BIBIK
Lokasi=> bilik m1, kelas Java
Masa=> 14/12/2004, 12.00 tgh
Di kelas Java aku ada seorang awek yang dianggap rakan kelas sebagai hang@sengal. Aku panggil dia 'Bibik'. Jarul tanya sebab apa. Aku jawab sebab perwatakannya penuh dengan ciri-ciri keibuan! Jarul gelakkan aku!
Kata Jarul lagi dia pelajar lompat kelas. Maknanya dia genius! Orang genius ni pelik-pelik.
Cik Mohamad: Ok.. ada apa-apa soalan lagi kelas..?
Bibik: Cik, kalau saya nak minum air kena minum kat luarkan...?
Cik Mohamad: Errr... ok.. ya... awak boleh minum kat luar kelas..
Satu kelas diam. Sebaik saja dia keluar kelas, satu kelas bantai gelak sehingga Cik Mohamad terpaksa menenangkan situasi yang bising.
Dia menjadi mangsa ketawa rakan sekelas. Dia tak salah apa-apa pun. Dia cuma sedikit lain dari manusia-manusia yang lain. Kita tak sepatut menjauhkannya. Kita tak perlu menjadi kejam. Kita sepatutnya SUKA pada manusia yang pelik-pelik ni!
Semasa Ayie tengah tension sebab tak dapat mengeluarkan output program Javanya aku hantar mesej kat pc Ayie dan awek kat depan Ayie -Kalau saya nak minum kena minum kat luarkan?-
Ayie bantai gelak. Edy kat sebelah pun gelak. Awek kat depan Ayie pun gelak. Mereka terhibur dengan dialog Bibik yang aku pinjam gunakan...!
Kelambu: Bibik tak salah. Kata-katanya telah menghiburkan kami!
SARJAN MUDA
Awie: Gaji prebet askar lebih tinggi dari gaji konstabel polis
Aku: Tapi polis lebih banyak kuasa dan orang lebih takut
Wan: Hish mana ada, askar lagi bagus la..
Aku: Polisla... kalau jadi polis senang hidup... Orang takut nak kacau. Cable pun banyak..
Adie: Kalau kita ada degree lepas tu nak jadi army dapat pangkat apa aaa...?
Aku: Mmm... leftenan muda!
Wan: Ye ke... bukan diploma ke dah boleh dapat leftenan muda..?
Aku: Dalam polis.., kalau kita ada diploma kita jadi Inspektor.., Kalau diploma dalam askar rasanya bukan leftenan muda la.. Tak taula pulak..
Adie: apa ekk...?
Wan: (confident) Sarjan muda!
Awie: Kepala otak kau...!!!
Kelambu: Masa kecik selalu nak jadi askar!
TUMPANG
Ayie: Weii.. tu Zek...
Aku: (toleh) Mana...? Zek mana..?
Ayie: Alaa..., anak buah MB tu..
Aku: Oohhh..., macam tak kenal kita ja...
Aslam: Apa nak bangga tumpang-tumpang nama ni. Asal sedara pangkat besar sikit semua pakat nak tumpang... Kalau macam tu aku pun nak... Sedara aku punya jiran punya jiran punya jiran punya jiran dia punya nenek..., menteri tau... Entah-entah semua kita ni ada link...
Aku: Adatla tu. Contohnya aku tumpang nama Ayie selaku striker bola Tsubasa team di U***** yang kacak lagi manis senyumannya.
Ayie: Aku... err.. aku tumpang Jarul pegi kelas je...
Kelambu: Tumpang cerita saja!
HADIAH
Kawan baik nak jumpa sangat-sangat sebab esok dia balik kampung hantar Tok dan Wan pergi haji. Dia nak bagi sesuatu katanya. Aku dah dapat agak.
Dia belanja makan nasi lemak dan sirap. Dia bagi kad. Aku tau esok birthday aku dan lusa dia pula. Aku tak sempat bagi apa-apa. Aku tak sempat nak belikan teddy bear atau pun patung Ultraman yang mendapat rating tertinggi dalam undian blog aku (rujuk kolum kiri). Lagi pun aku tak suka patung! Aku suka orang betul!
Asalnya aku nak potong surat khabar dan tulis sesuatu. Nampak miskin sangat. Aku buka semula surat-surat dan assignment atas rak. Ada antologi puisi aku dan Lin. Aku sorok dalam jaket. Aku bagi kat dia. Bolehlah...
Kelambu: Kita bagai bintang, terang dilangit cerlang...
HARI JADI
Aku dapat 3 hadiah istimewa.
-Kad dari kawan baik.
-Mesej kawan-kawan, mama dan abah, adik Mahfuzah.
-Simbahan air sabun.
Terima kasih kepada Adie kerana menyimbah aku. Aku sebenarnya menanti sesuatu yang lebih istimewa.
Apa yang malang Adie tidak memberitahu aku bahawa dia mahu menyimbah air sabun. Kalau dia beritahu awal-awal, aku akan PASRAH! Silapnya handphone aku dah masuk air. Keypad aku dah jadi bengong.
Aku bawa repair kat Alam Sentral. RM 50. Sekarang Adie sudah dibelenggu rasa bersalah sama ada mahu membayar duit merepair handphone itu atau tidak. Hahaha....
Adie tak salah. Aku tak salah. Handphone aku pun tak salah. Yang salah cuma mulut Ayie yang masin! Hahaha....
Kelambu: Adie: (hulur duit rm50 dgn tersipu-sipu) Hepi besday....; Aku: Yeay, besday dapat duit!!
TURUN
Lokasi=> Restoren Gembira, Seksyen 3, Shah Alam
Masa=> Jumaat, 17/12/2004, 9.47 pg
Aku: Tol dah naik. Nanti tambang bas aku balik kampung pun mesti naik.. (sedey)
Ayie, Lalbi, Jarul: (angguk)
Aku: Tapi satu je yang turun
Lalbi: Apa dia..?
Aku: Hujan!
Lalbi: (buat-buat gelak) hahaha... lawaknye...
Ayie: Ada lagi
Aku: Apa?
Ayie: Turun tangga!
Kelambu: Naiklah apa yang patut aku tetap SUKA Malaysia!!
Post a Comment