APABILA LETRIK TERPADAM
Jarul: Kau tahu tak sebab apa letrik tak de?
Aku: (geleng)
Jarul: Kerajaan nak sorok military punya equipment masa ni lah...
Aku: Hish.., takkanlah... Kerajaan sanggup rugi berbillion-billion ringgit semata-mata nak sorok military equipment..? Baik diorang sorok kat Gua Niah je...
Jarul: Gua Niah tempat pelancongan la... Kalau sorok kat situ sape nak pegi..?
Aku: Silap-silap Gua Niah tu dah dimodified jadi military jet!
Aslam: Kerajaan Malaysia tak concentrate kat military. Tak mungkin diorang buat macam tu.
Jarul: Takkanlah diorang nak bagitau..
Aslam: Bajet untuk military bagi sesebuah negara kena isytihar kat belanjawan. Tak boleh nak hidden sesuka hati.
Jarul dan Aku: (angguk+fikir+serius)
Aslam: Jangan terkejut kalau Li Kuan Yu nak take over Malaysia dengan cara ni.
Jarul dan Aku: Hah... (tak percaya)
Aslam: Benda ni pernah jadi kat Pakistan. Musharraf take over Pakistan tak sampai 24 hour! Dia kacau eletrik, hantar orang dia control media dan terus announce yang dia sebagai presiden baru menggantikan presiden lama sedangkan presiden lama still kat office dan tak tau apa-apa... Jangan terkejut...
Aku: Hah... (mulut sedikit terbuka) Tak de apa-apalah Singapore tu... (ayat sedapkan hati)
Esok keluar berita. Aku dan Jarul sempat curi baca surat khabar kat kedai mamak sebelah Restoren Soto, Seksyen 8.
Mistery Black-Out! Pegawai kerajaan terpaksa makan dengan lilin, kesesakan lalu-lintas yang teruk, kedai-kedai berhenti operasi, kelas di universiti-universiti batal, tak boleh jerang air, tak boleh tengok tv, dengar radio (kecuali dalam kereta), tengok astro dan akses internet...
Jarul bisik kat aku dengan suara ala-ala pengacara Misteri Nusantara, "Entah-entah betul cakap Aslam..."
Peluh aku menitik perlahan-lahan...
Kelambu: Lupa kat mana letak lilin...
puisi tsunami
PUISI TSUNAMI
Sabahan kata tak sesuai. Aku kata sebab apa pula tak sesuai? Sebab ada bacaan Yassin. Aku kata lagi, kita bukan buat Fantasi Akademi atau pun Idola Malaysia. Kita nak buat baca puisi sambil kutip derma. Lepas baca Yassin kita mula la acara puisi tu. Orang yang lepas baca Yassin pun boleh join sekali. Sabahan diam.
Aku kata kalau buat hari Jumaat malam aku tak leh join sebab ada mid test pada waktu yang sama. Sabahan selaku presiden PKKU terkejut. Aku cakap lagi Ayie, Lalbi dan Jarul pun tak leh join. Sabahan terkejut lagi. Lagi pun student yang tak ada kelas hari Jumaat sudah tentu balik kampung masing-masing untuk semester break. Siapa yang nak datang tengok malam-malam ilmiah yang tak ada nyanyi-nyanyi dan gelek-gelek? Sabahan angguk...
Oh.., mungkin ajk FBSH dah baca tertelan mikroorganisma atau terhidu sebatian beracun kot sehingga masing-masing sedikit kelam kabut untuk mencari waktu yang sesuai untuk malam puisi tu. Aku cuba berprasangka baik.. :)
Sabahan cuba tunda lepas cuti tapi nasi sudah menjadi bubur dan bubur perlu dimakan. Aku kecewa tak dapat join dan baca puisi sekali... Aku pun bagi puisi aku suruh Awie baca malam esok...
