Archive for 2005

inferiority complex, mykad, dajjal

Friday, December 30, 2005 · Posted in

INFERIORITY COMPLEX

En. Zaidi, pensyarah subjek Artificial Intelligent (A.I.) beritahu dia ada terbaca tentang kajian yang dibuat tentang masalah *inferiority complex orang Melayu.

Katanya, kalau disuruh melukis pemandangan rumah, orang Melayu mesti lukis rumah atap rumbia, tingkap dua, pintu satu, sawah padi dan ada lembu atau ayam dua ekor. Kalau yang kreatif sikit dia lukis telaga kat laman!

Secara psikologinya, orang Melayu ni terlalu merendah diri. Berfikiran negatif. Nak hidup cukup-cukup makan saja. Rumah kecil-kecil dah ok. Yang penting ada 2 ekor lembu!

Kami satu kelas gelak.

Katanya lagi, Bila kamu semua ada anak nanti suruh diorang ganti rumah kecil dengan rumah besar, lembu dengan Mercedes!

Aku mula teringat lukisan rumah yang aku lukis masa zaman pra sejarah dulu. Wei kelambu, pra sekolahlah! Oppss, ok. Ya, aku lukis banglo! Tapi persamaannya ialah banglo aku tu ada dua tingkap dan satu pintu saja.

Aku lukis juga lembu kat laman. Hasilnya aku dapat Suzuki rongak. Nombor plat KAU**** (KAU => COW). Bila kawan-kawan nak pinjam motor diorang akan cakap, "Kelambu, nak pinjam lembu kau boleh?"

Aku dah mula rasa kajian ni betul. Agak-agaknya banglo apa yang ada dua tingkap dan satu pintu?

Info: Inferiority complex - a feeling of general inadequacy caused by actual or supposed inferiority, marked by aggressive behaviour or withdrawal.


MYKAD

Fungsi penukaran kad pengenalan lama ke MyKad adalah untuk centralized sistem maklumat rakyat. Maksudnya pemusatan maklumat peribadi bagi setiap warganegara dapat diuruskan secara lebih efisien oleh sesebuah kerajaan. Jadi banyak kes jenayah dapat diatasi. Begitu juga sistem ekonomi dan perbankan akan jadi lebih mudah hanya dengan menggunakan satu kad saja iaitu MyKad.

Tuan Haji Roslan, pensyarah subjek MIS kata, ini adalah antara teknologi ciptaan Zionis. Pemusatan kuasa sepenuhnya oleh pemerintah. Diorang mampu batalkan keupayaan kau keluarkan duit melalui bank hanya pada kad pengenalan kau.

Jadi katanya, hati-hati dengan MyKad. Dia ingatkan bahawa kerajaan akan silih berganti. Untunglah kalau kerajaan negara sendiri yang perintah negara kita. Macamana kalau Zionis yang kuasai negara kita? Habis harta rakyat dia boleh jajah dan geledah. Setiap warganegara boleh jadi muflis!

Jadi alternatifnya dia cakap; "Buang cip kat MyKad!"

Hmm, ok! :)


DAJJAL

Tuan Haji cerita juga pasal agenda Zionis. Konsep dunia dengan satu kuasa. Antaranya ialah penguasaan nilai Dollar dan globalisasi. Seperti dalam logo Zionis yang ada simbol satu mata di tengah piramid. Itulah Dajjal.

Ayie tengok aku sambil mengoyang-goyangkan jari telunjuknya. Hati-hati. Ayie cuba berbicara secara inverbal.

Aku cakap kat Ayie, "Sekarang pun dah ada Dajjal. Dia menyamar. Namanya sekarang ialah Pejal!"

Pejal jegil mata. Dia memaki hamun secara inverbal. Kami gelak sakan. Tertahan-tahan.

mr. potato.

Wednesday, December 28, 2005 · Posted in

MR. POTATO

Tengok iklan makanan rapu, kerepek kentang Mr. Potato.

Hos Majalah 3, Norzie Pawancheek beritahu suaminya Aidid mengorat dia guna kerepek asli tu. Aidid letak name card atas silinder Mr. Potato dan bagi kat Norzie. How sweet!!

Lalbi cakap, "Ye lah kalau umur kita dah tua. Kebetulan pula datang lelaki yang hensem nak mampos mengorat kau. Gila ke apa kalau kau tolak. Kalau dia bagi sampah letak name card pun kau terima!"

Hehehe. Kalaulah aku hensem..

result, bah

Thursday, December 22, 2005 · Posted in

RESULT

Bila buka semester baru mesti semua kelam kabut tanya pasal result masing-masing. Kalau tak tanya tak boleh. Kau sudah langgar tatasusila mahasiswa Malaysia. Faham!

Soalan yang selalu ditanya, "Amacam result?"

Dan jawapan yang selalu dijawab, "Biasa ja. Cukup-cukup makan."

Aku pun pernah ada tanya member aku. "Amacam result?"

Dia jawab, "Biasa ja. Cukup-cukup makan."

Tengok result dia. 3.89. Gila! Result macam tu cukup-cukup makan? Aku tak tau la kalau result terlebih makan dia tu macamana.

Kenapa kita tak nak terus terang result kita? Mana ada kawan-kawan pernah kutuk walaupun kita bagitau result kita yang teruk nak mampos.

Kalau teruk sekali pun diorang mesti cakap macam ni. "Mungkin ada yang tak kena tu. Takpa boleh try lagi next sem."

Mana ada diorang cakap, "Eii, bodoh nak mamposnya kau. Tu la aku suruh belajar kau main-main. Padan muka kau. Bangang!" Mana ada. Kan?

Kalau result gempak sudah tentu diorang akan puji melangit sampai kau tak jejak tanah.

Mana ada diorang cakap. "Poyolah kau. Berlagak. Bodek lecturer bolehlah. Tak ke mana result kau tu!" Mana ada. Kan?

Kita kena ubah semua tu. Lain kali kalau ada kawan-kawan kita tanya pasal result kita kena jawab macam ni.

"Aku dapat senarai dekan. 3.99"
"Gua cukup makanlah. 2.00"
"Aku fail la beb. 0.86! Kewl tak?"

Tadi ada member aku tanya, "Kelambu, amacam result?"

Aku jawab, " Biasa ja. Cukup-cukup makan"

Ceh.



BAH

Man telefon aku tanya rumah aku macamana. Dia nampak area rumah aku dok bergelap. Dah kena potong letrik.

Adik Najib jadi wartawan aku. Dia hantar report tiap-tiap hari. Semalam, mama dan abah dah parking kereta kat tepi jalan di luar taman. Air dah penuh longkang besar. Rumah jiran aku air dah sampai garaj kereta. Barang-barang tingkat bawah dah siap bungkus. Bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Air kat rumah aku dah cecah rumput kat laman. Seumur hidup aku Alor Star tak pernah kena bencana bah macam ni.

Lalbi cakap, "Lepas abis bah ni, kolam depan rumah hang penuh la ayaq. Tak dak la kering macam dulu."

"Hmm, silap-silap ada ikan. Tak payah nak beli." Ujar aku. Berseloroh.

Selamat menghadapi banjir. Doa anakanda sentiasa bersama kalian.

ucapan, belanja, hadiah

Sunday, December 18, 2005 · Posted in ,

UCAPAN

Antara kawan-kawan, Lalbi dan Adie yang rajin dok hafal tarikh lahir kawan-kawan. Tak hairanlah Adie orang pertama hantar mesej kat Nokia aku.

Lalbi lain pula. Dia telefon dan nyanyi lagu 'happy bithday'.

Aku rasa seperti ada bunga-bunga berguguran ketika itu. Chewwah!! Apa pun. Terima kaseh Lalbi! :)

Ayie lagi lain. Aku buka pintu hostel, dia terus baling tuala kat aku. Nasib baik aku sempat tepis.

Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan-ucapan.



BELANJA

Aku dan kawan baik berebut mahu belanja masing-masing. Tarikh lahir kami selang sehari. Aku hulur duit suruh dia bayar tapi dia tak nak terima. Jadi, dia belanjakan aku. Hoorayy!!



HADIAH

Aku tak pernah diajar untuk menerima hadiah sempena hari lahir. Jadi aku tak kecil hati apa-apa. Selalunya aku dan family akan keluar makan ramai-ramai masa hari jadi salah seorang dari kami. Kalau tak kat Pizza atau Kentucky, medan selera pun orait.

Nasib baik aku tak terbiasa dengan acara menerima hadiah sempena hari jadi ni. Kalau tak aku mesti dah kecil hati kalau tak ada siapa yang bagi hadiah kat aku. Sudah tentu aku akan andaikan orang-orang yang tersayang dah mula lupakan aku. Kan.

Tapi pernah tak kita ingat tarikh kematian orang-orang tersayang yang pergi meninggalkan kita? Arwah datuk, arwah nenek, keluarga atau rakan-rakan terdekat. Tak pernah. Kan?

Ya, aku memang tak pernah ingat pun. Tarikh aku kehilangan arwah abang Ah, Ngah, Uwan, Pak Njang dan yang lain-lain. Tak gunanya aku. Kan?

Aku rasa aku patut buka semula diari lama dan sedekah al-Fatihah buat mereka semua. Bukankah itu hadiah paling murah tapi paling bernilai?

jual ubat, balik kampus, hari jadi

Wednesday, December 14, 2005 · Posted in ,

JUAL UBAT

Kenal tak Ringgo? Alahh, vokalis kumpulan Arrow tu. Yang menyanyi lagu 'Aku Tak Marah' dan 'Seri Langkat' berduet dengan Amelina.

Tadi aku pi pasar malam dengan Hanis dan A.Lan. Depan Pacific. Kami jumpa Ringgo jual ubat kat situ. Tak sangka pula dia tu orang utara. Pandai cakap pula tu. Aku rasa kalau dia belajar tinggi sikit dia sudah boleh jadi lawyer!

Dia jual sabun, ubat gigi, Tongkat Ali, Manjakani, ubat mata dan minyak panas. Sambil promote dia selit dengan aksi magik. Dia rantai leher dan ikat sekeliling badan sorang member dia dengan tali. Habis ikat dia sumbat mamat tu dalam guni. Kemudian, dia suruh sorang budak kecil ikat guni tu. Ketat.

Lepas tu dia tutup mamat yang tengah baring dengan kelambu warna hitam. Ya, aku tengok kelambu tu kosong. Dia masukkan dua buah botol. Sementara semua orang nak tunggu apa yang bakal jadi, dia ambil kesempatan promote ubat-ubat dia. Sambil tu dia sempat berkaraoke lagu 'Gadis Melayu' dan lagu Hindustan, 'Janam Janam'.

Dia bilang 1, 2, 3. Botol dalam kelambu tu pecah. Tapi mamat tu masih terikat. Magik! Dia tutup kelambu tu semula. Dia bilang lagi 1, 2, 3. Mula-mula rantai dilempar keluar. Kemudian tali. Akhir sekali guni yang tak terbuka ikatan hujungnya pula yang keluar. Bila dia buka kelambu, mamat tu tengah berbaring kosong dan tak terikat. Macamana botol pecah? Macamana buka rantai? Buka tali? Keluar dari guni tapi guni masih terikat? Magik!

Dia bukan jual alat magik. Itu cuma selingan hiburan untuk dia promote produk dia. Tapi aku tengok tak adalah ramai sangat yang beli ubat walaupun harga ubatnya dijual bawah RM10. Mungkin orang tak percaya kot. Tak pun segan.

Dia cakap dia nak terbit album baru hujung tahun depan. Modal RM50, 000. Lagu campur-campur. Rock ada. Pop ada. Hindustan ada. Dangdut pun ada. Dia nak jual sendiri. Senang. Tak payah dok kena tipu kompeni dan fikir masalah cetak rompak.

Tapi kesian juga tengok orang yang jual ubat ni. Cakap non-stop sampai 3 jam tapi orang yang beli ciput ja. Berbaloi tak?

Tapi apa kau kisah kalau itu kemahiran kau? Kalau itu syurga kau. Bukankah 9/10 pintu rezeki itu adalah dari berbisnes? Bukankah itu lebih elok dari kau duduk saja terkangkang kat rumah dok perabis duit mak bapak. Kan. Kan.

Apa pun aku salute artis macam dia. Pandai cari duit. Dan tak berlagak biar papa asal bergaya. Tak adalah macam artis yang asyik keluar masuk jel. Tak pun kena tangkap khalwat dan layan 'ting tong' kat night club.

"Apa nama.. Apa nama artis tu yang dok terkinja-kinja macam beruk makyeh kat disko tu... Saya tak berapa nak ingat la" Begitulah kata Tun Dr. M.



BALIK KAMPUS

Esok balik kampus. Saja balik awal. Aku rindu kat Suzuki rongak yang aku tambat kat bawah tangga hostel. Mesti susah nak start. Alahaii!!

Semester baru akan bermula. Sesi 2005/2006. Apa-apa pun minta result ok!



HARI JADI

Sebab apa mesti sebut ULANGTAHUN?

Tahun sentiasa meninggalkan kita. Berganti-ganti. Cuma hari dan bulan yang tetap kekal. Untuk kita ulang-ulangkannya.

