Tapi itu bukanlah berat badan ideal yang aku mahukan kerana ramai kawan, terutama yang jarang berjumpa, cakap badan aku sudah berisi sikit. Jadi, aku fikir penyusutan badan aku tidaklah ketara sangat, kecuali aku dapat turunkan berat hingga 10kg.
Apapun, serius aku tak rasa tertekan pun. Buktinya, selepas rejim diet dua minggu itu, aku kembali kepada aktiviti normal aku sebagai pencinta makanan sejati dengan menghirup teh tarik, roti canai dan menjamah nasi berlauk dalam keadaan berjaga-jaga.
Sekurang-kurangnya aku berjaya buktikan bahawa secara normal sesiapa saja boleh kuruskan badan tanpa perlu bergantung kepada pek minuman kurus yang mengandungi 1001 herba dari gunung Kilimanjaro yang diekstrak menjadi pil hikmat.
Berbeza dengan produk lain, kelebihan pek minuman aku ialah ia perlu diambil selepas makan dengan kenyang. Dua pek sekali ambil. Selepas ambil, pengguna akan sakit perut tak ingat dan perlu ke bilik air untuk berak. Kalau pengguna tanya, aku jawab itu tandanya lemak dan toksik sudah dibuang.
Sekarang aku tengah fikir nama apa pek minuman kurus super aku tu.. Hmm..
9 Responses to “Siri berdiet dengan steady II”
4kg in 2 weeks..impressive! in detail la sikit apa petua..haha!
Note: jgn taruk Produk Dr. Kelambu dah la..haha!
owh.. betul la.. kdg2 aku tak larat dgn geng2 kat opis nih yg nak menjual ubat kurus.. mcm2 la cara diaorg nak tarik aku, almaklumlah kita dok kurus mcm model..
yg tak tahan tuh siap perli2 kata kita nih tak jaga kesihatan, owh tolong lah..
nak je cakap "apa, sihat sgt ke makan enzim2 kurus ko.. kalau aku puasa lama2 kurus jugak la aku.. ko nampak ke apa jadi kat buah pinggang ko tuh.. makan mcm2 bahan kimia untuk kurus.."
owh, best2 dapat cakap mcm tuh..
ko kn kurus..
nape nk kurus lagi lak nih...?
.
assalamualaikum bbtul impressive dua minggu turun 4 kilo...cecita la apa rahsia dia kurus dlm dua minggu tuh ngeee...
Yang pasti..tolonglah jangan letak muka sendiri kat pek minuman kurus tu nanti.Hah!
nama aku cadangkan; 'Lihat Pinggangku Ramping, kan?'
huhuhuu..
cepatlah kongsikan rejim diet kamu tu..saya dh bosan jd budak "comel" yg jalan termengah-mengah ni..
pleaseeee... (^__^)
well,congrats..!! 4kg dlm 2 minggu.. =)
woit, bgtau la cepat resepi kurus ko? aku pon nak kurus :)
sudah bagi nama sertakan buku jual lima hinggit
Post a Comment