Archive for June 2005

pontianak menjerit

Thursday, June 30, 2005 · Posted in

PONTIANAK MENJERIT

Datuk Pangeran Abdul Rahman baru meninggal dunia 3 bulan yang lalu. Dia telah meninggalkan harta sebanyak RM30 juta!

Jadi, dia pun membuat wasiat agar hartanya itu dibahagi kepada waris-warisnya iaitu Azlee (Azlee Senario), Mazlan (Lan Pet Pet), Saiful (Zed Zaidi) dan bini mudanya, Ratnaputri (Sheila Rusly), seorang warga siam menetap di Bangkok.

Pelakon lain yang terlibat ialah Juliana Banos, Zarina AF2, Shahila (anak ND Lala), Faizal Hussein, Ziana Zain dan Amran Tompel.

Azlee tidak puas hati sebab tak mahu berkongsi harta dengan kehadiran Saiful yang berlainan ibu dan juga ibu tirinya, Ratnaputri. Lalu berlakulah pertengkaran kecil antara Azlee, Saiful dan Ratnaputri.

Sebelum dibacakan bahagian harta masing-masing oleh peguam arwah (Jalaludin Hassan), dia orang kena menetap di banglo besar tinggalan arwah selama 33 hari.

Tiba-tiba saja ada pontianak berlegar-legar mengacau penghuni banglo itu. Kemudian Juliana Banos dan Mazlan pula hilang tanpa kesan.

Rupa-rupanya di akhir cerita si Ratnaputri yang tamakkan harta telah berpakat dengan kekasihnya untuk menculik semua waris-waris arwah serta mahu membunuh mereka. Juliana dan Mazlan diculik dan disembunyi di dalam sebuah rumah usang di dalam hutan. Kes selesai.

Dan pontianak yang berkeliaran di dalam bilik dan hutan selama ini hanyalah mainan visual yang dimainkan projector.

Kalau kau pakai projector, kau kena ada layar atau latar supaya imej akan dapat tertera di atasnya. Seeloknya latar putih supaya imej lebih jelas. Sebabnya ialah cahaya itu bergerak secara terus. Tetapi pontianak dari projektor PM bersifat hologram. Aku nak projector tu!

Lagi satu berapa banyak extension wire yang dia pakai untuk pasangkan hologram pontianak tu kat dalam hutan dan kat dalam rumah. Wei, dia pakai baterilah! Oh, ok!

Watak Ratnaputri dilakon dengan aksi yang mencurigakan. Senyum sumbing dan jelingan mata yang psiko. Seperti filem seram thriller yang lain kau tentu akan mengesyaki waris lain yang menjadi dalang tetapi memang pun Ratnaputri yang jahat. Kau tak payah nak teka apa-apa pun.

Aku harap Yusof Kelana sudah menonton filem The Eye 10 untuk belajar tentang apa yang dikatakan komedi seram. Atau pun dia perlu baca komik The Young of Kindaichi tentang bagaimana mahu mewujudkan hantu secara pantulan dengan menggunakan medium cermin.

Ni bukan komedi seram. Ni filem high technology with hologram projector! Pontianak hologram!

Naratif cerita yang sangat mudah dan super streotaip. Gaya pengucapan yang tak seram langsung dan mengelirukan. Elemen kejutan berbentuk mimpi yang lapuk dan selalu diulang-ulang kononnya untuk kejutan tetapi sangat memualkan. Semuanya serba tak kena!

Apa ni? Ini skrip tulisan budak sekolahkah?

Kalau Mistik tangga pertama. Aku beri tangga kedua untuk filem ini sebagai filem seram paling gagal dan tak berbaloi.

Sesuai untuk tontonan kanak-kanak pra sekolah yang akan membawa ibu bapa masing-masing untuk menonton bersama. Ya, strategi perniagaan yang bagus. Ini filem seram untuk kanak-kanak. 12SG. 13 tahun ke atas tak boleh tengok. Eeeeiiiiiiiiiiiiii.........!!!!!!!!!!

warna, advencer si peniup ney, wanginya debu yarmuk

Tuesday, June 28, 2005 · Posted in

WARNA

Ada manusia berkata, untuk memutihkan yang hitam kau perlu masuk ke dalam yang hitam itu. Kau perlu cuba memutihkan. Setidak-tidaknya menjernihkan kehitaman itu. Supaya orang lain tahu menghargai sesebuah warna itu melebihi daripada sebuah noda.

