Archive for July 2007

cuti 1 hari saya

Friday, July 27, 2007 · Posted in ,

CUTI SATU HARI SAYA

Kak Caq, sepupu aku masuk Universiti Kerajaan Swasta. Aku rasa pengaruh Dunia Baru boleh tahan juga. Haha.

Jadi aku jadi pemandu pelancong [baca: tukang angkat barang sebenarnya] untuk diorang. Mak Njang. Abah. Pak Su. Kak Caq.

Aku bawa kereta Ayie. Ayie bawa motor aku. Dia pergi kerja. Aku cuti. Lalala.

Universiti Kerajaan Swasta tak banyak berubah. Yang berubah cuma ada tambah bonggol jalan. Aku rasa gejala rempit sudah menular ke universiti.

Kedai runcit Good Luck dah tak ada. Ganti dengan kedai runcit apa entah aku tak ingat. Pemiliknya anak Datuk apa entah. Kronisme! Huh!!

Tapi peti sejuk pun tak ada. Tak dapat aku beli air minuman. Aiskrim adalah. Segan pula nak beli aiskrim pelangi kegemaran aku sebab aku rasa tak berbaloi berhimpit dengan junior-junior yang nak beli penyapu, berus jamban, penyangkut baju, baldi, berus gigi, ubat gigi, pen, buku nota, biskut, maggi, syampu, sabun dan ubat ketiak.

Jadi aku duduk kat luar dewan PKP sambil tengok junior-junior cantik.


KISAH ADIK YANG TAK HORMAT ABANGNYA

Adik Mahfuzah telefon aku. Bukan main 'eksyen' dia dapat pergi Jepun minggu depan ikut rombongan apa entah di universiti dia.

Bukan dia nak tanya kot aku nak kirim apa-apa. Tapi dia jerit, "Uwekkk... Jangan jeles!!"

Hmm.. Adik-adik sekarang memang tak hormat perasaan saudara-saudaranya yang lebih tua. Ceh..

yang ku kata sayang 4

Monday, July 23, 2007 · Posted in

-YANG KU KATA SAYANG 4-Berkali-kali Jeri cuba meyakini bahawa Shida perempuan baik. Cakap mak, Jeri kena selalu berprasangka baik sesama manusia dan redha pada ketetapan Tuhan. Sebab itulah Jeri percaya sesungguh hati bahawa Shida perempuan baik-baik. Shida bertudung. Shida petah berbicara. Shida si gadis funky yang happy go lucky. Itu yang buat Jeri cintakan Shida gila-gila. Sungguh-sungguh. Dan Jeri tahu pilihannya tidak silap.

Tapi bila mengingatkan apa yang Shida beritahu malam tadi Jeri jadi nanar. Dia tekan pedal Sonata rapat-rapat. Dia terlanggar amoi naik basikal baru balik dari sekolah. Basikal amoi tu terhuyung hayang sebelum terhumban jatuh ke dalam semak.

Habis terpelanting dua batang pensil Staedler. Pengasah pensil. Pembaris besi 15 sm. Pen Kilometrico. Liquid Paper. Pemadam Faber Castell. Buku teks Matematik Tambahan. Buku teks Kimia. Buku Teks Biologi. Buku latihan. Majalah hiburan Cina. Kalkulator. Tuala wanita Whisper. Tupperware isi nasi. Baju rumah sukan. Seluar trek.

Jeri rasa nak tergelak tengok aksi amoi terpelanting dan terkangkang sehingga menampakkan seluar dalam. Warna putih dan corak tompok-tompok hitam. Tapi selepas tengok amoi tu diam tak terkutik Jeri mula rasa cuak. Cemas. Dan cepat-cepat dia tekan pedal dan memecut laju. Dia berdoa minta amoi tu selamat.

[bersambung..]

adik seorang programmer

Saturday, July 21, 2007 · Posted in

ADIK SEORANG PROGRAMMER

"Tu lah adik Ong Ting Ting" Nizam muncungkan bibir pada seorang perempuan di pintu masuk ofis.
.
.
Ong Ting Ting. Duduknya di sebelah Nizam. Dia programmer yang hebat. Berkacamata bingkai hitam. Rambutnya ikal sampai ke bahu. Cakapnya kuat. Suka berkelakar. Juga suka mengunyah. Asam. Gula-gula. Cokelat. Roti. Nasi. Junk Food. Macam-macam.
.
.
"Kau tahu nama adik dia apa?"

"Err.. Apa?"

"Ong Ting Tong."

