Kajian Ilmiah Mengenai Kenderaan Bermotor di Malaysia

Friday, January 29, 2010 · Posted in

1. Kita sering mengecam harga kereta di Malaysia mahal berbanding luar negara, manakala kualiti kereta tempatan pula bertaraf 'pasar malam'.

2. Statistik NationMaster menunjukkan Malaysia menduduki tempat ketiga daripada 133 negara sebagai negara paling banyak kenderaan bermotor, iaitu 641 kenderaan bagi setiap 1,000 orang.

3. Dua negara di atas yang mendahului Malaysia ialah Amerika Syarikat (765:1000) dan Luxemborg (686:1000).

4. Namun, jika diambil kira keluasan negara, Malaysia jatuh tempat kedua dengan keluasan 329,845 km2, Luxemborg pula 2,586.4 km2 = negara kecil tapi kereta banyak.

5. Apakah ini menandakan rakyat Malaysia kaya? Sudah tentu tidak kerana pendapatan per kapita rakyat Malaysia jauh lebih rendah berbanding Singapura.

6. Fakta ini sebenarnya berkait rapat dengan trend rakyat Malaysia yang gemar membeli dan menukar kereta sebagai satu bentuk meraikan hidup. Misalnya, beli kereta baru apabila naik gaji, ada kelompok peminat kereta ubah suai dan antik yang besar, beli kereta supaya tak nampak loser di mata orang kampung, jiran atau kawan, beli kereta supaya cocok dengan status kerjaya dan lain-lain.

7. Rakyat Malaysia membeli kereta bukanlah sebagai alat untuk tiba ke destinasi A ke B, tetapi sebagai lambang prestij. Misalnya, seorang CEO atau bos mestilah memiliki Brabus, sebaliknya jika mereka sekadar menaiki Wira SE ke ofis akan dilabel sebagai manusia bakhil, lokek dan duit-bukan-boleh-bawa-ke-mati-pun.

8. Setiap rakyat Malaysia mempunyai cita-cita untuk memiliki kereta idaman masing-masing.

9. Selepas dibantah geng kereta antik dan peminat Proton kotak dan tauke barang alat ganti kenderaan, kerajaan membatalkan cadangan untuk melupuskan kereta lama. Ini menyebabkan jumlah kenderaan bermotor di Malaysia bertambah setiap tahun.

10. Pertambahan jumlah kereta setiap tahun ini adalah punca nombor satu kepada masalah kesesakan jalan raya di Malaysia, terutama di bandar-bandar besar.

11. Ia diburukkan lagi dengan jumlah petak parkir kenderaan yang tidak cukup, di mana komposisi jumlah kereta dan petak parkir yang tidak seimbang menyebabkan kesesakan teruk apabila kenderaan memenuhi bahu-bahu jalan di sekitar kawasan perumahan (yang sepatutnya damai abadi), pejabat, kompleks beli belah, dewan orang ramai, padang dan tanah lapang.

12. Malangnya, langkah-langkah mengatasi masalah pertambahan kenderaan bermotor di Malaysia tidak pernah dibincangkan di media. Sebaliknya, kita dikecohkan dengan berita aku saman kau, kau saman aku, aku bongkar rahsia kau, kau bongkar rahsia aku dan pelbagai cerita jahanam yang lain.

13. Apakah mereka tidak pernah terfikir bagaimana mahu menyelamatkan diri di tengah kesesakan jalan raya ketika raksasa Gorgon menyerang bumi?

14 Responses to “Kajian Ilmiah Mengenai Kenderaan Bermotor di Malaysia”

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

akum
macam nak ambik stpm

Anonymous said...

haha.aku suka entry ni.syabas bro

Anonymous said...

keluar kereta...dan lari bertempiaran...kemudian menunggu di suatu tempat yang clear untuk melihat Encik Ultraman mengalahkan raksasa Gorgon

Danielle_Corleone said...

Tak cukup tempat parking mula la nak ambik padang-padang bola buat tempat parking. last2 budak2 (golongan remaja/kanak-kanak miskin bandar) dah tak ada tempat beriadah. Bila merempit marah pulak.

Rajuna said...

ya.
tak cukup dengan itu. kenderaan juga menjadi satu alat pengukuran sama ada cepat atau lambat jodohnya. siap ada myvi, maka jodohnya akan cepat sebagai contoh. ini secara tidak langsung mempercepatkan kadar pertumbuhan penduduk selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mencapai 70 juta penduduk pada masa akan datang.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

itu suria perkasa hitam punya musuh da
aku merempit kerana merasa cool

BooK said...

Orang sini rilek bodoh je pakai kereta biasa-biasa. Takpun, naik basikal je. Takpun, naik bas je. Kereta tinggal rumah.

Kereta sudah jadi lambang status. Macam kau cakap tu la.

semarak api said...

suke tgk cter jepun 'GTO'. onizuka nek beskal gi ngaja kt sek.best kn kalo ngra kite bole slamber cmtu..org x pndg pelik.bebas jek..ni bole lps gian nek beskal time blk kg jer.tu pon org kg da pndg smcm.hehe.

wmy said...

hey ho!

Anonymous said...

hey yaa !!

kingbinjai said...

rakyat malaya tak takut raksasa gorgon laaa

sepatumerah said...

Habeh tu.... dah tahap pengangkutan awam kita tahap gred E-, kenalah beli kete sendiri. Lepas ader kete sendri barulah boleh rempit, impak maksima, drift bagai nie....ye dok?? ;p

rinz raime said...

pehh.. adakah aku si pemilik wira SE hitam setaraf dgn mana2 CEO yg bakhil? adakah? hehehe....

Anonymous said...

Ni pendapat saya. Skg nih bukan status kot tapi trend...Hmmm bukan trend. Tapi dah jadi mind set.
tak caya cuba jawab soklan nih.
Fresh grad, baru dapat keja, apa agak2 dalam kepala kereta? rumah?
Sapa jawab kete angkat tangan?

Powered by Blogger.