Ada yang berkata, yang hitam biarlah hitam. Putih biarlah putih. Putih hanya perlu melontar sedikit keputihan dari jauh agar warna yang sedikit itu dapat menempek sedikit keputihan pada si hitam.

Hedonisme. Adalah hidup yang terlalu memuja-muja keseronokan. Hiburan.

Mana lebih elok. Menyertai atau menjauhi. Menerima atau menderita.

Aduh, dunia memang jauh dari kesempurnaan!


ADVENCER SI PENIUP NEY


Pemenang Pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004 - Advencer Si Peniup Ney karya Faisal Tehrani.

Sesuai untuk bacaan pelajar-pelajar AF dan para penontonnya.

Advencer Si Peniup Ney - Baca sinopsis dan beli di kedai buku berhampiran. Atau beli saja secara online! Tak boleh SMS!


WANGINYA DEBU YARMUK

"Tutup mulut kau atau aku akan penggal kepala kau menjadi makanan anjing-anjing kaisar!" - Argenta

"Apakah ada pedang Rom yang paling berat melainkan pedangku. Pedang yang terpaksa aku jatuhkan pada leher seorang sahabat sejati" - Margiteus

Baca cerpen aku - Wanginya Debu Yarmuk- Tunas Cipta, DBP, Jun 2005

cakap kelantan

Saturday, June 25, 2005 · Posted in

CAKAP KELANTAN
Nak cakap Kelantan senang saja. Cuma gantikan perkataan yang mengandungi akhir an dan am kepada bunyi e'.

Contohnya:
Kalau Malam?
Bunyinya Male'

Kalau Makan?
Bunyinya Make'.

Kalau Jalan?
Bunyinya Jale'.

Kalau Mempelam?
Sudah tentu bunyinya Mempele'.

Salah. Mempelam orang Kelantan panggil pauh. Mempele' tu mencarut!

tua, mesra, marah

Friday, June 24, 2005 · Posted in

TUA

Untuk MTS nanti aku masuk Biro Mesra. Sabahan pun sama. Tapi dia ada As. Aku tak ada siapa pun. Aku dilantik jadi ketua Grup 3. Juga ketua yang paling tua bangka. Ceh!

Oleh kerana aku berasa aku paling tua dan super senior maka aku gunakan perkataan aku untuk membahasakan diri aku.

Bukan aku tak reti nak bersaya-saya atau berbudi bahasa. Cuma bagi aku, perkataan aku lebih berjiwa, bersifat mesra dan anti-hipokrasi.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Panggil aku Lan! :)"

Cewwah.., aku dah rasa macam M.Nasir!


MESRA

Pada mulanya aku nak masuk Biro Teknikal. Tapi memandangkan Biro Teknikal kerjanya berat maka aku pun batal. Lagi pun Isnin depan Biro Teknikal dah kena turun Shah Alam untuk menyediakan alatan-alatan ke Batang Berjuntai nanti.

Kiranya biro yang paling mesra dengan para junior nanti biro kamilah. Biro kami kena senyum. Tak seperti biro disiplin yang kena masam. Inilah biro yang riang ria. Hooray!!

Chief Planner kami, Cik Huda dan En. Din pilih warna oren untuk biro kami. Oh, sesuailah dengan universiti warni-warni kami. Ada elemen Zahid sikit diterapkan. Oh, cunnnya!

Tiba-tiba aku teringatkan Ayie yang ada wajah iras-iras Zahid dan gemar memaki seluar baggie. Tapi Ayie tak suka Zahid. Dia suka Peter Pan dan penyanyi sensual, Alizee. Ayie juga suka Hindustan tau! :)


MARAH

Aku baru sampai malam tadi. Aku bertolak dari Shah Alam ke KL pukul 3.30 petang. Naik bas pukul 5.30 petang.

Semasa dalam bas pukul 9.30 malam di Pulau Pinang, Jarul telefon dan marah-marah sebab aku tak beritahu dia yang aku nak balik.

