Sedikit Cerita Tentang Radio di Malaya

Tuesday, January 19, 2010 · Posted in

1. Orang selalu cakap, orang-orang tua saja yang dengar radio kerajaan. Tapi selepas melalui beberapa proses mendengar radio, aku dapati ada sisi mulia pada radio kerajaan iaitu maklumat dan ilmu. Sebaliknya radio swasta korup maklumat, ilmu, idea=Dungu.

2. Masalah radio kerajaan ialah berinformasi tapi tidak menghiburkan. Masalah radio swasta pula menghiburkan tapi tidak berinformasi. Justeru berdasarkan rating, rakyat Malaysia banyak berhibur dan kurang informasi kerana mereka cenderung memilih mendengar radio swasta berbanding radio kerajaan.

3. Berinformasi di sini bukanlah setakat membaca tajuk berita atau laporan trafik atau ramalan cuaca. Tapi menyampaikan apa saja informasi berbentuk ilmu kepada pendengar.

4. Tugas menyampaikan informasi ilmu ini pula bukanlah melalui petikan kata tokoh cendekiawan atau pakar motivasi yang sudah direkod dan diulang 800 kali. Sepatutnya, tugas ini digalas juruhebah radio. Justeru, tindakan stesen memilih juruhebah daripada kalangan artis semata-mata untuk naikkan rating pendengar adalah keputusan Bodoh.

5. Nama pun juruhebah, tugasnya ialah menghebah. Kalau tugasnya cuma baca, itu jurubaca.

6. Kriteria sebenar seseorang juruhebah radio sepatutnya bukan sekadar bijak berceloteh atau memilih lagu hits, tapi dia juga mesti bijak memetik maklumat secara spontan untuk dikongsi dengan pembaca. Adalah satu kemestian seseorang juruhebah itu sangat rajin membaca.

7. Bahan bacaan itu tidak perlulah seperti bagaimana menyelesaikan rumus algebra ataupun bagaimana mahu skor A dalam SPM. Cukup dengan info kecil yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Misalnya, petua-petua nenek, tips ketika terjumpa ular sawa atau anak gajah jatuh longkang, apa perlu buat kalau dilanggar kereta atau borang apa kau perlu isi kalau nak kahwin. Ini termasuk info-info baru yang perlu diingatkan atau disegar semula (refresh) kepada pendengar seperti rukun negara (rukun Islam, rukum Iman mana?) dan berita tentang dunia luar, terutama serantau (Asean).

8. Tapi, semua info berkenaan mesti disampaikan sendiri oleh juruhebah secara langsung, bukan dirakam dan diulang seperti iklan. Barulah proses penyampaian maklumat itu sampai dengan berkesan dan tidak statik.

9. Di sinilah kreativiti seseorang juruhebah itu diuji. Tentang bagaimana menyalurkan maklumat kepada pendengar secara santai, bersahaja dan menghiburkan. Bukannya memuntahkan pendengar dengan segmen lawak meraban, pekena orang tak tentu hala dan ruangan luahan hati nak mati.

10. Oh, terlalu banyak dan setiap hari mendengar orang menyanyi, kadang-kadang buat aku senak perut juga.

11 Responses to “Sedikit Cerita Tentang Radio di Malaya”

Anonymous said...

setuju.

Amyz! said...

iklan pun merapu banyak. juruhebah syok sendiri. juruhebah tak berpengetahuan luas. pendengar yang sempit fikiran pula, suka betul nak tujukan lagu pada mak ayah tok nek dia kat dapur nun..

rosak.. rosak..

mtbink.com said...

Saya pendengar Hitz.fm

DeeN said...

Ya aku setuju! Dan aku rasa hang layak menjadi juruhebah, dude! :)

i'msosupernotcool said...

memang betol sangat..

*gua angkat dua2 tangan..

Anonymous said...

iklan pun banyak gile. pastu bila ada topik yg berkaitan luahan rasa...bole plak ada yg call siap menangis2 dlm radio..bgtau 1 mesia luahan rasa tak puas ati/cinta/sayang diri tu. seriyes cm ntah hape2. last2 aku pasang mp3 lagu donlod free. lg bagus. ekeekekek

btw...dh tau ke borang apa yg perlu diisi untuk kawen???

hahhahahah

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku membesar dengan radio .

raja ali said...

setuju sangat2..

DJ (konon) tapi x berilmu, sterotaip, dungu,

artis segera mana baca buku?

kiambang said...

hehe..penah bercita2 nak jd DJ..kene mrh ngan asben..ceh..dia jeles takot ako glame la tu haha

Hambali ® said...

haha tiba2 teringat satu DJ Er* dulu yang menyebut Angkasawan Negara ialah Dr Jamaludin Jarjis, bukan Sheikh Muzafar.

Har har har. Stupeed stupeed.

Itu bukan tersalah sebut, tapi dia memang tak tahu. Sampai jadi kes benda tu.

bain said...

Sy suka mendengar ruangan berita tiap2 jam 5petang..
tiit..tiiit..titt... Pukul 5 Petang..Sari Berita Penting....

Powered by Blogger.