Malam Panik yang Termengah-Mengah

Thursday, March 26, 2009 · Posted in

Tengah aku melepak dengan Leman, dia dapat panggilan tanpa nama. Perlahan-lahan aku tengok muka Leman berubah cemas. Peluh-peluh membutir.

"Bini aku nak beranak!" kata Leman. Panik.

Selepas meletak not RM10 atas meja dan tanpa menungu baki, kami berdesup ke hospital.

Entah petanda apa lampu isyarat sepanjang laluan kami bertukar hijau serta merta. 15 minit kami sampai ke kaunter kecemasan. Ada misi cantik dan bermata lebam menyambut kami dengan senyum menguntum.

"Cik.. Saya Sulaiman Mahmud.. Saya dapat call.. isteri saya.. NurRebecca nak bersalin," kata Leman. Termengah-mengah. Mengah. Mengah. Mengah.

"Bawa bertenang encik. Ini anak pertama ke?"

Mengah.
Mengah.
Mengah.

"Tak tak.. Saya ni suaminya."

.
.

Aku lari keluar gelak. Aku tak nak Leman terasa hati.

Lala, Hidup Kadang-Kadang Tak Boleh Terlalu Profesional

Tuesday, March 24, 2009 · Posted in

Suatu hari, Lala yang pandai bertinju datang rumah aku dengan muka lebam, mata bengkak dan nafas berbaur cemas.

Aku dah cuak. Entah kongsi gelap mana yang kejar dia. Selepas tutup semua tingkap dan pintu sebab takut aku pula yang lebam dan bengkak, Lala pun ceritakan semuanya.

Katanya dibelasah dua budak gengster. Habis duit, ipod nano, N92 dan kamera genit Olympus-nya disapu. Aku tak puas hati.

"Diaorang pau kau guna pisau ke?" tanya aku.

"Tangan kosong je," jawab Lala sambil tekap kapas campuran ubat luka ke pipi. Giginya terkancing menahan sakit. Melihat Lala terkancing aku pun terkancing juga. Bagaikan aku pun turut sama sakit.

"Dah tu tangan kosong apasal kau tak belasah saja mamat-mamat tu? Apa guna 18 rekod KO kau selama ni?"

Sambil meludah liur bercampur pekat darah ke dalam gayung , Lala menjawab dengan wajah begitu serius [dan serius itu kali pertama aku lihat Lala sebegitu serius.]

"Bro, aku takkan berlawan tanpa penaja ok!"

.
.
.

Ya, habis saja perkataan terakhirnya itu, siku Ongbak aku singgah tepat di kepala Lala.

Tivi Rumah Kami yang Rosak dan Aku yang Kaya

Thursday, March 19, 2009 · Posted in

Kelmarin. Tivi kat rumah rosak. Tak tau apa punca. Semalam sebelum tu Why dan aku layan Red Cliff 2 ok saja. Tapi pagi esoknya bila aku buka tivi untuk praktis boxing, tiba-tiba kelam. Suaranya ada tapi gambarnya hilang. Melepas nak tengok Arsenal malam tu. Apa gila tengok bola kat tivi dah macam dengar radio zaman semi pro dulu?

Menurut brader tivi kat kampung sana, tivi kami ada masalah dengan kabel tiub. Alat ganti pula susah cari. Bila dah beli masalah lain pula. Kali ni ada kena mengena dengan tiub. Aku dah tak faham bila brader tu dah main tunjuk-tunjuk litar dan uji ammeter untuk cari 'api'. Bab-bab 'nego' aku serah kat Jarul. Keputusannya, brader tu cuba ubahsuai guna alat ganti made in China. Petang ni ambil. Mungkin lepas ni boleh dapat channel dari Indonesia.

Walaupun aku bukanlah kaki tivi. Tapi kehilangan tivi begitu terasa.

Oh ya. Siapa kaki bola, kalau rajin singgahlah web Bolasepak.com ni. Aku dah jadi moderator web tu. Kerja aku kemaskini stori saja. Bahagian forum aku tak kacau. Jadi fan-fan Manchester United, Liverpool atau Chelsea jangan marah kalau aku highlite The Gunners lebih-lebih. Hahaha. Liga Malaysia pun ada. Nak harap web FAM? Ke lautlah jawabnya.

Ni bukan kerja suka-suka. Gaji kecik terpaksalah cari duit lebih. Selepas moderator agung web tu janji nak bayar aku gaji yang sama dengan Teresa Kok barulah aku bersetuju dengan pelawaan dia untuk hidupkan kembali web tu.

Sekarang kau boleh bayangkan betapa kayanya aku. Ups. Air dah masak. Nak pergi masak megi ni. Hihihi.

Dr Prakash dan Aku yang Terpaksa Bermusuhan

Tuesday, March 17, 2009 · Posted in

Kokokan ayam dari rumah sebelah memang menyakitkan hati. Gila apa duduk apatmen bela ayam. Apa dia ingat rumah dia macam rumah Dr Dolittle?

Tertekan punya pasal aku jumpa Prakash merangkap doktor haiwan di sebuah klinik haiwan yang hidup segan mati tak mahu di bandar Kepong sana. Paling akhir aku jumpa dia ialah masa aku bela Jimi, si armadillo dari Brazil dulu. Tapi lepas Jimi maut di langgar Kancil Brader Jon, terus aku tak jumpa Prakash. Dan sumpah aku takkan jumpa dia semata-mata nak ucapkan Hari Natal.

Aku adukan masalah ayam-tak-sekolah jiran aku tu. Prakash senyum-senyum saja sambil menyuntik dos apa entah ke kaki seekor anjing spesies Border Collie. Aku sedikit cemas tapi terkawal.

"Bro, ayam jantan jiran sebelah aku berkokok kuat tak ingat. Siang malam berkokok. Tension aku. Semua jiran merungut tapi tak ada yang berani sound sebab jiran aku tu cikgu silat dari perguruan Guruh Guntur."

"So, kau nak aku buat apa? Silambam jiran kau tu?" tanya Prakash sambil buka sarung tangan getah dan hulur tangan nak bersalam dengan aku. Tapi aku tolak sebab lepas ni aku nak makan nasi ayam.

"Kaukan doktor haiwan. Lagi mau tanya aku balik ka?"

Prakash hela nafas panjang. Diam sekejap. Dia kemudian pandang aku dan bersuara ala-ala Horatio sambil menanggalkan kaca matanya. Aku dah terkebil-kebil.

"Aku kena buat apa?"

"Buat lauk!" Jawab Prakash serius.
.
.
.
Sejak hari tu, aku putus kawan dengan Prakash.

Powered by Blogger.