Jadi sempena 16 Disember yang bakal menjelang. Sukacitalah aku ucapkan SELAMAT ULANGHARIBULAN KELAHIRAN untuk diri sendiri. :)

tengok wayang, tengok teater

Sunday, December 11, 2005 · Posted in

TENGOK WAYANG - 'NARNIA'

Siang. Tengok Narnia. Kat Metrowealth Cinema, City Plaza. Pusat sosial remaja Alor Star.

Tapi sebab tak banyak adegan darah bersembur dan kepala tergolek maka aku sudah rasa tak best dengan filem Disney ni.

Lagi pun otak aku sudah dibelenggu dengan fiksi jelmaan trilogi Lord of The Ring. Jadi, menonton Narnia terasa sangat mendatar.

Ditambah pula dengan projektor yang rosak di tengah jalan dan bunyi suara budak merengek nak keluar. Spoil!



TENGOK TEATER - 'TITIK MULA TITIK AKHIR '

Malam. Tengok teater kat Taman Budaya. 'Titik Mula Titik Akhir'. Teater arahan Pn. Aznida. Ini teater yang kedua arahannya yang aku tengok selepas 'Angin Kering'.

Teater tema surrealisme. Menonjolkan kehidupan 4 orang pengemis. Aku teringat aku, Ojai, Awie dan Hang dalam teater Mayat dulu. Ada sedikit persamaan. Mungkin Pn. Aznida pernah baca naskhah Mayat karya Dr. Hatta.

4 pengemis bercadang untuk mencari penghidupan baru. Tapi rupa-rupa penghidupan lama yang pada zahirnya kotor itu lebih mulia dan suci dari apa yang dikejar mereka ketika ini.

Penghidupan baru ditonjolkan dengan cahaya lampu yang dilimpah di tengah pentas. 4 sekawan pun terjun ke dalamnya dan kehidupan pun berubah. Pertama, mereka menjadi orang berkepentingan di dalam kampung dan kedua, sebagai satu organisasi di dalam sebuah pejabat.

Membongkar masalah penyalahgunaan kuasa, rasuah dalam birokrasi kerja. Juga sikap tak sedar asal usul diri bila sudah berpangkat tinggi [bos cakap Melayu slanga Inggeris]. Lain daripada tu ialah pandangan klise tentang kejahatan seorang pegawai atasan. Skandal, main golf, makan suap, dan sentiasa berprotokol.

Akhirnya 4 sekawan memilih untuk kembali ke penghidupan yang lama. Yang lebih tenang. Aman. Dan bahagia.

Seperti teater pertama, teater arahannya banyak bermain dengan metafora props dan personafikasi kata-kata. Audien perlu teliti untuk menghadam setiap isi persembahan. Nasib baik Pn. Aznida bijak menyelit elemen humor dalam persembahannya bagi menyuntik keluar rasa mengantuk dan bosan audien.

Props agak menarik. Ada tong sampah biru [tong sampah bandaraya] dan ampaian kain. Juga kotak-kotak dan daun kering bersepah di samping set pentas yang disusun dalam bentuk V.

Menarik:

"Kau mana boleh jadi bos kau kurus"
"Kau yang tak boleh jadi bos. Kau gemuk!"
"Mana ada. Orang gemuk yang selalu jadi bos tau tak! Mana ada bos kurus kering!"


"Siapa cakap perempuan tak boleh jadi bos. Sekarang pun dah ada perempuan jadi ketua negara."
"Alah, perempuan jadi bos pun lelaki tetap ada kat atas!"


"SPM pangkat 2? Memang tak ada kekosongan kat tempat ni. Jadi, saya memang tak boleh nak tolong pakcik."
"SPM pangkat 3? Apa pula tak boleh, Datuk. Memang kitorang tengah cari pekerja sekarang ni. Datang saja tak payah nak interview. Terus start kerja esok. Hahaha."

Turut sama menonton ialah geng Kolej Syahputra. Diorang akan perform teater diorang malam esok. Tajuk apa entah. Aku tak tengok kot. Pi tengok bola. Hooray!!

Baca:

Titik Mula Titik Akhir dipentaskan di Taman Budaya Kedah

kenangan yang berbaki (part II)

Friday, December 09, 2005 · Posted in

KENANGAN YANG BERBAKI (PART II)

Awak suka tengok bintang? - kawan baik.

Suka..:) - aku.

Saya bintang. Awak bulan. Saya akan sentiasa memagari awak. - kawan baik.

Tak. Saya bintang. Awak bulan. - aku.

Kenapa? - kawan baik.

Saya bintang dari sekian banyak bintang-bintang. Yang mengelilingi awak. Saya perlu jadi bintang yang paling menonjol. Supaya awak nampak saya dari bintang-bintang lain. - aku.

Awak jadi matahari sajalah. You are my sunshine! :) - kawan baik.

Via sms.

Suara serak Meat Loaf menusuk gegendang. 'I'd Do Anything For Love'.

And I would do anything for love
I'd run right into hell and back
I would do anything for love
I'll never lie to you and that's a fact
Perlahan-lahan.

jimat

Wednesday, December 07, 2005 · Posted in

JIMAT

Aku, Man dan Hanis lepak kat Kuayteow Iman, Alor Star. Antara warung makan paling maju di bandaraya utara ni. Iman sekarang sudah maju. Sudah ada char kuayteow. Dulu dia buat kuayteow kerang saja.

Kami sembang macam-macam. Pasal nak jadi kaya. Pasal bisnes.

Aku cakap kat Hanis graduan macam kami ni teori bisnes boleh tahan. Tahu macam-macam. Tapi buat belum tentu jadi. Hahaha. Ketawa aku sambil meneguk teh o ais.

Hanis bagitau, "Nak buat macamana. Kita sekarang ni masih dok terikat. Mak bapak yang dok tanggung kita. Lagi pun depa bukannya ada background bisnes. Gila ke apa hang perabis duit mak bapak hang buat bisnes."

Aku jawab. "Betul juga tu. Jadi kita sekarang kena pandai berjimat. At least bila kita dah grad kita tak keluar dengan tangan kosong. Aku sekarang baru nak start berjimat. Aku guna konsep left pocket dan right pocket."

"Macam mana lak tu?" - tanya Man. Memicing mata.

"Duit belanja hang masuk right pocket. Duit simpanan hang masuk left pocket. Hang kena simpan 10 percent! Contohnya hang makan 10 ringgit hang kena simpan seringgit kat left pocket hang. Duit tu jangan kacau. Balik rumah simpan satu tabung. Cukup bulan masuk ASB. Jangan kacau langsung duit tu sampai habis grad."

"Aku rasa tak bolehlah. Mengarut ja. Aku ni boleh berjimat bila takda awek ja. Hang bukan tak tau. Aku dok berulang pi JB berapa banyak duit habis? Cinta punya pasal." - Jawab Man sedikit sesal tetapi berbaur bangga dengan pengorbanan cintanya.

"Apa pula tak boleh. 10 percent saja! Kalau hang dok biasa bubuh minyak 10 ringgit. Lain kali bubuh minyak 9 ringgit. Kalau dok biasa top-up 10 ringgit lain kali top-up 9 ringgit."

"Ha, aku pernah top-up 9 ringgit. Tapi Cina tu tak bagi." - Sampuk Hanis.

"Awat?" - Man tanya.

"Dia cakap. Aiyaa, baik lu top-up 10 ringgit maa. Boleh tahan seminggu. Kalau lu top-up 9 ringgit tahan 3 hari saja."

"Kalau macam tu better hang top-up 10 ringgit. Tu dah masuk bab lain dah. Kepentingan pengguna." - ujar aku.

"Tak. Aku cakap kat dia. Takpa wa guna tak sampai sejam dah abis."

Hahaha.

pakai smart

Monday, December 05, 2005 · Posted in

PAKAI SMART

Sebab apa bila duduk rumah kita kena pakai seluar pendek, kain pelekat, baju kelawar, baju Melayu, kain batik atau seluar trek?

Tak bolehkah bila kita duduk rumah pakai slek, jean atau baju kurung. Dalam drama Melayu lagi selamba. Diorang pakai coat dalam rumah sepanjang masa! Ok lah tu. Ada anjakan paradigma dalam berpakaian di rumah. Kan.

Lagi pun bila kita bangun pagi. Dan mandi. Dan pakai smart. Dan baca paper. Dan minum secangkir cokelat panas. Kau akan rasa lain macam. Betul!

Kelmarin hari minggu. Aku bangun pagi. Lepas bangun aku mandi pagi. Ya, aku berjaya untuk mandi pagi. Aku kenakan t-shirt Suave dan Levi's 505 buatan negara Raja Mongkut. Dan sedikit semburan Escape di belakang tengkuk. Aku duduk atas sofa sambil baca Utusan.

"Dik An nak pi mana?" - abang Kit.

"Pi mana? Dok rumah je lah."

"Smart ja tengok. Ingat nak keluaq." - abang Kit.

Dok rumah tak boleh smart ka?

"Nak pi mana pagi-pagi ni. Segak ja?" - mama

"Dok rumah je lah. Tak boleh!?"

"Dok rumah pun segak bukan main" - mama memuji sekaligus menyindir.

Dok rumah pun tak boleh segak ka?

"LAHIRNYA SEORANG JUTAWAN!!! Wakakaka!!" - jerit adik Mahfuzah (yang tak mandi) dari penjuru dapur.

Ceh, kurang asam!!

cuti lagi

Friday, December 02, 2005 · Posted in

CUTI LAGI

Bercuti. Untuk semester baru.

Di rumah yang sama. Lokasi yang sama. Nombor yang sama. Nombor 8. Di sebuah urbanisasi bandaraya utara.

Tiada apa yang berubah. Masih ada kolam ikan yang kering. Di laman rumah. Kepunyaan seorang guru yang hampir pencen. 2 tahun lagi daa..

Tiada dinding bilik yang dipecah. Atau pun susun atur bilik yang diubah. Masih seperti dulu.

Cuma. Ada rak buku yang tinggi. 7 tingkat. Di rumah aku. Di tingkat 1.

Aku perlu bersandar dan melangut. Untuk merenung buku-buku yang tersusun. Ikut sedap mata aku.

Aku senyum sendiri. Tiba-tiba aku ada perasaan mahu jadi kaya! Chewwah!!

surat untuk j

Tuesday, November 29, 2005 · Posted in

SURAT UNTUK J

"Dia seorang anak yang baik dan patuh," kata seorang ibu kepada wartawan. Anaknya ditangkap membunuh. Kerana dendam.

"Dia tak pernah berkelakuan begitu. Peliklah..," beritahu seorang kawan. Apabila kawan baiknya ditangkap kerana merompak.

Kita seringkali pelik dengan situasi yang melanda manusia-manusia sekeliling kita. Mereka berubah tanpa ribut dan kadang-kadang tanpa angin sepoi.

Kita akan jadi keliru. Mengapa dia berubah? Dia tak pernah jadi begitu sebelum ni.

Jangan hairan. Sebabnya manusia itu sendiri diberi pilihan. Kiri atau kanan. Jahat atau baik. Ya atau tidak. Tiada siapa mampu menghalang. Meskipun dia seorang ibu, perdana menteri, kekasih paling setia, pembunuh upahan, spiderman, pontianak harum sundal malam atau pun sesiapa saja.

Walaupun kau jahat macam mana sekali pun tapi sekali kau berkata tidak untuk kejahatan itu maka kau akan bebas darinya. Sungguh!

Tapi walaupun kau baik macam mana sekali pun tapi sekali kau berkata ya untuk kejahatan itu maka kau akan terjerumus ke dalamnya. Sungguh!

Kawan, tiada jalan lainkah untuk kau selesaikan masalah kau?

sultan part l, komplen, sultan part ll

Tuesday, November 22, 2005 · Posted in

SULTAN PART 1

"Beta tak sudi menjamahnya!" Titah Sultan Jaafar Onn.

Parlimen bising lagi gara-gara iklan beras Bernas selepas isu Hattan menyanyi lagu Negaraku sumbang.

Pihak Bernas, Jaafar Onn dan Siti Jarum keliru dengan isu yang dikatakan memperlekehkan Institusi Diraja Malaysia. Kata mereka, filem Melayu dulu-dulu pun banyak yang memperlekehkan Sultan. Contohnya filem Musang Berjanggut, kata Siti Jarum dalam ruangan pojoknya.

Ok. Aku akan beritahu mereka sebab apa parlimen marah sangat.

Lain kali kalau nak buat iklan janganlah ambil Jaafar Onn atau pun Chef Wan untuk dijadikan Sultan.

Faham! Kan.


KOMPLEN

Metro. Sabtu lepas.

Ada student Universiti Kerajaan Swasta komplen pasal fasiliti universiti. Bukan aku.

Namanya, Yang Berharap.

Tulisnya, apa kejadah universiti masih tak ada library? Macamana nak menelaah. Apa kejadah ambil exam kat dewan (PKP) yang boleh dengar orang masak? Panas nak mampos! Fasiliti biarlah berbaloi dengan duit ringgit ok!

Dia tak adalah tulis macam tu. Itu versinya yang aku keraskan sedikit. Adult version.

