Tiga empat tahun lepas, rumah tangga Joba bagaikan retak menanti belah. Bukan sebab Joba tak hensem, tapi sebab statusnya sebagai seorang drebar. Isteri Joba tak sanggup hidup susah.
Tambah menyakitkan hati bila ada apa-apa majlis, isteri Joba akan beritahu kawan-kawan hipnya bahawa Joba seorang pilot. Dan bila kawan-kawan hip isterinya tanya, pilot mana? Joba pun akan jawab, dia pilot salah satu daripada dua agensi penerbangan yang popular di Malaysia ketika ini. Walhal Joba seorang drebar kepada bos besar sebuah syarikat kurier saja. Joba rasa kerdil.
Tiga empat minggu lepas, tup tup aku dapat sms daripada Lele beritahu:
-Joba dan isteri dah bercerai-
Sedih kejap. Lepas tu ok.
Tup-tup kelmarin aku jumpa Joba. Dia senyum sampai ke telinga bila nampak aku.
"Hepi nampak?" kata aku dengan senyum separa sumbing.
"Hahaha! Aku puas hati gila sekarang. Aku dah balas dendam kat janda aku!" kata Joba.
Aku cuak gila. Aku dah syak Joba kelar perut janda dia dengan lawi ayam. Kebetulan ada kes budak sekolah gaduh pakai senjata ortodoks tu baru-baru ni. Aku dah fikir bukan-bukan.
"Apa kau buat kat janda kau?" tanya aku penuh penuh misterius.
"Aku menang judi. Aku beli Caldina. Lepas tu aku upah sorang awek cun temankan aku. Jadi apa lagi, empat lima malam juga aku lintas depan rumah janda aku tu. Hahaha," gelak Joba penuh kesetanan.
Main judi satu hal. Menyakitkan hati orang satu hal. Macam-macam. Kata aku dalam hati.
"Perghh.. Dasyat gila kau provok janda kau. Tapi awek kau bawak tu duduk sebelah kau buat apa je?" tanya aku menambah keterujaan Joba. Biasalah, adat berkawan. Kalau dia hepi, kita pun tumpanglah hepinya. Kalau boleh kita tambahkan lagi hepinya tu.
.
.
"Mana ada dia buat apa-apa. Dia duduk kat belakanglah." jawab Joba dengan girang tanpa rasa bersalah apa-apa pun.
Powered by Blogger.
13 Responses to “Hidup Joba yang Penuh Dendam”
hahahaha..!! kategori bijak pandai ke bodoh dungu si joba ni??
hahah....kalau tak biasa orng dok tepi, pakai keta besar pun suruh orng dok blakang gak...sabarlah joba.
errrr.....ko rasa janda dia heran ke? mesti dia ingat joba drebar awek cun tu plak kan. huhuhuuhuh
hahaha..... terlupa plak Joba seorang drebar cuma.... ;p
hahaha. lurusnya joba. haha.
suruh joba upah saya lah next time..ahahhaha.joba..joba..
hahahaha.joba o joba!
kesian si joba ni...hahahha
Luculah. Ke si joba tu sebenarnya hanya drebar kepada awek cun tu?
Kesian Joba.
awek tu jugak yg best. diberi upah dan merasa cm mem besar bila dok kt blakang.
aku syak si janda tk mrasa pape cz si joba ni driver je utk awek tu~
hahah. macam harem!
jada joba tekekek2 gelak lm umah kot ...muekekekeke
Post a Comment