Archive for 2010

Corat coret Tahun Baru 2011

Friday, December 31, 2010 · Posted in , ,

Sikit jam lagi tahun baru. Aku sekarang di kampung dan aku bukan bercuti, tapi dihantar bertugas di utara sini. Lama aku tak update blog. Terpaksa aku melangut lama berfikir apa benda aku nak tulis. Ini serba ringkas sebelum habis tahun ini.

Banyak sungguh orang mengeluh pasal cepatnya masa berlalu. Padahal masa itu relatif dan semua orang ada 24 jam sehari untuk diisi dengan segala macam aktiviti. Dan aktiviti itulah yang menentukan relatif masa kau.

Ambil contoh Mamat dan Muin menaiki tren sama dan menghala ke satu destinasi sama juga. Dalam tren itu, Mamat cuma tidur dan sedar-sedar dia sudah sampai. "Eh, cepatnya masa berlalu.." kata Mamat sambil menggosok mata.

Lain pula dengan Muin. Macam-macam dia buat. Berjalan merentasi gerabak. Mengeteh di kafeteria. Tangkap gambar awek dan pemandangan serta bermain Facebook. "Eh, dah sampai. Cepatnya masa berlalu.." kata Muin apabila sampai di stesen.

Jadi, dua kes di atas menunjukkan takrif masa yang relatif. Mahu tahu lanjut kau kena studi dari buku Albert Einstein, lelaki Yahudi dari Jerman.

Sebenarnya aku nak tulis pasal kontroversi isu Syiah. Tapi, tak jadi sebab semua pakat demam Malaysia menang Piala AFF Suzuki itu hari. Dari Perlis sampai ke Sabah, masing-masing syok sakan bercerita pasal pasukan kebangsaan kita. Aku ramal tahun depan, mungkin akan berlaku trend orang ramai turun ke stadium tengok bola. Mungkin permainan meyakinkan skuad negara sepanjang kejohanan AFF lalu membangkitkan semula kenangan generasi era Super Mokh dan Semi-Pro. Zaman ketika Malaysia mengecap kemasyhuran bola sepaknya.

Secara rambang, peminat bola yang true dan faham dengan tahap bola sepak tempatan, menang atau kalah bukanlah satu isu pun. Yang penting kau melawan dan main bola betul-betul sebab kerja kau main bola. Senang saja.

Banyak buku tahun ini aku tak habis baca. Aku tak tahu sama ada gejala buruk itu berkadar arus dengan usia yang kian meningkat. Tahun ini, aku harap aku dapat baca banyak buku sains, agama dan falsafah untuk pencerahan. Ini termasuk cerita pasal isu-isu dunia.

Aku harap hidup dan kerja aku sukses. Aku harap aku jadi orang baik-baik. Aku harap aku dapat menggembirakan semua orang. Aku harap wang ringgit dan persekitaran tidak menguburkan akal dan isme yang aku pegang. Aku harap aku dijauhkan sikap hasad dan kikir. Aku harap aku dapat terus berlucu-lucu di blog ini. Aku harap dapat terus berharap.

Selamat tahun baru semua!!

Jawapan hujung tahun (II)

Monday, December 20, 2010 · Posted in

Dato Why said...
Kenapa saudara belum bangun lagi...sekarang dah pukul 9.45AM...mcm mana nk murah rezeki kalu bangun tengah hari...Sila jawab dengan sejujurnya..

Petani, nelayan, peniaga memang elok bangun pagi. Sebab masa tu rezeki diorang murah. Kalau penoreh toreh getah jam 12 tengah hari, pukul berapa pula nak kutip susu getah? Sama juga dengan petani dan peniaga.

Tapi tak semua orang bekerja waktu normal. Macam abang askar, pak guard, brader bawa lori, repair jalan, mapley kedai mamak, doktor on call, jururawat masuk shift petang dan bla.. bla.. bla.. Diorang semua ini terpaksa tidur siang supaya murah rezeki waktu malam.


n!da said...
oke3!!

1. da kawen?
2. klw blom, ade awek?
3. klw da, anak bape?

kikiiii. tu jeee. ohoho

1. Belum.
2. Bila kawin baru aku bagitau status aku. Buat masa sekarang malas aku nak jawap soalan ala Melodi ni. Hehehe.
3. Tak relevan jugak pasal belum kawin.


KyleLina said...
nak tanya gak. Kenapa tak jawab2 lagi sume soalan tu?
Sedang bercuti. Tak ada masa. Sekarang sudah jawab ok.


rinz raime said...
hohoho...
kelakar aku baca soklan2..
tp aku nak tanya gak...
1)ko rasa nt 5,6 tahun lagi apa jadi dgn malaysia nih dr segi ekonomi, politik dan sosial.. kalau teruk,aku nak dok negara lain la..
2)tak terpikir buat gathering ke utk peminat2 ko, ko kan dah jadi celebriti.. kwang2...

1. Kita kena faham negara kita sekarang sedang dalam fasa berkembang. Kini, banyak pengaruh di segi idea dan budaya sudah menjadi global. Rakyat akan buat perbandingan dengan negara-negara lain. Aku bukan Nostradamus boleh ramal apa akan jadi. Tapi jika dilihat perkembangan semasa, Malaysia akan melalui hari-hari sukar dalam tempoh 10 tahun akan datang. Tak ada masalah pun nak duk negara lain. Asal dunia ni pun tanpa sempadan. Cuma jadi manusia yang baik-baik sajalah.

2. Setakat ni, blogger yang lagi ramai follower daripada aku pun tak pernah buat gathering bagai. Kenal dan mesra dalam dunia maya ni pun dah cukup. Kalau terjumpa di luar tu boleh saja tegur dan pekena teh sekali. Tak ada masalah.


! 18++ Only said...
Jom pakat gelak kat hantukaklimah.blogspot.com komen dan menang DVD hantu kak limah balik rumah sekarang!

Hoi, aku tak tengok lagi!!


ila said...
en kelambu sihat...?lalala..

Sihat saja. Soalan simple macam ni yang kita nak. Hahaha..


Anonymous said...
1. encik kelambu dah ada awek ke belum?
2. siapa best pren encik kelambu?
3. apa adiah paling best yang encik kelambu dapat tahun ni?
4. encik kelambu ensem tak? hehee..

1. Rujuk soalan nida.
2. Susah nak jawab soalan macam ni. Pendapat aku, best friend bagi kaum lelaki tak spesifik kepada satu-satu lelaki. bagi aku, siapa yang rapat dengan aku dialah best friend aku. Best friend ni pulak macam-macam. Ada best friend tengok bola. Ada best friend pinjam duit. Ada best friend sembang kencang. Ada best friend serius.
3. Banyak. Jaket askar, cup cake, baju Melayu dan makan spageti mahal.
4. Kalau baca entri-entri aku, memang aku perasan aku hensem. Kahkahkah! Soalan ni subjektif sebenarnya. Ada orang puji aku hensem, ada yang cakap aku tak hensem tapi macho. Ada yang cakap hidung aku kembang bila gelak. Ada yang cakap aku pendek, selekeh, ustad tak boleh pakai (bila masa aku jadi ustad?) dan bla.. bla.. bla.. Tapi aku pegang satu perkara. Kalau kau hensem, ramai lagi orang hensem daripada kau. Kalau kau huduh, ramai lagi orang huduh daripada kau. Banyak lagi benda perlu difikirkan.


sUe said...
wahh.. selamat hari lahir kelambu!

buat masa ni tak ada apa2 soalan lagi...cuma nak ucapkan "semoga panjang umur dan murah rezeki."

have a nice holiday. =)

Terima kasihhh!!


Updated!!

Semarak Api said...
shri bpe bjik buku kelambu bc?buku fav?
skli ckp pnuh dgn fkta..kompius den.hbt tol!

Takdelah sehari satu buku habis baca. Tapi, tiap-tiap hari mesti baca. Bagi aku, membaca ni macam makan. Kalau makanan untuk perut ialah nasi, buku pula makanan untuk otak. Walaupun sekarang masa dah tak berapa nak lapang macam dulu untuk aku habiskan berjam-jam mengadap buku, tapi aku tetap baca juga. Tabiat baru aku ialah bawa buku dalam jamban dan aku boleh langsaikan sekurang-kurangnya dua bab setiap kali sesi memerut.

Orang cakap, buku favourite kita ni berubah ikut usia. Dulu, aku remaja tipikal juga, aku baca novel pop. Buku favourite lain aku masa tu ialah buku biografi tokoh-tokoh dunia dan aku paling suka, ensiklopedia bergambar. Sekarang, aku dah beralih kepada novel berat dan separa berat yang ditulis dalam bahasa cantik dan mampu buatkan aku berfikir. Aku juga selalu baca buku esei pasal sosial dan politik dunia sebab keperluan kerja. Lagi satu, kemunculan Wikipedia memang berjaya memuaskan nafsu aku yang suka baca ensiklopedia. Terima kasih Jimmy Wales dan Larry Sanger!

Pasal tulis penuh fakta ni sebenarnya tak adalah aku ingat semua. Kadang-kadang aku pun tak berapa pasti fakta yang aku nak tulis. Jadi, aku confirm balik fakta samar-samar tu dengan bertanya kepada Lebai Google dan Prof Wiki. Hahaha!


prof nik said...
ehem2.. boleh menyoal lagi ke ni? byk sebenarnye aku nak soal ni. hahahaa.

1. nape la nko x ade awek2 lagi? cube terus terang.. kt tempat keje nko xde awek ke? kt umah puaka nko xde awek ke? makcik jual goreng pisang depan umah puaka tu, xde anak dara ke?

2. janggut nko dah panjang mane?

3. azam awal muharam?

4. azam 2011?

5. aku nk nko jawap semua soalan ni dgn jujur.. kalau nko x jujur... dosaaaa. hahaha


1. Soalan aku, perlu ke aku bagitau aku ada awek. Kalau kau tengok The Social Network, ada satu part kawan Zuckerberg, Eduardo break up dengan awek dia pasal status dalam Facebook. Woi, orang yang bagi algoritma Facebook sendiri tak kecoh pasal status dia, bai. We are all in the social network. Why so serious?

2. Janggut aku setakat ni tak pernah lebih segenggam tangan. Sebulan atau dua bulan sekali aku akan potong.

3. Hidup aku tak pernah ada upacara azam apa-apa setiap kali tahun baru. Sebab aku berazam ikut suka aku. Kadang-kadang aku azam dalam bulan Safar. Kadang-kadang Rejab. Dan aku selalu bayangkan dunia yang tanpa kalendar dan kita tidak ditakutkan dengan masa untuk menjadi manusia yang semakin hari semakin baik.

4. Sama macam jawapan di atas.

5. Brader, jangan sesuka hati gunakan label dosa untuk takutkan orang. Manusia bukan tuhan. Manusia juga bukan malaikat. Manusia juga bukan syaitan. Manusia ialah manusia. Amacam, jawapan? Kahkahkah!

