Surat Khabar Yang Menimbun di Rumah Ku

Tuesday, February 10, 2009 · Posted in

Antara petanda ekonomi mula gawat ialah berkurangnya golongan peniaga yang bawa kenderaan dan pusing rumah ke rumah. Seperti brader mat kool, bai roti, bai putu mayyam, apek minta tilam lama, apek minta surat khabar lama dan macam-macam lagi.

Dulu memang ramai golongan-golongan ni datang memeriahkan perumahan-perumahan di Malaysia. Kemudian budak-budak akan berkerumun girang menjerit membeli jajan. Tapi sekarang dah jarang sangat. Lama juga aku tak dengar diorang jerit-jerit atau hon-hon sekitar kawasan apatmen ni. Mungkin diorang dah mati atau tukar kerja lain. Jadi pemandu bas RapidKL ataupun jadi penjual Celcom 3+1 misalnya.

Bukan apa. Surat khabar dalam rumah aku ni dah cecah paras bahu. Tak tahu nak buang mana. Kalau ada kucing yang makan surat khabar boleh juga aku sedekah. Kalaulah apek surat khabar tu tak datang juga, mungkin aku boleh berkira-kira jadikan mengumpul surat khabar lama sebagai hobi.

Oklah.

Apa kata komen di bawah korang berikan sebarang cadangan tentang apa yang aku patut buat dengan surat khabar ni selain daripada jual kat apek surat khabar.
.
.
Sila tulis:
Selain dijual kepada apek, surat khabar lama juga boleh..
1. direka menjadi senjata nuklear [cth]
2. dimasak lemak cili api [cth]

Awak Lompat Kita Pun Lompat

Friday, February 06, 2009 · Posted in

Dulu masa kecik aku memang suka melompat. Dari satu posisi ke satu posisi. Dari A ke B. Ataupun lompat melepasi satu halangan. Ataupun lompat longkang. Ataupun lompat parit. Ataupun lompat zero point. Ataupun lompat bintang. Ataupun lompat pokok jejarum paras pinggang. Fiilnya lain macam. Kejayaan melompat menepati jangkaan memang satu nikmat tak terungkap.

Manusia memang suka melompat. Melompat sebahagian daripada proses tumbesaran dan keseronokan manusia. Kegilaan melompat ni buatkan manusia mencipta pelbagai keseronokan melompat lain seperti lompat galah. Lompat kijang. Lompat jauh. Lari berpagar (sepatutnya dipanggil lari dan lompat pagar). Lari berhalangan (kena lompat pagar tinggi sikit dan bawah pagar ada air).

Tendangan padu maut Suria Perkasa Hitam pun dimulakan dengan melompat. Ah, begitu sensasi melompat dan menendang dengan kaki berapi. Kalau tengok aksi demo Silat dan Taekwondo, aksi melompat adalah aksi paling thrill dan ditunggu-tunggu.

Lagi satu. Ramai bebudak sekarang ni aku tengok kalau tangkap gambar mesti nak melompat saja sambil depang tangan ke atas. Mentang-mentanglah pakai kamera DSLR.

Ok. Ini cerita lain.

Masa aku darjah dua. Antara hobi unggul aku ialah lompat melepasi penjuru katil dan mendarat hebat di atas tilam. Penjuru katil aku dulu tinggi. Tingginya lebih kurang paras perut aku masa tu. Jadi, sebelum tidur aku akan berdiri hujung dinding bilik dan berlari dan melompat tinggi dan mendarat sambil mendepangkan tangan dengan aksi ala Gaban. Ah, Tuhan saja yang tau betapa nikmatnya aku melompat penjuru katil masa tu.

Tapi sayang. Satu hari tu, lompatan aku tak lepas. Dan celah kangkang aku mendarat betul-betul atas galang katil.

Sejak peristiwa tu. Aku bersumpah dengan air mata bahawa aku takkan melompat lagi.

Malam Yang Penuh Amarah

Wednesday, February 04, 2009 · Posted in

Malam bingit. Langit kosong. Bunyi sudu berlaga-laga. Bergemerincing.
.
.

"Aku benci betul kerja deal-deal dengan orang ni. Cakap macam pandai. Semuanya nak. Perangai pulak berlagak gila," rungut Pian satu hari memecah kebingitan.


Marah betul Pian dengan pegawai kerajaan.


"Biasalah tu. Nama pun kerja dengan orang. Tapi, kalau malas deal dengan orang, kau kerjalah kat Zoo Negara," ujar aku cuba melegakan kerungsingan Pian.

Segalanya Cinta

Monday, February 02, 2009 · Posted in

Lepak dengan brader Doni. Dia tanya aku pandai buat web site ke tak. Pandailah juga, jawab aku sambil sengih-sengih dan kemam roti sardin.

Dunia siber ni banyak boleh buat duit. Jadi sekarang ni aku memang tengah banyak idea. Kalau kau serius aku memang sanggup nak labur, kata brader Doni.

Tidakku sangka brader Doni berjiwa niaga. Bagi merancakkan lagi perbualan aku tanya dia,

Web site apa tu bang? Macam dasat je.

Brader Doni jawab, mengikut pemantauan aku setakat ni belum ada lagi web site pasal CINTAAA...
.
.
.
Tiba-tiba jam berhenti. Daun berguguran. Gerimis turun sedikit-sedikit.

Powered by Blogger.