Bukan aku tak mau beritahu kau. Kaukan kerja. Kau habis kerja pukul 6. Aku habis meeting pukul 3 tadi. Jadi aku malas nak terbongok tak buat apa kat hostel yang makin sunyi sepi mencekam sampai ke mati tu. Salleh pun nak balik. Jadi aku baliklah bersama-sama Salleh. Lagipun aku malas nak susahkan kau..

Laa, Jarul dah off telefon bimbit!

Jarul, janganlah marah.
Nanti aku turun Shah Alam sekali lagi aku belikan kau Sugus ok.. :)

pantai cahaya bulan, tekad siswa, start jalan

Tuesday, June 21, 2005 · Posted in

PANTAI CAHAYA BULAN

Pembetulan. Sebenarnya aku pergi berkursus di HB Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Pertukaran lokasi pada saat akhir.

Seramai 305 orang mahasiswa Universiti Kerajaan Swasta terlibat.

Tiada Internet. Tiada suratkhabar. Tiada televisyen. Telefon bimbit pula rosak dan belum berganti. Aduh, aku dah rasa macam banduan di tepian pantai.



TEKAD SISWA

Sebenarnya kursus ini dianjur sebagai persediaan untuk para mahasiswa dan mahasiswi sempena Minggu Tekad Siswa (MTS) di universiti aku pada lewat bulan Julai nanti.

MTS dalam bahasa lainnya juga dikenali sebagai minggu orientasi. Atau minggu suai kenal. Atau minggu taaruf. Atau minggu junior dan senior. Fahamkan?

Dianggarkan 3000 junior bakal mendaftar diri!

Aaaaaaa..... banyaknyaaa!! :)



START JALAN

Kami dikehendaki membuat satu perbarisan kawad setiap pagi dan setiap ketua kumpulan mesti memberi laporan tentang ahli-ahli pasukannya. Setiap kumpulan ada 8 orang ahli.

Lepas buat laporan kami buat senaman aerobik. Habis senaman kami kena keluar baris untuk makan.

Salleh: Barisssss...... Start jalan!

Wahahahaha!

channel 15, bisnes, kursus

Wednesday, June 15, 2005 · Posted in

CHANNEL 15

Aku sedang makan keropok, nugget ayam dan teh o suam. Saja-saja masuk channel 15. Seronok pula aku tengok fan-fan AF bertekak pasal budak Mawi sorang tu dalam chatter box. Best sangat ke dia tu?

Ada satu sms buat aku gelak.

- Hah, Dah terbukti bukan silap Mawi.. Yang silap lirik dan melodi.. Go Mawi Go!!-

Ceh..


BISNES

Siapa-siapa yang mahu mendapatkan servis berkaitan komputer, sistem rangkaian, multimedia, laman web tetapi bukan laman rumah dijemput masuk ke blog kawan aku ni. Ok!

terasing.blogspot.com


KURSUS

'Every man dies but not every man lives'

Hari ni aku akan ke Shah Alam. Esoknya pula aku akan ke Perak. Aku kena kuarantin selama 5 hari. Ada kursus membuat bom tangan, bom asap, molotov cocktail, dynamite dan bom pemedih mata.

Jarul yang ajak. Aku join saja. Dia cakap bapa saudara dia di Selatan Thai yang buat kursus tu. Boleh ke cakap kursus? Katanya, bapa saudaranya tu pakar dalam buat bom dengan menggunakan barang-barang terpakai seperti botol, kuali, karbait, tin kosong, pemetik api dan beberapa sampah sarap lainnya lagi. Aku pergi untuk menambahkan ilmu pengetahuan saja. Itu pun tanggungjawab untuk negara dan keselamatan tanah air jugakan?

Jangan beritahu polis tau. Mampus aku kena tahan di bawah akta memiliki senjata berbahaya.

Jadi mahu tak mahu banyak hari jugalah aku tak dapat nak mengemaskini kelambu aku. Minta maaf kawan-kawan.

Err.. Tapi aku acah saja. Sebenarnya aku ada kursus Biro Tata Negara (BTN) anjuran universiti kerajaan swasta. Kerajaan sponsor. Bawa kain baju saja. Hoorayy!!

mawi af3

Sunday, June 12, 2005 · Posted in

MAWI DAN AF3

Sebab apa Juara AF sebelum ni semua lelaki?
Sebabnya para pengundi AF rata-ratanya perempuan.
Dah tentu perempuan akan mengundi peserta lelaki.