Cess. Mati-mati aku percaya.

yang ku kata sayang 3

Thursday, July 19, 2007 · Posted in

-YANG KU KATA SAYANG 3- Shida perempuan cantik. Bertudung. Rambutnya panjang lurus. Dia ada lihat gambar Shida tak bertudung di MySpace. Bulu matanya melentik original tanpa maskara. Kulitnya putih macam apam. Betis bunting padi licin tak berbulu. Yang penting sekali Shida seksi. Joned pun ada cakap Shida seksi. Sebab buah dada Shida mengkal membengkak. Tertonjol-tonjol. Walaupun bertudung tapi nampak jelas di mata Jeri tudungnya tersentak ke depan. Kata Joned juga, perempuan cantik selalunya sedang-sedang atau muat-muat tangan saja. Tapi Jeri untung. Dapat awek cantik yang punya buah dada mengkal membengkak.

Tapi Jeri tak pernah ambil kesempatan. Sebab dia sayang Shida sangat-sangat. Gila-gila. Kata Rono, kawan Jeri yang alim tetapi gemar menonton filem lucah ringan-ringan atau 3 bintang, kalau kita betul-betul cintakan seseorang kita takkan sampai hati buat yang tak elok pada dia. Jeri pegang kata-kata Rono.

Shida manja juga. Sedikit getik. Gelaknya sedikit mengilai tapi nampak comel sebab Shida akan cakap ‘upss, sorryyyy..’ apabila dia sedar ketawanya sedikit keterlaluan. Shida baik dan sopan budi bicara. Dia pandai memasak. Bila Jeri rasa susah hati Shida konsultan hatinya. Shida akan bagi nasihat macam-macam. Shida akan buat lawak. Dan dia rasa terhibur. Dia rasa bahagia. Dia dapat tidur lena dan termimpi-mimpi Shida datang dengan baju tidur satin warna merah jambu polos. Shida akan baring atas dada Jeri sambil menghembus lembut ke dalam mata. Sambil itu jari-jari Shida akan mengetik-ngetik pipi Jeri lagak seperti pemuzik piano. Kemudian perlahan-lahan Shida tanggalkan baju tidur satin warna merah jambu polos itu dari tubuhnya. Jeri rasa indikator jantungnya bagaikan mahu pecah tatkala melihat buah-buah ranum memerah kepunyaan Shida yang mengkal membengkak dan subur itu. Memberahikan.

Dan seperti selalu Jeri rasa macam nak menjerkah apabila suara mak akan memanggil-manggil suruh dia sembahyang Subuh.

[bersambung..]

betis yang bagai dikoyak2

Tuesday, July 17, 2007 · Posted in , ,

BETIS YANG BAGAI DIKOYAK-KOYAK

Aku kemalangan. Entah bagaimana aku terpulas terotel dan melanggar Wira. Pemijak kaki Suzuki menghentam kasar belakang betis aku. Kesannya otot aku cedera. Setiap kali aku membongkok rukuk aku rasa betis aku bagai dikoyak-koyak. Sakit.


MINYAK LEGEND YANG BOTOLNYA WARNA BIRU

Kata orang erti sahabat lebih dari sekadar materi.
.
.
"Taruklah minyak panas. Barulah cepat ok." Jarul prihatin.

"Aku dah taruklah. Minyak baik punya."

"Ye lah tu. Ntah apa-apa minyak kau taruk." Sampuk Pian. Juga prihatin.

"Ni hah!! [aksi menayang botol ubat]. MINYAK DAUN UBAT! Takkan korang tak tau. Minyak legend ni. Tak caya tanyalah bapak-bapak korang."

"Tapi bapak aku dah tak de. Macamana nak tanya?" Ujar Pian.
.
.
.
Alahai..

mencari cahaya

Monday, July 16, 2007 · Posted in

MENCARI CAHAYA

"Balik nanti aku dah tak tengok awek-awek seksi."

"Ye ke. Mana boleh kau tak tengok kalau dah kat mana-mana pun ada awek-awek seksi."

"Lepas ni kalau aku tengok awek-awek seksi aku akan geleng kepala dan cakap astaghfirullahhhh.."
.
.
.
Syem yang pernah berseluar pendek dan membeli tafsir Quran. Hari ni dia terbang ke Mekah. Mahu mengerjakan umrah.

Bro, farewell!!

yang ku kata sayang 2

Friday, July 13, 2007 · Posted in

-YANG KU KATA SAYANG 2-

Mahu saja dia berjumpa Joned, kawan baik dia yang kerja pomen di Bengkel Chong Mei dan beritahu tentang masalah diri. Tapi tidak jadi. Dia tahu Joned akan gelakkan dia sesunggguh hati. Dia tahu Joned akan mengutuk dan menghamun dia.

