Bagi menjayakan kempen boikot ni, kita mesti ada barang alternatif. Kalau setakat boikot saja tapi barang alternatifnya tak ada susah juga. Kalau setakat Coke tu, memang aku lama dah boikot. Cuma masa makan kat fast food saja aku layan. Selain tu alternatifnya, teh ais ke. Kopi Radix ke. Orait jugakan.
Tapi memang susah nak boikot secara total barang-barang AS ni. Sebab sesetengah barang tu memang tak ada barang lokal pun. Contohnya, pisau cukur. Selain Gillette, alternatifnya yang aku tau ialah jenama Schick. Dua-dua ada kena mengena dengan AS. Nak tak nak aku terpaksa beli salah satu. Pernah juga aku beli pisau cukur cap ayam kat pasar malam. Tapi mana tahan. Asal cukur je mesti nak kena menangis. Pedih gila. Pedih macam ustaz yang suka tarik sideburn kat sekolah aku dulu.
Aku sokong kempen boikot. Dalam erti kata sokong barang tempatan. Sebelum ni, memang aku main campak saja. Asal ada logo halal sudah. Tapi sekarang, sempena tahun baru yang meriangkan kenalah teliti sikit benda-benda macam ni. Made in Malaysia sudah tentu.
Tapi 'Beef Prosperity Burger' tadi memang layan habis. Siapa suruh Marrybrown tak buka cawangan kat Kota Damansara ni.

15 Responses to “Kau Suka Gillete, Aku Suka Schick”
beef prosperity burger?hurmm...amek y large set...wah...kembung perut...nak boikot, tp mcm mana nak boikot kalo kita takde choice...kalo ada choice, of course, made in malaysia punya come first...
Cadangan: Segala sticker produk US yang kau tampal di kereta, terbalikkan. Bukan boikot barang tapi bikin statement minta korporat US akur resolusi PBB.
Cheh, apekenamanya boikot tp makan mekdi. Er..er.. sedap ker beef prosperity burger musim neh? Haahaa..
Aku setuju...beef prosperity burger tu mmg best...kecur liur aku...aku pun boikot gak...tapi bila lalu mcD aku mmg x ble tahan...otomatik drive tru...pelik lar! Dia pakai guna2 agaknyer ek!
ish ish. tak kuat iman btul! tgk cam aku. makan nasi lemak je tiap2 hari. bdn pun dah naik lemak. sep pun sep! janji boikot!
'ainrahimin;
marrybrown la choice-nya. tapi masalahnya cawangannya sikit dan susah nak jumpa.
Tok Rimau;
sticker arsenal pun nak kena terbalikkan jugak ke tok.
DeeN;
sedap weh. aku dah try wat resepi sama. tak dapat-dapat jugak. huh.
aKu DiA kAmU;
dia taruk spender kot. :P
aie akaike;
aku pun bkn kaki mcD. makan pun 3 bulan sekali ja.
kt kolej dulu, tkde mekdi jugak. nasib ade brother jual bege ala2 prosperity tu. tp namanya jadi oblong.
sedap smpai jilat-jilat sos dia kt kertas balut bege tu. hehee..
tp skrg dh abis blaja, tk mrasa nk mkn oblong. pgantinya mekdi la.
Nak boikot memang kena ada alternatif lain.Pengganti terbaik buat McD sekarang adalah Chicken Chop di restoran melayu :b
back to basic.. terbaek.!
jum pindah johor. marrybrown banyak kat johor. hahaha.
MeSober;
burger oblong? hahaha! lawaknya nama. banyak lagi burger yang sedap kat malaysia ni. tapi tak diketengahkan.
fadli;
chicken chop memang layan. tambah2 chicken chop lanun kat uptown lama. perghh..
paiseh;
hahaha. back to nature.
AmyZ;
memang marrybrown banyak kat johor. sebabnya foundernya pun orang sana.
hariza akmar;
hehe. masa tengah2 panas ni mungkin orang pilih marrybrown (mb). kalau isu dah sejuk tak tau la. tapi kenapa mb masih tak nak buka francais kat situ. tak bran ka? :)
jom kita boikot.. kelambu.. jom kita makan mcd kat sect 2
AgroWise;
hehe.. boikot apanya mkn mcd..
marrybrown seksyen 7 la..
Post a Comment