Archive for August 2004

PGL+merdeka

Tuesday, August 31, 2004

PGL+merdeka

Hari ini aku merdeka dengan tengok PGL (Puteri Gunung Ledang) kat TGV Bukit Raja, Klang. Show pukul 5 ptg. Aku beli tiket dengan Jarul seawal pukul 3.00 ptg. Orang ramai sangat. Kami tengok ramai2. 8 orang semuanya.

Sebelum cerita panjang lebar sukalah aku memberitahu PGL ni merupakan filem Malaysia pertama yang menelan bajet paling mahal iaitu RM20-30 juta. Kalau dalam dollar baru USD 5-7 million. The Last Samurai USD 170
million.

Jadi tolonglah jangan terlalu berharap. Orang2 Malaysia ni apabila terdengar filem tempatan dengan bajet mewah selalu sangat membandingkan dengan filem Hollywood walhal dengan bajet seciput itu kita hanya mampu menghasilkan PGL yang punya adegan lawan+terbang yang tak sampai 6 minit dan 2 babak CGI iaitu istana dan pelabuhan yang camdoh. Jadi banyaklah yang mengeluh tidak berbaloi dan apa yang mahalnya PGL tu...

Adalah sorang mamat kat depan aku tak habis2 membebel mulutnya sebab x banyak adegan lawan. Rasanya dia tak baca poster PGL 'sebuah cerita cinta agung' dan bukannya 'sebuah cerita perang agung'. Jadi banyak cerita pasal cintalah. Salahnya ialah mamat tu yang tahu membaca tapi tak faham apa yang dibaca.

Malaslah aku nak komen pasal PGL. Dah banyak dah orang komen. Aku teruja masa part lawan. Elemen (silat) inilah yang patut Malaysia jual pada luar. Cerita cintanya pula tak cukup menyentuh hati dan emosi macam Winter Sonata dan Cinta Si Penggali Kubur. Cuma kata2 Gusti Adi pada Hang Tuah, "Aku berlawan kerana rakyatku, engkau berlawan kerana dirimu sendiri" begitu mengesankan dan mendalam maksudnya.

Dan untuk rakyat Malaysia berhentilah membandingkan filem tempatan dengan Hollywood sebab apa yang akan kita nampak hanyalah kekurangan dan kelemahan. Cubalah banding filem kita dengan Zimbabwe, Afghanistan atau pun Nigeria. Pasti kita berasa cukup bangga dengan filem Malaysia.

Kelambu: Tengok Spiderman=>rasa macam nak jadi
Spiderman
Tengok PGL=>tak rasa macam nak jadi Hang Tuah
Tengok Sembilu=> masih tak boleh nak sukakan Yusof Haslam

merdeka

Monday, August 30, 2004

merdeka

Nak turun KL malas-dah serik pegi tahun lepas. I tak tahan kena raba U...
Syem ajak turun Subang-semua malas juga. Last2 aku, Ayie, Lin dan Lalbi turun pegi dataran kat belakang masjid Shah Alam. Kami nak usya awek2 merdeka je.

Sambil menyanyikan lagu patriotik kami pun dengan riang gembira melihat percikan bunga api yang meletup-letup menerangi langit Shah Alam sehinggakan bara bunga api tu masuk ke dalam mata aku kerana marahkan aku yang usya awek2 merdeka dan membuang sampah merata2 bersama rakyat Malaysia yang lainnya. Ceh...

Kelambu: Esok cuti! Yahoooo..........

mari berhenti merokok

Friday, August 27, 2004

mari berhenti merokok

Lokasi=>Sek. 8, Shah Alam, di suatu petang yang damai...

Jarul: Hai...., bosan pula hisap2 rokok ni... Kau tak rasa bosan ke hah?
Aku: (angguk)
Jarul: Aku kat rumah boleh berhenti. Tapi kat sini tak boleh. Aku rasa nak berhenti la. Agak2 boleh ke hah..?
Aku: Alah.., kata-kata seorang perokok sama saja dengan kata2 perempuan yang keluar shopping dengan duit banyak.
Jarul: Apa yang sama?
Aku: Kau rasa boleh tak seorang perempuan yang dalam poketnya ada rm1000 pergi shopping complex tapi tak beli apa2 pun
Jarul: Hissh.., mana boleh tak beli.. Diorang ada rm1 pun shopping. Tapi kalau seribu lagilah...
Aku: Tahu pun. Macam tu lah perokok. Juz cakap tak nak tapi tak boleh tak nak....
Jarul: (hisap rokok)
Aku: (paw rokok)