Aku buka muka surat sebelah. Ada iklan, SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI KERAJAAN SWASTA. DAFTAR SEGERA KEMASUKAN DISEMBER 2005.

Aku senyum. Aku lupa seketika dengan persekitaran.


SULTAN PART II

Lis tak suka Intitusi Kesultanan. Dia cakap sultan makan duit rakyat. Dapat duit pergi bercuti saja. Dah tu, semua belajar kat oversea.

Aku cakap, "Habis tu duit PTPTN pun duit rakyat juga. Kita bukannya pakai semua untuk pengajian kita. Kita perabis pergi bercuti, beli handset dan hooray hooray.."

[kami gelak beramai-ramai]

"Ye tak ye juga. Tapi kita bayar balik duit pinjaman tu. Sultan mana ada bayar."

"Masalahnya. Kita bayar ke duit pinjaman tu nanti?"

Wakakakaka!!

[kami gelak beramai-ramai lagi]

ada sticker, hilang, konsert rock

Friday, November 18, 2005 · Posted in

ADA STICKER

Ada kerbau masuk makan rumput kat dalam universiti. Tak jauh dari pondok guard kat pintu masuk universiti. Ya, kerbau. Seekor. Bukan lembu.

Pak guard cakap, Tak ada sticker tak boleh masuk.

Aku rasa kerbau tu ada sticker. Kalau sticker pelajar ada tulis KOMUNITI SISWA/SISWI. Maka sticker kerbau ada tulis KOMUNITI BINATANG!


HILANG

Pelajar kat Universiti Kerajaan Swasta ada yang ambil exam kat Dewan Utama, bilik kuliah di fakulti masing-masing dan di dewan PKP (Pusat Komuniti Pelajar).

Dewan PKP ada dua. PKP A kat atas cafe' dan PKP B bersebelahan cafe'.

Lalbi cakap masa jawab exam kat PKP A, kau boleh rasa aroma kas-kas meruap dan menusuk lubang hidung kau. Apa yang kau hafal boleh hilang.

Tadi masa jawab paper Statistik kat PKP A aku tak adalah bau apa-apa pun. Tapi apa yang aku ingat hilang juga.

Ceh.

Info: Kas-kas ialah sejenis rempah dalam masakan yang digunakan untuk menambah selera.


KONSERT ROCK

Aku akui universiti aku lawa. Warna-warni tapi tak digemari Sultan.

Tapi dewan PKP macam gudang kilang. Tak ada air-cond. Cuma kipas kat tepi dinding. Siapa duduk kat tengah dewan dah macam ambil exam kat padang pasir. Banyak budak komplen panas. Tak boleh jawab exam (baca: tak studi awal-awal).

Aku tak kisah. Sebab aku tak suka sejuk. Cuma aku bengang dengan kontraktor yang buat bumbung dewan ni. Aku rasa dia guna material zink.

Tadi hujan. Cuba bayangkan korang jawab exam dalam konsert rock!

Ya, betul. Tersangat tenang. :)


ADA GENG

Tadi Jeff dan Nahar, jiran depan rumah datang buat onar. Lis ambil pita ukur Ikea dan ukur pinggang Jeff. 25 setengah. Ya, Nik tak keseorangan lagi. Dia sudah ada geng!

sistem oh sistem

Thursday, November 10, 2005 · Posted in

SISTEM OH SISTEM

Semalam ada presentation subjek Software Engineering.

Kami buat sistem punch card untuk staff universiti. Kiranya staff hanya perlu punch masa bekerja diorang di komputer masing-masing. Tak payah ambil kad, pergi ke mesin, punch in, pergi letak balik kad dan baru masuk kerja. Tak efektif, kata Lis selaku Project Manager dengan penuh keyakinan.

Gempakkan? Tapi sistem pun gempak juga. Lepas kau login kau boleh nampak banyak syntax error. Ada banyak skrip PHP bertaburan.

Kenapa interface kamu 'cantik' sangat? - Haslinda sensei

Warna universiti, cik. Nak buat macamana.

Warna universiti lagi cantik dari warna interface kamu. Terus terang saya cakap BURUK! Dah la interface buruk, baju pun buruk! - Haslinda sensei

Laa, baju pun salah?

Nota: Aku dan Lis pakai baju main golf macam Tiger Woods.

raya, bread drive, balik u, soalan artis

Saturday, November 05, 2005 · Posted in

RAYA

Cuti raya ni aku bawa balik buku. Buku tu aku letak sebelah bantal. Kononnya setiap kali aku nak tidur aku mesti teringat nak studi. Tapi baru buka 3 helai nafsu tidur aku tak terkawal.

Bantal jahat! Bantal jahat!


BREAD DRIVE

Aku teringat satu cerita Doraemon tu. Dia ada roti untuk bantu kau ingat apa kau baca. Kau kena tekapkan roti atas muka surat buku dan kau hanya perlu makan roti tu. Dengan itu roti yang kau makan akan menyalin setiap muka surat yang kau tekap.

Macam pen drive. Ada ruang ingatan sebanyak 128MB, 256MB, 512MB dan 1GB. Tapi ruang ingatan bread drive bergantung pada kapasiti perut kau. Satu keping roti bersamaan satu muka surat. Kalau kau mahu mengingat 100 muka surat maka kau perlu menelan 100 keping roti. Itupun kalau kau mampu.

Tapi, walau pun bread drive ni wujud aku masih tak mampu gunakannya. Sebabnya, perut aku akan memulas setiap kali nak masuk dewan kuliah.

Kelemahan bread drive : Data akan lupus secara automatik apabila kau berak. Data akan korup dan bertindih apabila kau kentut.


BALIK U

Esok aku balik universiti. Aku bawa balik sedikit kuih muih yang tak laris dijamah tetamu. Satu lagi, aku bawa balik juga cadar dan sarung bantal baru. Warna biru. Cantik!


SOALAN ARTIS

Ada beberapa peminat bagi soalan artis kat aku. Alaa, soalan yang kau boleh baca dalam URTV, Media Hiburan dan Mangga. Jadi untuk tidak menghampakan para peminat, aku terpaksa jawab. Klik SINI.

cat baru, abang kit, studi, kad raya

Sunday, October 30, 2005

CAT BARU

Hari raya tahun ini amat bermakna.
Rumah aku bercat baru.
Warna peach. Cantik!


ABANG KIT

Lupa aku nak bagitau. Abang Kit dah balik. Dari Cairo, Egypt. Dia balik senyap-senyap. Pakat dengan abah nak surprisekan mama. Ye lah, kalau buat jemputan balik secara protokol banyak pula air mata yang tumpah. Taulah. Heh..

Dia bagitau IC dia hilang semasa kat sana. Jadi sekarang dia jadi pendatang haram.

Walaupun dia tak minat bola tapi dia bawa balik jersi bola kelab Arab. Warna hijau dan bertulisan jawi. Kelab apa entah.


STUDI

Sepatutnya aku kena mula belajar hari ini. Seminggu selepas buka cuti nanti universiti dah mula peperiksaan akhir. Tapi doktor cakap memberi tekanan yang berlebihan kepada otak adalah antara punca penyakit migrain. Dan untuk meredakannya kau perlu tidur yang cukup. Ya, aku perlukan tidur dan rehat yang cukup. (baca: malas)

Jenguk:
prevent your headaches
apa boleh buat jika anda malas?


KAD RAYA

Aku baru dapat satu kad raya! Sungguh!

bajet, sahur, hujan, balik kampung

Friday, October 28, 2005 · Posted in

BAJET

Aku beli lauk kat bazar ramadhan yang sekangkang kera kat kampung berjuntai bestari. Aku cadang nak beli nasi di kafe. Di kampung nasinya RM1 tapi di kafe 70 sen. Bukan berkira. Ini orang panggil budget planning!

-Berapa?
Seringgit
-Ha'ah seringgit. Kuah.

Kawan-kawan. Kalau korang beli nasi putih yang dicampur sedikit kuah kari di atasnya. Harganya, seringgit. Tau!


SAHUR

Sahur. Aku tak perlu makan sisa lebihan berbuka.
Cuma perlukan sepaket Biskuat (biskut Tiger).
Yang dicicah ke dalam segelas Nescafe panas.
Cicahkan biskut itu. Sehingga separa lembik.
Dan kemam ke dalam mulutmu.
Percayalah, ada kenikmatan tak terungkap.


HUJAN

Hujan telah menipiskan puasa bebudak rumah.
Kami melakukan tidur bermaraton beramai-ramai.
Sungguh panjang maraton itu. Mengalahkan bayi.


BALIK KAMPUNG

Aku balik kampung malam ni. Rombongan geng utara. Semua akan naik di PKP. Bas akan berhenti di Butterworth, Alor Star dan Kangar. Nama agen bas tu ialah Insan Kreatif-Tour and Travel. Aku nak tengok bas yang kreatif tu. Hooray, balik kampung!!

teater ramadhan, takziah

Saturday, October 22, 2005 · Posted in

TEATER RAMADHAN

Aku, Awie, Ayie, Lis dan Lalbi tengok teater di dewan IPIS.

Teater pertama dipentaskan di Universiti Kerajaan Swasta sejak kami berpindah ke Batang Berjuntai ni.

Juga teater seumpamanya yang dipentaskan di bulan puasa. Nasib baik aku tak usulkan nama universiti di Malaysia's Book Record. Maklumlah zaman sekarang semua sibuk gilakan kuasakan dan nama.

Teater tersebut kelolaan En. Ijat dan dilakonkan oleh grup pelajar yang mengambil subjek kokurikulum. Diorang kena berlakon untuk dapatkan carry mark yang bagus dan cemerlang lagi terbilang. Chewwah..

Semuanya ada 6 grup dan dipentaskan secara rali. Persoalan ke semua teater dapat aku simpulkan sebagai Jiwa Kacau. Jiwa yang kacau dengan sekelilingnya.

Grup 1
Tema: Bencana alam
Props: Surat khabar bersepah

Seorang mamat masuk. Wajah jiwa kacau. Berjumpa akhbar bersepah. Dia baca berita bencana alam dalam akhbar yang bersepah tu.
Seorang menangis kehilangan ibubapanya.
Seorang lagi lagak sebagai pemimpi yang terpaksa memohon bantuan luar.

Kesimpulan:
Ada kiasan dengan bencana tsunami, taufan dan gempa yang menimpa dunia kebelakangan ini. Apabila Tuhan melonggokkan sebuah bencana yang besar kepada hambanya betapa manusia itu sebenarnya tersangat kerdil. Betapa negara yang amat kaya pun sebenarnya tersangat miskin.

Betapa perit kehilangan keluarga dan kepanikan pemimpin menagih bantuan luar. Nyawa manusia bagai kepingan-kepingan akhbar. Hanya berharga sehari. Dan kemudian dilupakan macam surat khabar lama. Mungkin?

Dan bila kita terbaca berita-berita dulu dalam surat khabar lama ketika makan nasi lemak maka memori kita akan terimbas. Sedih akan menyerkup. Apa ingat tak gunakah surat khabar lama!

Aku nampak skrip dilekat di belakang surat khabar yang mamat tu baca. Bagus! Aku suka cara tu.

Grup 2
Tema:
Raya
Props: 3 buah pelita

Lama ye kita tak berjumpa?
- Tak tahu.
Tapi sebab apa kita jumpa?
- Entah.
Habis tu sebab apa kita balik raya?
- Entah.
Apa ni entah entah. Kalau macam tu tak payahlah kita jumpa.
- Janganlah macam tu. Kan kita baru jumpa? Entahlah. Tak tahulah aku.
Entah entah tak tahu, entah entah tak tahu. Tak tahulah aku.

Kesimpulan:
Melihat pementasan grup ni buat aku bertanya sendiri. Raya sebenarnya untuk apa. Benarkah kita benar-benar mahu berjumpa keluarga dan sahabat handai? Atau sekadar melengkapkan dogma raya?

Grup 3
Tema: Makna
Props: Tiada

Seorang bapa masuk. Ya bapa tu sibuk berbussiness. Kemudian seorang anak masuk menggigil. Ya, anak tu terabai. Dia jadi mat pit. Mereka berjumpa. Biasalah. Macam cerita Melayu. Anak tak guna. Aku suruh kau belajar pandai-pandai jadi macam aku. Bapa tampar anak. Tapi anak tak jatuh.

Woii, kalau tampar tu jatuhlah betul-betul! Berapa kali aku nak cakap. Tak reti-reti.
Jerit si director dari tepi.

Laa, lakonan dalam lakonan. Mati-mati aku kena tipu. Hah, satu lagi. Anak dia tak hisap dadah. Dia kena leukimia. Kemudian keduanya berbaik semula dan berpeluk.

Woii, kalau berpeluk tu peluklah betul-betul. Peluk seorang ayah dan anak. Bukan couple! Faham!!
Jerit director tu lagi sekali.

Kesimpulan:
Kita sebenarnya pelakon. Dan kita sendiri tak sedar bahawa kita sememangnya dah berpuluh-puluh kali mengulang cerita skrip-skrip kehidupan yang kita sendiri dan bosan dan tahu kesudahannya. Kita tahu tapi kita buat. Kita buat tapi kita tahu. Pelikkan?