Tsunami Membunuh Kami
Tsunami,
Tsunami telah membunuh kami
Tsunami membunuh Ahmad, Majid dan Hamid
Tsunami membunuh Puspadewi, Susanto dan Srianto
Tsunami membunuh Ah Lim, Kit Chong dan Chew Meng
Tsunami membunuh Sarjit, Rajendran dan Surendran
Tsunami membunuh Edward, Richard dan Peter
Tsunami membunuh Samraak, Thailoong dan Paradorn
Tsunami membunuh Kanu, Djemba, Mbomba
Tsunami tak kenal warganegara
Tsunami tak kenal kad pengenalan
Tsunami tak kenal warna kulit
Tsunami membunuh kami
Tsunami,
Tsunami telah membunuh kami,
Tsunami membunuh abah dan mama
Tsunami membunuh datuk dan nenek
Tsunami membunuh adik, kakak dan abang
Tsunami membunuh suami dan isteri
Tsunami membunuh kawan dan musuh
Tsunami membunuh pak long dan mak long
Tsunami membunuh tok imam, tok bilal dan tok siak
Tsunami membunuh sami, paderi dan pendeta
Tsunami membunuh pemain bola, pemandu tuk tuk dan dan budak tadika
Tsunami membunuh cikgu sekolah, pensyarah dan ustazah
Tsunami membunuh pomen basikal, nelayan dan petani
Tsunami membunuh posmen, pelancong dan pengait kelapa
Tsunami membunuh pegawai kerajaan dan pegawai pembangkang
Tsunami tak kenal agama
Tsunami tak kenal pangkat
Tsunami tak kenal bangsa
Tsunami membunuh kami
Tsunami,
Tsunami telah membunuh kami
Tsunami membunuh lembu, kambing dan kerbau
Tsunami membunuh ayam, itik dan angsa
Tsunami membunuh kucing, arnab dan anjing
Tsunami membunuh tenggiri, siakap dan haruan
Tsunami membunuh sawi, daun sup dan kunyit
Tsunami membunuh rumpai laut, plankton dan terumbu karang
Tsunami membunuh siput babi, lipan bara dan tikus tanah
Tsunami membunuh semut, cacing tanah dan anai-anai
Tsunami membunuh kumbang, burung layang-layang dan belalang
Tsunami membunuh obor-obor, kuda laut dan ikan nemo
Tsunami tak kenal makhluk
Tsunami tak kenal spesies
Tsunami tak kenal habitat
Tsunami membunuh kami
Tsunami,
Tsunami membunuh rumah batu, rumah papan dan rumah batu papan
Tsunami membunuh sekolah, balai polis dan balai raya
Tsunami membunuh padang bola, pantai dan sawah padi
Tsunami membunuh jeti, pelantar dan jambatan
Tsunami membunuh tongkang, kereta dan van
Tsunami membunuh basikal, motosikal dan beca
Tsunami membunuh sampan, perahu dan kapal laut
Tsunami tak kenal bangunan
Tsunami tak kenal bahan binaan
Tsunami tak kenal kenderaan
Tsunami membunuh kami
Tsunami,
Tsunami bunuh semuanya
Tsunami tak kasihan sesiapa pun
Tsunami bunuh semuanya
Tsunami tak mahu dengar kami menangis
Tsunami bunuh semuanya
Keluarga, binatang dan bangunan kami
Kenderaan, tanaman dan tempat kediaman kami
Tsunami bunuh semuanya
Tsunami,
Kalau benarlah ini perutusan Tuhan yang Maha Agung
Kami insan terasa kerdil dan kecil
Kami insan terasa dosa dan pahala
Kami insan terasa noda dan sengsara
Kami insan terasa bala dan bencana
Tatkala manusia bagai siput-siput reput
Tahulah kami
Nyawa itu bila-bila masa sahaja bisa dijemput
11/01/2005
Kelambu: Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa Tsunami
kecewa dan pelambung syiling
KECEWA
Suatu hari lepas balik dari CC aku nampak Ayie sedang main game King of Fighter dengan Salleh. Aku gosok bawah dagu Ayie. Jangan fikir yang bukan-bukan. Itu memang cara bebudak rumah kitorang bergurau dan bermesra. Kitorang normal ok!