Jawapan hujung tahun (I)

· Posted in

therosputih said...
selamat ulang tahun kelahiran encek lanzo....
mau tanya ni je, amacam life bro skrg...? apa target nak capai skrg...?

Nak sebut pasal life ni, jawapannya banyak dan subjektif. Nak kata perfect segala segi tak adalah. Mungkin di segi kesihatan aku ok, tapi dalam aspek kewangan, aku rasa aku baru setakat separa ok saja. Pasal social life, aku sama saja macam orang lain juga. Ada masa aku gembira, ada masa aku sedih. Ada masa aku kecewakan orang dan ada masa orang kecewakan aku. Walaupun kita selalu mengeluh dengan rutin hidup yang statik, tapi sebenarnya banyak benda berbeza yang kita sedang hadap hari-hari. Target nak capai? Kahwin kot. Kahkahkah!


b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...
salam bro
1. apakah soalan yang tak mampu dijawab oleh team malaysia hingga terlepas pulau batu putih ?
2. wajarkah angkatan tentera menerima kenaikan gaji, sedangkan kita terlepas pulau batu putih dan tanjung pagar hanya atas kertas bukan berperang?
3. dalam banyak kes atau keadaan wanita selalu bertahan, wajarkah kementerian pertahanan di beri pada wanita?
4. antara harimau kumbang dan waja timur, yang manakah anda ingin lakonkan watak jika diberi peluang?
5. seperti tahun lepas, adakah anda mahukan awek lama gua disebabkan gua bercadang mencari yang baru?
6. marahkan nyamuk Kelambu dibakar.. kenapa marah benar orang kepada kamu dari dahulu lagi?

ok jawab

1. Dalam dunia moden hari ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) adalah tempat terbaik untuk selesaikan sebarang isu perebutan sempadan/wilayah. Jadi, mana-mana negara boleh saja bentangkan dokumen mereka tentang wilayah yang mahu dituntut. Siapa yang kalah kenalah terima dengan hati terbuka. Berhubung hal Batu Putih ni, aku fikir pasukan Malaysia tak cukup dokumen untuk dapatkan hak pulau tu. Mungkin (aku kata mungkin) juga kita tak cukup political willing untuk betul-betul nak dapatkan pulau tersebut. Tapi, perlu diingat, kita juga pernah menang atas tuntutan Pulau Sipadan. Ini termasuk hak mendapatkan Borneo (Sabah/Sarawak) melalui Suruhanjaya Cobbold ketika membentuk Persekutuan Malaysia dulu. Soalan yang tak mampu dijawab ialah sebab apa kita kalah? Pernah tak kita dijelaskan mengenai sejarah pulau tu dan apa dokumen yang kita ada? Tapi, apa yang asyik dipantakkan di media ialah Singapura merampas wilayah kita.

2. Siapa tak nak kenaikan gaji bro. Tanyalah sapa pun. Buruh kontrak, posmen ke, pegawai kerajaan dok dalam bilik besar ke, semua nak gaji naik. Pasal gaji ni, terpulang kepada majikan nak tentukan macamana. Dalam konteks ketenteraan, ATM adalah majikan yang jaga kebajikan abang-abang askar kita. Dioranglah yang akan buat usul sama ada kerajaan patut atau tak naikkan gaji askar. Gaji tu biarlah ikut merit dan tugas ketenteraan yang diorang buat. Aku sebenarnya tak peduli sangat pasal gaji tentera sebab aku tau gaji diorang tak adalah besar mana pun kalau nak dibandingkan dengan cukong-cukong kapitalis di negara kita.

3. Kalau Datuk Robiah boleh jadi pengarah polis di Bukit Aman, tak ada sebab wanita tak boleh pegang jawatan tertinggi dalam tentera. Lagipun setahu aku, merit dalam pasukan keselamatan agak ketat dan boleh dipercayai. Tak sama seperti makna merit dalam politik, iaitu siapa kuat menabur duit dan gebang kencang akan cepat naik.

4. Aku pilih Waja Timur sebab dia contoh terbaik untuk kau belajar tentang setiakawan, ukhuwwah, kepimpinan dan makna cool. Harimau Kumbang emo lebih. Tapi rambut aku lebih kepada Harimau Kumbang.

5. Cun macam Lisa Surihani tak? Kahkahkah!

6. Aku tak tau siapa yang cipta pepatah tu. Tapi, aku syak dulu ada banyak insiden orang bakar kelambu sebab marahkan nyamuk. Walhal, diorang tak tau kelambu diorang mungkin saja koyak atau diorang sendiri tidur buas tendang sana sini sampai kelambu terbuka. Tapi, itu terjemahan di segi harfiahlah. Kalau diambil di segi maksud pepatah, spesies manusia macam tu memang ramai. Aku tak tau itu ada kaitan dengan genetik austronesia atau human nature.


Amy Z! said...
Kenapa perlu penyelarasan untuk permulaan gaji di Msia?

Dulu, sistem ekonomi berskala kecil dan majikan ada kuasa total untuk tentukan kadar gaji pekerja mereka. Tak ada kerajaan atau mana-mana NGO yang boleh campur tangan dan tetapkan berapa gaji buruh-buruh tu patut dapat. Untunglah dapat majikan bagus, tapi kalau dapat majikan macam celaka, alamat kau kerja macam hamba. Tapi, resam majoriti majikan, rata-ratanya macam celaka dengan bertindak memerah keringat dan abaikan kebajikan buruh untuk mengautkan keuntungan besar.

Kemuncak perjuangan hak buruh tercetus selepas Revolusi Industri di Britain sekitar abad ke-18 dan 19. Bermula dari situlah undang-undang buruh digubal hasil konsensus antara majikan dan wakil buruh berhubung isu gaji, perubatan, cuti, berapa jam bekerja dan bla.. bla.. bla..

Berbalik kepada isu pelarasan gaji, bagi aku, buat masa sekarang, itu sajalah kaedah terbaik dalam menangani penindasan dan eksploitasi pekerja serta menstabilkan sosial ekonomi sesebuah negara walaupun realitinya golongan buruh sampai bila-bila pun tidak pernah mendapat keadilan sewajarnya.

Kaedah ini sama juga macam sistem peperiksaan untuk tentukan siapa paling cemerlang di sekolah/universiti, sekali gus menetapkan kadar gaji seseorang lepasan graduan. Soalannya, betulkah kelompok-kelompok cemerlang tu berupaya memberi sumbangan kepada mewujudkan sistem ekonomi yang lebih baik dan tidak menindas? Atau diorang berterusan melabelkan golongan buruh/bawahan sebagai malas dan tak nak mengubah nasib sendiri.

Pelarasan gaji itu pun boleh dieksploitasi juga kerana pihak yang tentukan berapa gaji pekerja itu ialah kalangan mereka yang tidak pernah memburuh pun. Ambil contoh Sultan Bola, apakah dia seorang pemain bola sepak? Tak hairanlah bola sepak kita tak pernah berkembang pun.

Lagi satu, pelarasan gaji ini juga antara kaedah mudah untuk atasi masalah lambakan graduan selain menjaga kepentingan kakitangan awam (baca: politik pemerintah menjelang pilihan raya).

Bayangkan seorang lepasan graduan dilantik jadi pegawai kanan atas dasar merit dengan gaji RM5,000, apakah pegawai-pegawai senior tidak akan rasa panas bontot menerima pelantikan itu? Sudahnya, gaji diselaraskan mengikut senioriti dan kuasa orang atas.

Kita sudah biasa sangat dengar keluhan pekerja-pekerja yang komplen pasal bos tak pandai buat kerja. Tapi, komplen itu ke mana? Apakah ada salurannya? Kita asyik kecoh pasal penilaian majikan ke atas KPI pekerja. Tapi siapa pula menilai KPI majikan? Sepatutnya pekerjalah. Bukannya majikan atas majikan atas majikan.


Jawapan untuk soalan lain akan bersambung kemudian...

Mengenal Mark Zuckerberg dalam The Social Network

Wednesday, December 08, 2010 · Posted in

Mark bersama jeans dan sandal memang tak dapat dipisahkan.

Aku baru lepas tengok The Social Network (TSN), cerita mengenai pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Tentang sebab musabab mengapa mamat nerd berambut keriting itu tubuhkan Facebook dan beberapa konflik yang dia hadapi sepanjang menghasilkan laman web paling fenomena di planet bumi ini.

Siapa saja yang paranoid dengan Freemason, Illuminati dan agenda Yahudi disarankan tengok cerita ni, yang diadaptasi daripada buku bukan fiksi, The Accidental Billionaires, karya Ben Mezrich.

Walaupun Facebook ditubuhkan selepas insiden 11 September, yang menjadi pencetus kepada sekian banyak teori konspirasi mengenai dajal dan segitiga ada mata, tetapi motivasi Mark untuk mencipta Facebook langsung tidak menyebut perihal Islam dan Osama Laden. Apatah lagi tentang politik Amerika mengenai gerakan pembaharuan atau reformasi melawan George W Bush.

Apa yang dapat aku lihat, jika kita ketepikan faktor genius dalam kepala otaknya, Mark sama saja seperti anak muda lain yang ada perasaan tipikal tentang cinta. Kecewa bila berlaku penolakan.

Secara kebetulan, rasa kecewa menonggeng itu mendorong Mark melakukan godaman super genius ke atas laman web universiti sebelum dia menemukan 'Eureka' melalui idea adik-beradik Cameron dan Tyler Winklevoss.

Satu lagi, Mark ketika melancarkan Facebook pada 2004 baru saja berusia 20 tahun. Dan ada khabar angin mengatakan dia pernah melantak daging koala atas kapal layar. Habis tu, tak reti-reti cari daging koala!

Bukan rebiu 2 Alam

Monday, November 29, 2010 · Posted in , ,

Masa balik kampung 2-3 minggu lepas adik aku cerita, orang Jitra (mungkin geng-geng dia saja kot) tak suka dR Rozmey sebab overexposed. Ini kerana penduduk Jitra terpaksa mengadap muka dia sepanjang masa yang terpampang di mana-mana sudut bangunan miliknya, Herba Prima Marketing (rujuk gambar di atas). Adik aku hairan macamana pekerja dia boleh tahan kerja di situ yang mana diorang kena mengadap muka dR Rozmey setiap hari. "Silap-silap dalam jamban ofis pun ada muka dia. Uihh, tak boleh blah aku!"

Tapi secara peribadi, walaupun agak lucu, aku sebenarnya respek dengan jutawan kita seorang tu. Dia satu-satunya businessman yang jadikan sosok tubuh sendiri sebagai model jual produk kesihatan dan jual filem.

Ok, korang bising bila iklan di media banyak eksploit wanita. Asyik ambil model pan Asian saja yang tak ada langsung muka Melayu? Korang marah bila iklan tivi dan surat khabar penuh dengan paparan seksual. Tapi datang part dR Rozmey jempul ibu jari, korang panas bontot pulak. Apa cerita ni, brader?

