Berdasarkan sejarah, gerakan ultras bermula di Itali seawal 1951.
Ada yang mengatakan kewujudan ultras di republik itu ada kena mengena dengan tempias semangat nasionalisme fasis daripada Parti Fasis Kebangsaan pimpinan Benito Mussolini semasa era Perang Dunia dulu.
Tapi, mungkin juga gerakan ultras ini bertitik tolak daripada reputasi pasukan bola sepak mereka yang memegang status juara Piala Dunia (dikira sebelum tahun ultras diasaskan) sebanyak dua kali, iaitu pada 1934 dan 1938.
Budaya ultras ini kemudian merebak ke negara-negara jiran Itali dan berjangkit ke negara dunia lain hingga ke luar Eropah. Di negara Eropah lain, gerakan ultras ini muncul sebagai gerakan counterculture terhadap cara sokongan puak tradisional yang jenis rileks-rileks sambil makan kuaci (jika di Malaya). Trend ultras juga adalah counterculture kepada budaya puak hooligan yang sinonim dengan keganasan.
Peliknya, di England, yang memiliki liga kebangsaan dengan jumlah peminat terbesar di dunia, tidak pula terpengaruh dengan budaya kuning tersebut dan mereka kekal dengan budaya maki hamun dan protes berdasar tahap permainan dan prestasi pasukan yang disokong.
Lebih pelik lagi, tidaklah pula diketahui bagaimana budaya Itali ini boleh berjangkit hingga ke Malaya kerana jika mengikut ranking liga luar negara paling diminati, Serie A sah-sah duduk di bawah EPL dan La Liga.
Ya, orang Malaya lebih kenal kelab kecil seperti Queen Park Rangers berbanding kelab Novara yang baru direkrut dari Serie B.
Mengenai ultras Malaya pula, sebenarnya, budaya ultras ni sudah ada sejak aku pandai turun stadium masa era semi-pro dulu. Namun, budaya ultras ini tidak datang secara berkumpulan, sebaliknya individu dan rata-rata mereka terdiri di kalangan orang 'masuk air'.
Sama seperti geng ultras yang baru nak 'up' sekarang, mamat ultras era semi pro ini cukup dikenali dengan aksi menari ala M Daud Kilau dengan pakaian yang agak menonjol. Sekali sekala mereka menyembur air ke udara sambil berjampi serapah. Apa yang pasti, setiap perlawanan, pasti ada muka mamat-mamat ultras ni di stadium.
Kira oklah sebab dia orang 'masuk air', tapi apa jadah budaya 'masuk air' ini tetiba saja boleh menular begitu kronik sekarang?
Aku boleh terima kalau kau mahu tiru Itali. Tapi biarlah dengan reputasi masuk Piala Dunia 17 kali, juara Piala Dunia (4), Piala Eropah (1) dan Olimpik (1-emas, 2-gangsa). Memang berbaloi pun jadi ultras dengan rekod macam tu. Itu belum dikira reputasi kelab-kelab dalam liga kebangsaan.
Tetapi, Harimau Malaya ni reputasi apa yang hebat sangat sampai nak kena ada ultras? Kau boleh cakap apa saja, tapi dengan budaya rasuah, king jadi presiden bola dan main bola serupa jahanam, budaya dan trend macam ni memang tak layak ada di negara ini.
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
20 Responses to “Budaya ultras masuk air”
padu. padu.
mende tak susah pun sebenarnya.
sokongan yang sama cara yang lain.
tak semestinya puak ultras tu jenis baru dtg stadium.
kita tak berhak menghukum kalau tak kenal ye dak?
Dekat Malaysia ni macam ni lah, pebenda orang buat lain sikit, tak boleh terima.
Mentaliti kelas ke berapa aku tak tau nak kata.
kalau diorang pakai nama lain,
contohnya Power Malaya. Xpun Suara Malaya. Tapi caranya masih sama, ada beza?
Kau tak kenal budak-budak tu. Kau cuba turun. Diorang bukan sokong buta tuli. Ajak je mamat-mamat tu melepak. Diorang okay. Diorang salur semangat je. Salur tenaga.
Tapi tu lah, semangat sahaja tak boleh bawa kita ke Piala Dunia pun.
Dah kita punya sebuah team bangang. Nak buat macam mana.
haha. kaki EPL tak boleh lawan kaki serie A.
keliling kau penuh budak EPL memang lah tak berkembang.
bajet google wikipedia dah boleh tunjuk power knowledge.
you never walk alone my ass.
EPL pun ada ultras. google lebih sikit bro.
hahaha! aku bkn ultras, cuma prnyokong tegar jer.. satu benda jer aku nak ckp, ORG YG ADA MENTALITI MCM KO YG MENYEBABKAN STADIUM KOSONG.. ko akan pergi stadium kalau kelab2 sana dtg sini buat game friendly jer kan?
baru datang. mana nuffnang? baru nak clik
gua terharu. sama pandangan dengan gua... :)
kalau penyokong demand team utk jadi world class,adakah penyokong itu sendiri sudah jadi world class?
sekurang2nya kita sudah melakukan yg terbaik utk menyalurkan sokongan kepada pasukan. for things to change,we have to change first.elok lah kritikan itu ditujukan kepada FAM dan puak2nya dari mengkritik penyokong yg memberi sokongan yg tidak berbelah bahagi.they dont deserve it.