Grup 4
Tema: Sungai
Props: Baldi. Kostum 'sungai', keli, angsa, rumpai=>pakai kad manila

Seorang jadi sungai. Seorang jadi angsa. Seorang jadi ikan keli. Seorang jadi rumpai. Keli benci sungai. Angsa pun pujuk. Rumpai datang mengadu sakit. Kemudian semua freeze. Tinggal sungai bermonolog. Manusia jahat! Manusia jahat! Datang seorang manusia dan mati keracunan sebab minum air sungai.

Sekian dahulu Kavita Singh Kaulia melaporkan! Cakap seorang pelakon perempuan sambil mengangkat tangannya.

Kesimpulan:
Aku suka tema sungai diambil biarpun ramai yang mungkin anggap ia soal kecil. Sungai sebenarnya perlambangan tentang hidup. Tentang ketamadunan dan kebudayaan. Sungai yang kotor dan terbiar adalah lambang masyarakatnya yang lesu dan hampeh. Lihat Sungai Nil dan Tigris yang membina sejarah dunia. Kau ingat suka-suka sajakah sungai di dunia ini diciptakan Tuhan?

Jadi, sungai tanggungjawab siapa? Ya, Karam Singh Walia saja. :)

Grup 5
Tema: Pelayaran
Props: Tiada

Guruh dentam dentum. Dua orang membaca puisi tentang pelayaran. Ahli lain membentuk beberapa formasi seni. Sebuah formasi yang penuh unsur metafora dan perlu ditafsirkan oleh khalayak dengan pemikiran yang halus dan teliti. Aku tau ini gaya favourite Cik Ijat!

Kesimpulan:
Personafikasi hidup. Bagai pelayaran. Kau perlu ada layar dan kemudi. Kadang-kadang layar kau koyak. Kemudi kau patah. Identifikasi kehidupan diadaptasi pada formasi pelakon yang berlari, menuding jari, mendongak, melutut dan akhirnya rebah. Hidup kita pun memang begitukan?

Grup 6
Tema: Cacat
Props: Tiada

Bermula dengan suasana semua pelakon berjalan mundar mandir. Seorang pengemis sedang mengengsot. Semua tak layan pengemis cacat tu. Yang bagi duit ialah seorang pelajar yang sedang pegang borang PTPTN. Tu pun ikhlas tak ikhlas.

Kemudian semua pejalan kutuk pengemis tu cacat, cacat, cacat. AKhirnya pengemis tu bangun dan ke semua pejalan tu rebah. Dia pula jerit kuat-kuat kat semua orang, CACATTT!!

Kesimpulan:
Kita terlalu laju berjalan sehingga meninggalkan beberapa manusia yang kadang kala tak mampu berjalan selaju kita. Ada yang hanya mampu merangkak, mengengsot atau pun meniarap. Dunia hari ni ini terlalu memaksa kita untuk berjalan terlalu laju tanpa menghiraukan manusia lainnya. Ada kritikan tentang bahana kapitalis dan kelupusan nilai moraliti masyarakat!

Tahniah untuk En. Ijat! Teater Ramadhannya buat otak aku berguling memikir tentang sungai, hari raya, kehidupan, surat khabar lama, mama dan abah serta manusia-manusia lain sekelilingku.

Tahniah juga buat pelajar-pelajar kokurikulum! Harap kalian bukan sahaja berjaya mementaskan rupa tetapi jiwa dan rasa sesebuah teater. Moga dapat A!!



TAKZIAH

Takziah untuk Datuk Seri PM kita di atas kembalinya isterinya ke rahmatullah. Sama-samalah kita sedekah al-Fatihah untuk allahyarhamah.

buka puasa, was2, iklan tanpa was2

Wednesday, October 19, 2005 · Posted in

BUKA PUASA

Perasan tak sebelum kita buka puasa mesti ada satu kartun tentang sebuah keluarga sedang buka puasa.

Selepas azan, si abahnya akan membaca doa berbuka.

Tadi di kafeteria ada satu grup tengah tunggu berbuka. Adalah sorang tu sebaik saja dengar azan dalam kartun tu terus saja dia bantai minum. Lepas tu teruk dia kena gelak dengan grup dia.

Tapi dia tak sengajakan..



WAS-WAS

Waktu berbuka di Batang Berjuntai adalah mengikut waktu daerah Kuala Selangor. Lewat 2 minit berbanding Shah Alam. Kalau Shah Alam berbuka 7.02 minit maka Kuala Selangor berbuka 7.04 minit.

Tapi sebab apa setiap kali nak berbuka mesti tengok muka masing-masing. Bukankah kita ada jam sendiri?

Sebab was-was kita sanggup biarkan waktu berbuka kita lewat sampai 5 minit. Kita sanggup tunggu orang lain yang sememangnya sedang tunggu kita mula berbuka dulu.

Syampu yang ada bermacam-macam ramuan yang kita tak tau kandungannya pun kita boleh guna tanpa was-was.

Tapi sebab apa jam sendiri kita tak nak percaya?



IKLAN WAS-WAS

Mat, sebab apa kau tak guna syampu tu.

- Laa, aku tunggu kau guna dulu

Sebab apa aku yang kena guna dulu.

- Sebab aku was-was.

Sebab apa kau was-was?

- Sebab dalam syampu ada Cetyl Alcohol, Citric Acid, Sodium Benzoate, Sodium Chloride, Polydecene, Hydroxypropyltrimonium Chloride, Panax Ginseng Root Extract dan macam-macam adaaa!

Mak aii, was-wasnya aku. Kalau macam tu baik saja kita guna syampu santan kan?

- Hmm, gunalah syampu santan. Tiada keraguan lagiiiii.. :)

ramping, kafe siber, tiket II, universitiku, rejection

Saturday, October 15, 2005 · Posted in

RAMPING

Sungguh! Ukur lilit pinggang Nik cuma 25 inci.

Sebelum ni mati-mati aku ingat lelaki hanya mampu menjadi sekurus 27 inci sahaja. Tapi Nik menafikan.

Nasib baik dadanya seramping pinggangnya. Kalau tak aku tak dapat bayangkan bagaimana cluster (blok) kami akan bergoncang!

Wei, kau puasakan?

Ok, apa-apa pun aku bangga dapat kawan yang seramping Nik.

Lihatlah pinggangku. Ramping yaa..


KAFE SIBER

Kafe siber sebelah kedai runcit Good Luck sudah dibuka. Aku nampak ada pelajar tampal notis di pintu hadapan kafe siber tersebut.

Aku gesit. Harapan berbunga.

Ceh! Cuma ada servis printing. Aku ingat sudah ada servis jalur lebar.

Aku rasa macam nak masuk parlimen. Nak kutuk cukup-cukup pengurusan universiti.


TIKET II

Jangan jeles! Aku dah beli tiket. Tapi turun di Butterworth dan kemudian ambil bas ke Alor Star. Bas ambil terus di universiti.

Aku cuma perlu tunggu sambil menyanyikan lagu raya.


UNIVERSITIKU

Baguslah kalau Datuk Seri Rais Yatim mahukan rentak asal bagi lagu Negaraku.

Aku rasa Datuk Seri perlu juga dengar lagu Universiti Kerajaan Swasta. Penyanyinya Nassier Wahab tau.

Lagu tu ada elemen pop komersil. Bila dengar kau rasa nak menyanyi sama sambil goyang-goyang. Ewwah..!!


REJECTION

IN BUSINESS REJECTION IS COMMON

Kata Dr A, penolakan adalah perkara biasa dalam bisnes. Kalau kau tidak pernah mengalami sebarang penolakan dalam bisnes itu bermakna kau dalam bahaya!

Tadi ada grup pelajar dari mana entah datang jual nasi lemak dari rumah ke rumah. Mana rumah yang tak berkunci diorang akan buka pintu sambil jerit dari muka pintu: Nasi lemak! Nasi lemak! Nak beli nasi lemak tak?

Masa diorang datang ke rumah kitorang, Lis jawab dari dalam biliknya:
Tak mau tak mau. Tak beli tak beli. Pergi berambuslah korang! Berambus lagi baiklah.

Aku nampak muka dua orang pelajar nasi lemak tu merah padam. Aku tahu diorang terluka dengan sikap Lis.

Aku masuk bilik Lis; Wei orang jual lemak betullah! Kurang ajarnya kau halau diorang.

Lis jawab; Laa, aku ingat jiran depan rumah kita!

bantu negara, ramadhan, suzuki, tiket, jiwakacau

Sunday, October 09, 2005 · Posted in

BANTU NEGARA

Jangan tanya apa negara sumbangkan kepada anda.
Tetapi tanya apa yang anda sumbangkan kepada negara.

Aku tak tahu presiden Amerika yang mana satu yang buat pepatah di atas. Menarik!

Mahu bantu negara? Nak tahu bagaimana?

Belilah rokok. Setiap peratus belian anda adalah sumber pendapatan negara. Setiap sedutan membawa padah. Tetapi setiap bayaran membawa keuntungan negara.



RAMADHAN

Siapa kata di Universiti Kerajaan Swasta tiada bazar Ramadhan walaupun tersumbat diceruk ladang-ladang kurma (baca: sawit).

Ada! Kami kena berjalan sejauh 500 meter merentasi bonggol-bonggol tanah dan lopak-lopak air. Kadang-kadang disapa mesra sekawan lembu segar dari ladang.

Tapi di sini gerainya tak sampai 15 buah. Oklah tu. Jimat belanja. Mengapa bayar lebih. Kan.. :)



SUZUKI

Suzuki rongak kembali bernyawa. Terima kasih Jarul yang membantu menyorong motor aku untuk dibaiki.

Ada parut-parut di beberapa sudut motor. Terasa mahu memeluk makhluk tak bernyawa itu. Mahu memberitahu aku sayangkannya.

Maaf Belalang Tempur, aku tahu kau marahkan aku.



TIKET

Ya, aku tak beli tiket lagi. Nak tahu kenapa?

Sebabnya di sini Fakulti Pengurusan Industri ada buat tempahan tiket balik raya terus dari universiti.

Jadi aku rileks dulu. Esok-esoklah..



JIWAKACAU

Aku tumpang alamat Nik di Sungai Besar untuk kiriman Jiwa Kacau dari Basri. Esok baru ambil. Jadi tak sempat nak review. Lain kalilah.

game or war, love, love ii, love iii, love iv

Wednesday, September 28, 2005 · Posted in

GAME OR WAR

love is a game => easy to start easy to end
OR
love is a war => easy to start hard to end

Kau mempunyai pilihan sama ada mahu menjadikan cinta itu permainan atau pun peperangan.

Kalau cinta itu permainan (bukan gol & gincu). Kau boleh terus bermain-main. Tapi kau kena ingat setiap permainan ada kalah dan menang. Boleh juga seri.

Kalau cinta itu peperangan. Kau akan sakit. Kau berjuang demi kebenaran kau. Kau sanggup mati kerananya. Dan kau akan lebih menghargai keamanan yang hilang semasa peperangan kau.

Tolong, aku sedang berperang sekarang! Selamatkan nyawa aku!



LOVE

Cerita pensyarah aku.

Dulu-dulu. Johor Bahru.

Sepasang suami isteri kemalangan. Jatuh motosikal.

Mereka terperosok di dalam longkang. Si isteri mati. Suaminya kepatahan kaki. Tidak ditemui sesiapa pun.

Suaminya hidup selama seminggu bersama jenazah isterinya. Sebelum ditemui.

Kau tahu kenapa suaminya masih mampu hidup tanpa makan dan minum di atas jenazah isterinya?

Bicara pensyarah aku. Sedikit serius. Mata bundar.

Angkat bahu. Aku.

Cinta telah menghidupkan si suami itu. Terus bertahan di atas jasad kaku isterinya. Mahu memberitahu manusia luar dia masih selamat dan mahu melihat jasad isterinya dikebumikan.

Aduh, cinta begitu buat aku sebak. Betul! Tiba-tiba saja.. Entah.. Aku pun begitukah nanti?


LOVE III

Ingat tak entri Pelambung Syiling?

Aku bertaruh. Dan hampir kalah bertaruh lagi. Betul. Aku menang. Dan tiba-tiba kalah. Dan akhirnya menang pula.

Aku perlu bertaruh lagikah?

Perempuan,
Jangan buat aku bertaruh lagi. Aku sudah mula benci dengan diri aku.

Wei, bertaruhkan berdosa?


LOVE IV

Dah ada awek? -mama

Mana ada lah.. -aku

Tak payah nak bercinta sekarang ni. banyak anak kawan mama cantik-cantik.
pilih ja.

Err..

Tak pa.. Mama terima saja siapa bakal menantu mama. Jangan dok makan hati sebab cinta-cinta ni. Mama tau sakit.

Betul. Kasih ibu pada anak melebihi dirinya sendiri.

miss you love

Sunday, September 25, 2005 · Posted in

MISS YOU LOVE

Ahmediah

Segelas teh ais. Sendiri-sendiri. Itu aku.

Hari ini agak lain. Ada lagu-lagu Inggeris di restoren mamak.

Tiada lagu tamil.

