Archive for May 2008

suatu pagi pabila kau dapat selesaikan masalah dengan begitu rilek II

Saturday, May 31, 2008 · Posted in ,

SUATU PAGI PABILA KAU DAPAT SELESAIKAN MASALAH DENGAN BEGITU RILEK II


Kunci hilang. Dan aku kelewatan.
.
.
Ya, dalam hidup ni aku berani jamin sesiapa pun pernah mengalami masalah kunci hilang.

Terlupa mana kau letak kunci. Kunci tertinggal dalam kereta atau bawah seat motor. Kunci tercicir di kedai mamak. Kunci tertinggal dalam rumah dan kau terkurung di antara gril dan pintu rumah macam penjenayah.

Kunci hilang boleh jadi punca stres yang buatkan kau tak senang hati, depres, pening kepala, migrain dan segala macam perasaan bergalut.

Jadi entri kali ini aku mau dedahkan cara mengatasi masalah kunci hilang anda dengan begitu rilek. Kita fokuskan pada kunci kereta/motor.

Apa rahsianya?

Ya, sebelum kunci kau hilang kau cuma perlu pergi ke kedai dan dupliketkan kunci. Kunci dupliket itu kau selitlah di dalam dompet.

Macam ni.
Kalau kau mau dupliketkan kunci kereta yang biasanya punya kepala besar pastikan kau dupliketkan kunci kosong nan sebatang tanpa kepala. Dan sudah tentu perlu diselit di celah dompet.

Dan bila tiba-tiba kunci kau hilang maka dengan rileknya kau bukalah dompet dan ambillah kunci dupliket tu. Tak perlu pening kepala lagi. Mudahkan?
.
.
2 hari kemudian aku jumpa kunci asal motor aku dalam baju hujan. Itu pun sebab hari hujan dan aku perlu pakai baju hujan dan aku seluk poket dan aku jumpa kunci. Tapi itu bukan masalah besar pun kan. Ok.

suatu pagi pabila kau dapat selesaikan masalah dengan begitu rilek I

Tuesday, May 27, 2008 · Posted in ,

SUATU PAGI PABILA KAU DAPAT SELESAIKAN MASALAH DENGAN BEGITU RILEK I

Satu hari aku bangun pagi dan mau pergi kerja dan tiba-tiba kunci motor aku hilang.

Mahu saja aku bawa soldadu fakir. Tapi itu pilihan terakhir dan aku tau aku akan lambat sebab traffic jam. Itu sudah pasti menjejaskan kredibiliti aku selaku pekerja komited.

Tapi aku rilek. Rilek. Rilek.

Ya, nak tahu apa rahsianya aku begitu rilek?
.
.
Bersambung..

da' extraordinary people league

Friday, May 23, 2008 · Posted in

DA' EXTRAORDINARY PEOPLE LEAGUE

Lembaga Angkatan ZorroDulu aku pendekkan nama aku jadi Mohazo. Singkatan dari nama penuh aku, Mohd Azhan Othman. Lagipun ada bunyi-bunyi France sikit. Konon-konon hip. Kool. Haha.

Bila aku jadi student Universiti Kerajaan Swasta tup-tup nama aku tukar jadi Lanzo. Sempena nama panggilan aku kat sini, Lan. Kata Zo di hujung tu entah siapa entah gabungkan dengan nama Mohazo yang aku selalu tulis sebagai tanda nama depan buku. Hmm.. nampak hip juga. Ada bunyi-bunti Italy sikit. Haha.

Satu hari Bahdin mau minta kerja baru. Jadi dia mau jumpa nazir masjid untuk sahkan yang dia sudah 5 tahun bermastautin di Selangor.

"Apa susah-susah. Ambil saja cop lanzo. Haha!" Jarul.

"Lanzo? Apa jadahnya. Lanzo stands for what?" Bahdin.

"LANZO, Lembaga Angkatan Zorro!" Aku.

Hahahaha.

beza sebotol sos

Wednesday, May 21, 2008 · Posted in

BEZA SEBOTOL SOS

Betul. Aku lebih sanggup telan sebotol sos dari diberi buat programming.

Masalahnya bos aku takkan buat kerja sia-sia dengan menyuruh aku menelan sebotol sos. Maka dengan itu dia suruh aku buat programming.

Sudahnya dalam sebulan ni aku terpaksa mengadap kod-kod yang cukup mengerikan.

Dan kod-kod itu terbawa sampai ke tidur.

Itu baru cerita pertama.

saya punya cerita

Tuesday, May 13, 2008 · Posted in

SAYA PUNYA CERITA

Ada 3 perkara yang aku nak cerita ini minggu.

Pertama.
Kewangan yang meleset dengan ketibaan soldadu fakir buatkan aku berkira-kira mahu cari kerja baru.

"Ala la la, sayang. Saya tak marah awak. Saya marah diri sendiri ok. 7 tahun lagi kan.."

Kedua.
Rupa-rupanya gigil beberapa malam lepas berikan aku satu petanda. Nantilah aku cerita.

Ketiga.
Jiwa aku tak berapa tenteram kebelakangan ini. Aku rasa seperti mahu jadi orang lain. Dan mulakan hidup dengan karma baru.

Sebab apa tak tenteram? Ah, nantilah aku cerita.

zoo negara-keriangan berganda dan ketenangan jiwa

Friday, May 02, 2008 · Posted in , ,

ZOO NEGARA - KERIANGAN BERGANDA DAN KETENANGAN JIWA

Lama aku tak menulis entri pasal pelancongan. Seingat aku sekali saja. Lamaaa dulu. Masa ikut rombongan ofis mama ke Hatyai.