Kelambu: Ada apa dengan rokok....

post mortem-'mayat'

Tuesday, August 24, 2004

post mortem-'mayat'

Sepatutnya post-mortem teater kami ni diadakan ketika suasana selepas festival yang masih panas tetapi malam tu rasanya masih panas lagi kot dengan kru2 memakai baju festival warna hitam yang tak ubah macam grup black metal yang baik adanya. Termasuklah aku. Ceh...

Dengan mukadimah yang serba ringkas, post mortem kami berlangsung dengan persoalan mengenai masalah PKKU yang sedikit sebanyak membingungkan aku. Tentang status kami. Bagaimana dengan kedudukan duit bajet teater rm1000? Hamazrul cakap habis kat props, makan dan benda-benda kecil. Tapi katanya lagi duit rm600 yang kitorang dapat masa festival tu akan digunakan untuk claim duit props yang masih berhutang. Jadi ini maknanya duit rm1000 itu masih belum digunakan. Apa sudah jadi Hamazrul?

Aku ingat aku je yang berasa semacam. Rupa2nya perasaan aku turut meresapi Ojai, Awie, Lin, Bob dan beberapa kawan2 lain. Jadi siapa yang silap sebenarnya? Persatuan yang sehijau ini apakah akan dibelenggu masalah kuasa dan wang? (macam besar je bunyinya...).

Apa pun kami bercadang akan membangkitnya dalam mesyuarat nanti. Tapi entah bila? Biarlah secara profesional. Dan aku tetap menaruh rasa percaya kepada Hamazrul bahawa orang2 seni masih ada kejujuran. Mungkin kami yang kurang memahami...

Kelambu: Post mortem mayat+post mortem PKKU=post mortem mayat PKKU :-O

mari berbangsawan

Sunday, August 22, 2004

mari berbangsawan

[dari kiri: linda, lin, aku, as, hamazrul, er]

Sebenarnya kerana kursus bangsawan ni lah yang menyebabkan aku balik ke Shah Alam semula. Sebetulnya atas nama peribadi kerana aku dah pun graduan tapi aku tetap merelakan diri mewakilkan nama PKKU atas dahiku. Dan aku pun bersama-samalah Hamazrul dan Lin mendaftarkan diri. Selepas itu kami pun terlompat-lompat atas tilam Hotel Quality macam kanak-kanak riang. Yea! Yea! Tidur hotel free..

Perkara pertama yang membuatkan aku memilih kursus ini ialah Pak Morad. Sebabnya adalah aku selalu menonton bangsawan arahannya. Ye lah bangsawankan aktif sebelah utara. Kebetulan pula dia tu orang Alor Star dan Taman Budaya tempat dia berbangsawan tu sebelah taman aku je... jalan kaki 5 minit dah sampai. Rajinlah juga aku tengok bangsawan bersama Najib tak pun Mahfuzah. Kesimpulannya bangsawan memang tak asing dalam dunia tonton seni pentas aku..

Akhirnya, barulah aku mengetahui bangsawan dan teater adalah dua seni yang berbeza biarpun keduanya masih bergerak di atas pentas yang sama. Bangsawan adalah seni yang sukar untuk ditokok tambah kerana kata Pak Morad bangsawan lebih mengutamakan warisan dan kesenian bangsawan itu sendiri. Belajar mengenai lenggok intonasi dialog bangsawan membuatkan aku berasa seperti di zaman silam. Sesi audition dibuat. Lin jadi Stage Manager. Dari watak Tanggang aku disuruh menjadi sultan dan akhirnya aku hanya layak untuk jadi pembesar istana sahaja yang tidak berkata apa-apa pun bersama Hamazrul. Mungkin sebab aku tak dapat mengawal intonasi bangsawan yang aku rasa buruk sangat setiap kali aku menuturkannya dan mungkin juga sebab Pak Morad tahu susahnya aku nak menyebut huruf S dengan betul. Ceh...