Walaupun tak terasa nak tengok 2 Alam, tapi serius, setiap kali aku nampak muka dia dalam surat khabar, aku jadi hepi. Jadi, orang yang bagi aku hepi, aku kena respek. Simple.

"Kenapa orang tak hepi bila dR tunjuk best? dR bukan tunjuk isyarat lucah pun."

Makanan untuk dimakan, bukan untuk fikir terlalu jauh

Sunday, November 21, 2010 · Posted in , ,

Ini baru pure kekejaman, kawan. - Korban perang di Iraq

Ada blogger dan dua tiga orang rakan Facebook ajak join kelab antisayur. Respons awal aku gelak. Apa jadah nak kena ada kelab antisayur? Kenapa sayur begitu dibenci? Apakah sayur ini metafora kepada Barack Obama atau Benjamin Netanyahu?

Ok. Selepas dikaji dan diteliti, barulah aku sedar kewujudan blog tersebut adalah reaksi kepada komen dari kumpulan vegetarian dan pencinta haiwan yang mempertikaikan acara penyembelihan 'beramai-ramai' lembu sempena ibadah kurban umat Islam.

Sebenarnya, isu ini aku dah baca lebih kurang 4 tahun lepas. Cuma masa tu Facebook belum ada. Jadi, ideologi dan faham herbivor ini belum menular.

Argumen yang digunapakai oleh kumpulan vege ini ialah kasihan kepada binatang. Jadi, sebarang acara pembunuhan binatang untuk dijadikan makanan dianggap sebagai kekejaman dan penindasan. Tambahan lagi, lembu-lembu itu tak mampu melawan.

Lalu, gambar-gambar lembu disembelih dan dilapah dengan darah terpercik dan mata kuyu dipaparkan di laman-laman blog kumpulan vege ini. Tipulah kalau aku tak rasa apa-apa apabila tengok gambar lembu-lembu disembelih itu. Memang sadis dan mengerikan serta menimbulkan rasa kasihan dalam hati.

Tapi apabila aku berfikir berpandukan rasional, aku anggap semua kenyataan dan gambar dalam laman blog tersebut tidak ubah seperti ejen propaganda saja. Macam propaganda UMNO sebagai satu-satunya penyelamat Melayu. Atau propaganda brader Anwar Ibrahim nak ke Putrajaya. Rasionalnya satu saja, KUASA. Jadi, rasional laman vege itu adalah mengajak orang ramai mengikut fahaman mereka.

Kita berbalik kepada fahaman vege ini. Aku tak nak berhujah di segi agama. Nanti berlaku tuduh menuduh dan saling kondem kepercayaan agama masing-masing. Ramai pengikut mazhab vege ini terdiri daripada kalangan penganut Buddha dan Hindu. Tapi aku keliru juga sebab ada penganut dua agama itu yang dibenarkan makan daging. Mungkin ada sesiapa boleh tolong jelaskan kepada aku.

Ada juga Kristian menjadi vege. Dalam Islam aku tak tahu sama ada wujud atau tidak fahaman vege ini. Tapi aku ada ramai kawan aku yang anut fahaman tak makan ikan, sayur, pedas dan fast food. Hahaha!

Fahaman vegetarianism ini muncul pada zaman India dan Greek kuno sekitar abad ke-6 sebelum Masihi. Bagaimanapun, vegetarianism moden diasaskan oleh Vegetarian Society di Ramsgate, sebuah bandar tepi laut terbesar di England pada 1847.

Masing-masing punya hujah sendiri dan bagi aku ialah respect. Aku bukan fasis agama yang menidakkan agama atau fahaman anutan umat manusia lain. Apa yang dibuat penganut agama lain, walaupun mungkin bagi kau nampak sadis, bodoh dan kau anggap tak cocok dengan jiwa kau yang kononnya penuh humanis, kau diam sajalah. Tak perlu dicanang-canang dan timbulkan kebencian kerana dunia ini bukan milik kau seorang. Kita berkongsi bumi yang sama.

Hujah aku pula, kita kembali kepada fitrah sains manusia. Manusia itu termasuk dalam kategori omnivor, yakni mamalia pemakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Jadi, bagi aku, sesiapa yang anti mana-mana kategori makanan itu bolehlah aku anggap sebagai melanggar fitrah sains manusia.

Dulu, di sekolah pun kita ada belajar. Apa yang ada di dunia ini adalah saling bergantung dan melengkapi. Ada kitaran yang perlu dipenuhi sama ada kitaran hidup (bayi-kanak-kanak-remaja-dewasa-tua-mati) atau kitaran makanan (pemangsa-mangsa). Ini semua tuntutan dan fitrah asas manusia.

Manusia akan tua, itu fitrah. Dia mungkin boleh nampak muda 10 atau 20 tahun, tapi hakikatnya dia tetap tua. Manusia juga perlukan makanan yang bukan saja daging, tetapi sayur. Baca semula sejarah peradaban manusia. Kalau kau biasa main games Age of Empires (apa barang Farmville!), kau perlu ternak lembu, biri-biri, ayam dan babi untuk besarkan tamadun kau. Sistem ekonomi awal manusia digerakkan oleh penternakan dan bercucuk tanam. Lihat, haiwan-haiwan itu sudah diternak manusia beribu-ribu tahun lama.

Hasil ternakan dan buruan bukan sekadar untuk makanan tetapi juga keperluan lain. Selain daging salai dan ikan kering atau sayur dan buah yang dijerukkan, telur misalnya boleh dijadikan stok makanan ketika bencana yang begitu akrab dengan sejarah ketamadunan manusia. Makanan diperlukan untuk survival manusia dan haiwanlah yang memenuhi keperluan itu.

Sebelum berlaku penternakan, manusia keluar berburu dan aktiviti itu memerlukan tenaga, kemahiran, strategi dan kesepakatan. Namun, diakui aktiviti berburu sangat meletihkan dan rasa tak berbaloi terpaksa berjam-jam lama hanya untuk dapat seekor kijang atau pelanduk yang kecil. Di sinilah penternakan diasaskan. Ini berlaku kerana manusia itu haiwan berfikir. Tidak seperti harimau yang sampai sekarang kena terus berburu, alternatif kepada kesukaran berburu itu, manusia mencari haiwan yang boleh diternak mereka, iaitu haiwan yang aku sebut di atas tadi.

Daging haiwan bukan saja memenuhi keperluan makanan, malah, kulit haiwan digunakan untuk buat pakaian dan kediaman. Itupun sebahagian kehidupan asas manusia. Manusia nomad dulu berpindah sambil membawa haiwan ternakan untuk mengelak terputus bekalan makanan. Susu sebagai minuman dan daging sebagai makanan. Haiwan-haiwan ternakan ini menjadi sumber makanan bergerak bagi manusia. Sayur celah mana nak tanam? Di sini, daging nyata lebih relevan dalam survival manusia dulu.

Apakah harimau membunuh lembu boleh dianggap sebagai kejam sedangkan itulah makanan dia? Kalau harimau bunuh harimau dan makan spesies sendiri itu barulah kejam. Itu sudah langgar fitrah harimau. Sama juga manusia. Membunuh manusia lain atas apa alasan sekalipun adalah melanggar fitrah kemanusiaan, tetapi menyembelih lembu untuk dimakan apakah boleh ditafsirkan sebagai kejam dan melanggar fitrah? Rasional sikitlah brader.

Tapi, yang pandai-pandai buat grup antisayur ini apasal pulak? Nak aku cerita pasal manusia dan sayur pulak ke? Prinsip aku senang, sebagai manusia beragama, aku makan segala apa yang dihalalkan. Tak ada istilah pantang dan anti mana-mana makanan dalam hidup aku.

Bah oh Bah (3)

Wednesday, November 10, 2010 · Posted in ,

Selepas difikir-fikir, aku rasa tak ada fiil pula nak tulis pasal banjir itu hari. Jadi aku rasa mahu tamatkan siri Bah oh Bah dalam entri kali ini supaya aku dapat berfikir tentang perkara lain. Tentang benda-benda hepi misalnya untuk memulihkan mood aku yang masih dalam keadaan trauma (lah sangat).

Sebenarnya, apalah sangat banjir empat hari yang aku alami jika nak dibandingkan dengan letusan gunung berapi di Indonesia sana. Kecil saja ujian Tuhan bagi. Tapi, ketika hujan sedang melebat pada hari Isnin minggu lepas, aku memang tengah menaip pengalaman bercuti aku saat bangun pagi menuju ke Sintok. Tapi Selasa esok hari, elektrik terputus tidak sampai sejam air di rumah aku dipotong. Mood aku disentap.

Tambahan pula bateri laptop aku cuma berbaki 50 peratus saja. Jadi, aku ambil keputusan tutup laptop dan berhibernasi dalam rumah serta menjadi manusia antisosial. Aku kembali ke daerah 60-an yang tanpa teknologi.

Dan bermula Rabu hingga Sabtu, aku isikan kesunyian aku dengan menatap air bah yang mengelilingi keliling rumah. Saat itu, aku sudah tidak dapat lagi menuding mana air dalam longkang dan mana rumput hijau di padang kerana setiap garis satahnya sama saja, semuanya digenangi air.

Di jalan besar sana, air menaik paras peha dan pinggang. Banyak jalan utama di pekan dan tempat lain sekitar daerah Kota Setar terputus hubungan. Sederet taman perumahan yang berjajar sepanjang jalan Anak Bukit-Pantai Johor-Kepala Batas ditenggelami air. Lot-lot kedai turut mengalami nasib sama. Tiada sebarang urusan bisnes beroperasi. Kereta dan motosikal kelihatan berderetan diparkir di atas bahu jalan.

Walaupun hujan tidak turun lagi sepanjang empat hari itu dan cuma cuaca yang mendung, aku dapat lihat gelombang dan gelembung air di dalam parit, longkang, sungai dan di mana saja saling bertembung serta berpusar.

Abah kata, air sedang naik. Kombinasi air pasang di laut dan hujan lebat adalah punca banjir terburuk di Kedah dalam sejarah hidup aku. Sains cakap La Nina. Ini kerana lebihan air akibat hujan tidak dapat disalurkan ke laut yang mengalami air pasang. Di sini, berlaku fenomena pertembungan air di muara-muara sungai dan air ditolak masuk semula ke daratan. Inilah puncanya.

Apabila bah, semua manusia, miskin dan kaya turut merasa. Jauh di sebelah rumah sana, aku perhatikan padang landai dan berbukit yang menjadi tempat orang kenamaan bersenam dan berlatih menebas telur rona putih turut ditenggelami air.

