Daripada Saad r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang baik (solehah), tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang baik." - Riwayat al-Baihaqi
Amal Kebajikan di Tahun Baru
Tadi aku pergi Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam. Maklumlah, memang lama aku tak buat amal kebajikan sesama insan ni. Jadi, sempena tahun baru yang masih riang ni, aku curilah masa turun sana derma apa yang patut. Amacam, sikit punya mulia tak?
[Sila tepuk tangan dan tabik..]
Kisah TUTUT [akhir] - Bye, Ada Rezeki TUTUT Jumpa Korang Ok
Minta maaf kawan-kawan. Siri realiti blog tentang Tutut terpaksa ditamatkan setakat ini saja.
Bukannya sebab tak ada penaja. Lagipun kasih sayang mana boleh ditaja. Kasih sayang bukan plastik. Seperti mana Michael Faraday tiba-tiba terjumpa medan magnetik untuk asas penciptaan eletrik. Begitulah kasih sayang. Ia satu rahsia dan kurnia dari langit. [How sweet..]
Menurut member aku. Tutut diambil orang. Tiba-tiba anak brader Syam blok sebelah mengaku dan bagitau, mak Tutut ada dengan diorang. Mak Tutut ada 3 anak sebenarnya. Entah macamana Tutut boleh terlepas menjadi anak buangan. Munginkah mak Tutut sengaja biarkan Tutut buat praktikal kat rumah puaka ni? Entahlah. Dan aku dapat rasa Tutut ni anak sulung. Anak sulung kenalah cekal. Kan.
Tutut dah tak ada. Sedih wehh. [Boleh nyanyi lagi Adam Ahmad - Kau Pergi Jua di sini]
Masalahnya sekarang.
Siapa nak habiskan Whiskas ni?
Agak-agak kalau buat inti sandwich ok tak?
Entri Terbaik Saya 2008?
[Menyahut seruan Tok Rimau menyenarai entri peribadi terbaik sepanjang tahun 2008]
Jan: Yang Warnanya Hijau
Feb: Kronologi - Sakit
Mac: Kadang-kadang Laju, Kadang-kadang Perlahan. Begitulah Hidup.
Apr: Wang Besar Pagi Itu
Mei: Zoo Negara - Keriangan Berganda
Jun: Kadang-kadang Bila Marah Pun Boleh Hepi
Jul: Satu Hari Ketika Saya Berasa Lapar II
Ogos: Matinya Seekor Patriot
Sept: Tribute to Kesatria Baja Hitam: Yang Dikatakan Die Hard Fan
Okt: Tazkirah Minggu Ini [2] - Kalau Pahala Itu Bonus Point
Nov: Mimpi Yang Sempurna
Dis: Lukisan Agung Pertama Saya
- Semua bloggers dijemput senaraikan entri peribadi terbaik. Ni kira macam sesi muhasabah diri la ni.
Tengah Hari Yang Hiba
-RM22.90-
Muka aku pucat tiba-tiba. Biar betik. Gaji tak masuk lagi ke? Atau pun ada penyamun siber yang sudah menggodam masuk ke akaun aku? Kenapa aku? Kenapa tak godam masuk akaun Ananda Krishnan ataupun Robert Kwok. Diorang punya akaun lagilah jut-jut punya.
Tengok saja baki serba menyedihkan tu, memang hati menjadi hiba. Tangan menjadi geletar. Dunia menjadi bungkam. Tahun baru tak berapa nak bermakna. Ekon di dalam kedai Mesra menjadi panas. Masa depan tak berapa nak menjadi beyond 2009.
Sedih weh.. Sedih..
Badan lesu. Perut lapar. Tangan tekan butang 'batal'.
.
.
Srutttt..
.
.
Apa cerita tertukar kad bank ni?!