Dan segalanya berlangsung dengan aman sehingga hari pementasan pada Jumaat berikutnya. Aku yang juga bertugas sebagai lightman terpaksa berkejar ke bawah bila sampai scene aku. Bagi aku hasilnya amat mengagumkan memandangkan dengan sesi latihan kami yang hanya seminggu berbengkel tapi sudah boleh mementaskan sebuah bangsawan. Oklah kan...!

Anyway, thanks untuk adik-adik SMT Shah Alam, Alang Kalibang (Santap Produa), UKM geng, Aswa geng, Hidayah geng, geng2 penari Kebudayaan Selangor dan individu2 dari kebudayaan Selangor. Korang memang best...!!

Kelambu: Malunya sampin aku terlondeh masa ambil sijil....


festival teater selangor 2004

Sunday, August 08, 2004

festival teater selangor 2004

Akhirnya terjawab sudah siri Festival Teater Selangor yang berakhir dengan cakap-cakap mulut sepanjang auditorium dingin MBSA pada malam tadi. Ada yang kata kronilah, hampehlah, bosanlah. Yang kata macam kartun pun ada juga! Samalah juga dengan festival seni glamour lain yang ada kat negara Malaysia ni. Yang disangka menang tak menang yang disangka tak menang tapi menang.

Memperkatakan tentang tema dan persoalan sesebuah karya teater. Patutkah diangkat persoalan lama tahun 70-an dulu yang langsung tak relevan dengan manusia-manusia hari ini? Sekarang ni zaman bunuh-membunuh. Zaman ragut-meragut dan rampas-merampas. Bukannya zaman remeh-temeh dan adegan bean yang memualkan daerah-daerah minda khalayak penonton seni.

Ingat, seni teater adalah untuk mengajar khalayak menterjemah mengenai sesebuah karya seni dan bukannya orang seni yang menterjemahkannya kepada khalayak. Kalau nak buat begitu baik tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu atau pun Senario.

Kelambu: Mahu bikin teater Lord of The Ring versi Malaysia. Ada kuda terbang melintas dari tempat duduk hakim!

mesej

Tuesday, August 03, 2004

mesej

message received: Abang An balik la temankan mama. Uwan tengah sakit...

-Aduh... nak balik ke tak aaa...? Aku banyak keja ni-

-Kau keja bukan dapat apa pun-

-Alah..., rileksla dulu. Uwan ok kot... lepas handle teater koko budak2 ni kau baliklah. Kau balik bukannya ada apa pun...-

message sent: -.......-

Kelambu: -........-

bravo 'mayat' unisel!

Sunday, August 01, 2004

bravo 'mayat' unisel!

Terima kasih untuk semua kru 'Mayat' Unisel. Istimewa untuk:

i) Cik Ijat-mesti Stable! Stable! Stable! Bila nak establish DEBU?

ii) Awie-sumbang pun sumbanglah cawe oiii... Hang-awat hang senyum bila aku buat muka aa? Bob-kau memang comel! Ojai-sorry, aku terpegang perut kau masa last part.. Salleh-hang memang tak dak kerosakan gigi!

iii) Fariza-aku suka suara kau yang seram. Horror gila..!! Epul KC-aku suka kamera kau je...

iv) Aie & Sal-jangan banyak makan belacan. Nanti lighting haru biru! But masa show korang memang perfect!

v)Yus-dia gelak dengaq sampai atas stage!

vi) Er-Mak Andam mana leh malu-malu nak lipstikkan orang tau!

vii) Linda-Thanks sebab make-upkan I!

viii) Hamazrul-kau memang presiden PKKU yang aku sayang!

viii) Sabahan-kau memang bakal presiden PKKU yang aku sayang tuu...

x) Lin-kita memang orang-orang seni yang susah difahami..!

xi) As-gedik jgn tak gedik, Ewah...! Joe-goreng lagi, Man..! Man-keyboard mana boleh goreng la, Joe...

Terima kasih juga untuk:

Para pembesar Unisel, warga2 Unisel, Lalbi da camera man, Jarul, Nik, Bahdin, Wan, Kayri, Superman, Aden, Syem, Arzuan, Man UiTM & da geng, member2 Cik Ijat & semua yang menonton pementasan Mayat.

Kelambu: Istimewa untuk mama dan abah. Anakanda dipaksa menjadi sukarela di sini...

Powered by Blogger.