Selain bekalan elektrik, air dan makanan yang menjadi masalah utama ketika banjir, masalah melangsaikan sisa kumuhan dan pepejal juga termasuk dalam perkara yang merisaukan orang ramai. Ini kerana sistem kumbahan bawah tanah dipenuhi air dan tak dapat berfungsi dengan baik. Jadi apabila kau pam jamban, air najis akan ditolak keluar mangkuk, sekali gus menyebarkan bau kurang enak dan mengotor halaman tandas.

Mahu tak mahu kau kena cari alternatif lain, iaitu mencari tandas awam di kawasan daratan yang tidak dilanda banjir. Bayangkan kalau satu bandar kena banjir? Mana kau nak berak? Tapi, jangan bimbang kerana satu-satunya cara penyelesaian masalah itu ialah kau terpaksa buang najis kau terus ke dalam air bah. Sebab itulah banjir kerap dikaitkan dengan penyakit yang berpunca daripada bawaan najis, sisa kotoran dan bangkai haiwan. Lagi lama banjir lagi sengsara.

Empat hari bercandle light dengan mak dan abah. Empat hari kami bercerita macam-macam di ruang beranda rumah sambil melantak mi segera. Dan aku teringatkan Momofuko Ando, bapa mi segera dunia. Lihatlah betapa hari ini makanan murahnya itulah yang mengamankan dunia yang berperang dan dilanda musibah.

Dan tiba-tiba aku perasan, warna dan gelembungnya banjir di hadapan mata aku. Bukankah itu tidak ubah seperti teh tarik yang cukup sempurna tarik, bancuhan, dan buih-buihnya. Aku terfikir, apakah teh tarik itu hasil inovasi orang Melayu yang begitu akrab dengan dunia banjir? Yang begitu mesra dengan musibah alamnya. Ah, betapa sentimental dan nostalgia banjir itu dirakamkan penuh makna dalam segelas teh tarik bergelembung.

Hari ini, ketika aku sedang menghirup teh tarik, senang saja aku terbayangkan erti sengsara, rezeki, harapan, mati, cinta, derita dan segala falsafah kemanusiaan di dalamnya.

Bah oh Bah (2)

Monday, November 08, 2010 · Posted in

(Ini sebenarnya entri imbas semula)

Sabtu lalu, 30/10/10, aku balik Kedah, ada tugasan di Sintok. Aku diarah buat liputan majlis konvokesyen UUM untuk tiga hari, Ahad hingga Selasa. Selepas mengambil kira cuti ganti kerja hari minggu (Sabtu, Ahad) untuk Rabu dan Khamis serta ditambah cuti Deepavali (Jumaat), aku longgokkan cuti aku sampai hujung minggu.

Sengaja aku mahu berlama-lama di kampung. Dan cuti kali ini aku nekad tidak mahu hubungi sesiapa pun. Aku mahu sendirian. Aku bayangkan musim cuti dengan sosok tubuh aku sedang bangun pagi dan pekena teh tarik dan roti canai dengan mak dan abah. Aku bayangkan seorang aku sedang berpusing-pusing di tengah pekan Alor Setar, mengimbas ibu kota remaja yang kian ditinggalkan, berjalan di kompleks beli-belah atau menonton wayang di pawagam kecil. Tak perlu ada sesiapa. Cuma aku seorang.

Dua hari di Sintok, Ahad dan Isnin, hujan turun tak berhenti, dari pagi membawa ke malam. Malam Selasa, jalan utama UUM ke Changlun tenggelam. Highway ke Kepala Batas pun tenggelam. Aku patah balik ikut Arau. Masuk jalan Kodiang. Mudguard kereta aku terkepak gara-gara redah air hampir satu kaki. Orang kampung alih laluan ikut jalan kampung, aku lalu tepi sungai yang airnya mengalir deras. Jantung aku dup dap dup dap.

Akhirnya aku sampai rumah ketika air dalam longkang depan rumah sudah penuh. Masuk hari Selasa hujan berhenti. Tapi air naik seinci demi seinci dan majlis konvo hari ketiga batal. Aku siapkan kerja di rumah. Air terus menaik. Bateri henfon aku ada dua bar...

Tragedi Stesen Petronas

Wednesday, October 27, 2010 · Posted in , ,

Dalam perjalanan pulang ke rumah, entah apa yang tidak kena, perut aku meragam lain macam. Isi perut aku terasa seakan dipintal taufan. Spontan, otak aku bukakan peta mencari stesen minyak dan masjid terdekat, iaitu lokasi tandas awam paling dicari di Malaysia.

Apabila bercerita tentang perut meragam atau apa saja yang ada kena mengena dengan buah pinggang atau usus besar, aku sebenarnya sudah lama bertaklid dengan pepatah ini, "Masalah rumah tangga, hubungan cinta boleh aku tolak ansur, tetapi tidak untuk sakit perut." (ceh, tak rhyme langsung).

Ini mungkin kesan trauma aku masa kecil dulu. Masa tu, dalam usia 5 tahun, aku pernah cuba nak kencing, tapi tak boleh gara-gara berjam-jam lama aku menahan kencing dalam kereta.

Sampai satu tahap abah terpaksa belikan ais batu kasi tuam atas burung dan pinggang aku. Aku tak tahu sama ada itu kaedah betul di segi ilmu medik. Tapi, kalau aku di tempat abah, itu sajalah ikhtiar paling logik yang aku akan buat sebelum fikirkan tentang hospital. Dan teknik itu berjaya.

Sejak itu, satu perkara aku belajar, 'tiada tolak ansur untuk sakit perut atau kencing'. Dan sepanjang zaman persekolahan, aku bertuah kerana termasuk dalam kelompok yang gagal terkencing atau terburai isi perut dalam kelas.

Jadi aku sangat faham situasi orang lain ketika sedang azab menahan sakit perut. Kalau ada mana-mana kawan aku sakit perut semasa sedang memandu, selepas makan atau tengah sedap bersembang, aku biasanya akan cepat carikan lokasi tandas terdekat. Kalau di kedai makan, aku akan tunjuk dan suruh diorang pergi ke tandas tanpa ragu lagi. Kalau tak ada aku sanggup serahkan kunci kereta aku. Kau cari mana-mana tandas, sudah settle kau datang balik. Serius, aku tak ada masa nak berlawak dan melengah-lengahkan masa dalam isu ini. Bagi aku, ini masalah berat. Lagi berat daripada isu Menara Warisan.

Bersambung kepada insiden aku sakit perut. Ya, aku akhirnya singgah di sebuah stesen Petronas. Tapi tandas lelaki penuh. Puas aku ketuk tapi cuma kedengaran deruan air pili. Dan aku faham sangat bahasa isyarat paling mudah tu.

Aku gesit ke tandas sebelah, perempuan. Baru saja aku melondehkan apa yang patut, pintu tandas diketuk. Sama seperti tandas sebelah tadi, aku biarkan deruan air pili yang menjawab. 2 minit. 4 minit. 6 minit. 8 minit. 10 minit. Selesai.

Sambil menarik nafas steady, aku buka pintu tandas dengan penuh ketenangan. Ada tiga wanita bertaraf kakak sedang beratur, menunggu giliran.

"Hek eleh, dah macam tak ada tandas lain nak masuk!"

Sepantas kilat pelempang aku hinggap ke pipi. Brader-brader Bangla datang cuba kawal keadaan.

Seputar PWTC dan Isu Bagaimana Pengguna Patut Menggunakan Hak Mereka

Thursday, October 21, 2010 · Posted in ,

Aku ke PWTC. Bos suruh gegar buat liputan tentang perhimpunan sebuah parti politik yang mendakwa memperjuangkan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Sumpah, sebelum ni aku tak pernah datang buat liputan mana-mana parti politik pun. Jadi, dengan langkah terpaksa aku turutkan saja walaupun dalam hati rasa tak berapa nak masuk sangat berjumpa manusia bernama datuk datuk bagai.

Selepas terlepas ke Stesen Hang Tuah dari Sentul Timur sebab asyik bersembang dengan Am, si rakan reporter, kami akhirnya sampai di hadapan lobi. Ramai orang sedang berpusu-pusu keluar untuk menunaikan waktu makan.

Kami mengorak langkah ke The Mall mencari mapley. Tiada mapley ditemui. Di luar kaki lima, kelihatan brader-brader bersampin sedang enak mencicip kopi buatan Starbucks, sebuah syarikat francais beribu pejabat di Amerika Syarikat yang didakwa menyumbang peratusan keuntungan kepada juak Zionis di Israel. Ceh, boikot produk Israel dan Amerika konon.

Sebagai menyahut dasar Tok Det, Pandang ke Timur, kami memutuskan makan di sebuah restoran Jepun yang makanannya dimasak oleh warga asing dari Asia Selatan. Kemudian, kami berpatah semula ke destinasi tujuan dan bergabung dengan TK si fotografer.

Selepas penat berjalan sambil menunggu TK menangkap gambar itu dan ini, sekarang tibalah masa untuk kami minum. Kami keluar lobi dan terlantar lelah di meja bulat. Aku angkat punggung mahu pekena sama itu teh tarik PWTC.

Teh Tarik = RM4

Dan aku cuba kaitkan antara boikot teh tarik dan pergi pekena kopi Starbucks.

Projek Mampu Milik

Wednesday, October 20, 2010 · Posted in

Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh. - Bajet 2011


Aku tak tahu RM10 bilion itu banyak mana. Tapi aku syak kalau jumlah sebanyak itu diisi dalam rumah aku, maka penuhlah ia di segenap penjuru bilik dari lantai sampai ke siling.

Perkataan projek pembangunan dan rumah mampu milik memang indah dibaca dan didengar. Rumah mampu milik adalah kata syurga bagi mereka yang miskin, baru mahu memulakan hidup dan juga kelas menengah. Projek pembangunan pula adalah kata syurga bagi mereka yang sedang meneropong mencari laba dan habuan untuk mengaut keuntungan.

Tapi, bapak menteri, beritahulah pada aku, projek pembangunan mana satukah di Malaya ini, terutama di Lembah Klang yang kediamannya masih boleh dikategorikan sebagai mampu milik?

Harga tanah, rumah, makan, sewa beli dan keperluan hidup lain akhirnya dipaksa tunduk kepada kehendak projek pembangunan. Dan tak lama lagi, muncullah spekulator hartanah yang akan membeli pukal rumah-rumah mampu milik dan menyewanya pada harga berlipat kali ganda.

Aku tak tahu sama ada orang-orang Kampung Paya Jaras dan Kubu Gajah bersedia berkongsi nasib sama dengan penduduk Kampung Baru di KL sana.