Millionaire say
Got a big shot deal
And thrown it all away but
But I'm not too sure
How I'm supposed to feel
Or what I'm supposed to say
But I'm not, not sure,
Not too sure how it feels
To handle every day
And I miss you love

Make room for the prey
'Cause I'm coming in
With what I wanna say but
It's gonna hurt
And I love the pain
A breeding ground for hate but...

I'm not, not sure,
Not too sure how it feels
To handle everyday
Like the one that just past
In the crowds of all the people


Sial, Silverchair! Teh ais bergoncang.

Remember today
I've no respect for you
And I miss you love
And I miss use love

Sial punya mamak
Ini lagu tahun bila?

I love the way you love
But I hate the way
I'm supposed to love you back

It's just a fad
Part of the teenage against brigade and
I'm not, not sure,
Not too sure how it feels
To handle everyday
Like the one that just past
In the crowds of all the people

Remember today
I've no respect for you
And I miss you love
And I miss use love

Remember today
I've no respect for you
And I miss you love
And I miss use love

I love the way you love
But I hate the way
I'm supposed to love you back


Hey, tambi.. You sudah kasi pecah ini cawan
-I salah atau you salah?
You salah laa. You kasi pecah I punya cawan.
-=> RM20
cukup?
err.. ok!

Miss You Love berkumandang
Suara serak Daniel Johns..
Ketukan dram Ben Gillies..
dan petikan bass Chris Joannou..
di corong Ahmediah..
menyakitkan!
Sial!!

dilambung

Thursday, September 22, 2005 · Posted in

DILAMBUNG

Suzuki rongak melambung
Tayar berputar
Kaki berbelit di celahan rim
Betis dibakar ekzos
Kepala dihentam tiang..

Tayar berputar
Suzuki rongak berburai
Mata berpinar
Kelihatan bintang bintang
Sekejap-sekejap jatuh
Sekejap-sekejap jatuh
Tolonggg, kaki akuuuuuuuuuu!!!

Kaki menggeletar.. Hati bergetar
Calar.. Lebam..
Darah-darah beku dan tulang meretak
Menyiat urat dan pelupuh darah..
Tuhankan Maha Adil?

sakit, rahsia, bawakan ia pergi, luka

Saturday, September 10, 2005 · Posted in , , ,

SAKIT

Umur lelaki lebih pendek berbanding perempuan.
Mengapa?
Lelaki ego. Dia tidak menangis.
Sesiapa lelaki pun tidak diajar untuk menangis. Betul!
Dia mengambus sakitnya di dalam hati.
Dia menelan deritanya di dalam jiwa.
Dan semua itu sedikit-sedikit menjadi racun.
Sakit!
Sungguh!



RAHSIA

Ada sesuatu rahsia yang lelaki tidak upaya memberitahunya. Pada sesiapa pun..



BAWAKAN IA PERGI

langit akan dengar
awan akan sedar
angin tiup membawa ia tinggi ke mana-mana

-Rahsia Ummi-



LUKA

Ibu,
mahu ke mana kupaku luka
segala derita tak mampu kukata
dalam jarak pertemuan kita
ibu,sejarah pernah mahu memisahkan
sebuah kemesraan dan kasih sayang
tapi setia dan percaya menemukan kita
pada rentetan yang membahagiakan

Ibu,
kalau pun kau tahu deritaku meretak
pada riak wajah dan kocak langkah
pada getar mata dan geletar suara
usahlah kau tanya
kerana aku sendiri tak mampu memberitahunya

Ibu,
barangkali kau dapat merasa
pada detik jantungmu yang berbisik
tentang aku yang sakit dan perit
bukankah sudah lama kuhuni cakerawala rahimmu
dan kau sendiri pernah menanggung
derita-derita tak terhitung
tak terbendung

Ibu,
hanya doakan aku dalam munajatmu
meskipun sepi-sepi itulah yang mencengkam
rasa kosong itulah yang menghunjam
kejam lagi menyakitkan

ptptn II, kecil hati, merdeka 48 II, menang, apabila en. merdeka

Monday, September 05, 2005 · Posted in ,

PTPTN II

PTPTN masuk.. Hooray!!!

Tolak yuran pengajian. Err, ada hutang lagi! Huhuhu..

Ada along nak bagi aku pinjaman tak? Aku nak along yang baik.. :)



KECIL HATI

Ada yang kecil hati berulam jantung sebab aku sudah tak masuk blog dia orang sejak kebelakangan ni.

Bukan aku tak masuk. Aku masuklah. Cuma aku tak tinggalkan komen. Aku buka blog korang dan terus save dalam thumb drive aku. Balik rumah baru aku baca. Kalau baca kat sini ambil masa 5 minit lebih. Kalau 20 blog sudah berapa? Nak semak dan balas emel lagi. Nak melayari apa yang patut lagi.

Jadi, di kafe siber ini aku terpaksa meminimumkan masa penggunaan Internet. Mahal. Aku terpaksa meredah 6 kilometer untuk mengemas kini sebuah blog yang kerdil ni. Berbaloi? Heh..


MERDEKA-48 II

Lupa pula aku nak cerita pasal malam merdeka. Aku merdeka dalam kampus saja. Universiti buat malam kemuncak di dewan PKP. Aku berduet dengan Awie baca monolog 'Apabila Encik Merdeka Memberitahuku Tentang Merdeka.'

Tapi biasalah banyak pelajar yang tak beri perhatian dan kabur dengan kata-kata yang bombastik. Lainlah kalau aku nyanyi lagu Peter Pan. Mesti semua tangkap nangis. Bukan sebab sedap tapi sebab tak sedap. Hahaha...

Lepas habis acara nanyi-nyanyian dan tari-tarian kami pun berkumpul di luar dewan PKP. Pak Tam @ TNC HEP mula mengira jarum jam. Konvoi motor dan kereta berdentum-dentum tiba.

Tepat pukul 12. Mercun dan bunga api dibakar. Tapi yang murahlah. Cap ayam kot. Tembak satu meletup. Tembak dua meletup satu. Bukan macam KLCC punya. Cap ayam saja. Tergelak aku tengok satu grup pelajar perempuan menjerit sebab mercun salah mendarat. Nasib baik grup bakar mercun duduk atas bumbung. Kalau kat bawah aku dah boleh tengok sketsa perang.

MENANG

Cluster kami menang blok tercantik sempena merdeka. Pelajar-pelajar India yang tolong buat pintu gerbang. Pelajar-pelajar Melayu suka gantung bendera sambil menyanyi saja.

Sekali tengok dah macam sambutan Deepavali. Ada pokok pisang dan daun kelapa. Aduhh...


PUISI - Apabila En. Merdeka Memberitahuku Tentang Merdeka


-Tak ada apa nak tulis lagi. Aku tulis semula puisi malam merdeka tu. Cetak dan tampal di dinding bilik tau..-

Pada suatu masa dahulu-dahulu
Ketika itu aku berjalan-jalan dengan sekotak Pop Corn dan Coca Colaku
Di sepanjang Pudu Raya dan Dataran Merdeka
Aku pun berjumpa dengan En. Merdeka
En. Merdeka itu kulihat wajahnya gagah tapi gundah
Warna bajunya biru dan putih, seluarnya kuning dan merah
Lengannya kulihat penuh dengan parut luka-luka berdarah
Beritahunya, itu bekas seksa-seksa penjajah
Itu juga tanda adanya sejarah
Dan En. Merdeka pun memberitahuku tentang merdeka

Katanya, merdeka lalunya dibakar api
Tapi merdeka kininya berbunga api
Katanya lagi, merdeka lalunya diburu mati
Tapi merdeka kininya memburu mati
Katanya lagi, merdeka lalunya disambut hiba
Tapi merdeka kini disambut tawa
Katanya lagi, merdeka lalunya dihambat pistol
Tapi merdeka kininya disumbat botol
Katanya lagi, merdeka lalunya wanita-wanitanya penuh kental
Tapi merdeka kininya wanita-wanitanya dilenakan bantal
Katanya lagi, merdeka lalunya laki-lakinya penuh jiwa
Tapi merdeka kininya laki-lakinya dibunuh jiwa mereka
Katanya lagi, merdeka lalunya sahabat-sahabat adalah nyawa
Tapi merdeka kininya sahabat-sahabat menjadi ular sawa
Katanya lagi, merdeka lalunya banyak manusianya pandai
Tapi merdeka kininya banyak manusianya bangkai

Dan tiba-tiba lalulah gadis-gadis manja sambil melenggang
Aku dan En. Merdeka pun dialihkan pandang
Terpana seketika pada baju gadis-gadis manja
Yang coraknya bintang-bintang pecah lima
Terjambak di tengah celah lurah gunung
Seluar mereka ada selerak bintang di bonggol punggung
Dan En. Merdeka pun termenung bingung
Aku pula sedikit canggung
Sambil mengunyah Pop Corn dan Coca Colaku

Lalu En. Merdeka pun memberitahuku tentang merdeka
Katanya, anak gadisnya dahulu srikandi pejuang
Tapi anak gadisnya kini srikandi telanjang
Katanya, anak lelakinya dahulu pahlawan terbilang
Tapi anak lelakinya kini pahlawan jalang
Katanya, isterinya dahulu perempuan setia
Tapi isterinya kini perempuan gila

Tiba-tiba En. Merdeka menangis, menangis dan menangis
Aku pun terus terkedu bersama Pop Corn dan Coca Colaku
En. Merdeka pun berkata, Pakcik adalah merdeka yang tidak merdeka
Ketika merdeka lainnya menangis penuh keharuan
Tetapi merdeka pakcik menangis penuh kekesalan
Pakcik adalah merdeka yang tidak merdeka
Dalam buruk dan hodoh En. Merdeka menangis hiba
En. Merdeka masih sempat berpujangga
Sayangilah merdeka kita, cintailah merdeka kita
Usap dan belailah merdeka kita
Cium dan dakaplah merdeka kita
Kerana merdeka kita takkan dapat dicari ganti
Seperti mana matinya seorang isteri
Aku pula hanya mampu mengangguk dan mendengar
Sambil mulutku menelan Pop Corn dan Coca Colaku

En. Merdeka terus menangis, menangis dan menangis
Ketika itu sempat pula En. Merdeka mengambil Pop Corn dan Coca Colaku
Manis Pop Corn dikunyahnya, busa Coca Cola diteguknya
Dalam tangis En. Merdeka bersendawa lega
Erkkkk...., Alhamdulillahhh.......

Masa pun bagaikan terhenti agak lama
Sehingga habislah butir Pop Cornku yang terakhir
Dan usailah sudah tin Coca Colaku sehingga licin
En. Merdeka pun menghulurkan salam
Kata En. Merdeka, Pakcik mahu mencari merdeka
Dan orang-orang seperti anak yang mahu mendengar tentang merdeka
Selepas bersalam, aku sempat melihat
En. Merdeka mengaru-garu tapak tangan kanannya
Aku lihat tapak tangannya penuh kurap, kudis dan kayap
Ada sedikit kusta dihujung jari-jarinya
Dan tahulah aku
Bahawa aku telah menelan
Pop Corn dan Coca Colaku
Yang dipenuhi penyakit-penyakit En. Merdeka itu.

makmal komputer, ptptn, monolog btn, savvy, merdeka-48

Saturday, August 27, 2005 · Posted in

MAKMAL KOMPUTER

Makmal komputer sudah ada. Cukup berkuasa tinggi. Komputer jenama Dell. CPU bersaiz tupperware. Skrin rata dan disumbati prestasi serba mengiurkan. Kau boleh tak dengar kuliah si pensyarah gara-gara terpesona dengan komputer di hadapan kau. Aku bangga selaku pelajar Universiti Kerajaan Swasta yang merasmikannya.

Siapa cakap Kelambu lokek dalam puji memuji ni? Tak pun...

Sekarang aku tunggu akses Internet pula. Tak pun aku tunggu berapa banyak optical mouse yang akan hilang. :P



PTPTN

Nama sudah ada dalam senarai PTPTN. En. Faris beritahu dalam tempoh 2 minggu lagi duit masuk. Jangan lupa buat pulut kuning, kata En Faris si penyelia pinjaman universiti sambil tersenyum manja. Perasaan aku bagaikan seorang tua yang baru berkahwin perempuan muda. Berbunga-bunga bahagia. Kalau aku ada lembu aku dah bagi free kat En. Faris. Sungguh!

Sekarang dia sudah jadi hero penyelamat untuk pelajar-pelajar.

Aku tahu dalam kepala masing-masing sudah terbayang teknologi 3G atau pun laptop berkuasa tinggi. Mungkin ada yang terbayang enjin turbo untuk kereta tempatan kerana tak mampu untuk membeli kereta import. Ada pula yang mahu membeli kereta atau pergi bercuti.

Hati-hati menguruskan pinjaman. Jangan tak bayar duit pengajian. Lepas ni tak maulah dengar ada pelajar merungut kata duit pinjaman tak cukup untuk bayar yuran walhal lebihan duit pinjaman tu sudah boleh beli sebuah Kancil. Apa kejadah semua ini, adakah berbaloi, kata Wan Kamaruddin.



