Kemenangan Aizat memang sudah dijangka. Sebagai pemerhati buta not muzik, aku dapat kesan statistik setiap edisi AJL menunjukkan kemenangan sesuatu lagu adalah cenderung berpihak kepada dua faktor. Iaitu lagu yang kuat rentak 'soul' atau 'naik sheikh'.
Istilah 'soul' bagi aku merujuk kepada lagu berentak perlahan, melo, dan mendayu-dayu, di mana lagu seperti ini mampu membuat si penyanyi dan pendengar sebak, pilu atau sentap.
'Naik sheikh' pula merujuk kepada lagu berentak keras, pantas dan mampu mengundang histeria serta tidak sedar diri kepada diri si penyanyi dan penonton.
Jadi, jika anda perasan, kemenangan dalam AJL pasti akan berpihak kepada mana-mana lagu yang menguasai salah satu daripada dua elemen itu dengan baik.
Namun, AJL kali ini kurang berpihak kepada lagu 'naik sheikh' kerana saingan sengit daripada banyak lagu lain yang berentak sama hingga menyebabkan juri sukar memilih siapakah penyanyi 'naik sheikh' paling hebat. Dan kelebihan berpihak kepada Faizal Tahir (Bencinta) kerana menjadi penyanyi terakhir yang menyanyikan lagu 'naik sheikh' dengan baik, membuatkan juri terlupa kepada persembahan lagu 'naik sheikh' lain.
Jadi, peluang ini terbuka kepada lagu-lagu 'soul' yang kebetulan cuma ada dua lagu saja menepati ciri-ciri tersebut iaitu Yuna (Dan Sebenarnya) dan Aizat (Pergi).
Untuk lebih jelas, situasi kemenangan dua penyanyi muda tersebut sebenarnya menyamai kemenangan yang diraih M Nasir ketika menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud beberapa tahun dulu. Begitu juga kemenangan MUH pada tahun lalu.
Sudah sudah, jangan serius sangat ulasan aku ni.
9 Responses to “AJL 24: Lagu 'Soul' Menumpaskan Lagu 'Naik Sheikh'”
owh ye ker ? dah MUH menang tahun lepas tu,bukan ke lagu diorg tu berentak lebih giler lagi cam "naik sheikh" ? lagu yang MUH menang tahun lepas tu kan lagu giler2 sikit...tapi yang aizat menang tu,lagu die bukan best sgt...aku ingt juri AJL tahun ni akan pilih cam band music menang, sebab ko tgk 2 tahun lepas, ESTRANGED dengan MUH menang, so aku ingt bunkface la yg menang,haha
blog yang bagus, ape kate try pegi visit blog saye ni plak kalau nak tahu info yang unik dan elegan di http://tolongsenyap.blogspot.com ,try visit erk
emmm..
lagu PERGI dasyat..layak menang.. simple tp terkesan.. Faizal Tahir mcm terdesak nk buat yg gempak2 tp persembahan dan vokal faizal mlm tu biasa2 je..
paling comel tentulah kemenangan Yuna.. well, tak payah nk berapi-api pun boleh menang.. :)
papehal, suke lagu aizat-pergi sgt2...
tapi mlm tu para penonton, penyokong dan penduduk "RUMAH PUAKA" pun "naik sheikh" menanti keputusan para juri...hehehe
hahahaa... lagu naik sheikh mungkin kurang sheikhnya malam tuh. Hahahaa...!
Kau lupa satu perkara. Sekarang penjurian akan tengok lagu mana yang paling satu Malaysia, lagu itu yang menang. atau satu lagi keupayaan kau meletak India,Cina dan Melayu di atas pentas yang sama, kau pasti menang. ha ha ha!
"naik sheikh", wah, ha, ha...
logik juga ulasan tuan hamba..
Post a Comment