Selalunya Ayie akan marah-marah manja dan mengkaratekan bahu aku. Tapi kali ini tidak! Dia mencarut dengan muka sedikit serius. Hahaha... aku gelak suka...
Tiba-tiba Lalbi beritahu aku, dia nampak J dengan Pires (muka macam Pires) kat dewan. Ayie pun ada sama.
Ya, Ayie sudah kecewa. Ayie berkawan lama dengan J berbanding Pires tapi Pires menang!
Esoknya ketika bersembang-sembang Ayie cakap, "Ye lah... dia tak suka kita nak buat macamana... Dia suka pemain Arsenal... Aku ni pemain *Tsubasa je..." (baca dengan nada pilu dan hiba)
Aku tahan gelak. Cuma gelak sikit-sikit je.
Kesian kat Ayie kan...
*pasukan bola kitorang
PELAMBUNG SYILING..
Dedikasi untuk Ayie;
Perempuan bagaikan syiling.
Lelaki bagaikan pelambung syiling itu.
Bagi lelaki meraih cinta perempuan bagaikan meneka@bertaruh syiling yang dilambung. Hanya satu bahagian saja yang akan kelihatan. BUNGA atau KEPALA! SUKA atau TIDAK!
Apabila lelaki itu meneka BUNGA tapi jawapanya KEPALA. Dia KALAH dan syiling itu akan diberikan kepada orang yang MENANG menekanya.
Bermaksud apabila jawapannya TIDAK, lelaki itu akan kecewa dan terpaksa melepaskan cintanya.
Apabila lelaki itu meneka BUNGA dan jawapannya BUNGA. Dia MENANG dan syiling itu akan jadi miliknya untuk disimpan dan dilabur. Setiap pelaburan pasti ada pulangan! Yang membezakan ialah pelaburan baik atau pun buruk...
Perempuan memang bertuah kerana menjadi syiling. Mereka tidak payah meneka apa-apa. Mereka ialah barang teka-teki. Milik sesiapa yang berjaya dalam tekaan@taruhan!
Perempuan juga adalah syiling ajaib kerana mereka berupaya menidakkan tekaan lelaki yang sebelum ini selalu memperolehi BUNGA. Bila lelaki itu mengharapkan BUNGA untuk lambungan seterusnya, perempuan itu bila-bila masa boleh menjatuhkan dirinya menjadi KEPALA! Percayalah!
Siapa kata hidup lelaki senang? Seorang lelaki tak perlu menjadi seorang peniaga untuk bankrap, muflis, ketagih, sewel dan gila. Mereka hanya perlu menjadi PELAMBUNG SYILING untuk menderitai semua itu!
Ayie, jangan bimbang. Aku pun pernah menjadi pelambung syiling yang KALAH!
Kelambu: Selalu hilang syiling...
segala yg tertakdir, tiger cup, friend, tupperware
SEGALA YANG TERTAKDIR
Cerpen yang ketiga tersiar di Tunas Cipta (TC), DBP keluaran bulan ini, Januari 2005. Alhamdulillah. Bonus tahun baru. Terima kasih kepada cik Ghafirah kerana memberitahu. Selalu ketinggalan membeli TC sebab selalu sold-out. Hanya 2 kedai yang menjual majalah DBP di Shah Alam iaitu di kompleks PKNS. Biasanya hanya dipesan secara on line di penerbitan Dawama.com. Kali ini terpaksa ulang alik sebanyak dua kali untuk mendapatkannya.
Mungkin ada alasan yang kukuh yang menyebabkan gaya bahasa aku dirombak oleh saudara SM Zakir yang dipertanggungjawabkan untuk mengulas setiap cerpen yang tersiar di majalah tersebut. Walau bagaimanapun, aku terpaksa menunggu sebulan lagi untuk mendengar ulasannya. Aku dahagakan kritikan..
