boleh buat resepi dan kuah ayam percik yang baik punya.

"Berusahalahhhh!!!" Kami berjeritan.

Langkah pertama ialah dapatkan lesen dari Majlis Perbandaran [masa tu Alor Star belum jadi Bandaraya]. Pihak Perbandaran kata kena injek di lengan. Takut-takut nanti kau bawa masuk tibi, hepatitis, batuk kokol, meningitis, sifilis, HIV. Manalah tahu.

Tapi umur kami mesti 17 tahun baru boleh dapat injeksi sebagai prasyarat lesen berniaga di bazar Ramadhan. Umur kami waktu tu baru 16. Hmm, macamana ye.. Ah, minta tolong abang aku!

Abang pun diinjek. Kami yang mahu berbisnes tapi abang yang kena injek. Hahaha.

Dan Ramadhan pun bermula.

"Mai mai. Ayam percik! Ikan bakaq! Ikan mai dari sungai Amazon punya!!" suara kami bertingkah dalam riuh. Saling bergelutan. Tindih menindih.

Kami kipas bara. Kami renjis kuah kacang. Kami tunggang terbalik daging ayam dan ikan yang disepit besi pemanggang. Atas bawah. Bawah atas. Asap berpual-pual. Aroma menusuk hidung. Peluh merenjis dingin.
.
.
Tapi sayang. Bisnes kami tahan seminggu saja. Alasannya, tak boleh lawan brader yang selang dua tiga gerai dari kami. Dia pun jual ayam percik juga. Gerai dia lagi kencang. Kami guna pembakar arang standard. Dia guna tong drum! Ayam dia banyakkkkkkk. Ayam kami bila orang lalu barulah buat-buat kipas. Konon-kononnya baru dibakar. Hahaha.

Baru kami tahu menjadi lelaki bisnes jiwanya perlu kental. Alahai.

Powered by Blogger.