Dari Menara Eiffel ke Burj Dubai

Saturday, January 09, 2010 · Posted in ,

Sebaik saja masuk Rumah Puaka untuk mula bekerja selepas habis belajar, aku beli satu almari kain yang aku namakan Menara Eiffel dengan harga AS$40 juta di pasar raya musuh Nobita, Giant. Aku namakan almari ni Menara Eiffel kerana struktur pembinaannya yang rumit, membabitkan sekurang-kurangnya 40 kerangka besi dan mengambil masa dalam sejam untuk dibangunkan dengan mendapatkan bantuan Jarul selaku jurutera bahan dan Abin sebagai juruukur.

Almari ni memang banyak berjasa. Dan antara jasa paling dikenang ialah menjadi tempat seekor kucing gerila masuk beranak. Habis slip gaji aku bertempek darah (tapi apa cerita kumpul slip gaji macam kumpul setem?)

Tapi dua bulan lalu, dua gempa bumi berukuran 6.4 dan 8.0 skala Richter menggegarkan Flora 2 dalam tempoh tidak sampai seminggu.

Semasa kejadian, aku mengerekot dalam tilam Siam seraya hati memanjat doa. Selang tiga minit, gegaran reda. Aku buka tilam dengan peluh membutir di dahi dan belikat. Apa yang aku lihat cuma kehancuran dan kemusnahan. Ya, keadaan dekorasi Rumah Puaka yang dulu indah, bagai menerima sentuhan Eric Casa Impian, kini punah dan kacau bilau.

Surat khabar dan kain baju bersepah, pinggan mangkuk berserakan, debu-debu kecil menjulang naik dan melekat di siling, kipas dan dinding.

Tambah menyedihkan apabila melihat almari Eiffel aku yang rabak dan terburai. Air mata aku bergenang mengenang betapa kerdilnya diri tatkala berhadapan situasi tak diundang itu. Kehidupan selepas gempa terasa begitu sukar. Apatah lagi setiap kali balik kerja dan menatap rupa Eiffel yang sering menjerit kepada aku, Kill me! Kill me, pleaseee!

Dan kelmarin, aku nekad mulakan hidup baru bersama Burj Dubai.



9 Responses to “Dari Menara Eiffel ke Burj Dubai”

therosputih said...

waaa...burj dubai...cantik2...

Zakiah Hasan said...

burj dubai da tuka name daa...
burj khalifa

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

akum...
aku baru je buang menara berkembar
ko tak cakap ko ada masalah
kalau tak aku sewa jet jambo antar itu menara

mtbink.com said...

Macam mana boleh gempa bumi?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

akum
aku dah betulkan link :
http://brutalsolo.blogspot.com/

rinz raime said...

perghh.. gila dasat gobok org bujang...
kawin2 le cepat, nanti buleh beli lemari baru, utk letak baju bini...
muahahaha

JiwaKosong said...

Aslkm, fuh gud n nice blogging,cantik blog,.Mmm,leh x visit n linkkn blog saye ni http://tolongsenyap.blogspot.com ?Ok saye nak pegi la dulu,ok bye

minatgiler said...

boleh tanya Burj Dubai tu beli kat mana? Almari kat rumah pon dah hampir reban akibat terlebih muatan.. nampak sungguh moden, seperti pilihan eric casa impian.. :)

Unknown said...

minatgiler;
beli kedai perabot biasa saja di pekan sungai buloh sana. bolehlah pegi jenguk.

Powered by Blogger.