MONOLOG BTN

Esok, 28/ 08/ 05 pada jam 10 pagi ada program penghayatan kemerdekaan di Komplek PKNS, Shah Alam. Anjuran Biro TataNegara Negeri Selangor. Universiti Kerajaan Swasta hantar pasukan untuk persembahan bagi memenuhi permintaan mereka. Orang berbudi kita berbahasa, kata Sal sambil tersipu-sipu malu kerana lewat memberitahu Kelambu untuk buat persembahan pada saat-saat akhir.

Universiti hantar satu pasukan pantomin dan satu duet monolog.

Aku buat monolog. Sabahan dan Rushdi si penari yang akan bacakan. Puisi tu aku pernah baca masa malam puisi kemerdekaan bersama KEMUDI, Selangor tahun lepas. Sekarang aku malas baca. Aku nak tengok orang baca pula.

Apa pun jemputlah datang esok. Carilah aku di celah-celah kerusi-kerusi biru. Alah, yang sedikit kacak tu..



SAVVY

Jarul beli Sawi (baca: Savvy). Aku baru pandu uji tadi.

Gear undurnya berada pada kedudukan hadapan seperti gear satu. Anda perlu tarik satu punat untuk menolak gear tersebut.

Casisnya cukup kukuh kerana tahan digaru raksasa. Tambahan lagi dengan penggunaan petrol yang MENJIMATKAN!!

Pemanduannya cukup selesa dengan kuasa tork yang berkuasa dan lancar.

Apapun aku suka SAWI!! Jarul, buat masa sekarang aku ada perasaan sedikit jealous! Serious! :)



MERDEKA-48

Merdeka anda di mana?
Konsert!
Rempit!
Disko!
TV!

Hahaha, SELAMAT MERDEKA untuk rakyat Malaysia! Jangan buang bendera di tengah jalan. Nanti aku kutip! :)

internet, perpustkaan, alternatif, cerita dulu

Sunday, August 21, 2005 · Posted in

INTERNET

Untuk makluman semua, akses Internet di Universiti Kerajaan Swasta masih tak ada. Aku tak tau bila akan diadakan memandangkan keperluan makmal komputer pun masih belum ada. Jadi, kelas makmal dihabiskan dengan kelas kuliah. Siling kuliah masih berlopong silingnya dengan air pendingin hawa menitik di corong dan membasahi lantai kamar kuliah.

Bayangkanlah Fakulti Industri Teknologi Maklumat tidak ada makmal komputer. Samalah seperti memandu kereta tanpa stereng atau pun menggoreng ikan tanpa sudip. Atau pun kelas Qiraati tanpa muqaddam.

Aku pun hairanlah kenapa pihak universiti lebih suka tanam pokok kurma (baca: pokok palma) dari membangunkan fasiliti pendidikan di sini.

Tak tau lah kalau diaorang ingat pelajar di sini suka belajar bawah pokok kurma.



PERPUSTAKAAN

-Lagu Indigo-

Awek: Lama tak nampak awak kat perpustakaan?

Kelambu: Macamana nak nampak. Buku pun tak dak. Yang ada cuma rak!

Awek: Oohhh..

Tapi, Kelambu suka ke pergi perpustakaan? Wahahaha..!!


ALTERNATIF

Alternatif kemudahan Internet ialah di kedai Ane' (tak boleh cakap Macha nanti elmaaniq ingat India tu abang ipar aku :P) pekan BB. Bayarannya tak sama dengan Shah Alam. Kalau kat Shah Alam kau perlu bayar RM1.50 untuk 1 jam tapi di sini 1 jam kau perlu bayar RM3. Jadi penggunaan Internet aku kurang. Maklumlah golongan marhaen..

Tapi kat sini kalau kau nak guna thumb-drive/disket, tauke siber akan minta untuk diimbas virus dulu. Kalau jumpa virus dia akan kenakan RM1 untuk 1 virus.

Kalau jumpa 50 virus dalam thumb-drive maka kau perlu bayar RM50.

Gila!! Bisnes macam ni pun ada!


CERITA DULU

Cuba Kubunuhmu Pada Malam

Apabila hari-hari siangku hilang
Lalu cubaku bunuhmu pada malam
Namun mimpi-mimpi sedih itulah yang kau pulangkan
bayang-bayang wajahmu itulah yang kau jelmakan

Akukah yang selalu membilang?
Sekerdip bintang di langit cerlang
Dan engkau tidak pernah mahu memandang
Sekudup rumput di padang ragut

Lalu biarlah terus ku bunuh mu pada malam
Meskipun yang terbunuh itu
Hanyalah mimpimu padaku..

Seri Dewi & Keluarga
Jun 2005

Ah, cerita lelaki kecewa. Cerita-cerita sakit lagi menyakitkan. Tapi itu cerita dulu-dulu. Ceh..

jerebu I, jerebu II, jerebu III

Friday, August 12, 2005 · Posted in

JEREBU I

Asap rokok nampak asapnya
Asap jerebu mana puncanya - Karam Singh Walia

Pak Tam @ TNC HEP isytihar darurat semasa aku sedang enak menikmati soya berperisa ros bersama Lalbi dan Edy di kafeteria. Universiti mula cuti sampai hari Ahad.

Seisi kafeteria bertepuk tangan. Biasalah. Pelajar Malaysia cukup suka bila dapat cuti. Tak taulah kalau darurat perang nanti pun pelajar Malaysia akan bangun tepuk tangan sebab dapat cuti.

Apapun. Selamat menyambut darurat! Banyak minum air noo.. :)



JEREBU II

Banyak pelajar balik.

Aku tak balik sebab biasanya kalau cuti tak sampai seminggu memang aku tak balik. Buang duit saja. Baik aku derma kat rumah anak yatim. Chewwah..

Nak pergi pekan BB tak boleh. Aku takut kenderaan lain tak nampak Suzuki rongak aku. Kalau nampak pun aku takut diorang tak nampak aku. Ooouuuuu...

Lagi pun aku tak ada topeng jerebu.

Ha, petang semalam En. Md Nor edar topeng jerebu kat kafeteria. Tapi aku tengok dia banyak bagi kat perempaun saja.

Mungkin dia ingat pelajar lelaki ni bulu hidung tebal kot.


JEREBU III

Jerebu semakin pekat. Surat khabar hari ini beritahu Kuala Selangor mencatat tempat pertama. Sliding door pangsapuri kami di tingkat 3 dipenuhi debu. Sudah boleh kikis.

Kalau kikis debu tu aku dah boleh buat minum milo panas kat budak rumah dan jiran-jiran tetangga.

Kawan-kawan: Kelambu, sedaplah milo panas ni. Rasa dia lain macam. Tak sama dengan milo panas yang kami rasa.

Kelambu: Tapi tu bukan milo. Itu Jerebu panas.

Kawan-kawan: Ooouuooo.. Jerebu panas pun jerebu panaslahhh.....

hot spot, buletin utama

Saturday, August 06, 2005 · Posted in

HOT SPOT

Diorang kata ada kemudahan hot spot. Kemudahan melayari internet tanpa wayar di setiap pelusuk kampus. Tapi rupa-rupanya baru nak dibina. "Mungkin sebulan setengah lagi," kata abang kaunter pendaftaran broadband percuma. Ceh..

Tak ada Internet. Kalau nak main Internet juga kau kena turun pekan BB (baca:batang berjuntai). Kat situ ada satu kafe siber. Pemiliknya seorang macha (baca:India). Ada 25 komputer berjenama Samsung. Tapi yang boleh pakai 10 sahaja.

Aku tanya macha tu, "Macha, kenapa PC yang lain tak boleh guna? Rosak ka?"

Macha jawab, "Woo.. Itu tak boleh guna woo.. Itu PC champion punya!"

(Jawapan macha tu aku reka sendri. PC yang lain tu sebenarnya rosak. Dia tak tahu pasal network kot. Jadi, kenalah tunggu technician!)



BULETIN UTAMA

Tengok tak Buletin Utama 2 malam lepas. Ada cerita pasal Universiti Kerajaan Swasta di akhir-akhir siaran. Berita mengenai maklum balas siswa-siswi tentang fasiliti di asrama universiti yang serba kekurangan. Sudah tentu semua cakap yang baik-baik. Gila apa kau kutuk universiti sendiri!

Tapi kenapa gambar aku dan kawan-kawan tak ada? Aku ingat lagi TV3 ada shoot aksi kitorang di kafeteria. Kami sedang minum-minum dan sembang-sembang serta bergembira.

Oh, baru aku ingat. Masa tu kat kafeteria semua mahasiswa tengah bermadu kasih. Ye lah kelas belum mula. Jadi kami buat kelas ta'aruf. Macam dalam iklan syampu tu.

Kalau TV3 siar aksi tu tentu semua orang nak masuk Universiti Kerajaan Swasta. Suasananya dah macam kat mamak Khulafa'. Kau boleh hisap rokok sesuka hati!

pindah 1, tak ada air, special branch, taichi master

Thursday, July 21, 2005 · Posted in

PINDAH I

Semalam ada sesi penerangan oleh pihak HEP. Juga sesi perkenalan dengan para felo di asrama nanti. Opss, bukan asrama. Kitorang panggil kluster. Baru ada ciri-ciri swasta.

Sesi malam tu disudahi dengan sesi soal jawab dengan pihak HEP. Aku sokong dengan semua pertanyaan para fasilitator yang mewakili banyak permasalahan pelajar.

Pelajar tak puas hati dengan bayaran sebanyak RM600 yang diwajibkan pada setiap pendaftaran semester. Tapi aku berpuas hati. Nak tahu sebab apa?

Sebabnya yang pertama ialah fasiliti di dalam asrama. Ada ampaian, bilik tv, meja belajar, almari, meja makan, bilik air dan kemudahan hot-spot di setiap bilik. Kau boleh bawa barang elektrik dengan caj sebanyak RM1 sahaja untuk satu semester. Itu pun ada pelajar merungut. Aduh, subsidi betul pelajar kita ni.

Yang keduanya ialah kerana pihak universiti hanya mengenakan yuran pendaftaran setahun sekali sahaja. Bermakna pelajar hanya perlu membayar yuran asrama RM600 sahaja pada setiap semester. Anggaplah RM600 tu macam yuran pendaftaran.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, pelajar USM pun kena bayar RM1000++ pada setiap semester di universiti mereka. Begitu juga dengan UiTM yang mengenakan RM200++ untuk setiap semester pelajar mereka. Tapi Universiti Kerajaan Swasta cuma mengenakan bayaran hostel untuk 3 bulan dan yuran awal tahun (sekali setahun) sebanyak RM500++ sahaja. Tentulah berbaloi.

Yang berbezanya cuma Universiti Kerajaan Swasta mengenakan yuran pengajian bagi setiap jam kredit untuk subjek pengajian pelajarnya. 1 jam kredit bersamaan RM200. Kalau satu semester kau ambil 18 jam kredit maka kau perlu bayar RM3600. Itu sahaja.

Kadang-kadang para pelajar ni tahu komplen sahaja padahal dia tak tahu status universiti yang didudukinya. Mereka bandingkan dengan Universiti Kerajaan. Ini Universiti Kerajaan Swastalah! Samalah seperti Petronas, Pos Malaysia dan Telekom. Kau dilindungi tetapi kau perlu mencari duit sendiri. Faham!

Sebab itu penting PTPTN. Tapi kau (baca: aku) pakai duit tu beli handphone, bayar muka kereta, beli aksesori peribadi, bersuka ria dan beriang girang.

Aku nak pesan, di Universiti Kerajaan Swasta kau perlu bayar untuk setiap ilmu yang kau belajar. Tidak seperti universiti kerajaan lain dimana bila telefon mereka melebihi yuran pengajian sendiri. Terpulang kepada korang macamana mahu meletak nilai ilmu itu pada diri sendiri.

Selamat berpindah untuk para staf dan pelajar. Selamat meneroka pembaharuan!!


TAK ADA AIR

Ada pelajar tanya En. Md Nor, Penolong Pendaftar U*****,

En., kalau kat hostel nanti tak ada air macamana?

Hah, bagi aku jawab,

Kalau tak ada air kau perlu berlari satu bangunan sampai baju kau berpeluh. Kemudian kau perah peluh tu dan kau minum.

Dah tak ada air. Carilah air. Tak pun buat report. Samalah juga kalau rumah kau tak ada air. Takkan kau nak menangis dan mengamuk tengah jalan.

'Hangin' juga aku dengan beberapa pertanyaan kurang pandai ni. Takkanlah semuanya nak dilayan. Wei, kita mahasiswalah!


SPECIAL BRANCH

Ada seorang pensyarah selalu jenguk dan baca blog aku. Sekarang dia jadi felo di asrama baru nanti. Aku tak boleh beritahu nama dia sebab takut bos panggil dia mengadap pula.

Hari tu aku komplen pasal makan. Dia telefon dan beritahu nak pancung aku sebab belum apa-apa dah keluar dalam paper (baca: blog). Tapi dia tak adalah marah-marah. Kami gelak-gelak saja kerana masing-masing sudah berkroni dan punya fikiran terbuka.

Jadi, sekarang aku dah jadi SB. Hati-hati tau kawan-kawan.. :)


TAI CHI MASTER

Sabahan suruh aku buat tai chi untuk persembahan khas dari para fasilitator pada malam penutup minggu orientasi nanti. Sabahan ajar buat dikir barat kat pelajar perempuan.

