Bola sepak Malaysia memang teruk tahap celaka. Ok, minta maaf terlebih dulu dengan mukadimah hamun tadi.
Kenapa FAM celaka? Buktinya FAM buat idea gila lagi. Nak tukar format profesional ke semi pro. Lebih malapetaka FAM bercadang mahu hadkan penyertaan pasukan dalam liga sebagai satu cara mengatasi masalah kewangan. Dan bagi menguatkan lagi idea 'super' tersebut, FAM merujuk kepada liga Myanmar (atau Burma) yang hanya menampilkan lapan pasukan tetapi tetap mampu menghasilkan pasukan kebangsaan yang beraksi 'power' di peringkat antarabangsa walaupun baru dua bulan diperkenalkan.
FAM,
Liga bola sepak domestik yang bagus ialah liga yang kompetitif, yang bertanding banyak pasukan dan banyak perlawanan. Kalau kau seorang samurai, level jaguh kau diukur dengan berapa banyak kepala musuh sudah kau pancung dan berapa ramai lawan sudah kau jumpa. Hero samurai Jepun, Miyamoto Musashi tak akan jadi legenda kalau setakat lawan pedang dengan lapan orang musuh, dia perlu lawan seribu musuh satu musim (contoh).
Jadi, secara kasar dan di atas kertas, liga yang kompetitif (yang banyak pasukan dan perlawanan dalam liga) sepatutnya menghasilkan pasukan kebangsaan yang bagus juga. Kita tak perlu terbang ke Eropah untuk membuat rujukan, cukup sekadar teropong ke liga-liga gergasi Asia Tenggara seperti Singapura (12 pasukan-S-League), Thailand (16 pasukan-Thai Premier League) dan Indonesia (18 pasukan-Indonesia Super League).
Sepatutnya tiga negara tersebut yang dijadikan penanda aras bola sepak Malaysia, bukan Myanmar. Jadi, untuk menjawab persoalan kenapa pasukan bola sepak Myanmar semakin maju berbanding kita adalah kerana tahap liga bola sepak kita yang mundur dan primitif.
Aku bukan suka hati cakap bola sepak Malaysia mundur dan primitif. Ok, untuk mengukuhkan kecaman aku terhadap kemunduran dan keprimitifan bola sepak Malaysia adalah dengan membandingkan laman web liga Malaysia (laman web liga, bukan persatuan bola sepak) dengan tiga negara Asia Tenggara tersebut.
Singapura - S League
Thailand - Thai Premier League
Indonesia - Indonesia Super League
Malaysia - Liga Malaysia (tiada)
Inilah segala kubra punya masalah yang dihadapi FAM. Cemas tak tak tentu pasal. Tapi buat laman web liga pun tak lepas lagi. Aku rasa FAM baik pergi kursus buat laman web dulu. Nanti bila dah lulus hubungi aku dan aku akan terangkan pula cara mengatasi masalah kewangan UPB-MyTeam.
Powered by Blogger.
10 Responses to “Malapetaka Bola Sepak Malaysia (Bekas Gergasi Asia)”
pegi rampas kuasa skang. aku sokong ko dr tepi. tp make sure tgn dh baik baru rampas kuasa ekk.
hahahhahaha
aduhhh.. kesian nya Liga Malaysia.. (-.-)
aku dah undi ko jadi presiden FAM.
bro, gua pun dah penat nak sokong liga malaysia.
sepatutnya dari dulu lagi PRESIDEN tu kena letak jawatan.tolong cari orang baru lah!!!!.
Bolasepak kita masih belum mati tapi hampir menuju kematian akibat kebodohan orang-orang yang menerajui so call pembangunan bolasepak dengan menggunakan medium yang diberi nama sebagai FAM. ptthhhh!.
Gua rasa lu penah serumah dengan Zoran Nikolic kot. Takpun Farizuan Che Hamid.
jangan risau bro.
UPB MY TEAM 80% tarik diri thun dpan.
hehe.
liga super lingkup
masalah dalaman banyak sangat.tv slalu ckap.
mungkin dah tiba masanya Liga Malaysia diswastakan. Pemain import dibenarkan bermain semula.
Imagine tetiba My Team dibeli oleh saudagar minyak dari Dubai. Ada can Cristiano Ronaldo main kt Malaysia bila dia dah bosan "and have nothing else to win" at Real Madrid :p
my two cents only..hmm
Wah..idea nie. Bolehla aku buat proposal kat FAM. Mesti dpt punyalah.
hahah biasalah bola malaysia tuh
Post a Comment