~Romy
nape org malaya suka "mengkondemkan" orang laen eh???try ko buat artikel pasal bende nie...please...setakat ko "pung-pang" kat dalam blog nie xgune weh...
bro..sblm buat artikel pasal benda nie..p study dulu la pasal scene Supporting Culture....kasi paham dulu benda nie...England ada scene supporting culture dia..ko setakat tgk kat tv jgn ckp byk..yg ko tgk tue Commercial punya liga..ko xkan nmpk scene sbnr supporting culture diorang..sbb dh commercial semua benda kena kawal...kasi study dulu la ye....hahaohaohao
issnc;
Ultras juga? Hahahah
daud;
Aku pun tak cakap puak ultras ni jenis baru datang stadium. hukum apa pulak yang aku bagi kat ultras ni? lantak koranglah nak sokong macamana pun. dan kalau aku cakap ultras di malaya ni puak annoying penonton lain.
faizul;
Aku cakap pasal trend ultras kat malaya dan kaitkan dengan asal gerakan ultras di Itali. Ada punca dan ada sebab. cuba bagitau aku bila puak ultras di Malaya ni ada? Sukan SEA 1989? Aku tak taulah sebab apa ada ultras yang terasa sangat bila aku kaitkan diorang dengan ultras 'masuk air'. Cuma ultras 'masuk air' dia datang solo saja dan tak mengacau orang lain.
anony1;
Aku cakap dari segi culture dan trend. Baca betul-betul. Aku buka isu apakah ultras di Malaya ni sekadar trend atau culture seperti mana bermula gerakan ultras di Itali. Semua ada sebab dan punca. Ultras di Malaya bermula bila dan akan bertahan sampai bila? Dan jangan nafikan fakta ultras pertama di negara ini ialah golongan 'masuk air' dan diorang ni sudah turun stadium sejak zaman 80-an lagi atau mungkin lebih lama. Janganlah perasan sangat yang gerakan ultras tu korang yang mula. EPL ada ultras lantaklah, itu bukan poin aku pun.
anony2;
Aku turun stadium sejak trek Stadium Darulaman masih hitam dan bangkunya simen sejuk dan scoreboard jenis putar macam Stadium Sultan Nasiruddin Syah kat Terengganu. Dan aku turun juga tengok Piala Dunia Remaja 1997. Ini bukan zaman Perang Dingin kau tengok team kau saja main. Bola ialah permainan memuja bakat.
Mofasad;
Dah banyak tahun aku tak ada nuffnang.
cengkerik;
Bukan kau dan aku sorang saja yang berbulu dengan ultras. Tapi ye lah sokongan lain-lain kan.
Romy;
Aku tak tau sama ada ultras ni faham tak apa yang aku tulis. Aku tulis pasal asal gerakan ultras. Kalau di Itali ia disuburkan daripada rentetan pencapaian peringkat dunia dan Eropah. Tapi di Malaya, memang fakta beb ia menular sejak Piala AFF dan serius kita tak ada asas yang kuat untuk gerakan ini. Ia lebih kepada trend, sama seperti K-Pop dan basikal Fixi. Dan aku tertanya-tanya, selepas 7-8 kali lagi Malaysia kalah, ke mana trend ini?
anony3;
Orang yang tulis tak sebagai x adalah contoh kenapa orang Malaya macam aku suka kondem orang.
anony4;
Bro, sebelum suruh aku studi pasal supporting culture, faham dulu pasal trend dan culture. Ok, kau cakap aku tengok liga komersil dan aku tak nampak scene sebenar. Tapi yang aku nampak dalam tv ultras bersorak 'masuk air' walaupun Malaysia kena bantai dan aksi korang jadi scene komersil untuk media kita sebar propaganda pasal patriotisme. Kau juga yang cakap, semua benda kena kawalkan?
Ultras ni baru nak up dah dabik dada mereka penyokong setia..tah2 top score liga super pertama pun tak tahu..
Bangang Bangang Bangang...
Geng Ultras bukan reti baca entry !
HAHAHAHAA
aku respek kat geng ultras yg bg support xberbelah bagi kat team Malaysia sepanjang game berlansung.
tapi aku kecewa bila diaorg protes tentang rasuah dengan ada bunting@banner fuck masa game Malaysia ngn Jepun baru2 ni..
Ultras?
Jahanam. Bukan main ramai lagi berdarah. Aku nak up jugak satu entri macam ni.
Aku ultras? Kahkahkah
Aku baru join ultras. dan aku kagum dengan geng-geng ultras yang sanggup berkorban masa, wang ringgit semata-mata nak support team . sanggup pergi game away. boleh dikatakan setiap game away dorang gi. Cuba bayang kan , dalam sebulan ada dua game away . Kos keseluruhan mungkin dalam rm300. tapi mereka sanggup . adakah anda juga sanggup???
Dulu aku pun salah paham dengan ultras ni . tapi sejak aku kenal dorang . Aku kagum . aku tertaik dengan semangat dorang. Setiap ahli ultras dah seperti adik beradik, kalau salah sorang tak cukup duit nak pergi tengok game, yang lain akan support. Sanggup keluarkan wang untuk buat banner, beli paper roll untuk buat tifo.
Ultras bukan hanya menyokong ketika menang. Ultras akan terus berchant walaupun team kalah. Tak jemu untuk menyokong. Walaupun team berada di tangga tercorot liga, ultras masih sanggup pergi ke stadium untuk menyokong. Bukan seperti sesetengah penyokong yang kononnya setia sangat. tapi apabila team jatuh, kutuk bagai nak rak.
Kemonlah, setiap orang ada cara tersendiri untuk menyokong dan kita harus hormat cara mereka.
Ikatan persaudaraan yang kuat buat aku begitu sayang dengan adik beradik ultras. Dan aku pun nak jadi penyokong yang sejati macam mereka.
Ultras haru punyai jiwa yang kental. Dan aku dalam usaha untuk kentalkan jiwa aku.
kenariladies~
*tertarik
Post a Comment