Yang Sebenarnya Kahwin (III)

Sunday, October 10, 2010 · Posted in


kahwin bukannya 'settle down'. sebab bila dah kahwin - its end your single life, but it is the begining of marriage life. - Amyz

pernah jumpa kawan 1sekolah yang tak tahan stress dan malu kerana tak kawen2 lagi. Dia telah mempalsukan statusnya di FB siap letak nama anak2 rekaannya lagi. Padahal aweks pon tak der lagi. Tu tahap desperet gilos tu.. nauzubillah - MushroomCute@Mariea

Aku tak suka bercouple. Aku tak suka budak. Aku tak rasa jeles pun tengok orang lain bercouple. Aku rasa aku kalau kahwin nanti sebabkan seks saja. - kawan aku, Pa'an (gamer kategori hardcore, true lone ranger, antisosial, rajin sembahyang)

You [men] are not our protectors.... If you were, who would there be to protect us from? - pejuang hak asasi wanita, Mary Edwards Walker


Dua komen di atas beri dua situasi berbeza mengenai apa yang akan aku bincangkan di bawah ini sebagai jawapan final buat Marquez. Satu (komen Amyz), mengenai kenapa kau patut kahwin. Dua (komen Mushroom), korang tengok, siapa cakap masalah Marquez kecik?

Di Barat, institut keluarga runtuh sebab ramai tak faham falsafah kahwin. Kahwin atau tak sama saja. Tak kahwin pun kau boleh dapat buat seks dan dapat anak. Kenapa perlu kahwin, biarkan diri kau terikat dalam undang-undang dan terpaksa pula berkelamin dengan seorang mamalia saja sedangkan kau boleh bereksprementasi tentang emosi dan biologi dengan ramai orang. Faham Barat, kahwin sekadar upacara atau adat akhir selepas kau puas atau letih melakukan eksperimen emosi dan biologi dengan orang sekeliling kau.

Kalau kau anggap kahwin dapat menyelesaikan semua masalah, kau silap. Kahwin cuma selesaikan beberapa masalah kecik kau semasa bujang saja. Tapi, selepas itu kau akan hadap masalah baru pula yang aku rasa bertambah banyak berbanding kau bujang. Cuba senaraikan masalah orang bujang dan orang kahwin. Akhirnya kau akan nampak siapa sebenarnya paling banyak masalah?

Masalah tipikal orang bujang Melayu Malaysia biasanya ialah kewangan, stres tempat kerja, nak cari pasangan, skandal awek/pakwe dan famili (mak ayah sakit, kena sara adik beradik etc.. etc..). Tolak masalah cari pasangan, orang kahwin juga mengalami masalah orang bujang. Tetapi, mereka dilambakkan pula dengan masalah tak dapat anak (rujuk kes Marquez) atau tenaga batin (bagi yang mengalaminya), stres dengan mertua/menantu, anak-anak buat hal, kirim black magic, fikir kenduri anak dan bla.. bla.. Habis tu, apa yang kau faham kahwin dalam konteks tuntutan agama?

Aku beritahu kau, kahwin memang meletakkan diri kau dalam masalah. Tapi, apa pula falsafah tuntutan berkahwin dalam agama sedangkan pada masa sama kau dibebankan banyak masalah? Kalau kau gagal jawab soalan ni, aku rasa satu hari kau akan fed up dengan perkahwinan kau dan perlahan-lahan kau mengaku berkahwin bukan perkara yang menenangkan kau selagi impian perkahwinan kau tak memenuhi garis piawaian kau (seperti dapat anak sempurna sifat, anak cemerlang (bijak dan kaya lagi soleh), hubungan seks tip top dan isteri/suami sempurna (soleh lagi tawaduk dan bla.. bla..).

Banyak masalah yang kau hadapi selepas kahwin adalah satu proses untuk menguji hakikat hidup kau sebagai manusia. Kahwin boleh saja diibaratkan sebagai sebuah negara, rakyatnya ialah suami/isteri dan dipenuhi dengan pelbagai peraturan dan undang-undang. Ia juga sekolah kehidupan kau, di mana kau dan pasangan adalah guru dan murid yang saling belajar dan mengajar.

Dengan kahwin, kau merelakan diri kau diuji! Nama pun ujian, mesti ada gagal dan sukses. Thomas Alva Edison beritahu dia gagal sejuta kali sebelum dapat cipta mentol yang kini memberi manfaat kepada berjuta-juta umat manusia. Jadi, tak ada alasan pun kau patut bermuram durja dan lama-lama bersedih jika kau gagal memenuhi maksud kahwin seperti mana yang kau faham (buat seks, dapat anak, happily ever after). Ini kerana kau sebenarnya sudah memberi manfaat kepada diri sendiri dengan membuka rahsia hakikat hidup kau.

Kahwin ialah proses menguji diri tentang tanggungjawab cinta dan politik diri antara kau dan pasangan. Kalau kau seorang sosialis, toleransi apa yang akan kau guna jika bini kau pemuja kapitalis. Kalau kau pejuang moralis, pasangan atau anak kau nanti mungkin seorang anarkis. Dalam kahwin kau akan belajar tentang banyak perkara yang tunjangnya adalah tanggungjawab dan toleransi dengan manusia lain. Kahwin menguji isme-isme yang kau pegang.

Jika kau bertuah, proses emosi dan biologi yang kau lalui dalam memenuhi proses tunjang itu akan menemukan kau dengan akar atau hakikat hidup kau sebagai manusia, iaitu cinta dan kesunyian yang akan membawa kau kepada hakikat pencipta.

Kata Maulana Rumi, “This is love: to fly toward a secret sky, to cause a hundred veils to fall each moment. First to let go of life. Finally, to take a step without feet.”

Yang Sebenarnya Kahwin (II)

Wednesday, October 06, 2010 · Posted in

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.” - ahli sufi, Rabiatul Adawiyah

Aku sambung lagi pasal kahwin. Sebenarnya memang seronok bercerita pasal kahwin. Tahu tak kenapa manusia seronok bercerita pasal kahwin? Ini kerana apabila kita menyebut tentang kahwin, kita tak dapat lari daripada mengaitkannya dengan seks. Macam aku kata dalam entri sebelum ini, ia fitrah mamalia.

Kalau tak, tak mungkin kisah kahwin, cerai, skandal seks, cerita dari kamar mahkamah syariah dan soal jawab bersama doktor batin menjadi faktor nombor wahid yang dapat melariskan jualan sesebuah akhbar selain cerita pasal mati dan hantu.

Sebenarnya, aku senyum saja kalau ada yang beri jawapan kaitkan kahwin dengan membina kehidupan bahagia dalam perjalanan menuju negeri abadi. Come on, itu jawapan standard STPM.

Sengaja aku tinggalkan jawapan dalam bentuk soalan untuk cetus provokasi pembaca. Sebenarnya, tak ada salah pun semua jawapan bagi soalan yang ditanya. Cuma aku tercari-cari jawapan berbentuk filsafat yang mungkin ada persamaan dengan apa yang aku faham. Tapi rata-rata komen lebih kepada maksud harfiah yang mana kau sendiri boleh baca dalam buku fardu ain kaler hijau tulisan Ustaz Sulaiman Endut (aku beli daripada jurujual jalanan).

Secara umum, jawapan komen pembaca (bagi soalan: untuk apa kau (Marquez) kahwin sebenarnya?) adalah:
1. mahu berteman/berkasih sayang/mengadu nasib.
2. tuntutan agama (sunnah/kerana Allah).
3. tambah zuriat.
4. silaturahim.

Kalau berkahwin untuk berteman, berkasih sayang dan mengadu nasib, apakah mesti kita berkahwin? Apakah berkahwin memenuhi keperluan berteman, berkasih sayang dan mengadu nasib kau? Tengok sekeliling, berapa ramai suami yang mengaku bosan di rumah. Berapa ramai suami prefer tengok bola dengan kawan berbanding layan bini di rumah? Berapa ramai? Jadi, untuk apa kau kahwin?

Kasih sayang? Cinta? Bagi aku, kasih sayang ibu bapa lagi pure sebab tak ada hukum Tuhan di segi zahir yang mengikat kita. Kau tak boleh ceraikan mak ayah kau (di segi lafaz atau material) kalau tak puas hati atau tak sebulu dengan diorang. Dalam drama Melayu, mak ayah yang bengang dengan anak yang derhaka akan cakap,"Mulai sekarang kau bukan anak aku lagi. Nyah kau dari sini!" Tak ada pula aku tengok drama Melayu mak ayah sebut,"Kau memang derhaka. Esok bawa dokumen, kita pergi mahkamah aku nak ceraikan kau sebagai anak aku. Esok jangan harap kau akan berbinkan aku lagi!"

Tapi kalau kau suami isteri, masing-masing boleh cerai/fasakh/taklid/mut'ah bergantung kepada syarat dan situasi tertentu. Cinta dan kasih sayang dalam kahwin boleh diputuskan. Cinta dan kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada anak atau sebaliknya tidak dapat diputuskan. Jadi, untuk apa kau kahwin?

Tambah zuriat? Aku tak nafikan majoriti yang kahwin memang nak dapat anak atau zuriat. Siap berbangga lagi kalau dapat buntingkan bini secepat mungkin. Bagi si isteri yang tak dapat beranak dengan secepat mungkin, mereka mula stres. Dan air mata pun berguguran melihat kebahagian pasangan lain yang punya anak yang comel. Apatah lagi kebahagiaan itu dikombokan dengan kereta besar dan banglo mewah. Tapi, kalau semua itu kau tak ada (rujuk kes Marquez), apakah kau akan minta bini kau izinkan kau kahwin satu lagi? Dulu bercinta bukan main, you are the only one! Kalau kau perempuan, korang pasrah ke suami korang kahwin lagi sebab tak dapat beranak? Jadi untuk apa kau kahwin?

"Itu semua ketentuan dan ujian-Nya. Tuhan tak bagi lagi rezeki tu nak buat macam mana? Mungkin rezeki anak takde, tapi Dia bagi rezeki kat lain. Mana kita tau." - kata seorang brader yang cuba menenangkan masalah Marquez.

Kalau kau di tempat Marquez, kau rasa tenang ke dengar ayat-ayat atas tu. Silap-silap kau akan cakap balik, "Aku tau la semua tu ujian. Tapi, kau apa tau. Kau tak pernah jadi macam aku." Kalau aku cakap benda sama kat Marquez, confirm dia cakap, "Kau apa tau, kau tak kahwin lagi."

Jadi, jawapan di atas tak dapat selesaikan dan legakan hati Marquez pun. Sebab kau, Marquez tak tahu sebab apa kau kahwin?

Yang Sebenarnya Kahwin

Sunday, October 03, 2010 · Posted in

"Kekayaan, kebahagiaan rumah tangga, semua datang daripada Allah, bukan daripada bapak" - Syawal, Ahmad Albab (1968)

.
.

haha..biasa la tu lumrah manusia suka brtanya..yg bujang kene tanya bile nk kawin..yg dh kawin kene tanya bile nk dpt anak..yg dh ad anak kene tanya bile nk dpt cucu lak..kui3 -
nurAddin

.
.

Bro, Marquez.