Manalah aku tau. Akhirnya aku reka sendiri gerak tai chi tu. Lantaklah.

Aku guna konsep membelah dan menghidang buah tembikai. Gerak buat sendiri. Janji nampak slow dan ala tai chi sikit. Diorang tanya betul ke aku tau tai chi. Aku jawab aku tau asas ja.

Masa habis diorang panggil aku sifu sambil tangan rapat ke dada. Aku dah rasa macam Jet Li. Wachaaa!!

tahanan

Saturday, July 16, 2005 · Posted in

TAHANAN

Hari ni tak jadi pindah ke Universiti Kerajaan Swasta lagi sebab kampus baru tak siap sepenuhnya. Tak masuk air dan api lagi. Jadi aku kena kuarantin di Shah Alam selama 10 hari sehingga 25 haribulan nanti.

Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat cuma post-mortem saja dibuat setiap malam. Kalau aku sakit buah pinggang maknanya buah pinggang aku dari elok sudah jadi tak elok dan tak boleh pakai lagi sebab hari-hari kena post-mortem.

Tadi sarapan pagi kami dijamu nasi goreng dan mee goreng. Semua suka sebab penat berjalan keliling bangunan. Semua ambil 2 senduk. 2 senduk untuk nasi goreng dan 2 senduk untuk mee goreng. Tapi kami semua makan 2 sudu nasi goreng dan dua sudu mee goreng.

Makanan dah macam tahanan perang Iraq. Aku terbayangkan cacing Fear Factor. Tapi mengunyah makanan sarapan ngeri ni kami tak diberi hadiah pun. Aku terus tak habis makan. Tahap makanan teruk. Aku keluar dengan Why makan di Restoren Gembira, Seksyen 3. Duka aku terus bertukar gembira! Yeayy!!

Aku tak kisah sebab masih boleh keluar pergi restoren luar. Tak melayu Abah, aku boleh ke mamak Khulafa. Tapi aku takut kalau junior-junior nanti dijamu dengan makanan yang sama di kampus Universiti Kerajaan Swasta nanti. Nanti masuk pula surat khabar "Pelajar Baru Universiti Kerajaan Swasta Dijamu Makanan Untuk Ayam!". Siapa nak jawab? Oh, Nanti ayam jawab: Kalau ayam boleh makan nasi manusia. Manusia juga patut makan nasi ayam!

salju jabal musa, sms to blog, pulang

Wednesday, July 13, 2005 · Posted in

SALJU JABAL MUSA



Sebenarnya hampir dua minggu menerima kiriman buku ini dari saudari Ghafirah, seorang rakan penulis yang aku kenal. Tetapi baru hari ini berkesempatan mempromosi hasil karyanya yang terkumpul bersama hasil karya rakan sasteranya yang lain. Untuk pengetahuan semua saudari Ghafirah merupakan antara pelapis muda bidang kesusasteraan negara. Bolehlah aku gelarkan dia ni sebagai generasi junior selepas Faisal Tehrani, Mawar Shafei, Nisah Haron dan seangkatannya.

Tapi itu tidak bermakna hasil karya mereka banyak berunsur romantica d'amor dan uh la la tetapi ada pelbagai nilai yang perlu dipandang oleh kita. Nilai tentang suara anak-anak muda yang menjerit dari celah-celah kehidupan mereka dan masyarakatnya. Tentang keadilan, alam sekitar, kasih sayang, globalisasi dan pelbagai unsur yang merencamkan manusia seputar dengan olah bahasa yang sarat dan segar.

Selain itu saudari Ghafirah baru sahaja memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Cerpen 2004 dengan karyanya yang berjudul Telah Diberinya Hati (ada di dalam buku ini). Beliau juga merupakan penulis paling muda dalam anugerah tersebut. Baru 2 tahun! Eh, 22 tahunlah! (Jangan marah aa cik Gopi) :)

Dapatkan antologi cerpen ini di esastera.com yang merupakan hasil karya 5 penulis muda tanah air seperti Amiza Khusyri, Fahd Razy, Ghafirah Idris, Ida Munira dan Nimoiz T.Y. Cerpen yang terkandung di dalam buku ini pernah tersiar di dalam media-media cetak tempatan seperti Tunas Cipta, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Dewan Siswa, Dewan Agama dan Falsafah dan Sarina. Mereka ini boleh dikatakan bintang baru di dalam bidang penulisan tanah air.

Sebuah buku kategori U. Bagus untuk bacaan semua. Beli jangan tak beli!



SMS TO BLOG


Sekarang tak ada GPRS pun dah boleh update blog. Caj bayaran adalah mengikut bayaran sms. Cuba tengok teks berwarna biru di atas tagboard tu. Ha, itulah entri yang aku update menggunakan sms.

Tetapi entri tersebut akan digantikan (replace) dengan entri terkini yang dihantar oleh korang nanti. Ia tak disimpan di dalam arkib Blogspot. Kalau nak tahu bagaimana mahu menggunakan fungsi sms ke blog ni silalah ke blog MBA.

Nak tahu apa kelebihannya? Korang dapat memberitahu berita terkini kepada rakan blog korang pada bila-bila masa dan di mana jua korang berada. Contoh;

"Wei, kawan-kawan. Tolong aku. Aku sesat kat Midvalley ni. Tolong bagitau polis, boleh! Plzz! :("



PULANG

Pukul 11.30 pagi nanti aku akan balik ke Shah Alam. Naik bas rakyat=> Transnasional. Semester baru akan bermula. Aku kena balik awal sebab aku terlibat dengan sesi orientasi pelajar baru nanti. Maklumlah biro mesraaaa....

Nanti kalau free (baca:ada duit pergi cc) aku updatelah. Kalau malas aku pakai sms ja. Baca sajalah apa yang aku merepek kat tepi tu nanti ye..

Ok, bye!

war of the world

Monday, July 11, 2005 · Posted in

FILEM - WAR OF THE WORLD

Sebenarnya malas nak ulas pasal filem Hollywood. Biarlah mat saleh saja yang ulas filem diorang. Kita ulas pasal filem kita (ulas ke kutuk?). Tapi aku nak ulaslah sikit pasal filem yang dikatakan bagus ni.

War of The World (WOTW) memang menarik. Aku tersandar pada bangku wayang seawal 30 minit pertama. Menyaksikan ganasnya alien tripod dan betapa bernasib baiknya Tom Cruise dan anaknya.

Jangan nak bangga dengan efek. Itu sudah jadi permainan Hollywood yang dapat mencipta apa saja ke depan mata anda.

WOTW adalah filem anti-klimaks. Nak tahu apa itu anti-klimaks? Kau ingat tak karangan semasa kita bersekolah rendah dulu? Masa tu kita gemarkan cerita tentang pengembaraan atau seram dan akhir ceritanya disudahi dengan 'rupa-rupanya aku bermimpi'. Maksud aku pengakhiran filem yang tiba-tiba. Atau pun dalam bahasa mudahnya orang panggil 'ending asal dah'.

Jangan impikan tentang kebangkitan umat manusia bersatu melawan makhluk asing di dalam WOTW ini. Klimaksnya terhenti begitu sahaja apabila ke semua makhluk asing mati disebabkan virus yang terimun oleh manusia. Akhirnya hanya manusia yang berupaya meneruskan survival hidup mereka di muka bumi ini seperti yang termaktub dalam sejarah evolusi manusia.

Walau bagaimanapun, Steven Spielberg tetap berjaya menjual namanya sebagai pengarah tersohor agar khalayak dunia menonton buah tangan terbarunya ini. 3.5 bintang saja untuk filem ni! :)

ucapan bush

Saturday, July 09, 2005 · Posted in

UCAPAN BUSH

"Sebenarnya saya mengutuk sebarang bentuk keganasan di muka bumi ni. Ini termasuklah pembunuhan orang awam yang tak berdosa. Saya berasa amat kesal dan dukacita tentang peristiwa pengeboman di London semalam.

Cuba la pikiaq sikit pasai depa yang terbunuh. Tak pasai-pasai ada anak jadi yatim piatu. Kalau yang suami jadi duda. Kalau yang isteri jadi janda. Masyarakat akan hidup dalam ketakutan dan ekonomi dunia boleh jatuh. Masyarakat dunia akan huru-hara dibuatnya.

Tapi tak pa, saya akan cuba selesaikan masalah ini sebaik mungkin. Ni mesti Osama punya kerja ni. Nasib baikla negara saya tak dapat pi Olimpik. Kalau tak jenuh dok kelam-kabut sedia sekuriti. Cubala hangpa semua pikiaq elok-elok no. Jangan dok ganas-ganas. Dok baik-baik dan aman-aman dah la. Dunia oh dunia.."

- George W. Bush, White House

protonku protonmu & csi malaysia

Thursday, July 07, 2005 · Posted in

PROTONKU PROTONMU

Proton gagal dengan keretanya. Salah siapa. Dasar kerajaan (Rafidah) yang terlalu terbuka mengimport kereta luar atau dasar Proton (Tengku Mahaleel) yang gagal menepati citarasa rakyat Malaysia.

Kau perlu ingat. Rakyat Malaysia rakyat berjenama.

Antara McDonald dan KL Fried Chicken.
Antara Nike dan Bata.
Antara Proton Gen2 dan Honda Ferio.
Antara Proton Savvy dan Chevrolet.
Antara Kedai Runcit Aminah dan Giant.

Kalau nilai harganya sama. Mana satu kau akan pilih! Import atau tempatan?

Ini masalah mentaliti rakyat! Untuk membentuk mentaliti kau perlu jadi diktator. Seperti Sukarno yang berjaya meng'Indonesia'kan semua etnik negaranya. Atau pun seperti Iran yang menyekat kemasukan filem-filem Hollywood.

Pada zaman penjajahan Jepun, datuk nenek kita tunduk ke matahari sebagai simbolik kesetiaan pada maharaja Jepun. Tapi sayang hari ini kita masih dibelenggu mentaliti dijajah.

Aku mencadangkan dasar tutup pintu untuk merancakkan pertumbuhan Proton. Seperti yang pernah dilakukan Jepun dan Cina. Menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan dan mengurangkan aliran keluar matawang.

Lambakan barangan import dan pelabur asing kadang kala merimaskan. Betul, pasaran bebas dan pelaburan asing akan memakmurkan ekonomi negara. Tetapi apalah gunanya kalau kuasa beli rakyat terlepas bebas pada jenama asing. Kita mahu terus berbangga dengan Hondakah? Atau mahu jadi sepatriotik Korea yang tiada kenderaan asing di negara mereka.

Beri peluang pada Proton. Hyundai mengambil masa 40 tahun untuk menerobos pasaran antarabangsa. Proton baru 20 tahun usianya.

Baca:

- Dr M pertahan Tengku Mahaleel


CSI: MALAYSIA
Misteri kehilangan 1 juta.

- Kau perlu cari cap jari pada pintu Securiforce. Mengimbas dan mengesannya pada rekod pendaftaran negara. Barangkali ada tertulis rekod jenayah di Bukit Aman.
- Bagaimana pula dengan kesan lecetan tayar? Mungkinkah cuba mengelak atau cuba melanggar? Kesan tapak kasut dan paten remukan.
- Dengan apa si pemandu lori melarikan diri? Mungkin rekod klinikal berjaya menjejaknya.

Kronologi kehilangan wang yang misteri dan begitu mengujakan. Rakyat menanti tuntutan pembelaan dan keadilan yang perlu ditegakkan buat keluarga mangsa yang terkorban.

Bagaimana pasukan C.S.I:Malaysia menyelesaikannya? Nanti saja di akhbar tempatan dan kaca tv anda. Apakah terhenti separuh jalan atau bersambung ke musim keduanya?

Baca:

- RM1j lesap dalam nahas

tengok bola

Tuesday, July 05, 2005 · Posted in

TENGOK BOLA

Buang Kit Kong. Dia rasuah.
Jangan gentel bola terus through pass ja. Hang kena main laju.
Hang main tengah saja jangan dok buka tepi. Lambat!
Awat penalti tak jadi? Refree jahat! Bodoh, penalti pun tak gol. Kaki kayu!
Keeper berlakon. Hang main jahat!
Padan muka hang kena kad merah!
Rugi aku beli tiket (paling murah=RM5). Baik tengok kat tv.

Aduh, susahnya tengok bola bila ada banyak ulasan di tepi aku. Itulah, siapa suruh korang tak main macam Brazil.

Aku rasa abang tu baik saja main game Championship Manager!

penguin, angin kering, universiti

Sunday, July 03, 2005 · Posted in , ,

PENGUIN

penguin rockhopper ada di sini

Wei, Malaysia dah ada Penguin! Kalau nak tengok pergilah ke Underwater World, Langkawi. Bayaran masuk RM28.

Sudah tentu berbaloi bagi pencinta alam seperti aku. Kau boleh tengok Anaconda, Marmoset - monyet terkecil di dunia (muka dia besar dua ibu jari), beburung yang riang berkicau, Flamingo yang langsing kakinya dan juga burung undan yang saling berkejar-kejaran. Ikan pula jangan ceritalah. Macam-macam ada.


marmoset pun ada!

