Analisis CSI Shah Alam

Thursday, April 29, 2010 · Posted in

1. Satu dunia kecoh gara-gara insiden remaja kita, Aminulrasyid yang baru berusia 15 tahun ditembak mati oleh polis kerana disyaki penjenayah.

Malásia: Quatro polícias investigados por morte de menor - lapor laman web berita dari Portugal, Diario Digital.

2. Selain cerita seks, berita seperti ini sangat dinanti-nantikan media. Ia termasuk dalam kategori 'human interest'. Tambahan lagi, yang ditembak adalah budak sekolah.

3. Biar apa alasan diberi, persepsi negatif lebih cenderung terbeban kepada polis. Ini kerana imej polis itu sendiri yang dianggap sebagai kumpulan terlatih, profesional dan kuat (kerana dilengkapi senjata). Jadi, sebarang tindakan melulu atau cuai yang mengheret kepada kematian orang awam atas alasan 'disyaki' sudah pasti akan mengundang kutukan.

4. Ini sama seperti tindakan polis menyuraikan demonstrasi di mana-mana negara dunia pun. Polis-bersenjatakan cota, peluru getah, berperisai-sering dilihat sebagai ganas kerana menyerang penunjuk perasaan yang hanya bersenjatakan batu dan botol air. Walaupun provokasi mungkin dicetuskan oleh kumpulan penunjuk perasaan.

5. Persepsi manusia lumrahnya begini, sebarang tindakan melampau dilakukan 'orang kuat' terhadap 'orang lemah' akan dianggap penindasan. Situasi ini boleh diibarat seperti lelaki memukul wanita. Walaupun cerita di sebalik ialah wanita itu seorang pembunuh, tetapi jika dia dibelasah si lelaki di khalayak ramai, persepsi negatif adalah kepada lelaki itu. Ini kerana minda separa sedar sendiri sudah menterjemahkan anatomi dan susuk lelaki itu sendiri.

6. Apakah situasi begitu mengancam sehingga memaksa polis melepaskan tembakan? Lagipun polis sudah memancitkan tayar kereta dan mangsa sendiri tidak bersenjata.

7. Apakah tindakan polis melepaskan tembakan susulan ke arah mangsa adalah keputusan tepat? Kenapa begitu sukar polis membezakan antara susuk remaja 15 tahun dan penjenayah berbahaya? Mungkinkah insiden berlaku di lokasi yang kurang pengcahayaan?

8. Dari segi lain, seorang remaja 15 tahun (tingkatan 3) memandu kereta boleh dianggap sesuatu yang luar biasa. Si kakak mendakwa mangsa tidak pernah memandu kereta, tetapi di mana dia belajar memandu? Bagaimana pemantauan keluarga terhadap mangsa.

9. Kematian Aminulrasyid perlu dibela. Kecuaian polis perlu dihukum. Kealpaan keluarga mangsa patut diadili.

10. Tak ada kena mengena dengan politik atau teori konspirasi lain. Ini profesionalisme mereka yang diberi amanah menjaga ketenteraman awam. Rakyat menilai. Serius pula hamba kali ini.

Sekadar gambar hiasan

10 Responses to “Analisis CSI Shah Alam”

ayobkelubi said...

bang

kalau tak salah,kenapa mesti lari?.

itu saja aku nak tanya.

Adeqq said...

tula. mungkin parents dia pun ada silap di mana-mana. urm...tapi,







kenapa mesti gambar H?

Anonymous said...

salam

oh. saya pembaca senyap yang tiba-tiba sudah tidak senyap lagi.

saya.. agak pelik.
mangsa lari bila nampak polis.
mangsa tiada lesen, bawah umur, membawa kereta dengan cara yang mencurigakan dan kejadian berlaku pada pukul 2 pagi.
dan lepas tu polis terjumpa parang dalam kereta.

saya tidak terbaca di akhbar yang kereta mangsa telah dipancitkan. mungkin terlepas pandang.

kes ni membuat kita tertanya tentang kredibiliti pihak berkuasa. tetapi itu bukan kecuaian. tindakan mangsa menimbulkan keraguan yang munasabah.

memetik kata-kata Tan Sri Musa Hassan

“Saya mahu tanya pihak berkenaan... mereka mahu kita menguatkuasakan undang-undang atau tidak. Kalau mereka tidak mahu, tidak payahlah pegawai dan anggota saya tahan kereta, tangkap penjahat, mat rempit dan sebagainya. Lagi senang kerja kita,” Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapat pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.-BH

Musa juga berkata, seperti pistol, parang dan pelbagai senjata berbahaya lain, kenderaan juga boleh digunakan sebagai senjata yang mengancam nyawa.-BH

mohon maaf atas komentar yang panjang lebar. cuma ini apa difikiran.

Anonymous said...

salam...
kenapa mesti budak brumur 15 tahun berada didalam kereta yg dipandu tanpa lesen pada jam 2 pagi?bukankah sepatutnya beliau berada dirumah untuk tido ataupun mengulangkaji pelajaran???

Anonymous said...

die bukan baru balik dari tgk bola ke ?? itu yg aku baca laa. kalo salah tatao laa.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku setuju hang panggil csi usa ni

kang pangil yang thai kena gertak

pangil yang uk dia org tak percaya

zazzy said...

Kelambu masih dengan H.

fndrocka said...

must be somthing moreee

fana said...

tentu2 lah budak tu lari sebab die rase bersalah n takut kene kejar dengan polis kan??

Salah orang yang mati road tax nampak polis buat road block pun dah rase nak lari... ini kan plak BUDAK 15 thn..

maybe budak tu kebetulan baru belajar bawak kete malam tu kot.

TAPI kan.. takkan sampai nak kene tempak?? ish ish ish buat orang ramai TAKUT n tak percaya polis je

Anonymous said...

Betul la kelambu cakap tu..budak umur 15 tahun kene kejar polis..dalam kepala maybe "habis la aku bapak/atok/nenek/kakak/abang/pakcik/makcik aku belasah nati"..lesen pun xde..nampak sangat la tak terer nak bawak kete cilok2..polis yang mengejar tu bukan ke terlatih?

Musa?? huh!! mcm biasala ape dia cakap..dia je yang betul..

Powered by Blogger.