penat, pelik, riang bermusim

Tuesday, October 23, 2007 · Posted in

SESEKALI PENAT DAN KALUT PUN OK

Bergelut untuk bangun awal pagi. Berhimpit dalam tren. Bergesel antara dosa dan pahala. [nyanyikan lagu Kembara, Sesat Di Kuala Lumpur di sini]. Makanan yang mahal. Duit yang hampir kontang. Hujan yang melebat. KL. Makin ku tenung makin tak faham.

Sedar-sedar. Hampir seminggu induksi.


HIDUP MEMANG PELIK

Aneh. Busuk. Buruk. Sampah. Radio. Berak. Tahi. Pisang. KasehSayang. Bijak Sana. Bodoh. Pandai. Pandir. Yahudi. Israel.

Serius itu nama warganegara Malaysia yang punya akaun untuk ke Tanah Suci.

Apa pun, aku harap aku punya kekuatan untuk menahan gelak kalau nanti diorang datang jumpa aku dan bertanya itu dan ini tentang perihal ke tanah suci.

Hehe.


KERIANGAN YANG BERMUSIM

Selepas futsal. Badminton. Wayang. Sekarang aktiviti aku dan kawan-kawan ialah berkaraoke.

Punyalah ada banyak lagu, hari tu Pian boleh bantai menyanyi lagu In Team, Kasih Kekasih versi rock. Syem pula nyanyi lagu Raihan, Sesungguhnya.

Suara sumbang kami sudah jatuh nombor 18.

Ceh..

puasaku puasamu [part 4]

Sunday, September 30, 2007 · Posted in ,

DRAMA SEBABAK: PUASAKU PUASAMU [PART 4]Fairuz: Hoi. Masalahnya sekarang kita nak berbuka dengan apa? Dah semuanya kita bagi kat makcik tadi.

Faiz: Ya, Allah. Macamana aku boleh tak ingat!!

Faizal: Kan ada duit 10 ringgit. Jomlah kita pergi beli makanan.

Fairuz: Beli apanya! Pasar Ramadhan tu 100 kilometer jauh. Kau berjalan 3 hari pun belum tentu sampai!

[Tiba-tiba bunyi azan maghrib berkumandang tanda masuk waktu berbuka.]

Faiz: Habislah kita. Kan dah masuk waktu berbuka. Tapi kita makanan tak ada.

Faizal: Nabi cakap tak elok kita melambatkan buka puasa.

Fairuz: Bukan kita sengaja. Masalahnya kita tak ada makanan. Kau nak kunyah 10 ringgit ni?!

Faiz: Aku ada idea. Bagi menandakan kita berbuka puasa terpaksalah kita melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Faizal: Contoh?

Faiz: Bersetubuh!!

Faizal: Kau nak bersetubuh dengan siapa bongok! Kau dah hilang akal!?

Fairuz: Hah, aku dapat. Korek hidung. Bukankah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa?

Faizal: Betul tu! Hah apa lagi Faiz. Cepat!

[Faiz membaca doa berbuka puasa. Dan mereka serentak mengorek hidung masing-masing.]

[Lampu padam.]

-TAMAT-
.
.
.
Nota: Dipentaskan sempena majlis Malam Seribu Harapan bersama anak-anak yatim di Universiti Kerajaan Swasta pada 29/09/2007.

Powered by Blogger.