Bukan itu saja. Yang bestnya sudah tentu ada anjing laut dan Penguin. Kau tak perlu pergi Afrika atau ke Antartika. Kau hanya perlu bayar RM18 untuk feri ke Langkawi. Percayalah!

Aku ke Langkawi semata-mata untuk tengok penguin. Aku rasa sangat bangga!


ANGIN KERING

Teater arahan Puan Aznida dipentaskan oleh grup Kubas sempena Bulan Manifestasi Teater Negeri Kedah. Angin Kering sebuah karya Dato' Johan Jaafar.

Mengisahkan sebuah daerah yang ditimpa petaka kemarau yang panjang pada kelompok-kelompok manusia di daerah itu iaitu golongan petani dan tuan tanah.

Petaka angin kering atau kemarau itu telah mewujudkan satu trauma jiwa sehingga terjelma satu halusinasi pada diri maing-masing bahawa hujan sudah turun sehingga melimpahkan banjir dan kemakmuran yang meruah. Tetapi yang dimakan mereka cuma debu dan panas matahari yang membakar kulit dan isi. Lalu mereka dibaham mati kerananya.

Sebuah karya yang bagus dan penuh manifestasi. Tentang bagaimana manusia itu terlalu kerdil di sisi alam. Betapa alam itu bila-bila masa sahaja dengan kehendak-Nya bisa menghancur luluhkan umat manusia.

Persembahan mantap dari grup Kubas. Cuma mungkin sedikit membosankan bagi khalayak biasa. Pelakon tersasul pada beberapa dialog tetapi boleh dimaafkan dengan ekspresi wajah yang natural. Pengucapan dialog kadang kala tenggelam pada babak emosi. Kawalan pentas dan pergerakan pelakon penuh artistik teater. Gambaran gunung, rumah merekah dan tanah yang kontang serta ditaburi daun kering mengindahkan lagi latar props. Tahniah untuk grup Kubas!


UNIVERSITI

Adik Mahfuzah daftar USM hari ni. Dia dapat kursus Biologi Gunaan. Seperi biasa aku jadi driver. Oleh kerana bosan menunggu sesi pendaftaran yang panjang aku pun turut serta sesi taklimat dan soal jawab antara ibu bapa dan para penggawa (penghulu).

Ada seorang penggawa cakap, kita di USM ni bagus sebab kita Universiti Dalam Bandar. Keluar je terus ada McD, Snooker, Bukit Jambul. Jadi pelajar diberi kebebasan untuk menjadi lebih bijak dalam menentukan arah tuju masing-masing. Kita tak macam UUM. Universiti Dalam Hutan (gelak). Kurang cabaran..

Amboi, nasionalism universiti. Nasib baik dia tak sebut Universiti Kerajaan Swasta. Kalau dia tanya apa ada di Universiti Kerajaan Swasta. Aku akan jawab, universiti kami masuk saja terus ada bangunan warni-warni! :)

pontianak menjerit

Thursday, June 30, 2005 · Posted in

PONTIANAK MENJERIT

Datuk Pangeran Abdul Rahman baru meninggal dunia 3 bulan yang lalu. Dia telah meninggalkan harta sebanyak RM30 juta!

Jadi, dia pun membuat wasiat agar hartanya itu dibahagi kepada waris-warisnya iaitu Azlee (Azlee Senario), Mazlan (Lan Pet Pet), Saiful (Zed Zaidi) dan bini mudanya, Ratnaputri (Sheila Rusly), seorang warga siam menetap di Bangkok.

Pelakon lain yang terlibat ialah Juliana Banos, Zarina AF2, Shahila (anak ND Lala), Faizal Hussein, Ziana Zain dan Amran Tompel.

Azlee tidak puas hati sebab tak mahu berkongsi harta dengan kehadiran Saiful yang berlainan ibu dan juga ibu tirinya, Ratnaputri. Lalu berlakulah pertengkaran kecil antara Azlee, Saiful dan Ratnaputri.

Sebelum dibacakan bahagian harta masing-masing oleh peguam arwah (Jalaludin Hassan), dia orang kena menetap di banglo besar tinggalan arwah selama 33 hari.

Tiba-tiba saja ada pontianak berlegar-legar mengacau penghuni banglo itu. Kemudian Juliana Banos dan Mazlan pula hilang tanpa kesan.

Rupa-rupanya di akhir cerita si Ratnaputri yang tamakkan harta telah berpakat dengan kekasihnya untuk menculik semua waris-waris arwah serta mahu membunuh mereka. Juliana dan Mazlan diculik dan disembunyi di dalam sebuah rumah usang di dalam hutan. Kes selesai.

Dan pontianak yang berkeliaran di dalam bilik dan hutan selama ini hanyalah mainan visual yang dimainkan projector.

Kalau kau pakai projector, kau kena ada layar atau latar supaya imej akan dapat tertera di atasnya. Seeloknya latar putih supaya imej lebih jelas. Sebabnya ialah cahaya itu bergerak secara terus. Tetapi pontianak dari projektor PM bersifat hologram. Aku nak projector tu!

Lagi satu berapa banyak extension wire yang dia pakai untuk pasangkan hologram pontianak tu kat dalam hutan dan kat dalam rumah. Wei, dia pakai baterilah! Oh, ok!

Watak Ratnaputri dilakon dengan aksi yang mencurigakan. Senyum sumbing dan jelingan mata yang psiko. Seperti filem seram thriller yang lain kau tentu akan mengesyaki waris lain yang menjadi dalang tetapi memang pun Ratnaputri yang jahat. Kau tak payah nak teka apa-apa pun.

Aku harap Yusof Kelana sudah menonton filem The Eye 10 untuk belajar tentang apa yang dikatakan komedi seram. Atau pun dia perlu baca komik The Young of Kindaichi tentang bagaimana mahu mewujudkan hantu secara pantulan dengan menggunakan medium cermin.

Ni bukan komedi seram. Ni filem high technology with hologram projector! Pontianak hologram!

Naratif cerita yang sangat mudah dan super streotaip. Gaya pengucapan yang tak seram langsung dan mengelirukan. Elemen kejutan berbentuk mimpi yang lapuk dan selalu diulang-ulang kononnya untuk kejutan tetapi sangat memualkan. Semuanya serba tak kena!

Apa ni? Ini skrip tulisan budak sekolahkah?

Kalau Mistik tangga pertama. Aku beri tangga kedua untuk filem ini sebagai filem seram paling gagal dan tak berbaloi.

Sesuai untuk tontonan kanak-kanak pra sekolah yang akan membawa ibu bapa masing-masing untuk menonton bersama. Ya, strategi perniagaan yang bagus. Ini filem seram untuk kanak-kanak. 12SG. 13 tahun ke atas tak boleh tengok. Eeeeiiiiiiiiiiiiii.........!!!!!!!!!!

warna, advencer si peniup ney, wanginya debu yarmuk

Tuesday, June 28, 2005 · Posted in

WARNA

Ada manusia berkata, untuk memutihkan yang hitam kau perlu masuk ke dalam yang hitam itu. Kau perlu cuba memutihkan. Setidak-tidaknya menjernihkan kehitaman itu. Supaya orang lain tahu menghargai sesebuah warna itu melebihi daripada sebuah noda.

Ada yang berkata, yang hitam biarlah hitam. Putih biarlah putih. Putih hanya perlu melontar sedikit keputihan dari jauh agar warna yang sedikit itu dapat menempek sedikit keputihan pada si hitam.

Hedonisme. Adalah hidup yang terlalu memuja-muja keseronokan. Hiburan.

Mana lebih elok. Menyertai atau menjauhi. Menerima atau menderita.

Aduh, dunia memang jauh dari kesempurnaan!


ADVENCER SI PENIUP NEY


Pemenang Pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004 - Advencer Si Peniup Ney karya Faisal Tehrani.

Sesuai untuk bacaan pelajar-pelajar AF dan para penontonnya.

Advencer Si Peniup Ney - Baca sinopsis dan beli di kedai buku berhampiran. Atau beli saja secara online! Tak boleh SMS!


WANGINYA DEBU YARMUK

"Tutup mulut kau atau aku akan penggal kepala kau menjadi makanan anjing-anjing kaisar!" - Argenta

"Apakah ada pedang Rom yang paling berat melainkan pedangku. Pedang yang terpaksa aku jatuhkan pada leher seorang sahabat sejati" - Margiteus

Baca cerpen aku - Wanginya Debu Yarmuk- Tunas Cipta, DBP, Jun 2005

cakap kelantan

Saturday, June 25, 2005 · Posted in

CAKAP KELANTAN
Nak cakap Kelantan senang saja. Cuma gantikan perkataan yang mengandungi akhir an dan am kepada bunyi e'.

Contohnya:
Kalau Malam?
Bunyinya Male'

Kalau Makan?
Bunyinya Make'.

Kalau Jalan?
Bunyinya Jale'.

Kalau Mempelam?
Sudah tentu bunyinya Mempele'.

Salah. Mempelam orang Kelantan panggil pauh. Mempele' tu mencarut!

tua, mesra, marah

Friday, June 24, 2005 · Posted in

TUA

Untuk MTS nanti aku masuk Biro Mesra. Sabahan pun sama. Tapi dia ada As. Aku tak ada siapa pun. Aku dilantik jadi ketua Grup 3. Juga ketua yang paling tua bangka. Ceh!

Oleh kerana aku berasa aku paling tua dan super senior maka aku gunakan perkataan aku untuk membahasakan diri aku.

Bukan aku tak reti nak bersaya-saya atau berbudi bahasa. Cuma bagi aku, perkataan aku lebih berjiwa, bersifat mesra dan anti-hipokrasi.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Panggil aku Lan! :)"

Cewwah.., aku dah rasa macam M.Nasir!


MESRA

Pada mulanya aku nak masuk Biro Teknikal. Tapi memandangkan Biro Teknikal kerjanya berat maka aku pun batal. Lagi pun Isnin depan Biro Teknikal dah kena turun Shah Alam untuk menyediakan alatan-alatan ke Batang Berjuntai nanti.

Kiranya biro yang paling mesra dengan para junior nanti biro kamilah. Biro kami kena senyum. Tak seperti biro disiplin yang kena masam. Inilah biro yang riang ria. Hooray!!

Chief Planner kami, Cik Huda dan En. Din pilih warna oren untuk biro kami. Oh, sesuailah dengan universiti warni-warni kami. Ada elemen Zahid sikit diterapkan. Oh, cunnnya!

Tiba-tiba aku teringatkan Ayie yang ada wajah iras-iras Zahid dan gemar memaki seluar baggie. Tapi Ayie tak suka Zahid. Dia suka Peter Pan dan penyanyi sensual, Alizee. Ayie juga suka Hindustan tau! :)


MARAH

Aku baru sampai malam tadi. Aku bertolak dari Shah Alam ke KL pukul 3.30 petang. Naik bas pukul 5.30 petang.

Semasa dalam bas pukul 9.30 malam di Pulau Pinang, Jarul telefon dan marah-marah sebab aku tak beritahu dia yang aku nak balik.

Bukan aku tak mau beritahu kau. Kaukan kerja. Kau habis kerja pukul 6. Aku habis meeting pukul 3 tadi. Jadi aku malas nak terbongok tak buat apa kat hostel yang makin sunyi sepi mencekam sampai ke mati tu. Salleh pun nak balik. Jadi aku baliklah bersama-sama Salleh. Lagipun aku malas nak susahkan kau..

Laa, Jarul dah off telefon bimbit!

Jarul, janganlah marah.
Nanti aku turun Shah Alam sekali lagi aku belikan kau Sugus ok.. :)

pantai cahaya bulan, tekad siswa, start jalan

Tuesday, June 21, 2005 · Posted in

PANTAI CAHAYA BULAN

Pembetulan. Sebenarnya aku pergi berkursus di HB Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Pertukaran lokasi pada saat akhir.

Seramai 305 orang mahasiswa Universiti Kerajaan Swasta terlibat.

Tiada Internet. Tiada suratkhabar. Tiada televisyen. Telefon bimbit pula rosak dan belum berganti. Aduh, aku dah rasa macam banduan di tepian pantai.



TEKAD SISWA

Sebenarnya kursus ini dianjur sebagai persediaan untuk para mahasiswa dan mahasiswi sempena Minggu Tekad Siswa (MTS) di universiti aku pada lewat bulan Julai nanti.

MTS dalam bahasa lainnya juga dikenali sebagai minggu orientasi. Atau minggu suai kenal. Atau minggu taaruf. Atau minggu junior dan senior. Fahamkan?

Dianggarkan 3000 junior bakal mendaftar diri!

Aaaaaaa..... banyaknyaaa!! :)



START JALAN

Kami dikehendaki membuat satu perbarisan kawad setiap pagi dan setiap ketua kumpulan mesti memberi laporan tentang ahli-ahli pasukannya. Setiap kumpulan ada 8 orang ahli.

Lepas buat laporan kami buat senaman aerobik. Habis senaman kami kena keluar baris untuk makan.

Salleh: Barisssss...... Start jalan!

Wahahahaha!

Powered by Blogger.