Selepas seminggu berfikir (yelah tu) dan merujuk respon pembaca, akhirnya aku dapat satu jawapan kepada masalah kau. Aku tak tahu sama ada jawapan ini dapat bantu selesaikan masalah kau atau tak. Sebab tak semua masalah dalam dunia ni dapat diselesaikan walaupun jalan penyelesaiannya ada.

Kalau tanya ustaz-ustaz, kahwin ni ada beberapa hukum. Harus (standard). Sunat (tak ada apa-apa masalah dan kahwin). Wajib (untuk yang tak tahan/gatai etc..). Makruh (aku rasa kau masuk kategori ni). Haram (memudaratkan diri atau suami/isteri). Tapi aku tak nak ulas panjang pasal kategori agama ni.

Biasanya, jawapan standard yang diberi apabila ditanya kenapa nak kahwin ialah: "Yelah. Itukan fitrah manusia. Mahu berpasang-pasangan. Ada nafsu. Mahu dapat baby." Walhal, secara peribadi, aku anggap jawapan utama bagi mereka yang nak kahwin ni adalah untuk memenuhi tuntutan nafsu secara sah. Kerana inilah yang dinamakan fitrah mamalia.

Tapi bila kau cakap, kau kahwin sebab tak tahan ditanya soalan (bila nak kahwin?), aku boleh kategorikan kes kau ni sebagai unik dan berbahaya. Bayangkan bila kau dah tua ganyut dan orang sekeliling tanya kau, bila nak mati? Apakah ketika itu kau akan ambil keputusan untuk mati?

Sebenarnya, tak perlulah kau berasa stres kerana ramai lagi umat Melayu yang mengalami masalah sama dengan kau. Aku sendiri pun. Malah, ia juga berlaku dalam masyarakat lain. Di India, ada tradisi mengahwinkan anak mereka sejak kecil lagi. Boleh kau bayangkan kau dikahwinkan sejak kecil? Masa kecil memanglah semua comel-comel saja. Apabila besar, siapa sangka si comel boleh bertukar menjadi monster (contoh). Ketika itu apakah kau sanggup memenuhi fitrah mamalia kau?

Kau rasa kenapa tradisi macam ni berlaku? Struktur sosial sesebuah masyarakat, bro. Ini banyak berlaku dalam satu-satu komuniti yang ada sejarah feudal yang lama, negara-negara dunia ketiga tentunya, termasuk Malaysia.

Status diri bukan lagi dilihat kepada apa sumbangan kau kepada manusia sejagat, tetapi siapa isteri/suami kau, berapa besar kereta/rumah kau, berapa banyak duit kau, berapa tinggi pangkat dan kuasa kau, berapa ramai anak kau dan berapa ramai isteri kau? Seolah-olah kita dilahirkan ini untuk berlumba-lumba memenuhi keperluan individualistik masing-masing. Lepas tu, ada hati pula cakap, kita ni lahir untuk menjadi khalifah di muka bumi. Ceh.

Aku tidaklah mahu menyarankan kau melempang orang yang tanya soalan-soalan tipikal Melayu tu. Kerana masalah hidup takkan selesai hanya dengan melempang. Bayangkan pak-pak menteri kita, kerajaan dan pembangkang, pakat-pakat melempang lawan masing-masing kerana sakit hati dengan soalan tipikal dalam Dewan Rakyat. Kawan, hidupkan lebih daripada sekadar pelempang.

Aku cuma mahu menyedarkan kau tentang hakikat betapa sepanjang hidup ini, kita memang sudah perlu bersiap sedia menghadapi beberapa soalan tipikal. Sejak di bangku sekolah, kita sudah perlu menghadapi tiga soalan besar, iaitu berapa result UPSR, PMR dan SPM kau?

Dulu masa sekolah, aku mengaku pernah high volume dengan mak aku (dulu mak seorang yang energetik) sebab selalu cerita result periksa anak orang lain. Aku rasa stres dan bad mood dan marah. Dan masa tu (dan mungkin sekarang pun) aku rasa, orang tua sememangnya sampai bila-bila pun dilahirkan untuk tidak faham orang muda.

Tapi bila kau dah lama mengenal hidup, sepatutnya setiap persoalan itu sudah dapat kau hadapi dengan hati yang terbuka dan menggembirakan. Dan satu hari, bila mak tanya, "Bila lagi? Dah ada sapa-sapa ka?" Aku jawap, "Ada, tapi dia negro. Kulit hitam gila. Tapi dia orang Islam." Mak jawab, "Hishh.. Ketahuan sikit aih." Hidup jangan serius sangat, beb.

Akhir sekali, aku akan jawap masalah kau dengan soalan juga. Tanya balik diri kau, untuk apa kau kahwin sebenarnya? Jika jawapan kau kerana fitrah mamalia, apa jadi perkahwinan kau bila nafsu kau sudah mula mengendur dan senjata kau sudah tidak lagi menegang? Kalau jawapan kau untuk dapat anak, apa jadi perkahwinan kau bila doktor sahkan kau atau isteri kau mandul? Kahwin lebih daripada dua soalan tu. Jadi, untuk apa kau kahwin sebenarnya, kawan?

Bantu Aku Bantu Marquez

Monday, September 27, 2010 · Posted in

Bro. Dulu, sebab tak tahan tadah telinga melayan soalan-soalan tipikal Melayu (bila nak kawin?) dari famili dan sanak saudara aku yang super konservatif, aku ambik keputusan tunaikan hajat diorang. Tapi serius cakap, aku kawin dalam keadaan belum bersedia mental dan fizikal. Bukan masalah aku tak mampu melayari 'bahtera', tapi aku rasa aku tak terdesak sangat pun untuk memenuhi keinginan seksual aku. Masalahnya, selepas dekat setahun kawin, aku kena pula mengadap pulak satu lagi soalan, bila nak dapat anak? Aku stres bro. Tolong aku. - Marquez

.
.
.

Bila masa pula aku jadi Cik Sri Siantan?
Tapi apapun, tolong aku hilangkan stres kawan kita ni. Aku tak sempat fikir lagi.


Tentang Persepsi

Wednesday, September 22, 2010 · Posted in

"Janganlah asyik senyum-nak-kawin-anak-raja bila tengok lisa tau. Ngeee.."

Ada beberapa kawan aku tanya, apa maksud logo 1Malaysia dalam entri lepas? Apakah aku menyokong gagasan Najib? Apakah aku memerli logo 1Malaysia yang dikecohkan dengan kompeni APCO? Apakah aku ini ejen Kerajaan atau Amerika?

Sebenarnya, aku letak logo 1Malaysia sebab aku rasa entri aku perlu ada gambar supaya nampak menarik sikit. Lagipun, berdasarkan pemerhatian aku, meletak gambar dalam entri blog ni sama seperti iklan juga. Ini kerana bagi pengguna blogspot yang gunakan fungsi 'gadget' untuk senarai blog-blog kegemaran mereka, pembaca akan lebih mudah tertarik untuk klik masuk blog yang ada gambar.

Aku ambil contoh habit aku sendiri. Kalau ada mana-mana blogger update entri, aku akan cenderung klik masuk ke blog yang ada update bergambar. Tambah-tambah kalau gambar tu nampak macam menarik.

Situasi ini sama seperti lelaki tengok perempuan. Apabila ada awek lalu, apakah objek yang akan lelaki itu tengok? Aku malas bagi jawapan. Boleh buat kaji selidik sendiri dengan tengok mata rakan-rakan korang bila ada awek melintas.

Tabiat tengok apa yang orang lain sedang tengok ni aku belajar dari Syem, seorang salesman Proton. Sebabnya, setiap kali aku tengok awek lalu lalang, banyak kali juga dia tiba-tiba sampuk aku dan cakap, "Woi, kau tengok apa?" sambil gelak-gelak. Pernah juga beberapa kali dia kuis bahu aku suruh tengok apa yang kawan-kawan lain sedang tengok.

Perangai tak semenggah Syem itu perlahan-lahan mengubah habit aku daripada seorang pemerhati menjadi seorang yang memerhati pemerhati. Bagi aku, memerhati ekspresi orang ketika sedang melihat sesuatu momen adalah fill yang menyeronokkan. Kau pernah tengok tak senyum-nak-kawin-anak-raja kat muka-muka peminat obses Lisa Surihani semasa tengok dia berlakon drama TV?

Berbalik kepada logo 1Malaysia. Gambar entri lepas tu sebenarnya tak bermaksud apa-apa pun. Cuma untuk tarik perhatian pembaca blog yang senaraikan blog aku dalam blog list diorang. Tapi satu benda yang aku belajar daripada respons tersebut ialah tentang persepsi. Betapa kita mengaku semakin moden dan terbuka, sebenarnya kita masih gagal melarikan diri daripada persepsi. Walhal, what I am saying that is what I mean.


A man should look for what is, and not for what he thinks should be.
- Albert Einstein

Baru Nak Up

Monday, September 20, 2010 · Posted in

"Hoi, Lan. Kau baca ni. Apalah nak jadi dengan negara kita ni? Sedih aku.. Sedih.." kata Jar selepas membaca komen berbaur rasis dalam page grup tak berdaftar di Facebook.

"Cis. Boleh kau buang masa baca komen budak-budak baru nak up," kata aku.

Jarul tak puas hati. Dia pantas buka page awek-awek cun. Hatinya damai abadi.

Demokrasi Baju Raya

Monday, September 13, 2010 · Posted in

Raya tahun ni abah bercekak musang rona ungu biji remia. Mama berkurung hijau tahi ayam bercorak bunga merah cerah dan gelap. Adik perempuan seorang itu berkebarung biru dan bertudung koko. Yang adik lelakinya bercekak musang rona kuning duku masak. Abang dan kakak ipar aku selesa sedondon dalam sut kurung merah hati. Aku pula berteluk belanga rona krim yogurt.

"Awat baju semua tak samaa..?" renung Mak Su dengan dulang ketupat masih di telapak tangan.

"Laa.. Takkan tak tau. Inilah fesyen terbaru sekarang. Fesyen baju semua tak sama."

Hmm. Boleh tahan mantap juga jawapan abah.

Ya Ramadan (8) - Raya

Wednesday, September 08, 2010 · Posted in

Aidilfitri adalah musim kembali kepada fitrah. Umat-umat Islam seluruh penjuru dunia akan mula mencari akar-akar tradisi mereka. Ini kerana Islam itu datang dengan pakaian aurat dan bukan pakaian Arab. Islam bukanlah musuh tradisi.

Salah jika menyamakan Islam itu Arab. Ini sama seperti menyamakan Islam itu Melayu. Jadi, kepada saudara-saudara Islam berbangsa lain di Malaysia, pakai saja baju tradisi kau asalkan menutup aurat. Kalau tidak menutup aurat sekalipun, itukan dosa kau dengan Tuhan.

