Archive for June 2008

kadang-kadang bila marah pun boleh hepi

Wednesday, June 25, 2008 · Posted in

KADANG-KADANG BILA MARAH PUN BOLEH HEPI

Aku dan Pian lepak Restoren Soto. Lama dulu. Entah apa punca Ayie petang itu betul-betul marah sama itu Khairy, si menantu Pak Lah.

"Apa, dia ingat kita ni apa? Janganlah buat kita macam anjing hitam!!"

"Hoi hoi, apa jadah anjing hitam? Kambing hitam daa.."

Aku dan Pian bantai gelak sampai meja bergegar. Ayie tak puas hati.

perasaan saya menonton perlawanan live

Sunday, June 22, 2008 · Posted in

PERASAAN SAYA MENONTON PERLAWANAN LIVE

Berhenti cerita pasal Euro. Ini cerita Piala FA liga tempatan. Secara automatis semangat negeri kau kena tinggi.

Sekarang bukan masa kau mau jadi Shebby. Komplen pasal control ball yang lemah. Clearance ball yang bersepah. Lengah-lengahkan masa bila game nak habis. Baru tackle sikit dah injured. Passing macam haram. Sebab ini cerita Piala FA liga tempatan. Secara automatis semangat negeri kau kena tinggi.

Sumpah. Ini first time aku tengok live final game liga tempatan kat stadium. Selalunya aku layan tivi saja. Ada ulang tayang skor. Boleh baring-baring sambil makan kacang.

Sehari sebelum malam final di Shah Alam. Man telefon aku. Wei. tengok bola jom. Dan tanpa banyak soal aku bayar RM20 untuk tiket. Dan aku sangka itu harga patut walhal dalam berita orang komplen tiket mahal. Punyalah tak pernah tengok final.

Stadium penuh. Game panas. Best gila!

Bangun pagi tuning suara aku sudah lari. Adakah berbaloi? Ya, sudah tentu berbaloi. Sebab Kedah 3 Selangor 2. Haha!

Dan ini gambar sensasi sempena Euro 2008.

cerita kawan yang baru kawin

Thursday, June 19, 2008 · Posted in

CERITA KAWAN YANG BARU KAHWIN

Dengan harapan agar aku berasa tertekan, semalam kawan aku yang tak sampai seminggu kawin tu hantar mesej via YM kat aku. Lebih kurang macam ni.

Wei, cepat-cepatlah cari girlfriend. Kau tu dah tua. Kawin la cepat. Best woo. Bila-bila masa. Di mana saja. Macam jelly panas. Hahaha!

Dan mungkin untuk puaskan hati kawan aku sorang tu maka aku patut cakap,
Tertekannya aku.. tertekannya aku..

dan semua sudah tertulis

Sunday, June 15, 2008 · Posted in

DAN SEMUA SUDAH TERTULIS

Pian mesej aku.
-Wei. Petang ni turun lepak. Malam kang aku dah tak ada dah. Aku dah nak gerak-

-Kau nak gerak ke rahmatullah ke?-

-F!!- Pian maki-maki. Biasalah. Lawak kami yang melanggar Rukun Negara ke 5 ni memang kelihatan sangat kurang sopan.

Macam Jarul pernah bagitau tentang perangai tipikal orang Malaysia. Kalau kau cakap benda-benda pasal kau dah tak ada dan esok kau tiba-tiba mati maka benda-benda itulah yang akan kau kenang dan cakap-cakap pada kawan-kawan dan saudara mara. Tapi kalau esok kau masih hidup maka hidup pun seperti biasalah. Karut. Hidup dan mati bukankah sudah tertulis. Kau tak dapat lari pun.

Tapi bukannya cerita pasal mati yang aku nak cerita. Sebenarnya esok harinya kawan aku, Pian nikah. Pian, kawan yang kami kenal di Universiti Kerajaan Swasta hujung 2001 dulu. Dari zaman belajar dengan rambut kembang, ekor belakang, main mercun tanam dalam tahi lembu sampailah sekarang sudah jadi programmer. Pejam celik pejam celik rasa masa laju semacam.
.
.
.
-Emm.. Nyum nyum.. Hahaha..-

11.40 malam. Pian hantar mesej berantai kat kami semua.

kadangkala kata-kata tidak bermakna

Friday, June 13, 2008 · Posted in

KADANGKALA KATA-KATA TIDAK BERMAKNA

Aku tarik nozel dan biarkan petrol mencurah masuk ke tangki Suzuki. Sengaja aku tutup mata dengan mulut kumat kamit.

"Wahai minyak. Jimatlah engkau di dalam tangki motorku. Fuh!!"

Tap!

Picu nozel jadi longgar. Aku buka mata tengok indikator digital kat pam. Minyak motor aku cecah 9 ringgit isi penuh.

Cait, macamlah bila aku tutup mata dan berjampi petrol ni akan turun jadi RM1.92 seliter.

Aku tengok India belakang aku isi minyak dengan muka tak puas hati. Oii, syukur... Syukurrrr...

dan inilah cara mengatasi kenaikan petrol III

Wednesday, June 11, 2008 · Posted in

DAN INILAH CARA MENGATASI KENAIKAN PETROL III

Dulu. Siapa ada Haro Master samalah macam dia bawa Subaru Impreza. Harga maunya dalam 6 ke 7 ratus. Ada yang sampai seribu.

Tengok Anas dengan Haro Masternya betul-betul buat aku jaki. Ye la. Bapa dia bisnesmen. Buka kedai printing kat Alor Star sana. Bolehlah demand Haro Master.

