Bro. Dulu, sebab tak tahan tadah telinga melayan soalan-soalan tipikal Melayu (bila nak kawin?) dari famili dan sanak saudara aku yang super konservatif, aku ambik keputusan tunaikan hajat diorang. Tapi serius cakap, aku kawin dalam keadaan belum bersedia mental dan fizikal. Bukan masalah aku tak mampu melayari 'bahtera', tapi aku rasa aku tak terdesak sangat pun untuk memenuhi keinginan seksual aku. Masalahnya, selepas dekat setahun kawin, aku kena pula mengadap pulak satu lagi soalan, bila nak dapat anak? Aku stres bro. Tolong aku. - Marquez
.
.
.
Bila masa pula aku jadi Cik Sri Siantan?
Tapi apapun, tolong aku hilangkan stres kawan kita ni. Aku tak sempat fikir lagi.
16 Responses to “Bantu Aku Bantu Marquez”
baru setahun ja pun bro.. bukan 4-5 tahun lagi..
Soalan bila nak dapat anak tu macam ada unsur-unsur tersirat je. Orang yang tanya tu ada niat nak jual ubat kuat mungkin.
lupa cabut kondom agaknya.
haha..biasa la tu lumrah manusia suka brtanya..yg bujang kene tanya bile nk kawin..yg dh kawin kene tanya bile nk dpt anak..yg dh ad anak kene tanya bile nk dpt cucu lak..kui3
Jawab je, ''dah order, tapi belum sampai..''
lama tk sembang ngan lan, kak nk tny ni....Chek Lan - hang da kawin? hehe
tu la tabiat!!
bahtera tu masih di darantan bro
biasanya, kalo dok banyak soai sangat, aku soai depa tu balik ...
"yang angpa dok peduli sangat pasaipa? bukang angpa yang nak bagi makan minum anak aku"
kalau org tanya bile nak dapat anak.. jawapnye senang je... aku bukan sniper (penembak tepat) hahhaha
anony;
tapi, setahun yang kena hadap banyak soalan tu.
sylarius;
pergi buat fertility treatment lagi ok kot.
aie;
ceh. hahaha.
nuraddin;
setuju. aku rasa, orang tu bertanya sebab dia pun ditanya orang juga. Misalnya mak ayah tanya bila nak dapat anak sebab diorang ditanya orang lain bila nak dapat cucu. cycling question.
anony;
hehehe. good answer!
lilsy;
belum lagi kak. kerja dubai lagi ke?
anony;
:)
brutal;
bahtera merdeka ka?
hambali;
kalau mak ayah tanya macam tu, nak jawab apa? hahaha..
nik;
pandailah ko nik sejak dah kawin ni. hahaha..
Orang kata jodoh, rezeki, ajal maut semua sudah ditentukan oleh Allah. tetapi kita tidak pula disuruh menunggu, menanti dan bersabar tanpa membuat apa-apa tindakan, usaha dan bertindak. masih ingatkah berita sepasang suami isteri di negeri utara tanah air mendapat cahaya mata kembar empat setelah hampir tujuh tahun menunggu. inilah yang dinamakan rezeki. tetapi pasangan ini tidak pernah serik berusaha. nah, Allah tidak pernah menipu hambaNya. kita yang kadang menipu Allah dan diri sendiri.
din;
perghh.. macam ustaz jeffri ko ni..
mcm nih la.. kita kawin atas dasar fitrah manusia yg perlu dilengkapi oleh insan lain.. kita inginkan anak kerana fitrah kita ingin memiliki manusia yg secara fizikalnya berasal dr kita dan hasil pembuatan kita..
kdg2 kena buat dek je dgn org2 yang suka bercakap dan bertanya nih.. lagipun apa yg tuhan bagi pd kita nih adalah yg terbaik untuk kita pada keadaan itu, tp Dia tak suruh kita diam dan menunggu nasib je.. usaha la..
rinz;
aku setuju antara fitrah manusia itu nafsu dan keperluan atau keberagntungan terhadap orang lain. tapi, bab pasangan aku tak setuju sebab aku ada jumpa jenis orang yang selesa tidak bercouple dan ada pulak jenis orang yang tak suka budak kecik. dan buat dek tak mampu legakan hati marquez pun.
Post a Comment