Kalau kau Melayu, carilah baju Melayu. Kalau kau Arab, sarunglah jubah. Kalau kau India, pakailah kurta. Kalau kau Cina, belilah Changshan. Tapi itu bukanlah bermaksud kalau kau orang Melayu, kau tidak boleh berchangshan atau kalau kau orang Cina kau tak boleh berbaju Melayu. Islam bukanlah label mana-mana bangsa dan aku cuma mahu menjelaskan tentang fitrah. Ia bukan saja tentang fitrah raya, bangsa dan agama, tetapi juga fitrah diri.

Tidak perlu kau mengkaji terlalu jauh. Cukup saja kau faham tentang fitrah.

P/S: Pagi nanti aku akan balik kampung. Mungkin sebelum atau selepas sahur. Jadi, aku mungkin tidak akan update blog sepanjang kemuncak Aidilfitri nanti. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog Kelambu!!

Ya Ramadan (7) - Syawal Sikit Hari Lagi

Sunday, September 05, 2010 · Posted in

Angelina Jolie anggun memakai Shalwar, pakaian tradisional Pakistan

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan beraya. Semalam, sebaik saja aku keluar dari perut ofis, KL masih lagi sesak seperti suasana semasa makan tengah hari walaupun jam di tangan sudah menunjukkan jam 11 malam.

KL masih meriah dengan ribuan kenderaan berpusu-pusuan. Tidak ada tanda untuk senyap. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang membeli-belah di gerai-gerai raya yang melata sepanjang Jalan TAR dan Chow Kit. Hari raya adalah pesta membeli-belah.

Dulu, musim menjelang raya adalah saat paling dinantikan. Malam-malam akan dihabiskan di shopping complex atau merempit bersama kawan-kawan sekitar bandar Alor Setar. Penat merempit, kami akan melepak pula di Iman Kuayteow sambil bercerita tentang makwe dan teori konspirasi politik tanah air sampai pagi buta.

Malam menjelang raya bukan masa untuk pedulikan tugasan kuliah ataupun tercangak di depan TV. Lagipun, fiil menonton TV aku sudah lama merosot sejak aku menginjak remaja. Berlabon atau sembang kencang sambil pekena teh lebih mengasyikkan dan menjana minda.

Kadang-kadang aku hairan juga tengok manusia-manusia kota sanggup meredah jem dan berenang dalam lautan manusia semata-mata untuk memilih mahu pakai baju apa raya nanti. Aku syak suku umur rakyat Malaysia dihabiskan dengan meredah jem dan membeli-belah. Suku lagi mungkin dihabiskan untuk beramal ibadat dengan Akademik Fantasia dan Liga Perdana Inggeris.

Persiapan raya aku memang caca merba saja. Kad Touch n Go aku belum top-up lagi. Tapi rambut sudah kasi potong dulu ala-ala Marouane Chamakh. Bukan apa, skil potongan barber mapley dekat rumah aku ni tak berapa konsisten sangat. Harap skil kepak kepala dan karate bahu saja yang mapley lain susah nak lawan. Jadi keputusan memotong rambut lebih awal adalah untuk beri ruang rambut tumbuh sesedap mata memandang kalau gunting mapley tu tercampak ke New Delhi sebab asyik layan cerita Tamil.

Kereta pun aku belum cuci. Lagipun, ramalan kaji cuaca kata, wilayah utara akan beraya dalam hujan tahun ini. Pasal baju raya pula, aku tengah berkira-kira mahu sarung teluk belanga yang Why bagi free sebab jadi pengapit dia masa bersanding bulan 5 dulu. Kasut raya, aku tak ada pilihan lain melainkan selipar Croc made in China yang sudah tertanggal lambang buayanya.

Duit raya pun aku tak tukar lagi. Tapi, macamlah ramai budak datang rumah aku. Kahkahkah! (kalau hepi kena gelak macam Tukar Tiub).

Pasar Ramadan dan Pasaran Bebas

Sunday, August 29, 2010 · Posted in ,


Jambang di muka Jobs dilihat sebagai simbolisme kepada antimonopoli.
Secara definisi, pasaran bebas atau free market bermaksud sesuatu pasaran yang bergerak bebas/terbuka/indie tanpa campur tangan ekonomi dan peraturan oleh kerajaan. Namun, mengharapkan pelaksanaan pasaran bebas secara total adalah sesuatu yang mustahil kerana kuasa dimiliki kerajaan juga diperlukan dalam beberapa perkara yang ada kaitan dengan pasaran itu sendiri seperti isu pemilikan, harta intelek dan kontrak.

Ada yang mendakwa musuh puak pasaran bebas adalah monopoli. Tetapi sebenarnya yang dimusuhi puak pasaran bebas ini bukanlah monopoli. Sebaliknya, monopoli yang mendapat campur tangan kerajaan hingga menyebabkan pasaran beku dan tak bergerak seadanya.

Contoh monopoli paling hampir dengan kita sekarang ialah produk Microsoft yang dikeluarkan syarikat milik taikun Amerika, Bill Gates. Dulu, Gates mungkin satu-satunya manusia yang boleh digelar raja komputer dengan aplikasi Windows.

Tetapi sekarang, beliau tidak boleh lagi mendabik dada kerana seteru utamanya, Steve Jobs mula perlahan-lahan menyaingi dominasinya dalam dunia komputer menerusi kultus Apple. Di Amerika, Jobs dianggap Jesus yang bangkit melawan syaitan Gates.

Malah, Gates hingga saat ini masih gagal meletakkan pengaruhnya dalam dunia gajet komunikasi. Jangankan menyaingi produk iPhone dan iPad, mahu berlari sama laju dengan gergasi dari Kanada, Research In Motion (RIM) dengan produk BlackBerry jauh sekali. Inikan pula berkick boxing dengan HTC (Taiwan) dan Samsung (Korea). Mahu mengejar Nokia pun masih tercungap-cungap.

Apa yang menakutkan Gates ialah ramalan pakar yang mendakwa trend masyarakat dunia akan datang dijangka banyak bergantung kepada gajet komunikasi bersaiz kompak yang memiliki kuasa sehebat komputer. Ketika ini, Gates pasti sedang pening kepala memikirkan saat perhitungan tersebut.

Bayangkan, Gates dilindungi Washington, mana mungkin pengguna dunia akan dapat merasai kebangkitan Jobs the Saviour. Kalau tidak kerana ancaman Jobs, mana mungkin Gates, yang dulu selesa dengan produk Windows-nya, kini sedang bersungguh mengalihkan pasaran komputer kepada pasaran konsol permainan video, Xbox selain mempertaruhkan Windows Phone untuk memasuki pasaran sistem operasi telefon pintar.

Berbalik kepada Ramadan, di pasar Ramadan itu hari, ada gerai menjual Tepung Pelita dalam pek polisterin dengan harga RM3 untuk dua pek polisterin (1 pek=5 Tepung Pelita).

Sebenarnya, aku tidak setuju dengan taktik mandatori harga ini dengan alasan kenapa orang bujang macam aku perlu beli dua pek Tepung Pelita sedangkan aku mau makan satu pek saja (harga satu pek=RM2).

Keputusannya, aku akan beralih ke gerai Tepung Pelita lain yang dijual dalam satu pek. Pasar Ramadan adalah contoh pasaran terbuka, di mana pengguna menentukan apa yang mereka mahu beli. Bukan pasaran yang membuatkan pengguna terpaksa membeli.

Bayangkan di pasar Ramadan seluruh Malaysia cuma ada satu saja pengeluar Tepung Pelita yang dipasarkan Tepung Pelita Bhd. Mungkin sampai sekarang aku tak mampu mencari Tepung Pelita berharga tiga seringgit atau satu 30 sen atau dua pek RM3.

Macam aku tulis tadi, dalam pasaran bebas, pengguna yang berkuasa menentukan pasaran. Walaupun berdepan risiko membeli Tepung Pelita yang rendah kualiti dan kasih sayang, tetapi sekurang-kurangnya aku sebagai pengguna diberikan pilihan.

Tapi, kalau semua penjual tepung pelita bersekongkol untuk menetapkan harga pasaran kuih itu pun susah juga. Sebab itu dalam Islam, bisnes adalah muamalah. Bukan sebab duit saja. Simple.

Ya Ramadan (4)

Monday, August 23, 2010 · Posted in

Kelmarin aku ada reunion sambil iftar bersama rakan-rakan sepengajian universiti dulu. Kami tempah dua meja bulat besar di sebuah kelab golf kakitangan kerajaan di KL dengan bayaran satu kepala RM47.70.

Tidak seperti siri buffet Ramadan pada tahun-tahun sebelumnya. Sesi iftar kali ini aku nekad mahu lakukan survei peribadi dengan cuba makan semampu mungkin sambil ingat setiap makanan yang terjun ke dalam anak tekak aku.

Hasil survei adalah seperti di bawah. Harga makanan berdasarkan anggaran harga standard bazar Ramadan dan kuantiti makanan yang diambil. Misalnya, murtabak aku letak RM1 sebab aku makan setengah saja. Harga murtabak penuh lebih kurang RM1.50-RM2.

Nasi putih separuh - 0.50
Ikan Patin Masak Lemak - RM1.50
Kambing - RM5
Gulai Kawah - RM1.50
Pecel Lele - RM2.50
Paru - RM1
Ulam Raja - RM0.50
Tempura - RM2
Ayam Masak Minang - RM2
Soya - RM1
Cincau - RM1
Aiskrim - RM2
Roti John - RM1.50
Roti Jala - RM0.50
Kek & Agar-Agar - RM3.50
Kuih-Muih - RM4
Murtabak - RM1

Jumlah = RM31

RM47.70-RM31=RM16.70 (jumlah tak habis)


.
.

Aku rasa minggu depan nak cuba buffet RM90++ pulak. Harap-harap ada daging naga.

Ya Ramadan (1)

Wednesday, August 11, 2010 · Posted in

Beberapa jam lagi aku akan berpuasa bersama umat manusia lain yang mengaku Islam. Tiada persiapan apa pun untuk aku makan sahur pagi nanti.

Sama seperti Ramadan lepas, aku akan bersahur apa yang ada. Selalunya, manusia buta memasak seperti aku ini akan memilih bersahur dengan biskut atau roti yang dicecah bersama nescafe panas. Kejap perut, orang kata.

Tapi, selepas balik kerja dan kuak pintu rumah jam 1.30 pagi tadi, samar-samar aku nampak bayang-bayang lauk di sebalik tudung saji. Aku terbayangkan detik menjamah nasi ketika hari pertama bersahur sebentar lagi.

Puasa tahun ini juga mencatat sejarah peribadi buat aku kerana berkesempatan menikmati musim puasa di ibu kota KL buat pertama kali. Sejak semalam, banyak khemah sudah didirikan sepanjang Jalan TAR. Pesta beli belah dan kesesakan lalu lintas akan bermula minggu ini. Lebih menakjubkan, sepanjang jalan sama juga kelihatan jentera-jentera JKR sedang sibuk menambah tar dan meratakan jalan.

