kalau itu keraian bermusim yang patut kita raikan

Monday, March 10, 2008 · Posted in ,

KALAU ITU KERAIAN BERMUSIM YANG PATUT KITA RAIKAN



Kawan. Kau patut sedar.
Kebenaran dan keadilan itu melebihi warna kulit. Itu fitrah manusia. Sesiapa pun tak dapat nafikan.

Kau ingatkah bagaimana si raja Habsyah yang agamanya Kristian dengan ikhlas hati melindungi Muhammad dan para sahabat?

Kau ingatkah bagaimana bangsa Yahudi ada diberi tempat di dalam Piagam Madinah?

Kau ingatkah bagaimana bangsa Parsi pernah bersorak meraikan bangsa Arab membuka negeri mereka dari belenggu Rom?

Dan Tanah Melayu sendiri pernah meraikan kedatangan Jepun dengan harapan Asia untuk Asia.

Ya, aku benci pada makhluk nasionalisme membuta tuli, penuh asabiyyah, menjerit menakut-nakutkan aku dengan retorik murahan tentang kehilangan ketuanan.

Sepatutnya aku dan kau lebih takut sekiranya kebenaran dan keadilan itu sudah hilang langsung. Dan kita orang-orang bawah sudah tidak punya suara apa-apa. Diinjak-injak.

Dan apabila hak-hak kita tidak dilayan sewajarnya manusia mana pun akan bangun. Meronta-ronta cuba bebas. Dan apa yang terjadi sememangnya satu ketetapan.

Ah, tak payahlah kau takut-takutkan aku.

Powered by Blogger.