Dia cuba mengingat. Dia kenal Shida baru 3 bulan. Dia sayangkan Shida gila-gila. Dia tahu juga Shida pun sayangkan dia. Gila-gila juga. Cuma dia tidak boleh lupa apa yang Shida beritahu malam tadi. Dia murung. Rasa tertekan. Dia rasa sedih. Rasa tertipu. Rasa diperdaya. Rasa bodoh. Babi. Babi. Babi. Maki Jeri pada diri sendiri.

Jeri keluar. Ambil kunci Sonata dan pecut laju-laju. Dia nampak ada makcik tua mahu melintas. Dia hon kuat-kuat. Makcik tu terkejut. Habis berselerak bakul dibawanya. Sayur sawi, kobis bunga, peria, belimbing buluh, keledek, daun sup, bendi, kacang panjang, lobak, daun kari, cili api, bayam, kangkung, petola, terung, nenas, petai, kerdas, asam keping, cili kering dan macam-macam jenis sayur lagi terpelanting. Hantu sayur ke apa makcik ni? Hahaha. Jeri gelak kuat-kuat. Dia suka.

[bersambung..]

driver. luarbiasa.

Wednesday, July 11, 2007 · Posted in

DRIVER. LUARBIASA.

Aku selalu jumpa orang bawa kereta sambil pegang fonbimbit. Itu biasa.

Aku juga pernah jumpa orang bawa kereta sambil cakap sorang-sorang. Itu tandanya dia cakap guna fontelinga. Tidak pun dia tengah menyanyi ikut lagu di radio. Itu biasa juga.

Tapi Ahad lepas aku dan Lalbi ada jumpa orang bawa kereta sambil cukur jambang!

Serius, itu luarbiasa!

yang ku kata sayang I

Sunday, July 08, 2007 · Posted in

SEBUAH FRAGMEN CERPEN RADIKALUSIA YANG PASTI DIKEROMOK EDITOR

-YANG KU KATA SAYANG 1-


Jeri rasa marah sangat. Sudah dua tiga kali dia bangun dari tidur. Menjenguk muka jendela, meludah ke luar dan menatap air liur sendiri jatuh pecah ke dada mozek. Dia rasa marah lagi.

Dia murung. Rasa tertekan. Dia tidak boleh lupa kata-kata Shida malam tadi. Dia rasa sedih. Rasa tertipu. Rasa diranjau. Rasa bodoh. Babi. Babi. Babi. Maki Jeri pada diri sendiri.

[bersambung..]

kalau mimpi itu nostradamus

Wednesday, July 04, 2007 · Posted in ,

KALAU MIMPI ITU NOSTRADAMUS

Mobil bimbit bernyanyi.

Ada air mata dan sedu tertahan di hujung talian. Aku mula cantumkan keping-keping mimpi itu. Tentang armadillo. Kura-kura. Penyu. Arnab. Juga Sloth.

Betapa aku dapat merasa lajunya salur ventrikel aku disumbati darah.

Aku keliru.

Aku benci mimpi yang tiba-tiba mahu menjadi Nostradamus. Seolah-olah dia telah menulis nasib dan takdir aku lebih awal.

Dan aku faham. Aku. Dia.
Kami.
Platonik. Mungkin sampai bila-bila pun.

mutasi iii

Monday, July 02, 2007 · Posted in , ,

MUTASI III

Seingat armadillo kura-kura tak pernah menangis. Kura-kura kental jiwanya. Tak seperti penyu.

Tapi satu hari kura-kura telefon. Dia menangis tertahan-tahan.

"Eh eh, kenapa ni?" Tanya armadillo.

"Nak masuk lumba lari tapi diorang tak bagi."

Kata kura-kura lagi dia tak boleh masuk lumba lari sebab tak bayar yuran penyertaan. Dia rasa sedih dan lonely. Dia rasa stres. Murung.

Armadillo tak tau nak cakap apa. Sebab dia bukan pakar psikiatris. Dia suruh kura-kura buat surat rasmi dan beri pada ketua AJK. Namanya Sloth kalau tak silap. Kot.

Sebab dulu armadillo pernah buat surat tangguh yuran masa berlumba lari dengan tenggiling dulu. Tapi itu cerita dulu.
.
.
Poop..
.
.
Aku terjaga. Aku tengok jam. Alamak, dah 15 minit aku duduk dan tidur di dalam tandas ofis.

Aku basuh muka. Aku keluar. Aku dah tak rasa mengantuk dah. Hmm.. Semua oklah. :)

Powered by Blogger.