Bagi aku nada cerpen tersebut terpaksa dibaca sedikit keras kesan dari pengubahan bahasa diri 'saya' kepada 'aku'. Begitu juga dengan beberapa struktur ayat yang diperbetulkan. Cuma aku sedikit kesal dengan 2 bahagian ayat yang diubah dan menenggelamkan sepenuhnya maksud asal cerpen. Aku berharap kesilapan itu adalah merupakan kegopohan unit suntingan dan bukannya kesilapan saudara penyunting.
Apa kata baca sahaja cerpen itu di SINI
(cerpen ini merupakan karya asal penulis tanpa suntingan. Cuma gantikan watak 'saya' kepada 'aku')
Kelambu: Perlu lebih belajar...
TIGER CUP
Lokasi=> bilik DP1, kelas Matematik
Tarikh=> Isnin, 03/04/2005, 9 p.m.
Kelas bising. Semua nak balik awal. Nak tengok Tiger Cup! Kami tak suka Tiger beer tapi kami suka bila Malaysia menang Tiger Cup. Semua suka Malaysia!
Yang tak suka bola pun nak balik awal. Semua suka Malaysia!
Tapi cik Siti tak bagi balik awal. Dia cakap kena salin nota sikit lagi. Semua tanya berapa. Dia jawab 6 page! Ya, 6 muka surat A4 dengan font bersaiz 12.
Kelas habis betul-betul selepas Malaysia habis main.
Ayie: Wei, Malaysia kalah 4-1
Aku: Ahh.., tipulah kau.. Agak-agakla...
Ayie: Betul, member ni bagitau (tunjuk kat sorang India kat depannya)
Aku: Hah... kalah...? Bodoh!
Lalbi: Hehehe..., dah namanya Malaysia...
Jarul: Bodoh... Macamanala orang tak kutuk. Memang patutla Withe agak kita akan kalah. Main kat tempat sendiri pun kalah. Kalah besar lak tu.. Bangang...
Aku: Ha ah. Bukannya nak tutup mulut diorang tapi membetulkannya... Bodoh
Kami masih tak percaya. Kami balik. Kelihatan Awie sedang bersandar di atas sofa. Mata merah-merah. Main macam taik. Itu katanya. Firts half ok masuk second half hancur! Dia mengulas permainan mengalahkan Bickskei. Lalbi masih ketawa sinis. Aku, Jarul dan Ayie memaki hamun. Adie pula diam. Malaysia tetap kalah 4-1.
Semuanya sakit sebab Malaysia. Walau pun kami maki hamun Malaysia kami tetap nak tengok Malaysia main. Kami tetap nak tahu berapa kosong Malaysia menang atau kalah. Kami akan gembira bila Malaysia menang. Kami akan sedih, marah, carut, maki dan kutuk bila Malaysia kalah. Sebab kami berbinkan Malaysia!
Apakah ini pun tidak dapat menunjukkan bahawa kami suka Malaysia!
Kelambu: Malaysia suka kami tak..?
FRIEND
Lokasi=> Bilik M1, Kelas Java
Tarikh=> Selasa, 04/01/2005, 12.43 tgh
Kelas agak bising ketika cik Mohamad menyuruh kelas menyelesaikan beberapa latihan. Masing-masing buat-buat sibuk. Lalbi sempat chatting secara net send LAN dengan Atul. Aku kat sebelah dia tumpang tengok dan gelak.
Tiba-tiba Edy yang duduk kat baris depan kami dapat mesej.
C:\>net send pc102
awak ni *Azrul Enrique Iglisias Rais kan..? (Bibik)
C:\>net send pc112
ha ah nape..? (Edy)
C:\>net send pc102
dengarnye awak ni ramai peminat..
