Archive for March 2009

Malam Panik yang Termengah-Mengah

Thursday, March 26, 2009 · Posted in

Tengah aku melepak dengan Leman, dia dapat panggilan tanpa nama. Perlahan-lahan aku tengok muka Leman berubah cemas. Peluh-peluh membutir.

"Bini aku nak beranak!" kata Leman. Panik.

Selepas meletak not RM10 atas meja dan tanpa menungu baki, kami berdesup ke hospital.

Entah petanda apa lampu isyarat sepanjang laluan kami bertukar hijau serta merta. 15 minit kami sampai ke kaunter kecemasan. Ada misi cantik dan bermata lebam menyambut kami dengan senyum menguntum.

"Cik.. Saya Sulaiman Mahmud.. Saya dapat call.. isteri saya.. NurRebecca nak bersalin," kata Leman. Termengah-mengah. Mengah. Mengah. Mengah.

"Bawa bertenang encik. Ini anak pertama ke?"

Mengah.
Mengah.
Mengah.

"Tak tak.. Saya ni suaminya."

.
.

Aku lari keluar gelak. Aku tak nak Leman terasa hati.

Lala, Hidup Kadang-Kadang Tak Boleh Terlalu Profesional

Tuesday, March 24, 2009 · Posted in

Suatu hari, Lala yang pandai bertinju datang rumah aku dengan muka lebam, mata bengkak dan nafas berbaur cemas.

Aku dah cuak. Entah kongsi gelap mana yang kejar dia. Selepas tutup semua tingkap dan pintu sebab takut aku pula yang lebam dan bengkak, Lala pun ceritakan semuanya.

Katanya dibelasah dua budak gengster. Habis duit, ipod nano, N92 dan kamera genit Olympus-nya disapu. Aku tak puas hati.

"Diaorang pau kau guna pisau ke?" tanya aku.

"Tangan kosong je," jawab Lala sambil tekap kapas campuran ubat luka ke pipi. Giginya terkancing menahan sakit. Melihat Lala terkancing aku pun terkancing juga. Bagaikan aku pun turut sama sakit.

"Dah tu tangan kosong apasal kau tak belasah saja mamat-mamat tu? Apa guna 18 rekod KO kau selama ni?"

Sambil meludah liur bercampur pekat darah ke dalam gayung , Lala menjawab dengan wajah begitu serius [dan serius itu kali pertama aku lihat Lala sebegitu serius.]

"Bro, aku takkan berlawan tanpa penaja ok!"

.
.
.

Ya, habis saja perkataan terakhirnya itu, siku Ongbak aku singgah tepat di kepala Lala.

Tivi Rumah Kami yang Rosak dan Aku yang Kaya

Thursday, March 19, 2009 · Posted in

Kelmarin. Tivi kat rumah rosak. Tak tau apa punca. Semalam sebelum tu Why dan aku layan Red Cliff 2 ok saja. Tapi pagi esoknya bila aku buka tivi untuk praktis boxing, tiba-tiba kelam. Suaranya ada tapi gambarnya hilang. Melepas nak tengok Arsenal malam tu. Apa gila tengok bola kat tivi dah macam dengar radio zaman semi pro dulu?

Menurut brader tivi kat kampung sana, tivi kami ada masalah dengan kabel tiub. Alat ganti pula susah cari. Bila dah beli masalah lain pula. Kali ni ada kena mengena dengan tiub. Aku dah tak faham bila brader tu dah main tunjuk-tunjuk litar dan uji ammeter untuk cari 'api'. Bab-bab 'nego' aku serah kat Jarul. Keputusannya, brader tu cuba ubahsuai guna alat ganti made in China. Petang ni ambil. Mungkin lepas ni boleh dapat channel dari Indonesia.

Walaupun aku bukanlah kaki tivi. Tapi kehilangan tivi begitu terasa.

Oh ya. Siapa kaki bola, kalau rajin singgahlah web Bolasepak.com ni. Aku dah jadi moderator web tu. Kerja aku kemaskini stori saja. Bahagian forum aku tak kacau. Jadi fan-fan Manchester United, Liverpool atau Chelsea jangan marah kalau aku highlite The Gunners lebih-lebih. Hahaha. Liga Malaysia pun ada. Nak harap web FAM? Ke lautlah jawabnya.

Ni bukan kerja suka-suka. Gaji kecik terpaksalah cari duit lebih. Selepas moderator agung web tu janji nak bayar aku gaji yang sama dengan Teresa Kok barulah aku bersetuju dengan pelawaan dia untuk hidupkan kembali web tu.

Sekarang kau boleh bayangkan betapa kayanya aku. Ups. Air dah masak. Nak pergi masak megi ni. Hihihi.

Dr Prakash dan Aku yang Terpaksa Bermusuhan

Tuesday, March 17, 2009 · Posted in

Kokokan ayam dari rumah sebelah memang menyakitkan hati. Gila apa duduk apatmen bela ayam. Apa dia ingat rumah dia macam rumah Dr Dolittle?