Kiranya basikal mini aku ni macam Kancil saja. Ada bakul kat depan. Ada seat yang besar gedabak. Ada carrier belakang. Dan ada loceng juga! Mampus aku kena gelak.

Jadi sebagai menyahut cabaran bahawa anak Malaysia memang kreatif aku mesti lakukan modifikasi dengan kadar segera!

Aku kasi tukar handle pendek. Aku taruk batang seat bengkok. Kasi lowered sikit. Seat, paddle, handle grip, kepala handle, brek, tayar, rim aloi, reflector lamp aku sumpah jadi BMX. Plink! Mini aku bertukar jadi sebuah easy rider yang kool.

Macam ni barulah boleh pergi sekolah dengan bergaya. Barulah setiap kayuhan mempunyai nilai sensasi.

Dengan hensem aku parking easy rider dalam bangsal. Selang dua tiga baris ada budak-budak berlonggok kerumun apa entah. Ada budak bertumbuk kot. Bab-bab ni memang seronok tengok. Aku gesit. Aku kuak dua tiga budak ke baris depan.

"Ni apa jadah basikal taruk kepala RXZ!!" Maki aku dalam hati.

dan inilah cara mengatasi kenaikan petrol II

Saturday, June 07, 2008 · Posted in

DAN INILAH CARA MENGATASI KENAIKAN PETROL II

1992. Aku naik sekolah menengah. Dan abah belikan basikal.

Bukan sebab abah nak ubah gaya hidup. Bukan sebab petrol naik. Masa tu harga petrol pun baru RM1.10 seliter. Tak beban mana pun. Kami masih dapat pergi piknik. Kadang-kadang abah bagi aku ikut rombongan sekolah. Kadang-kadang kautim dengan geng turun makan angin kat Penang. Duit belanja RM2 pun masih boleh simpan dalam tabung. Buat beli komik. Beli buku rujukan. Beli kasut sport. Tengok wayang. Main game. Beli macam-macam.

Dulu budak sekolah tak demanding macam sekarang. Mana ada nak demand handphone dan top up prepaid [layan public saja]. Mana ada nak demand Yamaha LC dan Nouvo. Masa tu budak sekolah macam aku cuma demand-kan 2 benda penting saja untuk jadi kool. Satu. Ada basikal Haro Master. Dua. Tempah seluar sekolah straight cut. Bila kau ada 2 benda tu tahap hensem dan macho kau sudah naik 100 peratus.

"Nak basikal apa?" Abah tanya aku.

Sebagai anak yang baik aku jawab, " Tak kisah. Bagi la basikal apa pun. Asal boleh bawa sudahlah."

Tup-tup esok abah beli basikal. Bukan Haro Master. Tapi basikal mini. Ada bakul kat depan.

dan inilah cara mengatasi kenaikan petrol

Wednesday, June 04, 2008 · Posted in

DAN INILAH CARA MENGATASI KENAIKAN PETROL

kudaku lari kencangUntuk mengatasi masalah kenaikan petrol yang mencanak-canak bermula tengah malam ini, sukalah aku mencadangkan pengguna-pengguna kenderaan bertukar kepada kenderaan yang lebih bersifat mesra alam iaitu KUDA.


KELEBIHAN KUDA
===========
--> No Petrol - Cuma sediakan rumput atau hampas makanan (15-18 gelen) dan air bersih (10-12 gelen) setiap hari.

--> Low Maintenance - Tak perlu servis 1000km atau 10000 km. Tak ada minyak hitam, oil filter, timing belt, gasket dan bla.. bla.. bla.. Anda cuma perlu sediakan kandang atau biarkan bebas untuk pengguna yang berbajet rendah. Juga sedikit bajet untuk grooming dan medical yang boleh dirujuk pada jabatan dan klinik haiwan berdekatan.

--> Low Badget Accessories - Ladam untuk penjagaan jangka panjang tapak kaki kuda [boleh rujuk tukang kasut]. Pelana atau seat bergantung pada jenama dan jenis seat. Kalau jenis Recaro bucket seat mestilah mahal. Harga boleh rujuk kedai kusyen dan aksesori kuda. Bajet diperlukan juga untuk shampu, sabun mandi, losyen dan suntikan virus. Ini boleh rujuk farmasi dan klinik haiwan.

--> Great Specifications - Punya kelajuan selamat iaitu sekitar 70-80km sejam. Kuda juga boleh melompat dan punya sistem brek yang sempurna. Penglihatan kuda mempunyai keupayaan night vision dan boleh viu 350 darjah. Begitu juga dengan pendengaran yang tajam di mana telinga kuda boleh dipusing 180 darjah. Kuda mampu hidup 25-30 tahun. Sama seperti jangka hayat kereta biasa sebelum boleh ditolak ke kedai used horse.

--> High Price Trade
Jika kuda anda sudah tua maka kuda anda boleh disembelih. Dagingnya boleh dibuat jamuan kenduri atau dieksport. Begitu juga dengan kulit dan bulu kuda. Ianya boleh dibuat kasut, gendang dan alat-alat aksesori peribadi seperti dompet, beg tangan, kasut dan lain-lain.

--> Green Earth
Tiada asap karbon monoksida. Tak perlu catalyzer filter atau petrol tanpa plumbum. Tahi dan air kencing kuda boleh dibuat baja. Ianya boleh digunakan sebagai sumber murah untuk mencantikkan lanskap bandaraya.


Sekian, terima kasih.

Powered by Blogger.