C:\>net send pc112
hehehe
C:\>net send pc102
Boleh kita kawan? F.R.I.E.N.D
C:\>net send pc112
ko ni poyolah
C:\>net send pc112 to pc102
poyo tu ape..?
Berikut adalah kemungkinan yang menyebabkan Edy bengang:
- Orang yang menghantar mesej itu menyangka mesej itu sampai ke pc Lalbi tapi sampai ke pc Edy. Edy rasa TERSISIH!
- Penghantar mesej itu ialah BIBIK! (rujuk entri 19 Disember 2004)
Bibik nak kawan dengan Lalbi! Aku bangga! :)
*Azrul Rais => Lalbi
TUPPERWARE
Ada seorang mamat berhenti melihat kiri kanan mencari van. Tak ada van! Dia letak tupperware bawah tiang bendera.
Celcom jahat. Mesej tak sampai. Lewat malam baru XX dapat panggilan confirmatian dari mamat itu. Tupperware hilang!
Tupperware tu kesayangan mak kawan XX. Kawan XX marah mamat tu. Mamat tu marah XX. XX marah mamat tu balik. Kawan XX pujuk mamat tu jangan gaduh dengan XX dan suruh ganti. Mamat tu minta maaf kat XX. Fine!
Mamat tu tension dia nekad cari tupperware baru. Dia jumpa satu tupperware seakan tupperware hilang tu. Bulat dan berpenutup hijau. Dia beli.
Mamat tu bagi tupperware kat kawan XX. Muka masam. Sedih. Ya, tupperware tu tak sama dengan tupperware kesayangan maknya. Tak original katanya! Ya, mamat tu tak tahu menghargai barang orang. Dia sepatutnya menyembunyikan tupperware itu di sebalik pokok-pokok. Dia tersilap dengan teori penyiasatan, 'barang yang paling susah dicari ialah barang di tempat terang'.
Kawan XX pula marahkan XX. XX sedih dimarahi kawannya yang lebih muda. Dia sedih kerana tiada tempat mengadu. Mamat tu rasa bersalah dan tidak tidur malam.
Tupperware telah menamatkan krisis XX dan mamat tu.
Pencuri tupperware masih tak dapat dikenal pasti.
Hukuman=>Mamat tu didapati bersalah! Dia didenda rasa bersalah setiap kali melihat tupperware!
Kelambu: Dimanakan ku cari ganti...
temu sastera selangor 2004/2005
TEMU SASTERA SELANGOR 2004/2005
Tarikh=> Sabtu-Ahad, 01-02/01/2005
Menyertai Temu Sastera Selangor anjuran Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI). Penyertaan percuma dan tinggal di resort. Yeay...!! :)
Turut menyertai bersama aku ialah Sabahan, Ayie, Hang, Salleh, As, Linda, Zek, Aida, Fariza and the gang, Lia (adik Sabahan), Zura (awek Hang...?). Aku hampir mengajak seseorang tetapi terpaksa mematikan niatku memandangkan ada sesuatu yang menimpa...
Turut bersama kami ialah gang-gang dari UiTM, Kolej Islam Selangor.
Di bengkel ini barulah aku dapat bersua muka dengan penulis-penulis tersohor tanah air seperti:
a) Pn. Zurinah Hassan (novelis 'Hatimu Aisyah') - Sayang kalau golongan muda masih tidak mengenali beliau. Beliau baru memenangi anugerah SEA Write 2004 dari Perdana Menteri Thailand, Thaksin. Merupakan penulis wanita Melayu pertama di dunia persuratan Melayu membukukan antologi perseorangan berjudul 'Sesayup Jalan'.
