Dalam hidup ni kita selalu hargai benda yang besar-besar saja. Yang penting-penting. Benda-benda kecil kita tak berapa peduli sangat. Sehinggalah kita merasai sendiri kehilangan 'benda-benda kecil' tu.
Dua minggu lalu hingga kini aku hilang tangan kiri. Maksud aku fungsi tangan kiri. Hilang langsung, tempang dan lumpuh. Angkat benda seringan gelas pun tak boleh. Mungkin ini yang dirasai pesakit yang hilang fungsi tangan mereka.
Kalau dalam filem, tangan kiri bolehlah diibaratkan sebagai pelakon pembantu. Penyedap cerita. Pembantu waktu utama (tangan kanan). Tapi filem yang tak ada pelakon pembantu memang tak sempurna malah kau mungkin boleh jadi benci dengan pelakon utama tu.
Selama ini aku hanya ingat fungsi penting tangan kiri sekadar basuhkan najis saja tetapi selepas apa yang berlaku, aku mula berfikir sebaliknya. Ok, untuk merasai pengalaman hilang tangan kiri, kita bolehlah sama-sama bereksperimen dengan melakukan semua perkara menggunakan sebelah tangan saja (yang dominan). Cukup untuk satu hari dan catatkan hasil eksperimen tu.
Serius susah.
Ok, aku akan terangkan kesusahan aku.
1. Untuk pakai seluar, mula-mula aku perlu duduk dan masukkan kaki sehingga menembusi dua lorong seluar supaya tidak terpijak kaki seluar bila bangun nanti. Semasa bangun dan menarik seluar ke atas pinggang, bahagian kiri seluar biasanya sedikit terlondeh dan aku perlu angkat kaki kiri dengan gaya side kick Bruce Lee. Kadang-kadang aku hilang keseimbangan. Dengan tangan kanan memegang pinggang seluar, aku tak ada pilihan lain melainkan gunakan kepala sebagai tongkat ke dinding. Aksi bertukar agak ekstrem ketika menyarung jeans berbutang penuh.
2. Sebenarnya hujung bulan lepas aku dah setuju jadi pengapit Syem (selamat pengantin baru). Tapi akhirnya tak jadi (sebab macamana aku nak pegang kipas sambil bawa payung?). Jadi dia rekrut adik dia. Sudahnya, aku cuma turun makan nasi saja. Semasa makan, semua benda aku masih boleh buat kecuali cuci tangan. Aku kena juga minta tolong orang. Ada lagi tak cara terbaik cuci tangan guna teko?
3. Pakai baju guna satu tangan. Badan kau perlu elastik dengan meliuk kiri dan kanan macam cacing kepanasan.
4. Tak boleh memandu.
5. Ikat tali kasut guna gigi.
6. Kau akan rasa macam nak menangis bila hanya boleh menaip satu tangan.
7. Susah sapukan deodoran ke ketiak kanan.Terpaksa gesel-geselkan ketiak untuk kesan sapuan lebih rata dan menyeluruh.
8. Tak boleh potong kuku jari kanan.
9. Memasak jadi susah. Tak ada tangan kiri untuk stabilkan kuali. Cukup susah nak alihkan telur yang melekat. Kena kecilkan api, kais telur, betulkan kuali (guna sudip), kais telur, betulkan kuali, kais telur, betulkan kuali, kais telur, betulkan kuali. Semuanya guna tangan kanan.
10. Basuh najis guna tangan kanan. Ya, bila tak ada tangan kiri, suka tak suka tangan kanan akan cuci najis di punggung.
.
.
Sesiapa pun orang-orang kecil di sekeliling kita, tolong hargai mereka. Oh, aku dalam proses fisio dan sebagai terapi aku mula belajar mencium tangan kiri sendiri dengan penuh rasa sayang.
Powered by Blogger.
18 Responses to “Patah Tangan Kiri”
tabah,bro..
insaf..~
errr...patut pun Tuhan jadikan kiri & kanan. untuk saling membantu. huuhhuhuhu
moga cepat sembuh beb
haha. sangat kasihan.
tapi entri ni kelakar~
tapi kesian. betul ni. kesian~
oh. termenung jap baca entri ni. (langsung berazam untuk lebih menghargai dan bersyukur).
take care ya.
strong bro...
masa ni la baru kite mgenal diri kan...
same2 la amik pengajaran...
T_T insaf..
mmg aku kesian kat ko bro tp siyes..siyes aku xley thn nk gelak jgk bc entri ni..haha...
kelakar..!!
hehehe.. cari lah teman, boleh tolong cucikan najis kat punggung..
ehh.. ehh.. silap..
carilah teman, boleh tolong gorengkan telur..hehehe.. :)
aku kan ada..
hehe
sedihnya. tapi macam kelakar plk.. huhhuh
alahai..simpati betul kat die.tp kes no.7 tu memang tak leh blah nak gelak.LOL
Lepas hang dah sembuh neh. Hang kena raikan tangan kiri dan rehatkan tangan kanan barang seketika.
Semoga tangan hang cepat sembuh!
alolo cian bro...
gua kat sini dah naik mengamuk kerja sorang-sorang. hahahaha!
May u b strong . as always. :)
Aku dah agak, mesti kuar punya entri ni..hehehe..tabahkan hatimu..aku sentiasa dicc...hahahahaha..
tabah la...walaupun menggunakan tangan yang sama untuk makan dan menyuci najis di punggung....
takpe, as long as entry anda menghiburkan..keep up good fisio work..
Post a Comment