Tertekan punya pasal aku jumpa Prakash merangkap doktor haiwan di sebuah klinik haiwan yang hidup segan mati tak mahu di bandar Kepong sana. Paling akhir aku jumpa dia ialah masa aku bela Jimi, si armadillo dari Brazil dulu. Tapi lepas Jimi maut di langgar Kancil Brader Jon, terus aku tak jumpa Prakash. Dan sumpah aku takkan jumpa dia semata-mata nak ucapkan Hari Natal.

Aku adukan masalah ayam-tak-sekolah jiran aku tu. Prakash senyum-senyum saja sambil menyuntik dos apa entah ke kaki seekor anjing spesies Border Collie. Aku sedikit cemas tapi terkawal.

"Bro, ayam jantan jiran sebelah aku berkokok kuat tak ingat. Siang malam berkokok. Tension aku. Semua jiran merungut tapi tak ada yang berani sound sebab jiran aku tu cikgu silat dari perguruan Guruh Guntur."

"So, kau nak aku buat apa? Silambam jiran kau tu?" tanya Prakash sambil buka sarung tangan getah dan hulur tangan nak bersalam dengan aku. Tapi aku tolak sebab lepas ni aku nak makan nasi ayam.

"Kaukan doktor haiwan. Lagi mau tanya aku balik ka?"

Prakash hela nafas panjang. Diam sekejap. Dia kemudian pandang aku dan bersuara ala-ala Horatio sambil menanggalkan kaca matanya. Aku dah terkebil-kebil.

"Aku kena buat apa?"

"Buat lauk!" Jawab Prakash serius.
.
.
.
Sejak hari tu, aku putus kawan dengan Prakash.

Kenapa Setiap Hari Mesti Lain?

Monday, March 16, 2009 · Posted in

restoran pakcuPerasan tak gerai air jambu PakCu 916 kat tepi-tepi jalan tu. Inilah ibu pejabat PakCu. Terletak seputar kawasan Kg Melayu Subang. Masuk simpang kat lampu isyarat sebelah Mobil. Makan tengah hari memang baguih dok ada. Makan malam pula aku bagi tahap sederhana baguih (sate kajang dan mee claypot pun ada). Tapi ada satu faktor X di sini yang buatkan kau ketagihan. Tapi, itu kau kena datang sendiri.

Maksim, Kau Boleh Hidup Lama, Serius!

Thursday, March 12, 2009 · Posted in

Aku jumpa Maksim. Dia pandai main piano. Cuma dia gemuk. Dia rasa rendah diri sebab tak ada awek. Walaupun bab tak ada awek ni turut buatkan aku terasa hati, tapi aku layankan saja budak Maksim ni. Lagipun Maksim lagi tua daripada aku. Hahaha. Dan ya, kawankan lebih dari sekadar materi.

Ya, Maksim ni gemuk. Tak payahlah aku sebut berapa ratus paun berat dia. Tapi berat kawan aku tu cukup untuk membuat Volvo kotak yang dia bawa tu senget.

Dia sedih. Dia betul-betul sedih sebab semua awek yang dia kenal secara talian beritahu dia, "kitakan kawan biasa..". Sadis weh. Malas pula aku nak berikan fakta yang banyak cinta sebenarnya bermula dari mata. Kecuali dia tu seorang yang buta.

Aku pujuk Maksim.

"Tak apa, bro. Cinta akan datang nanti. Lagipun kau pandai main piano. Banyak awek yang suka mamat-mamat yang pandai main muzik ni. Serius!" kata aku.

"Tapi set piano besar. Mana boleh aku galas kat belakang, turun dataran Shah Alam dan buat free show kat sana. Kalau aku pandai main gitar oklah," getus Maksim, serius juga.

Aku rasa nak tergelak. Tapi aku tahan. Lepas tu kami diam. Lamaaaaaaa. Kepala otak aku ligat berfikir cara-cara nak atasi masalah Maksim. Mengalahkan Pak Lah yang mungkin tengah serius berfikir nak bercuti kat mana bila pencen nanti.

"Kau tahu tak sebab apa gajah hidup lama?" kata aku.

"Teka teki ke apa ni? Err.. Mungkin sebab dia senang hati kot," kata Maksim sambil kerut-kerutkan kening.

"Kau tahu, kau pun boleh hidup lama macam gajah," kata aku buatkan Maksim semakin tertanya-tanya.

"Macamana?"

"Kau jangan susah hati sangat dengan badan kau yang gemuk tu," kata aku serius.
.
.
.
Belum sempat aku senyum, Maksim dah campak aku ke bamper Volvo.

Hidup Joba yang Penuh Dendam

Tuesday, March 10, 2009 · Posted in

Tiga empat tahun lepas, rumah tangga Joba bagaikan retak menanti belah. Bukan sebab Joba tak hensem, tapi sebab statusnya sebagai seorang drebar. Isteri Joba tak sanggup hidup susah.