Hmm, jadi entri kali ni aku berbesar hati nak cerita pasal pelancongan menarik aku. Nak tahu Kelambu ke mana kali ni? Ya, ke Zoo Negara! Baik punyaaaa..

Ok. Last aku pergi zoo masa sekolah dulu. Itu pun Zoo Taiping. Zoo Negara pula aku pergi masa aku kecik. Umur 3 tahun. Aku pun dah tak ingat macamana rupa Zoo Negara masa tu.

Tup tup 2 minggu lepas entah apa gilanya kami buat rancangan untuk habiskan cuti hujung minggu kami ke Zoo Negara.

Kata orang kalau mau cari awek pergilah ke shopping complex. Kalau mau mandi pergilah Batu Feringgi. Dan kalau mau tengok binatang pergilah ke Zoo Negarang [Saja aku sebut negarang nak bagi ada rhyme].

Hari itu cuaca sangat elok. Aku, Syem, Pian dan Bahdin. Selepas bayar tiket RM15 kami diberi gelang kertas untuk diimbas di pintu masuk.

Masuk saja ke Zoo Negara kami terus menaiki koster mengelilingi hentian-hentian utama sekitar Zoo Negara. Ada 8 kalau tak silap. Setiap hentian tu terbahagi kepada jenis spesis-spesis binatang seperti burung, amfibia, reptilia dan lain-lain.

Sepanjang perjalanan koster yang dijanakan tenaga diesel tu kami diberikan informasi oleh pelatih zoo tentang binatang-binatang di Zoo Negara seperti anak zirafah bernama Mustika. Harimau yang aktif ketika malam dan juga...

"Ok. Di sini kita dapat melihat spesis-spesis beruang. Antaranya ialah Honey Beer..."

Hahaha! Honey Bear la bro. Bukan Honey Beer. Tiger Beer ada la. Hahaha! Aku dan Pian bantai tahan gelak dalam hati.

Selepas habis satu pusingan koster kami pun mula berjalan kaki untuk melihat spesis-spesis binatang tersebut dengan lebih dekat dan rinci.

Antaranya ialah Zirafah gila punya tinggi. Gajah India. Unta. Badak Afrika. Kanggaru. Rusa Nani [Mouse Deer]. Burung-burungan [banyak sangat burung]. Monyet-monyetan [banyak sangat monyet]. Ular-ularan [banyak juga]. Honey Beer [Hahaha]. Babi Hutan. Seladang. Lembu Sepanyol. Badak Air. Burung unta. Harimau Belang. Singa. Harimau Bintang. Harimau Kumbang. Waja Timur. Chang Kong. Serigala Jadian. [Abaikan 3 spesis terakhir sebab anda hanya boleh saksikan dalam komik Raja Rimba.]

Dan aku berkesempatan memegang hidung dan kepala rusa nani secara live di situ.

Fasiliti di Zoo Negara memang lengkap. Ada tandas awam. Ada surau. Ada dataran lapang untuk bersantai. Ada gerai-gerai makan bajet dan untuk orang banyak duit. Di sini juga disediakan hentian-hentian rehat yang cukup seperti pondok-pondok dan bangku-bangku batu buat melepaskan lelah berjalan.

Selain binatang anda juga dapat melihat rombongan kanak-kanak sekolah dan tadika, famili ceria bersuka ria dan pasangan bercinta bercengkerama. Dan juga 4 budak entah apa gila datang ke Zoo Negara. Kami le tu. Hahaha!

Binatang-binatang di sini memang mesra kecuali spesis harimau dan singa yang agak pasif. Mungkin sebab hari siang.

Mahu saja kami layan safari night pada sebelah malam tetapi memandangkan hari mau hujan dan kondisi tubuh yang penat maka kami terpaksa menunda hasrat suci murni itu di lain hari.

Di sini sukalah aku memberi cadangan agar pihak Zoo Negara dapat membeli binatang-binatang eksotik yang jarang boleh dilihat di Malaysia. Seperti armadillo, platypus, biawak Galapagos, harimau Siberia, sloth, gorilla dan lain-lain lagi.

Akhir kata, percutian kami ke Zoo Negara pastinya telah meninggalkan memori indah, ketenangan jiwa dan keriangan berganda bagi kami warga kota yang saban hari dihimpit kenaikan harga barang dan kos hidup yang menyesakkan. Sekian terima kasih.

Dah macam apa dah kesimpulan aku. Ceh.
.
.
.
Saksikan gambar-gambar menarik kami di bawah. Klik pada gambar untuk zum.
ini gelang imbas

inilah rupa gelang imbas

ini zirafah bulu mata lentik tidaklah menandakan bahawa zirafah ini betina atau pun mak nyah

ini honey bearinilah honey beer. hahaha!

ini badak air inilah badak air

ini burung inilah burung [apa nama entah]

ini gajah inilah gajah dan 3 budak cacat. hahaha!

ini harimau inilah sepasang harimau tengah bergomol

inilah seladang seladang jantan tengah usya line di belakang

inilah rusa nanigambar rusa nani yang penuh misterius

inilah singa singa yang hidup segan segan mati tak mahu

inilah harimau kumbang harimau kumbang yang yang tak reti duduk diam

inilah sekawan rusa sekawan rusa yang dambakan makan

ini badak sumbu 3 perwira kelihatan tidak gentar dengan badak sumbu yang akan menyerang mereka

Powered by Blogger.