Sebab apa pula lelaki jarang mengundi?
Sebabnya lelaki tak ada kredit dan..
CEH, apa ke jadah lelaki minat AF ni..! Tak kewl beb!

Jadi untuk mendapat undian tertinggi kau perlu diminati penonton lelaki dan perempuan. Perempuan sudah tentu mahu yang handsome, cute, smart, kelakar, penyayang, beriman, tinggi, berbulu dada dan..

Kalau lelaki minat lelaki (maksud aku yang bukan GAY!) mestilah dia minat yang rock, lawak, kewl, sempoi, camdoh sikit dan tak control macam Zed Zaidi, Aqasha dan kumpulan Impression [Eizlan Yusoff, Sani dan Norman Hakim]. Ingat tak?

Undian selepas pukul 12 mlm tadi Mawi mencatat 58%. Felix cuma 13%. Elliza terkeluar dengan air mata merambu. Tapi dia menangis tetap cutekan! :)

Mawi terlupa lirik. Dia tak pandai menari. Tapi dia ramai peminat. Mungkin dia kelakar. Mungkin sebab dia bawa lagu nasyid masa episod pertama dulu. Mungkin sebab dia sengal atau mungkin juga orang minat kepalanya yang cute. Maksud aku RAMBUTnya!

Sebelum itu, Mawi mencetus undang-undang pemasaran baru Akademi Fantasia apabila para kipas susah matinya (die hard fan) melaungkan ketidakadilan. Akhirnya dia diterima masuk bersama Marsha. Yeayyyy!!! [kata peminat Mawi]

Polemik akhbar menaikkan populariti Mawi. Kata media, dia bekas johan tilawah. Adik Mahfuzah tak sukakan Mawi sebab katanya Mawi kelihatan serabai disamping reputasinya selaku johan tilawah tetapi menyertai AF. Johan tilawah pegang tangan Marsha! Kata Adik Mahfuzah sambil menjuih bibir. Dia lebih minat Aidil yang serba kena dalam bergaya. Auwww...

Sebenarnya ikon anak muda yang nakal, rock dan kewl sentiasa diminati. Ingat tak Faizal Hussein dalam Gila-Gila Remaja. Awie yang memungut 6 juta dalam Sembilu II. Afdlin dengan imej kelakar dan Apek yang camdoh!

Cuba bandingkan mereka dengan Zed Zaidi, Aqasha dan kumpulan Impression [Eizlan Yusoff, Sani, Norman Hakim]. Lainkan?

Kelambu: Mawi, awak memang bersuara bagus. Ada lenggok dan getar di hujung suara awak. Tapi awak perlu sedar diri, sedar masa dan sedar ruang. Macamana awak boleh lupa lirik? Kalau lirik macam tu pun dah boleh lupa macamana awak nak hafal lagu Inggeris kalau dia orang bagi kat awak? Awak kena kurangkan makan otak udang, epal hijau, minuman bersemut dan benda-benda masam ok! Satu lagi Mawi, awak sepatutnya mengeksploitasi keunikan vokal awak supaya pergi ke tahap yang super dan melampaui peserta lain. Faham! Dah dah. Jangan buat muka blur. Itu saja dari saya.

Mawi: Terima kasih, En. Kelambu.

Penonton: MAWI! MAWI! MAWII! MAWIIIIIIIIII! AAAAAAAAAAA..!!!!!!!!

Chewwah! Dah macam apa aku bagi komen kat Mawi!

sate

Saturday, June 11, 2005 · Posted in

SATE

Amin bukan bersekolah di sekolah bestari.

Apatah lagi di sekolah premier yang cemerlang lagi terbilang.

Dia cuma bersekolah biasa. Sekolah orang-orang kampung yang bapa-bapa mereka bekerja di pasar malam, pemandu bas, pemandu Kubota, pemandu teksi, buat bendang (bersawah), buat rumah (buruh) dan minum-minum kat warung sambil hisap rokok, sembang-sembang dan main dam.

Amin murid biasa. Dia tolong bapanya jual sate kat pasar malam.

Cikgu: Hang dok tolong pak hang jual sate sampai kerja sekolah tak buat. Periksa pun teruk. Nak jadi apa hang ni?