Selayaknya sasterawan seperti beliau sudah layak merangkul bintang seperti Dato'. Benar katanya, kalau beliau memilih untuk menjadi penyanyi dia sudah boleh menjadi seperti Sharifah Aini! Beliau pandai bergurindam!
b) Pn. Sri Diah (novelis alaf 21) - Tak perlu diperkenalkan lagi. Penulis prolifik tanah air. Masa sesi ceramah aku tanya soalan kat Kak Sri, bagaimana mahu mengekalkan konsistensi dalam berkarya. Kak Sri jawab, DISIPLIN. Dia memperuntukkan paling kurang 5 halaman setiap hari untuk menulis. Ada berani..?
Zek cakap dia tak berapa suka dengan karya kak Sri kerana katanya lebih cenderung ke arah picisan atau popular. Aku rasa dia silap. Barangkali dia terlupa membaca karya-karya awal penulisan Kak Sri yang pernah tersiar di dada akhbar. Seperti yang Kak Sri cakap, dia sekarang tidak bergerak secara individu. Dia bernaung di bawah syarikat dan dia perlu memenuhi tuntutan naungannya.
Kepada peminatnya tunggu novel terbarunya tahun ini. Barangkali ada sesuatu yang istimewa!
Lepas ceramahnya Kak Sri paling ramai peminatnya! Kena tunggu giliran!
Aku: Kak Sri, saya nak tangkap gambar masuk dalam blog... :)
Kak Sri: (jegil mata+sambil melibas kertas kerja ke bahu) Kelambu!
Aku: Hehehe... Saya le Kelambu... Kak Sri tahukan saya datang...
Kak Sri: Tahu... Tapi tak sempat nak update blog. Kena concentrate untuk siapkan novel terbaru akak... :)
Aku: Nanti bolehlah booking awal kat Kak Sri. Nak autograf sekali tau... :)
Kak Sri: Bolehhhh....:)
Antara penceramah/ penulis yang turut memberi ceramah ialah En. Muhammad Saleeh Rahamad (panel penilai Hadiah Sastera) dan Tuan Dr. Haji Saihani Haji Paniti (S Panit) (terapi secara puisi). Turut serta dalam bengkel ini ialah cikgu Ahmad Sarju dan saudara penulis Uthaya Sankar SB dari Kayvan yang juga merangkap ketua bilik lelaki. Uthaya memang sempoi..!!
Aku mendengar keluhan pihak penulis. Betapa sukarnya para penulis mendepani dunia kapitalis. Perlukan kegigihan dan kesungguhan.
Benarkah penulis muda lesu kerana terlalu dilambakkan kesenangan? Bagi aku tidak. Birokrasi dan diskriminasi karya adalah sekelumit rintangan yang perlu ditempuhi oleh para penulis muda hari ini. Tidak hairan ramai penulis muda memilih untuk menerbitkan karya sendiri seperti Azman Hussin, Faisal Tehrani dan beberapa penulis yang dilabelkan kontroversial atau anarki. Tapi bagaimana dengan penulis yang masih hijau tapi punya jiwa yang besar! Ya, mereka terpaksa tunduk kepada keadaan. Jadi lahirlah cerita-cerita cinta melankolik mual, rumah tangga jahat dan cinta bersegi-segi. Salah siapa..?
Di bengkel singkat ini juga aku belajar tentang kecekalan para penulis terdahulu berhadapan dengan rintangan sebelum menjadi seorang penulis yang berjaya.
Aku teringat kata-kata cik Ijat, pensyarah aku, "Bertindak dengan fikiran. Ambil satu waktu yang betul-betul waktunya. Duduk penuh lega dan fikirkan apa yang akan kita tulis. Jangan kematangan pena mendahului isinya. Impaknya besar. Dunia ini perlu ditenung dalam-dalam. Yang kenal itu siapa, yang rapat itu mengapa. Permainannya bukan mainan budak-budak kecil. Tapi orang-orang besar yang macam budak-budak. "
Jadi terpulang kepada individu. Sememangnya dunia penulisan tanah air memerlukan orang-orang muda yang berjiwa merdeka, melihat dunia dari dunia yang tidak terlihat.
Klik SINI untuk gambar