Dan aku masih tercari-cari kaitan antara Jalan TAR, menambah tar dan Ramadan.

Ya Ramadan al mubarak!!

Hujung Minggu Yang Sekejap

Monday, August 09, 2010 · Posted in ,

Hari minggu, Pejal ajak datang singgah flat dia di Selayang sana. Aku dan Kapten Tsubasa setuju. Itupun selepas 5-6 kali dia datang jenguk kami di Rumah Puaka sini.

Rumah Pejal ada Xbox. Tivi LCD besar boleh tahan. Itu saja barang mewah dia ada. Nak harap ada air-cond jauh sekali.

"Ni aku tumpang rumah makcik aku. Takde sape pun," kata Pejal macam tahu apa aku fikir.

Memang sedap main game sampai lebam. Aku teringat pesan abang tivi di kampung Paya Jaras sana, kekerapan bermain game berkadar arus dengan kerosakan kepada processor tivi.

Tapi kami tak peduli. Kami main saja. Lagipun itu tivi Pejal. Tapi, belum puas main, bateri joystick kong. Pejal ganti bateri remote kipas. Pun kong juga.

"Cakaplah tak nak bagi kitorang main. Buat-buat lupa caj pulak," kata aku sambil baling joystick keluar tingkap.

Pejal cari pisau dalam laci dapur.

Efek Lebih Sensasi

Saturday, July 31, 2010 · Posted in

Petang semalam Why pasang Astro Beyond di rumah. Tambah RM20 saja, ujarnya sambil menyarankan aku membeli tivi LCD untuk menikmati efek lebih sensasi. Nanti boleh jadi aset kahwin kau, katanya.

Kepala aku menerawang. Aku syak, ketagihan manusia kepada efek lebih sensasi ini sedikit sebanyak mempengaruhi mereka untuk membelanjakan wang bagi menikmati efek tersebut. Kalau tidak, manakan laku produk-produk yang menawarkan efek-efek lebih sensasi itu. Bukalah tivi. Selaklah akhbar. Tengoklah sekeliling kita. Pelbagai produk efek lebih sensasi diiklankan. Efek lebih putih, lebih ketat, lebih besar, lebih 3D dan bukan sekadar kejuruteraan bendalir. Semua ada.

Dan aku mula faham. Manusia memang dilahirkan untuk berasa teruja dan bernafsu untuk menikmati efek yang lebih sensasi.

Tak sampai sejam Beyond dipasang, Why (selaku suami hujung minggu) capai kunci kereta dan gerak ke rumah mentua jumpa bini.

Kawan, manakan sama efek Beyond dengan efek bini bagi lelaki yang baru saja berumah tangga, getus aku, sengih sendiri.

Tentang Tanah dan Manusia

Saturday, July 24, 2010 · Posted in

1. Sumpah aku ingat lagi. Dalam buku Alam dan Manusia, ada tiga perkara utama yang ditakrifkan sebagai keperluan hidup manusia. Makanan, tempat tinggal dan pakaian. Namun, modenisasi yang tidak terkawal sejak Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka memaksa manusia-manusia di Malaysia menambah dua lagi keperluan hidup mereka, duit dan kereta. Tapi ini bukan cerita tentang duit dan kereta, tetapi tentang harga rumah sewa.

2. Di Lembah Klang, harga sewa RM480 untuk sebuah apartment tingkat bawah adalah murah. Buktinya apabila aku cerita sama penduduk kota lain, mereka akan jawab, eh eh murahlah tu. Sepatutnya harga macam tu kau kena duduk tingkat 4 atau 5. Kalau nak murah lagi, kau cari rumah kat Rawang atau Batang Berjuntai. Persoalannya, siapakah yang menentukan harga pasaran rumah-rumah di Lembah Klang ini?

3. Ini realiti. Harga tanah KL mana sama harga tanah di Changloon sana, ujar Sameon, seorang tokoh jutawan hartanah (yang bangga memiliki 35 buah rumah sekitar KL dan bercadang menambah dua lagi tahun ini). Persoalannya, siapakah yang menentukan harga pasaran rumah-rumah di Lembah Klang ini? Siapakah yang menentukan harga tanah KL mana sama harga tanah di Changloon sana?

4. Realiti apapun yang dicakap, tanah adalah tanah. Apakah kualiti tanah di KL tidak sama dengan kualiti tanah di Changloon? Kalau kau pergi di Shah Alam Darul Student, sewa flat merpati di Seksyen 7 ada yang mencecah RM800. Apakah flat itu dibuat daripada emas? Apakah ada askar Gurkha mengawal keselamatan penghuni flat tersebut? Tidak, semua benda itu tidak ada pun di sana. Sebaliknya, flat itu dihuni 13 pelajar yang memutuskan meminimumkan duit poket untuk pergi berhibur dan membeli iPhone atau Blackberry.

5. Hukum kapitalis bersabda, harga tanah bergantung dengan nilai ekonomi sesebuah kawasan itu. Dalam bahasa mudah, jika tempat itu memiliki potensi ekonomi (boleh buat duit), maka naiklah harga tanah berkenaan. Persoalannya (berapa banyak persoalan daa), potensi ekonomi itu untuk siapa? Apakah untuk Budiarto, buruh binaan dari Indonesia, Jamal, jaga syarikat percetakan dari Pakistan atau Sulaiman, peon dari Mentakab?

6. Tempat tinggal (rumah/tanah), makanan dan pakaian adalah keperluan hidup. Kegagalan mengawal tiga keperluan utama manusia itu menyebabkan ketidakstabilan sosio ekonomi dan memarakkan protes dalam hati rakyat. Siapakah yang terkesan dengan protes-protes ini? Ya, mereka adalah manusia yang dikutuk tujuh keturunan hanya kerana mereka memilih untuk bekerja sebagai peniaga warung, si tukang kasut dan pengutip sampah di lorong-lorong kota. Ibu kota hanya layak untuk mereka yang berjaya di segi memakai kasut kilat dan berkot di tengah hari dan meletak Mercedes di bahu jalan.

7. Sampai sekarang aku tidak pernah percaya yang merampas tanah hanya orang Cina. Dan aku menipu juga kalau aku ini Melayu tanpa rasis. Hakikatnya, Melayu dipaksa menjadi teknokrat dan si kaya bodoh sejak sekolah, dipaksa membenci kaum lain dan bukan membenci penindas atau menjadi manusia mengasihani, dipaksa bekerja selesa dengan kerajaan untuk mengundi mereka ketika pilihan raya dan dipaksa lari meninggalkan tanah yang dilabelkan dengan kemiskinan. Kita semua dipaksa dan bukan terpaksa.

8. Jadi, Melayu tinggalan moyang-moyang dulu yang mahsyur dan bangga kerana menguasai dan mengerjakan tanah dan air dipaksa menukar kecintaan mereka kepada wang, memiliki 35 buah rumah untuk dijual kepada pelajar, memanipulasi pasaran dan menaikkan nilai tanah-tanah atas nama ekonomi. Ekonomi taik kucing!

9. Arab di Palestin mengamuk bukan kerana Zionis Yahudi mengutuk Tuhan Allah? Tetapi mereka mengamuk kerana tanah mereka dirampas dan hak mereka bertanah dinafikan. Ia sama saja dengan Islam di selatan Thai dan Islam di Mindanao. Dan bersedia sajalah, apabila segenap Semenanjung Emas ini diangkat menjadi tanah ekonomi, orang-orang pinggiran macam kau akan dihambat berumah di celah longkang.

10. Minta maaf kepada kawan-kawan yang kita sama-sama pernah merancang membeli banyak rumah untuk disewakan kepada manusia-manusia yang juga tidak ada pilihan seperti kita. Kerana, aku tidak pernah berhenti menyumpah diri sendiri dan orang lain setiap kali aku melihat seorang gila di lorong sampah yang cuma berbumbung bangunan tempat aku kerja.

Kaitan Saman dan Petrol

Thursday, July 15, 2010 · Posted in

1. Hari ini aku dapat dua keping saman daripada dua pihak berkuasa berlainan. Sedang aku berfikir entah malapetaka apa yang melanda, satu mesej berangkai masuk ke peti henfon, harga petrol akan dinaikkan sebanyak 5 sen seliter, serentak dengan beberapa kenaikan barangan lain.

2. Pertambahan jumlah saman dan kenaikan petrol adalah dua contoh betapa kerajaan hari ini sudah tidak ada duit. Justeru, contoh di atas, aku syak, adalah sebahagian langkah menampung ketirisan wang dalam dompet kerajaan.

3. Situasi ini bolehlah disamakan dengan lawak klise hari raya, di mana seorang bapa meminta duit raya daripada anak selepas menjadi sengkek akibat boros berbelanja. Kenyataan yang sering diberikan si bapa adalah duit itu akan dipulangkan untuk sesuatu yang lebih baik seperti disimpan, dilaburkan atau dipulangkan suatu hari nanti.

4. Malangnya, anak-anak itu, yang masih suci tentang erti nilai wang, senang saja terlupa ke mana aliran wang tersebut digunakan. Di simpan di mana? Apakah benar ia dilaburkan? Dipulangkan dalam bentuk apa?

5. Retorik apapun yang disebut, hakikat yang perlu ditelan di sini ialah kerajaan sudah tidak ada duit. Jadi, janganlah hairan sangat kenapa banyak operasi saman menyaman giat dijalankan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

6. Masalah di sini, daripada tinjauan dilakukan, ramai memutuskan untuk tidak membayar saman. Tapi langkah sama tidak dapat digunakan untuk tidak mengisi minyak. Bincangkan.

Corat Coret Piala Dunia (IV)

· Posted in

Beberapa minit lagi aku akan bergerak ke mamak Salma di ceruk U5 sana. Lokasi sama ketika Pejal hampir histeria menyaksikan pasukannya, Sepanyol, yang bukan negara kelahirannya menumbangkan pasukan aku, Jerman, juga bukan negara kelahiran aku. Ya, lokasi itu juga menjadi medan terakhir untuk aku menutup edisi kejohanan sukan paling ultimate di planet bumi ini.

Banyak yang aku fikirkan tentang apa yang akan berlaku selepas berakhirnya pesta Piala Dunia nanti. Hidup pasti akan kembali normal dengan rutin yang merenggut masa dan menunggu uban memutih di kepala. Sekurang-kurangnya, pesta hedonisme yang penuh ritual puja memuja ini membawa aku lari daripada rusuh dalam diri.

Beberapa detik, sebelum stabil, hidup akan bertukar menjadi koro, lembap dan bodoh. Aku rasa aku layak mendaftar di pusat pemulihan Piala Dunia.

Eh, Belanda menang kot.
.
.

Kenapa patut sokong Belanda?


Tidak ada durian Sepanyol.

Tidak ada ayam Sepanyol.

Tidak ada tikus Sepanyol.

Ada barang letrik bunyi Sepanyol? Spender ada la. Hehe..

Powered by Blogger.