Selepas tu Amin dah tak jual sate lagi. Dia takut terjumpa dengan cikgu. Dia dah tak tolong bapa dia lagi.

Hari guru tiba. Ketika murid lain hadiahkan piring tertulis nama, bunga, pen dan bingkai gambar tetapi Amin hadiahkan SATE untuk cikgunya.

Cuma cucuk-cucuk sate dari seorang pelajar biasa dan teruk periksanya.

Jenguk-Jenguk:

Filem dan Rakaman Zaman

rambut

Thursday, June 09, 2005 · Posted in

RAMBUT

Kata kawan baik, macam nenas.

Kata Nik, macam hakim.

Kata aku, macam Anakin.

Apa pun, hari ini aku berambut rekrut. Pendek dan petak. Kau orang boleh cakap aku dipengaruhi siri Contender atau pun komik Raja Rimba.

Aku bukan lagi Anakin atau Harimau Kumbang.

Hari ini aku sudah menjadi Timur Waja. Kata Chang Kong, Timur Waja lebih hebat dari bom nuklear.

Aku tak mimpi apa-apa pun. Aku cuma mahu menyampaikan mesej bahawa aku bukannya seorang yang ekstremis. Aku bukannya seorang fanatisme pada sesuatu. Aku realistik.

Aku tak suka dikongkong. Aku mahu bebas. Bebas dalam memilih sesuatu. Bebas dalam berapresiasi. Kenapa apabila aku berambut panjang maka aku dituduh terpengaruh dengan sesuatu. Apabila aku berambut pendek maka aku dikatakan manusia normal dan tidak terpengaruh.

Rambut sebenarnya tiada apa-apa bagi aku. Aku boleh berambut panjang sesuka hati aku dan berambut pendek sesuka hati aku. Rambut cuma bulu yang menutupi kepala. Aduh, susahlah apabila orang mula mengkastakan rambut sebagai perlambangan moraliti dan intelektual.

Kata abah, potong la rambut tu sikit. Rimas aih tengok. Tak macam anak cikgu.

Aku jawab, titah diterima Tuanku.

Kelambu: Tiada kuasa veto

tv, game

Tuesday, June 07, 2005 · Posted in

TV

Kalau dulu tv cap ayam tapi sekarang cap Panasonic. Skrin rata.

Sebelum ni abah dah beli dua buah tv cap ayam dan keduanya rosak dalam jangka masa tak sampai setahun. Kalau dikumpulkan jumlah tv cap ayam dengan tv Panasonic tu abah dah boleh buat home theatre dalam rumah.

Tapi abah tak mau. Dia lebih suka dengan prinsip, Why Pay More?

Sekarang dah tak ada lagi gambar hijau atau merah yang mencapah dari sudut atas peti tv. Semuanya cantik. Bolehlah layan CSI dan tengok Discovery Channel. Cerita pasal Firaun.

Aaaaaaaaaaa..!!! Tiba-tiba aku teringat telefon aku yang skrinnya sudah jadi putih seputih-putihnya.


GAME

Jangan kacau aku. Aku sibuk main game Rome-Total War. Game strategi 3D.

"It's not your same old total war"

Ha, satu lagi aku main juga game Pro Evolution Soccer 4. Aku teringat Adie yang obses dengan game bulat-bulat ni. Apa agaknya dia buat cuti ni?

Jenguk-jenguk:

wikipedia.org-Rome
activision.com-ROME-TOTAL WAR
amazon.co.uk-Pro Evolution Soccer 4 (PS2)

balik kampung, helikopter, star wars II

Sunday, June 05, 2005 · Posted in

BALIK KAMPUNG

Aku orang terakhir balik sebab kehabisan tiket. Nasib baik ada Jarul yang temankan. Maklumlah dia tinggal di Kajang saja.

Aku naik EKSPRES TRANSNASIONAL berwarna emas dengan tambang berjumlah RM31.60 . Plat WCG **** dari Seksyen 17, Shah Alam ke Alor Star. Yeayy!!



HELIKOPTER

Penumpang sebelah kiri kena letak beg di bawah kiri bas sebab bahagian atas kiri letak beg rosak [baca: tak ada]. Bahagian tu kelihatan lopong tanpa alas bawahnya. Cuma kelihatan rangka aluminium yang akan berbunyi, Gegegegegegege.... Gegegegege.. Gegegegeee...

