Sebelum ada Tutut dan dia pergi dirampas orang. Rumah aku ni memang jadi sasaran utama serangan kucing. Bukan kucing yang penuh kasih sayang. Tapi kucing spesies gerila pemberontak. Kau buatlah apa pun. Sergah ke. Baling bantal ke. Buat aksi Ju On ke. Akrobatik ala Jackie Chan ke. Tapi, asal line clear mesti juga nak masuk rumah. Macamlah ada kentaki dalam rumah ni. Dalam peti ais pun harap ada roti canai segera saja.
Tak serik-serik. Asal masuk mesti nak cakar plastik sampah. Mesti nak terbalikkan tong sampah. Cuba sesekali mop lantai ke. Basuh pinggan ke. Tak pun basuh baju aku ke. Barulah bersih sikit imej tu. Ni tak habis-habis menyakitkan hati orang.
Hmm. Mengikut pemerhatian aku. Ada tiga ekor kucing yang selalu mencetuskan serangan gerila tanpa senjata kat rumah aku ni. Suspek-suspek tersebut dipercayai Mimi yang alim-alim kucing. Bush yang putih, jahat dan bulu bersepah. Dan Che Guevara yang cool tapi sengal.
Nantilah aku ceritakan pasal tiga spesies kucing gerila tu secara rinci. Bukan apa. Aku tetiba ja berbulu tengok Che Guevara sedap tidur kat depan tivi tadi. Lepas tu tahu pula terkejut, menggelabah dan lari bersepah cari tingkap. Padahal aku rileks saja. Setakat nak tengok Animal Planet tu apalah sangat. Kan.
Powered by Blogger.
14 Responses to “Kucing Gerila Rumah Saya”
aku tau ko ni pencinta kucing. alahai...
dia nak bermanja tu... :)
err.. mungkin dalam rumah tu ada bau-bauan hormon yang tidak seimbang, maka menjadi tarikan kucing-kucing pendatang.
bersabar ye kelambu, ni semua ujian dunia je ni. haha.
erkkk....adakah muka ko seperti niyang rapik??? sehingga menakutkan kucing itu???
Pendidikan itu bermula dari rumah.
jangan lu jadi lelaki kucing dah aa..
rerajin le buang smpah...
Hahahahaaaa!!
Hati2. kucing adalah haiwan yg manja, cool macam H[oratio], tapi sengal nak mampos. Tp aku tetap suka kucing. Peace!
dah dahulu asyik baling dgn macam2.. sebab tu kucinmg tu macam trauma kot..
huhu..
aie;
pencinta kucing takpe. jangan pencinta najis dadah.
kamarhati;
:)
zyedz;
haha.
fafarafa;
kucing tu yang gelabah lebih.
ahtok;
hahaha..
paiseh;
aku heran jugak. asal jahat je mesti nak kena samakan dengan kucing. huh.
'ainrahimin;
sapah takde pun dia selongkar jugak.
DeeN;
cool apanya kalau dah asyik menggelabah. sengal ada. haha.
ainunl;
mungkin betul jugak kot.
lawaknyee
Eli;
:)
upload arr pict kucin2 sengal tu
nik;
aku kalau dapat tangkap gambar kucing2 tu dah kira hebat dah.
Post a Comment