Tambah menyakitkan hati bila ada apa-apa majlis, isteri Joba akan beritahu kawan-kawan hipnya bahawa Joba seorang pilot. Dan bila kawan-kawan hip isterinya tanya, pilot mana? Joba pun akan jawab, dia pilot salah satu daripada dua agensi penerbangan yang popular di Malaysia ketika ini. Walhal Joba seorang drebar kepada bos besar sebuah syarikat kurier saja. Joba rasa kerdil.

Tiga empat minggu lepas, tup tup aku dapat sms daripada Lele beritahu:
-Joba dan isteri dah bercerai-
Sedih kejap. Lepas tu ok.

Tup-tup kelmarin aku jumpa Joba. Dia senyum sampai ke telinga bila nampak aku.

"Hepi nampak?" kata aku dengan senyum separa sumbing.

"Hahaha! Aku puas hati gila sekarang. Aku dah balas dendam kat janda aku!" kata Joba.

Aku cuak gila. Aku dah syak Joba kelar perut janda dia dengan lawi ayam. Kebetulan ada kes budak sekolah gaduh pakai senjata ortodoks tu baru-baru ni. Aku dah fikir bukan-bukan.

"Apa kau buat kat janda kau?" tanya aku penuh penuh misterius.

"Aku menang judi. Aku beli Caldina. Lepas tu aku upah sorang awek cun temankan aku. Jadi apa lagi, empat lima malam juga aku lintas depan rumah janda aku tu. Hahaha," gelak Joba penuh kesetanan.

Main judi satu hal. Menyakitkan hati orang satu hal. Macam-macam. Kata aku dalam hati.

"Perghh.. Dasyat gila kau provok janda kau. Tapi awek kau bawak tu duduk sebelah kau buat apa je?" tanya aku menambah keterujaan Joba. Biasalah, adat berkawan. Kalau dia hepi, kita pun tumpanglah hepinya. Kalau boleh kita tambahkan lagi hepinya tu.

.
.

"Mana ada dia buat apa-apa. Dia duduk kat belakanglah." jawab Joba dengan girang tanpa rasa bersalah apa-apa pun.

Nasib Baik Ini Tag Copy & Paste Saja

Wednesday, March 04, 2009 · Posted in


1. Copy paste the award at your blog once you got it.
Accomplished.

2. Make an entry if this is like a GRAMMY award :D
Kita satu dalam ramai, ramai dalam satu - Hikayat Raja Bodo-Bodo (Mishar)

3. Tag 5 other blogger.
I am sorry. Nobody should be tagged.

4. NEVER break the chain, please.
I am the only person break this chain. Haha.

Thank you miss Cabincrew a.h.t.k.u.a.!!

7 Pounds Sama Dengan 3.2 Kilogram

Monday, March 02, 2009 · Posted in

Layan 7 Pounds.

Sinopsis ringkas. Gara-gara guna henfon ketika memandu, Tim Thomas (Will Smith) terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian 7 orang termasuk bininya sendiri.

Dek rasa tertekan dan rasa sungguh berdosa, Thomas ambil keputusan berikan 'nyawa baru' kepada 7 orang sebagai ganti 7 nyawa yang maut kerananya.

Caranya ialah mencuri kad id adiknya yang bekerja kat jabatan cukai (IRS) untuk mendapatkan maklumat 7 orang yang layak terima sumbangannya tu. Antara sumbangannya ialah dalam bentuk derma organ dan hadiahkan rumahnya secara percuma.

Cerita menjadi lebih sensasi apabila dia kemudian jatuh cinta dengan sorang awek yang ada dalam senarai individu yang mahu dibantunya. Ok. Babak akhir Thomas ni mati. Sebab apa dia mati? Ya, sila pergi ke sinema berdekatan atau dapatkan dvd daripada Ah Beng.

Entah kepala otak apa Grant Nieporte ni sampai dapat hasilkan filem yang gila brilian macam ni.

Patut aku katakan filem ni sebenarnya menceritakan tentang dosa. Dosa melanggar orang sehingga mati [atau boleh saja kau tafsirkan itu sebagai dosa yang kau lakukan dengan sesiapa saja atau dengan Tuhan kau sendiri]

Dosa yang sebenarnya boleh saja kau abaikan dan biarkan semuanya let it go seperti tiada hukuman apa-apa pun atau tiada rasa apa-apa pun. Tapi ia tidak bagi Thomas atau sesetengah daripada kau. Dosa-dosa itu begitu memburu. Kau diburu setiap detik. Seperti kata pepatah yang aku tak ingat dari mana, kalau kau mahu merasai perasaan berdosa, kau lakukan saja dosa itu. Dan kemudian kau akan rasa perasaan itu sampai mati.

Menonton 7 Pounds buatkan kau fikirkan macam-macam. Fikirkan apa yang telah kau lakukan. Itu yang aku fikirkan semasa layan filem ni.

Tapi sendawa beraroma durian brader di sebelah memang menjelik dan memualkan aku.

Powered by Blogger.