Setiap masa bas bergerak ia akan berbunyi.

Aku dah rasa macam naik helikopter!


STAR WARS II

Aku suka Anakin sebab dia seorang pemuda yang menentang konservatif. Jiwa mudanya meronta-ronta mencari erti kebebasan. Cintanya juga tulus. Tapi sayang para master tidak memahami dan menuduh Anakin adalah anasir sehingga dia kerasukan kuasa Sith. Selepas Anakin menjadi Darth Vader aku terus membenci karakternya. Kenapa?

Masa naik bas malam tadi aku tak boleh tidur.

Selang dua ke tiga kerusi di belakang aku ada Darth Vader. Sepanjang perjalanan selama 6 jam seisi bas akan terdengar deru nafasnya yang keras itu.

Ssseerrhhhhhhhhh....... Ssserrhhhhh... Sssssseerrrhhhhhhhhhh...........

Faham tak kenapa aku benci Darth Vader!

Walau bagaimanapun, malam tadi aku tetap bertuah. Aku pulang ke kampung dengan menaiki helikopter dan salah seorang penumpangnya ialah Darth Vader!

star wars, bulat-bulat, exam III, tak nampak, migrasi

Wednesday, June 01, 2005 · Posted in

STAR WARS

Ayie, tengok rambut aku. Dah macam Anakin kan?

Kau bukan Anakin. Kau ANASIR!


BULAT-BULAT

Kenapa kau tak keruan je.

Tak de apa-apa lah - Adie

Aku tahu, PC kan dah hantar. Kau tak dapat main game bulat-bulat lagikan..


EXAM III

Salleh dan Awie sedang membaca buku dan membuat kira-kira. Untuk subjek Sains Pengurusan esoknya.

Jarul, Kelambu dan Ayie berada dalam bilik.

Mereka ambil bantal dan berbaring. Mereka jerit kuat-kuat.

BANTAL JAHAT! BANTAL JAHAT! AAAAAAAA.........!!!!!!!!!!


TAK NAMPAK

Tak pernah nampak pun awak. Awak ambil short sem eh..? - Bibik

Ambil.

Subjek apa? - Bibik

Kan saya ambil Technical English sekali dengan awak!

Ooh, ye ke. Awak satu group dengan sapa eh..? - Bibik

Kan saya satu group dengan Azrul Rais (Lalbi).

Oh.. Ye ke. Maaf ye sebab tak perasan. - Bibik

Mana tak perasannya. Dah selalu tengok Azrul Rais..

Maaf ya sebab tak perasankan awak. - Bibik

Err, ok!.

-Ceh, berani bibik cakap dia tak kenal Anakin@Harimau Kumbang!-


MIGRASI


Univesiti Kerajaan Swasta akan berpindah ke Batang Berjuntai. Bulan 8 nanti. Banyak orang kata ianya sebuah universiti yang cantik. Berwarna-warni tetapi tidak disukai Sultan. Macam tadika, katanya.

Anggota-anggota rumah 8. Adie, Awie, Ayie, Aslam, Lalbi, Jarul, Sabahan, Salleh dan Nik sudah mula membungkus barang masing-masing. Ada yang menghantar balik rumah dan ada yang menumpang rumah kawan macam Kelambu. Kelambu menumpang letak barang-barangnya di rumah Man di Seksyen 7. Rumah motor banyak. 10 buah! Terima kasih Man! :)

Beberapa helai jeans yang sendat, seluar dalam yang berlubang dan berlumut, rak-rak yang dimakan anai-anai terpaksa diwakafkan.

Tiada lagi Restoren Soto, Alam Sentral, PKNS, Boot Sale, Giant, Telok Bagan, Agora, Gembira, Gelap, Masalam, Muzium, Teater, Cendol 17, Jaya Jusco, Tanjung Gila, Dharoos, Khulafa, DE dan kumpulan 'abang-abang'.

Waktu-waktu yang singkat ini terasa Shah Alam semakin menjauh. Kenangan-kenangan hanya tertampal pada lorong-lorong otakku. Panas dan memerah.

Kelambu: Sampai jumpa lagi Shah Alam..

Powered by Blogger.