Suatu hari, Lala yang pandai bertinju datang rumah aku dengan muka lebam, mata bengkak dan nafas berbaur cemas.
Aku dah cuak. Entah kongsi gelap mana yang kejar dia. Selepas tutup semua tingkap dan pintu sebab takut aku pula yang lebam dan bengkak, Lala pun ceritakan semuanya.
Katanya dibelasah dua budak gengster. Habis duit, ipod nano, N92 dan kamera genit Olympus-nya disapu. Aku tak puas hati.
"Diaorang pau kau guna pisau ke?" tanya aku.
"Tangan kosong je," jawab Lala sambil tekap kapas campuran ubat luka ke pipi. Giginya terkancing menahan sakit. Melihat Lala terkancing aku pun terkancing juga. Bagaikan aku pun turut sama sakit.
"Dah tu tangan kosong apasal kau tak belasah saja mamat-mamat tu? Apa guna 18 rekod KO kau selama ni?"
Sambil meludah liur bercampur pekat darah ke dalam gayung , Lala menjawab dengan wajah begitu serius [dan serius itu kali pertama aku lihat Lala sebegitu serius.]
"Bro, aku takkan berlawan tanpa penaja ok!"
.
.
.
Ya, habis saja perkataan terakhirnya itu, siku Ongbak aku singgah tepat di kepala Lala.
Powered by Blogger.
10 Responses to “Lala, Hidup Kadang-Kadang Tak Boleh Terlalu Profesional”
saya sangat suka tengok ong bak 2. sangat!
huh!!! patut dibuat goreng berlada lala itu.
mmg patut kena siku si Lala tu!
siku over sikit beb. xde penaja time tuh...dia takkan mmblas.
rela untuk ilang duit, ipod tu smua sebab tkde penaja??
elok je hempuk dengan kuali.
;)
haha..
sengal betul lala..
kasik flying kick terus sama dia..
heh! :P
ha ha ha apa kebende da!!!
Haha..
Lala memang seorang yg profesional. Kagum aku. Er.. selepas ko siku ongbak kan si Lala tu, apa jadi? Dia lawan atau tetap tunggu penaja? Haha!
meh aku tambah buah lutut plak!
iyahhhh!!!!!
aku tambah terajang ponggong. ha ha.
.
Post a Comment